Isnin, 29 Jun 2009

Mati

Untuk kenalanku Saudara Nazli (Kepala Batas, P.Pinang) yang baru berpulang ke rahmatullah tadi....Al-Fatihah.

Kematian adalah satu nama yang menakut, mengerikan dan menyedihkan. Sebut saja mati bukan saja kanak-kanak bahkan kalangan orang dewasa pun tersentak kuyu dengan nama itu. Perkatan mati itu sendiri secara langsung merentap,meragut hati nurani seseorang dan terbayang di jiwanya kuboran, liang lahad dan batu nesan iaitu tempat semadinya insan yang dahulunya pernah hidup. Yang dahulunya pernah bersualkenal, yang pernah sama-sama menghadapi suka dan duka, pernah tidor sebantal juga pernah hidup sekian lama bersama. Mengingatkan ini semua melelehlah air mata, sayu hiba tak terkira lebih-lebih lagi yang mati adalah insan tersayang samada suami, isteri, ibu atau ayah, maupun anak sendiri , sanak saudara, sahabat rapat maupun jiran tetangga.

Kelahiran manusia ini dengan qudrat yang ganjil, menghairankan atau pelik. Sebelum lahir manusia tidak ada cita-cita untuk hidup dan setelah meniti kehidupan tidak mahu ataupun takut pula pada penghakhiran hayat atau mati ini. Diri sudah lupa hakikat diciptakan, lupa bahawa hidup didunia ini tidak lama dan pasti di suatu masa kematian pasti menjemputnya pergi. Manusia selalunya lupa pasal mati. Apa yang menyebabkan manusia ini lupa akan matinya itu?. Setengah ulamak menterjemahkannya kerana:

1. Manusia ingin terus hidup
2. Manusia ingin terus dengan kesenangan
3. Mati itu menakutkan dan takutnya ia pada mati menyebabkan ia mahu
melupakannya.

Lumrah pada mana-mana manusia pasti tidak akan puas merasai hidup, ingin terus-menerus hidup dan tidak ingin mati. Mereka ingin terus hidup dengan kesenangan yang ada dan tidak sanggup berpisah dengan keluarga. Padahal mereka tahu semua makhluk akan bertemu dengan kematian. Hidup akan berakhir dengan mati. Mereka faham semua makhluk ciptaan Allah pasti mati…malaikat mati…jin pun mati, Nabi-nabi dan para auliya semuanya pun mati. Jadi kenapa pilih kehidupan di dunia yang terhad masanya. Bukankah kehidupan di akhirat kekal abadi?

والأ خرةخيروأبقى

Dan (kehidupan) di akhirat itu lebih baik dan lebih kekal. (Al-A`la:17)

Sebab apa manusia tidak puas merasai hidup? Jawapannya ….pasti mencari kesenangan. Yang kaya lagi mencari kekayaan apatah lagi yang miskin. Kesenangan tidak akan pernah dirasai, yang selalu dirasai adalah kesusahan, kepayahan dan keperitan. Bukan senang ndak senang adalah bahasa yang selalu kita dengar. Sebab apa….kerana kesusahan menjadi perbicaraan sepanjang hari. Lewat sikit adalah rakan-rakan datang berjumpa atau menelipon….masuk dak lagi perniagaan ini. Baru! Untung! Blah-blah…Kesempitan hidup membuat tidعr tak lena, makan tak lalu. Kekadang kesenangan yang dicari, kesusahan yang tiba. Sebenarnya hakikat senang itu tiada melainkan meletakkan sesuatu hanya kerana Allah. Di dalam senang terisi kesusahan. Senang itu hanya dalam lamunan. Hanya si bodoh sahaja menyangka kesenangan itu adalah dengan harta melimpah ruah. Kesenangan berbentuk kebendaan!. Mereka menyangka kekayaan mewujudkan kesenangan. Allah berfirman:

وماالحيوةالذنياالآمتع الغرور

Dan tidak ada kesenangan hidup di dunia ini,melainkan hanya tipu daya (semata). – Ali-Imran : 185

Rasulullah mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati mati. Sabda Nabi saw : Hendaklah kau sering mengingati hazimil-lazat, yakni mati (maut).

Kalau terbaring kaku sendirian di dalam lubang yang gelap lagi sempit, tiada lagi saudara bahkan sahabat yang boleh menolongi kita hatta ayah serta ibu yang sangat kita cintai dan kita yang sangat mereka cintai. Tiada siapa lagi yang boleh diharapkan lagi. Harta meredak yang melimpah ruah apatah lagi. Semuanya sudah tidak penting kecuali amalan yang dibawa dan telah diamalkan semasa hidup. Pertanyaan bukan lagi berkisar pada pangkat kedudukan masa di dunia, berapa harta sudah diperolehi….bukan..bukan..semua itu berbentuk kebendaan. Jawapan yang ditunggu dan pasti hanyalah amalan baik yang pernah dilakukan. Beruntunglah yang berbuat kebaikan dan betapa rugi dan malang mereka yang berbuat kejahatan dan kerosakan semasa hayat di kandung badan.

Maka sahabatku sekelian!.Ingatlah perjanjian kita dengan Rabbul Jalil dahulu sebelum kita dihidupkan di alam dunia ini. Bukankah dahulu kita sudah berjanji dan mengaku ..Allahu Rabbi.? Beruntunglah mereka yang tetap teguh dengan perjanjian itu hingga ke penamat hayatnya.

فلا تموتن الاوانتم مسلمون

Maka janganlah kamu mati, melainkan didalam agama Islam.

Bagi orang mukmin lagi beriman, kematian merupakan ketentuan Allah ke atas makhlukNya. Hidup dan mati adalah sama sahaja. Ia faham dengan hakikat kehidupan ini, tahu tujuan dihidupkan lantas bersedia menemuiNya. Hatinya, perasaannya, degupan jantungnya dan nafasnya hanya tertumpu kepada Maha Pencipta yang menciptnya. Tiada rasa takut maupun gentar bahkan redha dan rindu padaNya. Mati baginya merupakan perpindahan ke alam yang lebih baik. Perjalanannya menuju ke pintu alam akhirat.

قل ان كانت لكم الدارالأجرةعندالله خالصة من دون الناس فتمنواالموت ان كنتم صدقين

Katakanlah! Jika kamu (menganggap bahawa) kampong akhirat (syurga) itu khusus untukmu disisi Allah, bukan untuk orang lain, maka inginilah kematian (mu) jika kamu memang benar. (Al-Baqarah:94)

Jadi sudahkah kita bersedia untuk mati? Insafi diri, kenali diri dan hitungilah usia diri itu. Tanda yang paling dekat tak perlu orang memberitahu kita adalah:

Uban di kepala.
Kulit telah tidak secekang dahulu tapi berkedut.
Gigi pun dah luruh atau tertanggal.
Pendengaran pun kurang baik dan penglihatan pulak semakin kabur.(adoih!).
Kaki dan tangan tidak segagah dulu. (Lemah lah tu)

Kalau dah terasa diri sudah memenuhi ciri-ciri di atas, ayuh!, tunggu apa lagi, persiapkan dirimu bermula saat ini bergelutlah dengan amal-amal yang soleh. Ajaklah isteri dan sahabat yang sewaktu dengan diri kita bermujahadah dengan amalan-amalan yang dituntut untuk bekalan di sana nanti. Jangan toleh ke belakang lagi! Hari ini kita di sini masih bernafas lega, esok lusa belum tentu lagi kita di mana. Ingat sembahyang itu tiang agama. Pokok peribadatan terletak pada sembahyang dan itulah yang akan ditanyai dan diberati di alam sana. Apa perasaan kita bila terpandang papan berlorekkan "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"?

Wallahu A'lam.

Sabtu, 27 Jun 2009

Bab menyatakan Zuhud

Zuhud itu bencinya akan dunia dan berpaling daripadanya. Berkata setengah ulama', iaitu meninggalkan kesenangan dunia kerana menuntut akan kesenangan akhirat. Dan berkata setengah yang lain: menyimpankan atas qadar yang sangat berhajat drp. barang yang diyakinkan akan halnya. Dan berkata setengah yang lain: Meninggalkan menuntut yang tiada ada hingga habis barang yang ada.

Dan zuhud itu satu kelakuan hati yang terpuji yang menyebabkan ia akan dikasih Alah swt dan sekelian manusia akan orang bersifat dengan ia kerana sabda Nabi saw :

ازهدفي الدنيا يحبك الله وازهد فيما في ايدي النا س يحبك النا س

Bermaksud: Zuhud olehmu pada dunia nescaya kasih akan dikau oleh Allah Taala, dan zuhud olehmu pada barang yang ditangan manusia drp.dunia nescaya kasih akan dikau oleh manusia.
(Riwayat oleh At-Termizi dan menyatakan hadith ini hasan dan Al-Hakim menyatakannya hadith ini shahih)

Dan adalah zuhud itu terjadi ia kerana ilmu, kerana firman Allah dalam surah Al-Qashash:80:

.....وقا ل الذين أوتواالعام ويلكم ثوا ب الله خير لمن ء ا من وعمل صلحا

Bermaksud: Dan berkata oleh mereka yang diberikan akan ilmu: Celaka kamu! Bermula pahala Allah Taala lebih baik bagi mereka yang beriman dan yang beramal ia akan amal yang soleh (drp.barang yang diberikan akan Qarun di dalam dunia ini)….

Telah menerangkan Allah Taala di dalam ayat ini bahawasanya zuhud itu setengah drp. faedah bagi ilmu dan ketahui olehmu bahawasanya zuhud itu beberapa pangkat:

1.Pangkat yang pertama: bahawa zuhud ia pada ketika hatinya cenderung pada dunia, tapi bersungguh2 ia pada melawan akan hatinya. Pangkat ini bukan zuhud tapi permulaan bagi zuhud.

2.Pangkat yang kedua: bahawa liar hatinya daripada dunia, dan tiada cenderung ia kepadanya kerana mengetahui tiada akan berhimpun akan dunia dan akhirat; maka murah hatinya dengan meninggalkan dunia itu kerana ia mengetahui akhirat itu lebih baik dari dunia seperti murah hati mereka yang membeli akan permata yang indah dengan harga seringgit, sekalipun kasih ia akan wang yang seringgit itu. Dan itulah zuhud yang paling rendah.

3. Peringkat yang ketiga: Tiada cenderung hatinya pada dunia dan tiada liar drp.nya. Bahkan adanya dan tiadanya sama saja pada sisinya dan harta benda pada sisinya seperti air. Dan perbendaharaan Allah Taala seperti laut , maka tidak berpaling hatinya kepadanya kerana gemar atau kerana liar.

Zuhud ini lebih sempurna dan lebih tinggi pangkatnya drp. yang kedua tadi.
Contoh, zuhudnya Siti Aisyah ra seperti diberi padanya beratus ribu dirham, maka tidak liar ia drpnya. dengan membahagikan kesemuanya tanpa meninggalkan sesuatu dirham pun akhirnya untuknya. Maka berkata khadamnya: "Jika engkau beli dengan satu dirham akan daging untuk engkau berbuka puasa atasnya." Maka menjawab ia:"Jika engkau peringatkan daku tadi nescaya memperbuat oleh aku akan dia". Maka ini pangkat terkaya dan ia lebih sempurna akan pangkat zuhud.

Adapun sebab bagi zuhud itu 3 perkara:
1. Takut akan api neraka dan iaitu zuhud sekelian yang takut.

2. Gemar pada nikmat akhirat, ini lebih tinggi drp.yang pertama. Zuhud yang terjadi drpnya. zuhud sekelian yang harap. Dan bermula ibadah serta harap lebih afdhal dari ibadat serta takut, kerana harap itu melazimkan ia akan kasih.

3. Ini yang paling tinggi, bahawa sebab bagi zuhud itu membesarkan diri drp.berpaling kepada yang lain drp.Allah Taala, kerana membersihkan hati drpnya. dan menghinakan barang yang lain drp.Allah. Inilah zuhud sekelian ariffin.

Bahawa perbezaan zuhud dengan fakir ialah zuhud itu terasing ia drp.dunia kerana taat serta kuasa ia atasnya. Adapun jika terasing ia akan dunia pada ketika gemar engkau padanya maka ia dinamakan fakir (papa). Tiada ada ia zuhud, tetapi ada bagi fakir itu kelebihan atas kaya.

Sabda Rasulullah saw.

يدخل فقراء أمتي الجنة قبل اغنيا ءهم بجمسماءة عا م

Maksudnya: Masuk syurga sekelian fakir umatku dahulu drp. sekelian yang kaya drp mereka itu dengan 500 tahun.

(Riwayat dari At-Termizi dari Abi Hurairah ra dan beliau berkata haditk ini hasan shohih)

Ada riwayat lain berkata dengan 40 tahun. Dikatakan yang 500 tahun adalah fakir zahid atas yang gemar pada dunia manakala yang 40 tahun itu atas mendahului fakir yang loba atas yang kaya. Fakir yang loba itu ada disebut oleh Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin.

Dan bersembah oleh Rasulullah saw:

الله احيني مسكيني مسكينا

Maksudnya: Wahai Allah! Hidupkan olehmu akan daku miskin, dan matikan olehmu akan daku miskin.

(Riwayat oleh At-Termizi dari Anas ra dan hadith ini hasan)

Dan wafatnya Rasulullah pada ketika baju besinya tergadai pada sisi seorang Yahudi kerana hutangnya sebab nafkah ahlinya. Perkara ini dapat pada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Fakir itu jika adalah ia bercukupan dengan barang yang diberi dan tiada ia loba pada menuntut harta, maka pangkatnya hampهr drp. pangkat orang yang zahid.

Sabda junjungan besar Rasulullah saw:

طو بي لمن اسلم وكا ن عيشه كفا فا

Maksudnya: Bermula syurga bagi mereka yang Islam ia dan adalah kehidupannya sekadar memadai ia.

(Riwayat oleh Ar-Razi dari Aِِِِِnas juga diriwayatkanoleh Al-Qadha'I dan Asy-Syihab)

Tapi besar pahalanya bagi fakir itu jika ia sabar dan redha dan memadai apa yang ada. Kerana sabar atas kepapaan itu adalah permulaan bagi zuhud. Dan tiada sempurna zuhud dan lainnya melainkan dengan sabar.

Wallahu a'lam.

Aku petik ringkasan dari bab yang menyatakan Zuhud dari kitab Penawar bagi Hati oleh Al-Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili.

Selasa, 23 Jun 2009

Makrifatullah

Maaf sekadar kongsi2 saje

Kita biasa mendengar dan malah belajar akan petikan2 berikut seperti dibawah. Dalam mempelajari ilmu tasawwuf lain guru lain kaedah penyampaiannya tapi hakikatnya menuju kepada yang satu itu. Begitu juga cara penyampaian pengarang2 kitab tasawwuf juga semuanya menuju ke jalan yang sama jugak. Waima pengertian dan pemahaman kita dari kitab yang sama di waktu pertama kali kita mentelaahnya dibanding dengan mentelaahnya kali kedua dan ketiga hingga seterusnya…tahap ilmu yang diperolehi berbeza-beza. Jadi cara memperolehi ilmu itu saja bukan hanya didapati dari membaca tapi kekadang memerlukan seseorang (guru) sebagai pembimbing untuk kecapi ilmu itu. Pun begitu jangan dilupai ada kuasa lain yang dengan kuasaNya, hidayah memahami ilmu itu kesampaian. Ada yang memperolehi ilmu itu dengan mudah, ada memakan masa bertahun2 dan ada juga tidak kesampaian hingga ke akhir hayat…… semua ini dengan keizinanNya. Dan betapa ramai lagi berusaha dan berusaha tanpa jemu mempelajari sesuatu ilmu itu tapi masih belum diberi hidayah dan keizinan oleh suatu kuasa besar itu. InsyaAllah dengan keizinanNya yang bersebab....

Kulli syaiin sababa….."setiap sesuatu yang berlaku adalah dengan bersebab'


Tegap dan kukuhkan dihati bahawa setiap yang berlaku adalah kerna sebab yang hanya Allah mengetahuiNya. Sikap redho meredhoi mestilah ada pada setiap bernama manusia itu.

Kita kerapkali terbiasa dengan ungkapan-ungkapan seperti di bawah:

Awaludin Ma’rifatullah
Awal agama mengenal Allah.

"man arofa nafsahu fakod arafah robbahu"
barang siapa mengenal dirinya, maka dia akan kenal tuhannya,


"wa man arofa robbahu, fasadal jasadu"
dan barangsiapa mengenal tuhannya, binasa lah jasadnya

Al Insaanu Sirri Wa Anna Sirruhu
Manusia itu rahsiaku dan akulah rahsianya

WafiI Amfusikum Afala Tubsiruun
Aku ada didalam Jiwamu mengapa kamu tidak melihat.


Tanpa “Mengenal Allah” seseorang itu tidak mampu melaksanakan “Syariat Allah”. Ada juga yang bersikap angkoh menanyakan berupakan soalan "Dah kenal Allah ka?".

“Mengenal Allah” tidak boleh disalin atau ditulih dgn “tulisan” atau “percakapan” kerana ianya adalah bidang “rasa”,” bidang dzuk” dan bidang “wujdan” yang dicampakkan oleh Allah dengan izinNya kepada hamba2Nya yg terpilih.

Jadi bagaimana nak menjawab, nak khabarkan samada persoalan dan pertanyaan jika ditanyai melalui tulisan atau percakapan? Dan sekiranya dijawab juga, maka akan keluarlah dan jadilah jawapan yg berbeza-beza umpama seseorang yg sedang menikmati lazatnya “kopi”. Tidak kiralah samada kopi bercap kopi Janda atau kopi Larat. Lain orang lainlah rasanya yang "lazat" itu. Boleh bagi tau "yang lazat" itu? Apa yang dikatakan 'lazat'? Lazat macamnana? Lazat itu kat mana? Apa ukuran lazat itu? Hanya orang yang sudah mengenal dan merasainya yang tahu.


“Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Allah beserta kamu di mana juga kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.(Surah Al-Hadiid : ayat 4)


Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah tetap bersama manusia di mana jua manusia itu berada, ertinya manusia dan Allah tidak bercerai. Ada orang kata macam cerita kopi tadilah. Ada cawan, ada sudu, ada air, ada gula dan kopinya tapi orang rangkumkan ia sebagai air kopi. Bersatu tapi tidak bersekutu@ada tapi tidak ada@tidak bersama tapi tidak berpisah.

Orang Mukmin yang taat dan kuat melakukan ibadat kepada Allah swt, akan meningkatlah kekuatan rohaninya. Dia tidak lagi khuatir terhadap sesuatu yang menimpanya, walaupun bala yang besar dan tidak lagi meletakkan pergantungan kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan perasaan redha terhadap apa jua yang ditentukan Allah swt untuknya. Bala tidak lagi menggugat imannya dan nikmat tidak lagi menggelincirkannya. Baginya bala dan nikmat adalah sama. Apa yang Allah swt takdirkan itulah yang paling baik untuk.

Kulli syaiin qadra: Setiap suatu yang dijadikan mengikut ketentuan.

Pada tahap penyaksian hakiki, mata hati tidak lagi melihat kepada ketiadaan diri atau kewujudan diri, tetapi Allah swt dilihat dalam segala sesuatu, segala kejadian, dalam diam dan dalam tutur-kata. Tiada antara atau ruang antara kita dengan Dia.

Kita ambil ayat akhir seperti di atas..: "Dan Ia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada." ( Ayat 4 : Surah al-Hadiid)

Dia tidak terpisah dari kamu. Penyaksian yang hakiki ialah melihat Allah swt dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangan terhadap makhluk tidak menutup pandangan terhadap Allah swt. Inilah makam keteguhan yang dipenuhi oleh ketenangan serta kedamaian yang sejati dan tidak berubah-ubah, bernaung di bawah payung Yang Maha Agung dan Ketetapan Yang Teguh.

Pada penyaksian yang hakiki tiada lagi ucapan, tiada bahasa, tiada ibarat, tiada ilmu, tiada makrifat, tiada pendengaran, tiada kesedaran, tiada hijab dan semuanya sudah tiada. Tabir hijab telah tersingkap, Dia dipandang tanpa ibarat, tanpa huruf, tanpa abjad. Allah swt dipandang dengan mata keyakinan bukan dengan mata zahir atau mata ilmu atau kasyaf. Yakin, semata-mata yakin bahawa Dia yang dipandang sekalipun tidak ada sesuatu pengetahuan untuk diceritakan dan tidak ada sesuatu pengenalan untuk dipamerkan.

Jadi agak sukar dan susah untuk memahami konsep ada tetapi tidak ada, tiada bersama tetapi tidak berpisah. Inilah konsep ketuhanan yang tidak mampu dipecahkan oleh akal manusia tanpa penerangan nur yang dari lubuk hati. Mata hati yang diterangi oleh Nur Ilahi dapat melihat perkaitan antara ada dengan tidak ada, tidak bersama tetapi tidak berpisah itu. Atas kekuatan hatinya menerima sinaran Nur Ilahi menentukan kekuatan mata hatinya melihat kepada keghaiban yang tidak berpisah dengan kejadian alam ini.

Ada 4 tingkatan pandangan mata hati terhadap perkaitan alam dengan Allah s.w.t yang menciptakan alam.

1: Mereka yang melihat Allah s.w.t dan tidak melihat alam ini. Mereka adalah umpama orang yang hanya melihat kepada api, bulatan api yang khayali tidak menyilaukan pandangannya. Walaupun mereka berada di tengah-tengah kesibukan makhluk namun, mata hati mereka tetap tertumpu kepada Allah s.w.t, tidak terganggu oleh kekecohan makhluk. Lintasan makhluk hanyalah umpama cermin yang ditembusi cahaya. Pandangan mereka tidak melekat pada cermin itu.

2: Mereka yang melihat makhluk pada zahir tetapi Allah s.w.t pada batin. Mata hati mereka melihat alam sebagai penzahiran sifat-sifat Allah s.w.t. Segala yang maujud merupakan kitab yang menceritakan tentang Allah s.w.t. Tiap satu kewujudan alam ini membawa sesuatu makna yang menceritakan tentang Allah s.w.t.

3: Mereka yang melihat Allah s.w.t pada zahirnya sementara makhluk tersembunyi. Mata hati mereka terlebih dahulu melihat Allah s.w.t sebagai sumber kepada segala sesuatu, kemudian baharulah mereka melihat makhluk yang menerima kurniaan daripada-Nya. Alam tidak lain melainkan perbuatan-Nya, gubahan-Nya, lukisan-Nya atau hasil kerja Tangan-Nya.

4: Mereka yang melihat makhluk terlebih dahulu kemudian baharulah melihat Allah s.w.t. Mereka memasuki jalan berhati-hati dan berwaspada, memerlukan masa untuk menghilangkan keraguan, berdalil dengan akal sehingga kesudahannya ternyatalah akan Allah s.w.t yang Wujud-Nya menguasai wujud makhluk.

Selain yang dinyatakan di atas tidak lagi dipanggil orang yang melihat Allah s.w.t. Gambar-gambar alam, syahwat, kelalaian dan dosa menggelapkan cermin hati mereka hingga tidak mampu menangkap cahaya yang membawa kepada makrifat. Mereka gagal untuk melihat Allah s.w.t sama ada di dalam sesuatu, di samping sesuatu, sebelum sesuatu atau sesudah sesuatu. Mereka hanya melihat makhluk seolah-olah makhluk berdiri dengan sendiri tanpa campur tangan Tuhan.

Kejadian alam dan sekalian peristiwa yang berlaku merupakan perutusan yang membawa perkhabaran tentang Allah s.w.t. Perkhabaran itu bukan didengar dengan telinga atau dilihat dengan mata atau difikir dengan akal. Ia adalah perkhabaran ghaib yang menyentuh jiwa. Sentuhan tangan ghaib pada jiwa itulah yang membuat hati mendengar tanpa telinga, melihat tanpa mata dan merenung tanpa akal fikiran. Hati hanya mengerti setiap perutusan yang disampaikan oleh tangan ghaib kepadanya dan hati menerimanya dengan yakin. Keyakinan itu menjadi kunci kepada telinga, mata dan akal. Apabila kuncinya telah dibuka, segala suara alam yang didengar, sekalian anasir alam yang dilihat dan seluruh alam maya yang direnungi akan membawa cerita tentang Tuhan.

Abid mendengar, melihat dan merenungi Keperkasaan Tuhan.


"Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun darihal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman):“Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini?” (Allah sendiri menjawab):“Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Maha Mengatasi kekuasaan-Nya segala-galanya!”( Ayat 16 : Surah Mu’min )

"Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai balasan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa. "( Ayat 42 : Surah al-Qamar )

Ayat-ayat seperti yang di atas menggetarkan jiwa abid. Hati abid sudah ‘berada’ di akhirat. Alam dan kehidupan ini menjadi ayat-ayat atau tanda-tanda untuknya melihat keadaan dirinya di akhirat kelak, menghadap Tuhan Yang Esa, Maha Perkasa, tiada sesuatu yang tersembunyi daripada-Nya.

Asyikin mendengar, melihat dan merenungi keindahan Tuhan.


"Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangi pandangan(mu)- dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)." ( Ayat 3 & 4 : Surah al-Mulk )

Asyikin memandang kepada alam ciptaan dan dia mengulang-ulangi pemandangannya. Semakin dia memandang kepada alam semakin dia melihat kepada keelokan dan kesempurnaan Pencipta alam. Dia asyik dengan apa yang dipandangnya.

Muttakhaliq mendengar, melihat dan merenungi kebijaksanaan dan kesempurnaan Tuhan.


"Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya); bagi-Nya jualah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tidak ada tuluk banding-Nya, lagi Maha Bijaksana.( Ayat 24 : Surah al-Hasy-r )

Muttakhaliq menyaksikan sifat-sifat Tuhan yang dikenal dengan nama-nama yang baik (Asma ul-Husna). Alam adalah perutusan untuknya mengetahui nama-nama Allah s.w.t dan sifat-sifat Kesempurnaan-Nya. Setiap yang dipandang menceritakan sesuatu tentang Allah s.w.t.

Muwahhid mendengar, melihat dan merenungi keesaan Tuhan.


"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu sembahlah akan Daku, dan dirikan sembahyang untuk mengingati Daku. "( Ayat 14 : Surah Taha )

Muwahhid fana dalam Zat. Kesedaran dirinya hilang. Melalui lidahnya muncul ucapan-ucapan seperti ayat di atas. Dia mengucapkan ayat-ayat Allah s.w.t, bukan dia bertukar menjadi Tuhan.
Jadilah dia seperti al-Hallaj dan Sheikh Siti Jenar bukanya seperti Firaun yang mengaku dalam keadaan sedar lagi ego pada tuhanNya.

Mutahaqqiq adalah insan sejati (Insan Robbani)
Mutahaqqiq ialah orang yang setelah fana dalam zat turun kembali kepada kesedaran sifat, seperti yang terjadi kepada nabi-nabi dan wali-wali demi melaksanakan amanat sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan kehidupan dunia yang wajib diuruskan. Dalam kesedaran zat seseorang tidak keluar dari khalwatnya dengan Allah s.w.t. Mutahaqqiq kembali kepada kesedaran keinsanan untuk memikul tugas membimbing umat manusia kepada jalan Allah s.w.t. Hatinya sentiasa memandang kepada Allah s.w.t dan bergantung kepada-Nya. Kehidupan ini adalah medan dakwah baginya. Segala anasir alam adalah alat untuk dia memakmurkan bumi.

Apabila Nur Ilahi menerangi hati apa sahaja yang dipandang akan kelihatanlah Allah s.w.t di
sampingnya atau sebelumnya atau sesudahnya. Orang inilah yang menjadi ahli makrifat yang sejati, ahli hakikat yang sejati, ahli tarekat yang sejati dan ahli syariat yang sejati, berkumpul padanya dalam satu kesatuan yang menjadikannya Insan Rabbani.

Insan Rabbani peringkat tertinggi ialah para nabi-nabi dan Allah s.w.t kurniakan kepada mereka maksum, sementara yang tidak menjadi nabi dilantik sebagai wali-Nya yang diberi karomah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "( Ayat 1 – 7 : Surah al-Faatihah )

Kutipan dari beberapa laman web dan blog. Wallahu 'alam.

Khamis, 18 Jun 2009

Luasnya Neraka Allah.

Posted by Yasmira Binti Mat Yaacob

Luasnya neraka....

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .

Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?

"Jawab Jibrail:"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,..

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,..

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah." (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..".

Maaf...berlaku sedikit perubahan (edit) dari segi gambar ilustrasi dan perenggan utk memudahkan membacanya yang aku kutip dari http://bintulyamin.blogspot.com/2007_09_02_archive.html

Ahad, 14 Jun 2009

Saat-saat yang mustajab berdoa


" Hanya kepada Engkau (Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan."

Secara sedar atau tidak sedar itulah doa yang lazim kita membacanya semasa bersolat. Seringkali kita membacanya dalam solat fardhu 5 x sehari. Sebanyak 17 x sehari kita berdoa tidak lagi termasuk bilangan bagi yang mengerjakan solat2 sunat. Itulah doa kita pada Ya Rabb. Doa adalah saat-saat ketika kedekatan seseorang dengan Tuhannya. Sebagai pencipta, Allah sangat suka para hamba berdoa kepadaNya.

وقال ربكم ادعوني استجب لكم

Dan berkata Tuhanmu : Berdoalah kepadaku , pasti aku memperkenankannya.” (40 : 60)

Oleh itu ketika seseorang berdoa, ia akan menyedari betapa lemahnya dan betapa hina dirinya di hadapan Allah, ia menyedari bahwa tak seorang pun yang dapat menolongnya kecuali Allah. Adalah menjadi fitrah setiap manusia ada ketikanya dan saatnya, ia sangat2 memerlukan pada satu kuasa yang maha besar untuk melepaskannya atau menyelesaikan satu2 hajat. Walaupun pada satu ketika dan saat yang lain ia lupa pada kuasa yang maha besar itu.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186).

Tapi manusia (kita) suka berdolak-dalik. Kita menangis tersedu dalam mengharapkan pertolongan Allah ketika saat2 kesusahan dan kesulitan tapi melupaiNYA pada saat-saat kemewahan dan pabila menikmati kesenangan. Hal sebegini telah dibanyak-kali diungkapkan oleh Alah dalam kitabNya Al-Quran. Kita sering terlupa bahawa kehidupan kita adalah dalam lingkungan serta ketentuan Tuhan dan sesungguhnya Tuhan mengetahui segala perbuatan kita samada sedar atau tidaknya, yang nyata maupun yang tersembunyi hatta lintasan di hati sekalipun. Bukankah Allah itu sentiasa dekat dengan kita tapi sebahagian dari kita tidak menyedarinya.

"Allah itu lebih dekat kepada manusia daripada urat lehernya sendiri." (Q.s. Qaf: 16).

Nabi Muhammad saw menganjurkan umatnya supaya senantiasa mengingati Allah diketika senang maupun susah. Sabda Nabi dalam hadis yg sahih:

تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِيْ الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِيْ الشِّدَةِ
"Kenalilah Allah (dekatinya dgn ketaatan dan berdoa) pada waktu senangmu nescaya Allah akan mengenalimu (memperkenan doamu) pada waktu susahmu.”

Dia Allah mengetahui perkataan apa saja yang diucapkan, bahasa apa yang dilafazkan, apa saja yang dipikirkan atau hanya lintasan di hati dan peristiwa apa saja yang dialami seseorang. Bahkan ketika kita tertidur-lena, Allah mengetahui apa yang kita alami dalam mimpi. Bukankah Allah yang menciptakan segala setiap sesuatu. ? Oleh karena itu, apabila seseorang itu berdoa kepada Allah, ia harus menyedari serta berkeyakinan bahwa Allah akan menerima doanya. Berdoa pada masa dan saat yang paling tepat akan memberikan apa yang terbaik baginya.

Sebagai hamba Allah, seseorang sangat memerlukan Dia dan keikhlasan serta kesungguhan seseorang dalam berdoa tergantung pada sejauh mana ia merasa memerlukan. Di saat itulah timbul perasaan hiba, hina sebagai hambaNya, kecil, kerdil dan bercucuranlah air matanya dalam mengadu hal pada Tuhannya. Allah sangat suka hambanya memohon segala hajat mereka dengan keadaan merendah diri dan tawadduk

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (Q.s. al-A'raf: 55).

Oleh karena itu, orang-orang yang berdoa hendaknya menanamkan keyakinan yang tinggi bahawa permohonannya didengari oleh Penciptanya dan keizinanNya sangat2 diperlukan kerana setiap kejadian adalah dengan kekuasaanNya. Ingatlah, Allah telah berfirman:

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, 'Jadilah.' Maka terjadilah ia." (Q.s. Yasin: 82)

Setiap manusia yang beriman dan mengaku muslim, sedar segala setiap sesuatu itu mudah bagi Allah. Bukankah Dia Maha Berkuasa, Dia Mendengar dan Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu.? Setiap denyutan nadi dan setiap hembusan nafas hamba yang memohon keampunanNya pasti diampunkan. Dia akan menyampaikan apa2 hajat hambaNya jika di dalamnya terdapat kebaikan dalam permohonan itu.

Kita lihat sejarah para2 Nabi dan orang2 beriman. Doa2 mereka seringkali diterima oleh Allah walaupun kadangkala keadaan mereka dari segi dhahir tidak memungkinkan. Doa mereka yang disebutkan dalam al-Qur'an merupakan contoh tentang hal-hal yang dapat mereka mohon kepada Allah. Contoh seperti berikut dan semuanya ditunaikan Allah Taala.

Nabi Ayub a.s. berdoa kepada Tuhannya ketika ia sakit menderita puluhan tahun dan ditinggalkan keluarganya.

Nabi Sulaiman a.s. yang berdoa memohon diberi kerajaan yang hebat dan kemewahan berupa kekayaan dan kelebihan menguasai alam Jin.

Nabi Nuh a.s. memohon kepada Allah lantaran kaumnya yang tersesat dan ketegar tahap gaban.

Nabi Zakaria a.s. berdoa kepada Allah agar diberi keturunan yang diridhai, dan Allah pun mengabulkan doanya, meskipun isterinya mandul dan sudah lanjut usianya.

Manusia diberi apa yang diminta dan dihajati. Allah cukup adil pada hambanya, tiada satupun kurniaanNya bersifat zalim. Kezaliman yang terjadi pada maklukNya adalah terhasil dari perbutan makhluk itu sendiri bersandarkan qada dan qadar Allah. Dalam berdoa kita dianjurkan memohon kebaikan dunia dan akhirat. Lihatlah bagaimana Allah berfirman dalam kitab suciNya Al-quranul Karim berkenaan perbandingan manusia yang memohon2 padaNya.

"Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia, maka Kami segerakan baginya di dunia apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahanam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. (Q.s. al-Isra': 18).

"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat, akan Kami tambah keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia, Kami akan memberikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia, dan tidak ada baginya bagian sedikit pun di akhirat. (Q.s. asy-Syura: 20).

"Di antara manusia ada orang yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia, dan tidak ada baginya bagian di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat bagian dari apa yang mereka usahakan, dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya. (Q.s. al-Baqarah: 200-202).

Doa adalah ibu atau hati ibadat. Ini adalah kerana dalam segala peribadatan tumpuannya hanya sanya pada Allah. Segala perbuatan, syarat2 dan bacaannya adalah mengikuti syariat yang telah ditetapkan dan Lillahi Taala. Contoh seperti dalam ibadat solat dimana setiap bacaan adalah memuji kebesaran Allah dan adakalanya diselitkan dengan bacaan doa seperti berdiri membaca tujuh ayat yang berulang2 (Al-Fatihah) di setiap awal rakaaat, semasa duduk diantara dua sujud dan ketika duduk tahiyat awal juga akhir. Semuanya adalah doa yang kadang-kala tidak disedari si pelaku itu sendiri.

Dari Anas bin Malik, dari Nabi s.a.w bersabda : Doa itu adalah ibu atau hati ibadah. (Hadith riwayat At-Tirmizi)

Doa adalah juga senjata orang2 mukmin. Dengan berdoa kadangkala tertolak bala yang terjadinya pada seseorang itu. Doa adalah senjata terakhir digunakan seseorang pada satu2 masa yang sangat kritis. Ketahuilah, doa yang dipohon dengan hati yang ikhlas lagi tawaduk dan bertawakkal akan memberikan kesan yang sangat besar pada kehidupan kita.

"Sesungguhnya Allah SWT itu bersih lagi suci, dan Allah tidak menerima kecuali yang bersih lagi suci. Dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang mukmin dengan apa yang diperintahkan ke atas para rasul." (Diriwayatkan oleh Muslim)

Agar doa yang dihajatkan tercapai terdapat masa2 yang tertentu yang disyaratkan oleh Allah SWT juga oleh baginda Rasulullah saw. Saat dan waktu yang mustajab berdoa adalah:

1. Doa yang dimunajatkan pada waktu malam dan sepertiga malam

Jabir r.a berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Allah swt telah mengkhusukan sepertiga malam untuk mendengar rayuan, rintihan dan permintaan hambaNya. Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain sedap di buai mimpi dan nyenyak tidur. Kerana di siang tadi masa digunakan untuk bekerja. Diwaktu malam begini ada sebahgian manusia angun beribadat dan bermunajat kepada Allah. Allah s.w.t berfirman yang maksudnya:

"Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

Nabi saw juga pernah bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث اليل الأخير يقول : من يدعوني فأستجيب له من يسألني فأعطي له من يستغفرني فأغفر له

“Allah swt turun (rahmatnya) pada setiap malam ke langit yang dibawah sekali ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Sesiapa yang berdoa, pasti aku akan menerima doanya, sesiapa yang meminta pasti aku akan memberinya, siapa yang meminta ampun pasti aku ampunkannya. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Waktu malam yang diberikan Allah untuk beristirehat dan sebahgian lagi digunakan untuk beribadat janganlah disia-siakan. Bila Nabi saw ditanya tentang lelaki yang hanya bangun setelah masuk waktu subuh. Baginda berkata:

ذاك الرجل يبول الشيطان في أذنيه
“Itulah lelaki yang dikencing oleh syaitan.” (Hadith riwayat oleh Bukhari dan Muslim)
2. Doa ketika azan dan iqamat

Nabi saw pernah bersabda:

ثنتان لا تردان: الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلتحم بعضهم بعضا
“Doa tidak ditolak dalam dua keadaan: Doa ketika azan dan doa ketika perang sedang berlangsung.” (Hadith riwayat Abu Daud, Hakim dan lain2)

"Tidak akan ditolak doa di antara azan dan iqamat. " (Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud)

Nabi saw bersabda:

لا يرد الدعاء بين الأذان والإقامة
“Doa tidak ditolak diantara azan dan iqamah.” (Hadith riwayat At-Tirmizi)

4. Doa selepas solat fardu

Para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah “Diwaktu manakah doa lebih mudah untuk diterima?Baginda saw menjawab:

جوف الليل ودبر الصلوات الخمس
"Ditengah malam dan selepas solat fardu lima waktu.” (Hadith riwayat At- Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah)

Kita digalakkan berdoa selepas solat fardu iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat fardhu Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:
“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)

Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

5. Suatu ketika pada Hari Jumaat. (rujuk di atas, bab 4)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

فيه ساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله شيئا إلا أعطاه إياه – وأشار بيده يقللها
Maksud:"Pada hari Jumaat terdapat satu saat (yang mustajab) yang mana Allah pasti memperkenankan doa hamba yang sedang berdiri dalam solat.” Nabi mengisyaratkan dengan tangan untuk menunjukkan masa tersebut adalah terlalu singkat." (Hr Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan:

“Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

6. Ketika bermusafir

Nabi saw bersabda:

ثلاث دعوات مستجبات لا شك فيهن : دعوة الوالد على ولده ، ودعوة المسافر ، ودعوة المظلوم
"Tiga doa yang diterima dan tidak syak lagi penerimaannya: Doa bapa kepada anaknya, doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Hadith riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

7. Ketika berpuasa

Nabi saw bersabda:

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر ، والإمام العادل ، ودعوة المظلوم
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang dizalimi.” (Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Islam menggalakkan umatnya banyak melakukan ibadat dan banyak berdoa pada bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan kerana di 10 malam terakhir itu berlakunya Lailatul Qadr yang sengaja Allah sembunyikan kedatangannya. Sesiapa yan memperolehi malam itu seolah2 dia mendapat pahala amalan seribu bulan. Allahu Akhbar!

8. Pada waktu bersujud dalam solat

Pada waktu sujud iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

9. Waktu lain yang mustajab ialah ketika hujan turun

10. Waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok.


Wallahu Alam.

Rabu, 10 Jun 2009

Tuan Din Bota Kiri.....antara anak murid Tuan Hussein Kedah

Sabda Rasulullah SAW, : Barangsiapa melihat wajah orang alim (jasmani dan rohani) satu kali, dan dia bergembira, senang, menghayati dengan penglihatan itu, maka Allah Ta’ala akan menjadikan dengan melihatnya itu, malaikat-malaikat yang memintakan ampun untuknya sampai hari kiamat. (Kitab Lubabul Hadis : 8).

Amin..Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin..moga Allah ampunkan dosa-dosa aku yang terdahulu, sekarang samada yang tersembunyi maupun yang nyata dan akan datang. Allahu Akhbar. Mohon aku yang fakir ini dimasukkan bersama golongan tersebut di atas.

Pada hari Sabtu lalu 6 Jun 2009, aku dan beberapa orang sahabat telah berpergian ke Perak untuk bertemu seorang alimin yang dikhabarkan pernah menjadi murid kepada Allahyarham Tuan Hussein Kedah. Kisah beliau pernah menjadi murid Tuan Hussein ini, dikhabarkan oleh seorang kenalan baru aku bernama Chegu Mohd. Nizam dari Jeniang, Kedah. Nama alimin ini seperti yang diceritakan pada aku ialah Tuan Din, yang tinggal di Ekor Bota, Bota Kiri, Perak. Bermula dari saat itu hati aku melonjak2 untuk ketemu dengan Tuan Din seperti yang ceritakan itu.

Kami bertolak dari Sungai Petani pukul 4 petang melalui lebuhraya dan menyusur keluar di Kuala Kangsar. Destinasi kami seterusnya mengambil jalan ke Manong. Kami bersolat asar di satu masjid lebih kurang 12km dari Pekan Manong. Kami tiba di Bota Kiri pada waktu maghrib dan bersolat di Masjid Kg. Pisang. Seorang dari sahabat kami mempunyai seorang abang (angkat) di sini jadi kami menumpang sebentar di rumahnya. Beliau juga mengenali Tuan Din ini kerana Tuan Din selalu mengajar di Masjid Kg. Pisang ini dan berjanji akan membawa kami ke rumah alimin tersebut. Selepas bersolat Isya kami dijamu makan malam. Seperti biasalah adat tetamu bertandang, tuan murah bermurah hati menjamu dengan menyediakan lauk pauk yang bermacam jenis dan satenya. Terima kasih Tuan Haji Mokhtar, selaku tuan rumah yang cukup peramah dan banyak menolong kami larut petang dan malam itu.

Kami bertolak keluar pukul 10.30 malam kerana dimaklumkan bahawa Tuan Din selalunya berada di rumah selepas mengajar di masjid2 sekitar Bota pada waktu begitu. Jadi berlakulah pertemuan kami dengan Tuan Din ini di rumah anak perempuannya.

Untuk makluman, nama sebenar Tuan Din ialah Tuan Haji Kamaruddin Bin Kulop Ahmad. Walaupun umurnya 100 tahun lebih beberapa bulan sedikit alhamdulillah kesihatannya cukup sihat. Dengar umur yang sedemikian Tuan Guru ini sanggup melebarkan ilmu agamanya pada masyarakat setempat dengan kuliah2 yang penuh. Dikhabarkan beliau masih lagi boleh menunggang motosikal ke masjid2 untuk mengajar dan di samping ada seorang anak muridnya bernama Haji Mokhtar (bukan yang tuan rumah tadi)yang kekadang menolongnya ke tempat mengajar dengan berkereta.

Tuan Guru ini mempunyai seorang anak lelaki yang juga menjadi imam di masjid berdekatan. Wajahnya tak tumpah seperti ayahnya bernama Tuan Haji Abi Mardian bin Haji Kamaruddin berumur 72 tahun. Lain2 anak beliau tidaklah kami pasti semuanya.

Dalam pertemuan yang singkat ( hampir 1 jam) dan lewat malam itu Tuan Guru ini banyak memperkatakan mengenai guru2nya seperti Tuan Guru Haji Abdul Hamid Shamsudin (kalau tak silap aku) dan beberapa lagi. Setiap tahun 2 kali Tuan Guru akan menziarahi ke kuboran gurunya Tuan Hussein. Di bulan Ramadhan setiap 3 hari beliau akan khatam Quran dan sudah 10 kali menunaikan haji dan 4 darinya dengan menaiki kapal air. Dikhabarkan beliau mula mengajar pada 1 jun 1927 dengan gaji RM 8 sebulan.

Begitu bersemangat dan seronok di awal perjumpaan yang tidak dapat digambarkan tapi tersentuh kesedihan di jiwa aku bila akan berpisah dengan Tuan Guru ini pada malam itu. Hingga kini masih terbayang2 wajahnya yang cukup ceria dan punyai 'roh' seorang alimin yang diberkati dan dirahmati Allah. Moga aku berkesempatan menemuinya lagi. Insya Allah.

Isnin, 8 Jun 2009

Hormatilah para sahabat Nabi

Hampir setiap hari kita mendoakan Rasulullah, Ahlul Bait tapi tidak pula kita melupakan para sahabat.

"Wahai Tuhan, kami bersolawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, keluarga baginda dan para sahabat baginda dan selamatkan ke atas mereka."

Kefanatikan segolongan umat Nabi saw terhadap Sayidina Ali dan mencemuh kalangan para sahabat yang lain adalah satu kebiadapan. Tidak salah memuliakan Sayidina Ali dan dimasa yang sama memuliakan para2 sahabat. Sedangkan para sahabat telah mendapat pujian dari Nabi sendiri seperti dalam ucapan solawat tadi.

Sayidina Ali pun memuji para sahabat

Sayidina Ali sendiri menyaksikan sendiri golongan tersebut menggunakan namanya sebagai isu menguatkan golongan mereka dan sungguh berdukacita. Kita lihat sendiri apa kata Sayidina Ali:

"Binasalah kumpulan yang terlalu sayangkan aku. Dan binasa juga mereka yang terlalu bencikan aku."

Dalam kitab Ittihafu Zawin Najabah kita boleh lihat sendiri sikap Sayidina Ali terhadap Sayiidina Abu Bakar. Sayidina Ali berkata: "Barangsiapa mengutamakan aku daripada Abu Bakar dan Umar maka aku akan rotan mengikut hukuman orang yang dusta."

Perkara ini berbangkit semasa kekecohan perlantikan Sayidina Abu Bakar sebagai khlifah oleh golongan yang mahukan Sayidina Ali. Sayidina Ali sendiri mendustakan golongan tersebut dengan berpegang pada sabda Rasulullah : "Hendaklah kamu mengikut dua orang sesudah aku iaitu Abu Bakar dan Umar."

Demikian juga Sayidina Ali tidak pernah menyanggah para sahabat yang lain. Apa kata beliau?
"Barangsiapa mencerca para Nabi dia dibunoh dan barangsiapa mencerca sahabat aku dia dirotan."


Jadi sesuailah kata2 Sayidina Ali ini dengan apa yang yang dipetik dari kitab Ibnu Hajar muka surat 3 yang bermaksud: "Daripada Anas ra Nabi bersabda : Sesungguhnya Allah telah memilih aku dan para sahabatku untukku di kalangan mereka, akan persemendaan dan pembantu maka barangsiapa memeliharakan aku di kalangan mereka maka memelihara Allah akannya. Dan barangsiapa menyakitiku di kalangan mereka Allah akan menyakitkan mereka."

Dimuka surat yang sama Ibnu Hajar memetik sebuah lagi hadith daripada Anas:
"Sesungguhnya Allah telah memilih aku, dan telah memilih untuk aku sahabat2 dan semendaan. Dan akan datang satu kaum mencerca akan mereka itu dan mengurangkan akan mereka itu maka jangan kamu duduk dengan mereka, minum dengan mereka dan makan dan menikah dengan mereka."

Rasulullah saw memuji para sahabat

Rasulullah saw memuliakan para sahabat baginda. Tidak pernah kita menjumpai satu ucapan pun dari baginda yang mencerca para sahabat, menghina atau memarahi mereka. Kalau mereka berbuat keslapanditeguri mereka dengan baik. Tidak diumumkan kesilapan mereka pada sesiapa jua. Jauh sekalilah mencaci-hina, menuduh-nuduh bahkan melaknat para sahabat. Rasulullah memuji para sahabat secara umum dan khusus banyak sekali.

1- "Wajib bagi kamu berpegang pada Sunnahku dan Khalifaur Rasyidin yang diberi petunjuk. Sesudah aku, pegang teguhlah dengan gerahammu." (Oleh Abu Daud dan At-Termize)


2. "Sahabat2ku itu laksana bintang di langit kalau kamu ikut mereka kamu dapat petunjuk."

3. "Sahabat itu laksana bintang di langit, mana seorang di kalangan mereka yang kamu ikut kamu dapat petunjuk."

4. "Sebaik2 kurun adalah ialah kurunku. Kemudian yang mengiringinya. Kemudian kurun yang mengiringinya."

Pujian khusus pada Sayidina Abu Bakr dan Sayidina Umar

Dalam kitab Assowaiqul Muhriqah diceritakan 113 hadith tentang Sayidina Abu Bakr dan tentang Sayidina Umar ada 68 hadith. Antaranya:

"Sesungguhnya orang2 yang paling aku percaya baik dirinya maupun hartanya adalah Abu Bakar."

Dikeluarkan oleh Bukhari dalam kitab tarikhnya dan Nasa'i dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi saw bersabda:
"Sebaik2 lelaki adalah Abu Bakar dan sebaik2 lelaki juga ialah Umar."


Dikeluarkan oleh Ahmad, Termize dan Hakim drp Uqbah bin Aam dan Tabrani drp Usamah bin Malik berkata, bersabda Rasulullah: "Kalau adalah selepasku seorang Nabi nescaya Umar bin Khattab lah orangnya."

Dikeluarkan oleh Bukahari dan Muslim drp Saad Bin Abu Waqqas telah berkata ia, Rasulullah saw telah bersabda: " Wahai Ibnu Khattab, demi nyawaku di tanganNya, syaitan tidak akan bertemu dengan engkau di satu jalan melainkan ia akan berjalan di jalan yang lain (kerana takut dengan Umar)."

Pujian Allah pada para sahabat

Sebenarnya Allah pun memuji para sahabat. Allah pernah berkirim salam pada para sahabat melalui Jibrail as antaranya firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 100:

"Orang2 yang terdahulu lagi pertama2 (masuk Islam) di antara orang2 Mahajirin dan Ansar dan orang2 yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha pada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai2 di bawahnya. Mereka kekal di dalamnya selama2nya. Itulah kemenangan yang besar.

Juga boleh rujuk pada Surah Ali Imran ayat 172 dan 173.

Juga pada surah Al-Fath ayat 29.

Demikian juga surah Al-Hadid ayat 10: "Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Makkah). Mereka lebih darjatnya drp. orang2 yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing2 mereka (balasan) yang lebih baik."

Kalau Allah pun memuji dan berjanji balasan yang baik pada mereka (para sahabat) apa hak golongan tertentu yang sampai tahap melaknat para sahabat itu. Mereka melaknat dan menghukum kufur para sahabat seperti Sayidina Abu Bakr, Sayidina Umar, dan Sayidina Uthman. Jadi firman Allah tadi untuk siapa? Bahkan Sayidina Abbas dan Sayidina Hamzah dan isteri2 Nabi seperti Sayidatina Aisyah, Sayidatina Habsah dan Sayidatina Zainab mereka berani menghukum bukan dari kalangan Ahlul Bait.

Khamis, 4 Jun 2009

Alam kubor: Orang mati mendengar, berkata2 dan mengenali.

Di sini akan dibahaskan sacara ringkas bahawa orang yang mati mendengar perkataan orang yang hidup. Mereka juga boleh berkata-kata di alam sana dan mengenali orang yang menziarahi kubornya. Kematian bermakna tinggallah kesenangan atau kesulitan hidup di alam dunia dan menuju ke alam baru iaitu alam kubor (barzakh). Tinggalkan ibu dan bapa, anak dan isteri, kaum keluarga sanak saudara, rakan taulan, harta meredak dan segala kenangan pahit dan manis kehidupan dunia. Semuanya ditinggalkan kecuali membawa kain pembalut jasadnya. Kaya dan miskin tidak terkecuali. Semuanya sudah tidak bermakna ketika nyawa di kerongkongan. Pintu taubat sudah tertutup. Perjalanan baru bermula. Bekalan di sana adakah mencukupi untuk meredah penghidupan yang bakal kekal abadi?. Dua alam yang pasti menunggu sebelum mengadap Rabbul Jalil. Sesungguhnya setiap orang yang hidup pasti merasainya..MATI.

Mendengar di alam kubor

Daripada Ibnu Umar r.a katanya:

"Rasulallah pernah menuju ke tempat ahli Qalib nama sebuah telaga di Badar (perkuboran kaum musrykin yang terbunoh dalam peperangan Badar), lalu menyeru: "Adakah kamu mendapati apa yang dijanjikan oleh Tuhan kamu itu benar?" Baginda ditanyai:"Adakah kamu menyeru orang2 yang yang telah mati?" Baginda menjawab: "Kamu tidaklah lebih mendengar daripada mereka, cuma mereka tidak dapat menyahutnya." Riwayat oleh Imam Al-Bukhari.

Dalil pada lafaz tadi terdapat dilafaz:"Kamu tidaklah lebih mendengar daripada mereka...Di sini dapat difahami maksud baginda: Samada kamu (sahabat yang mendengar kata2 baginda di situ) dan mereka (yang di dalam kubor) menyamai dari segi pendengaran atau mereka (yang di dalam kubor) lebih mendengar dari kamu (sahabat2 tadi).

Sia-sia lah perbuatan Nabi saw kalau sekiranya baginda tahu pertanyaan pada ahli kubor tadi tak memberi kesan manafaatnya pada yang hidup (sahabat yang bersama2nya) maupun yang mati (penghuni kuboran tadi). Maksudnya bahawa ahli kubor tadi mendengar soalan dari Nabi itu dan itu adalah dalil yang mereka yang mati boleh mendengar percakapan orang yang hidup.

Sebuah hadith yang diriwayatkan juga oleh imam Al-Bukhari daripada Anas bin Malik ra bahawa Rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya seorang hamba itu apabila diletakkan di liang kubornya dan para sahabatnya berangkat pulang, sesungguhnya dia mendengar hentakan kasut2 mereka. Kemudian dia didatangi dua malaikat, lalu mendudukkannya, kemudia mereka bertanya:"Apakah yang telah kamu katakan mengenai lelaki ini (Nabi Muhammad saw)? Sekiranya ia seorang muslim, dia akan berkata: Aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan RasulNya." Lalu diucapkan kepadanya:"Lihatlah kepada tempat duduk engkau di dalam neraka, telah Allah gantikan tempat duduk di dalm syurga." Dia dapat melihat kedua2nya (neraka dan syurga). Manakala seorang munafik dan kafir akan ditanya kepadanya:" Apakah yang telah kamu katakan mengenai lelaki ini? Dia akan menjawab:"Aku tahu, aku berkata sebagaimana yang diperkatakan oleh orang ramai." Dikatakan padanya: Kamu tidak tahu dan kamu tidak pernah membaca, kemudian dia dipukul dengan penukul daripada besi sekali pukulan, lalu dia menjerit satu jeritan yang didengari oleh makluk yang berdekatan dengannya kecuali jin dan manusia."

Dalilnya di sini adalah pada lafaz: "sesungguhnya dia mendengar hentakan kasut2 mereka." Jadi sekiranya seorang yang mati mendengar hentakan kasut, maka mendengar percakapan tentulah lebih patut. Ertinya mereka mendengarlah tuu..

Dalilnya yang ketiga adalah Rasulallah saw mengucapkan salam ke atas orang2 yang telah mati dan menganjurkannya kepada umatnya. Contohnya kita dianjur memberi salam ketika melalui kuboran. Sekiranya mereka tidak mendengar sudah tentu salam yang ditujukan kepada mereka sia-sia belaka. Takkan Nabi saw menganjurkan perbuatan yang sia-sia. Adalah tidak disyariatkan memberi salam ke atas tumbuhan, ketul2 batu dan binatang2. Contoh amat lucu beri salam pada lembu. Amat mustahillah kalau Nabi berbuat demikian iaitu perbuatannya memberi salam bukan pada orang2 yang mati di situ tapi pada benda2 dipersekitaran yang ada di situ.

Rasulallah telah menjawab pun kemusykilan yang ditimbulkan oleh Saidina Umar dengan sabdanya::"Kamu tidaklah lebih mendengar daripada mereka..." Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra ini dijadikan oleh jumhur ulama sebagai dalil mereka.

Adapun sanggahan dari mereka yang mengemukan dalil mereka yang mati tidak dapat mendengar kerana ada firman Allah dalam surah Faathir ayat 12 yang bermaksud:

"Kami tidak dapat menjadikan orang yang di dalam kubor dapat mendengar"

Juga dari firman Allah dalam surah Al Naml ayat 80 bermaksud:

"Sesungguhnua kamu tidak dapat menjadikan orang2 yang mati mendengar..".

Hujah jumhur ulama: Mereka sebenarnya dapat mendengar daripada kamu tapi mereka tidak dapat mengambil faedah lagi daripada perkataan kamu, kerana waktu untuk menerima dan beramal sudah luput. Ayat di atas tadi hanya menafikan penerimaan dan mengambil manafaat bukannya menafikan pendengaran. Maksudnya kewajipan untuk melaksanakan syariat sudah tidak diwajibkan lagi.

Inilah dalil yang dipegang oleh mufassirun dan ia juga telah dikemukakan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari dengan katanya: Ternyata dari ini, orang2 mati mendengar perkataan, doa, salam dan bacaan AlQuran daripada orang yang hidup dengan kedua telinga roh, bukan dengan kedua telinga jasad, sebagaimana orang yang tidur mendengar, melihat, berkata2 dengan rohnya, bukan dengan anggota2 lahir dan pancainderanya.

Berkata2 di alam kubor

Banyak ayat2 dan hadith yang menyatakan orang2 yang mati berkata2 di alam kubor.

Ali Imran : 169-170 " Jangan kamu menyangka bahawa orang2 yang terbunoh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikanNya kepada mereka dan mereka bergembira (menyampaikan berita gembira) terhadap orang2 yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka (yang masih hidup dan berjihad di jalan Allah) bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

Dalilnya di sini pada ayat yastabshiruun:menyampaikan khabar gembira sesama mereka mengenai saudara2 mereka yang masih hidup di dunia bahawa mereka tidak ada kebimbangan dan tidak pula bersedih hati.

Dalil dari hadith adalah dari At-Termizi, Ibn Majah dgn sanad yang baik dan Al-Hakam drp Jabir ra bin Abdullah bahawa tatkala bapanya terbunuh (Uhud) Rasulallah bersabda padanya:

"Wahai Jabir, mahukah saya khabarkan kepada kamu apa yang Allah firmankan kepada bapa kamu? Saya(Jabir) menjawab:"Sudah tentu."Baginda bersabda;"Allah tidak berkata2 dengan seseorang melainkan disebalik hijab, tetapi Allah telah berkata2 dengan bapa kamu secara berdepan. Allah Taala berkata:"Wahai Abdullah, bercita2lah kepada Aku, nescaya Aku memberi kepada engkau."Lalu Abdullah berkata:"Ya, Tuhan, semoga Enngkau menghidupkan saya semula, supaya saya dapat mati pada jalan Engkau kali kedua. Allah berkata:"Ketetapan telah pun berlaklu bahawa mmereka tidak akan kembali ke dunia." Lalu Abdullah berkata:"Sampaikanlah kepada mereka di belakangku (di dunia),lalu Allah swt menurunkan ayat ini. (Ali Imran:169-170 tadi)

Dalil yang kedua adalah Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith drp Abu Said Al-Khudri ra katanya:Rasulallah saw telah bersabda yang maksudnya:

"Apabila jenazah diletakkan di atas keranda, kemudian mereka diusung oleh beberapa lelaki di atas bahu2 mereka. Sekiranya jenazah itu soleh, ia akan berkata:'Cepatkanlah."Sekiranya tidak soleh, ia berkata kepada kaum keluarganya:"Alangkah celakanya, kemanakah kamu hendak bawa dengannya? Setiap sesuatu mendengar suara itu melainkan manusia. Seandainya manusia mendengarnya nescaya dia akan menjerit".

(Bukan macam cerita Do Re Me bila Tok Imam dan para pengusung keranda lari lintang pukang bila si mati bangkit berkata-kata..ingat dak cerita tu!)

Dalilnya terletak pada lafaz:Cepatkanlah dan Alangkah celakanya, kemanakah kamu hendak bawa dengannya? adalah contoh perkataan di alam kubor (barzakh).

Jadi bolehlah diambil kesimpulan bahawa matinya seseorang itu bukanlah berarti tamat riwayat hidupnya di situ saja. Matinya bearti berlaku perpindahan dari alam dunia ke alam yang seterusnya. Ia hidup kerana dari dalil2 di atas ia boleh mendengar serta berkata-kata. Ertiya berlaku kehidupan. Jasadnya mungkin hancur,lebur dan luloh tapi roh yang hidup itu tetap hidup. Banyak tingkatan roh yang disentuh oleh ulamak dan para alimin. Secara mudah ada yang membahagikan kepada dua:

Roh al Hayat - roh ini menghidupkan perjalanan darah di urat2 dan sel2 dalam tubuh manusia. Roh ini pencetus deria, pergerakan dan perasaan pada anggota2 lahir serta pancaindera. Ia menggerkkan hati atau jantung dan paru2 melalui pernafasan. Roh ini yang membezakan manusia ketika hidupnya, tidor atau jaganya dan roh inilah yang menyebabkan kematian. Roh ini melihat dengan perantaraan mata, dengar dengan telinga, berkata2 dengan lidah, menumbuk,gengam sbagainya dengan tangan dan menerajang, menendang, berlari dengan kaki dan sbgainya.

Roh al Idrak - Roh ini yang memahami dan berfikir pada diri manusia. Roh ini keluar masuk dari jasad manusia. Contohnya ketika manusia tidor dan ia yang menyebabkan manusia bermimpi. Roh ini tidak terikat dengan masa, tempat atau jarak. Ia mampu melihat dan bergerak dalam tempoh secepat kilat. Umpamanya ia mampu melihat dalam tempoh satu saat beberapa perkara yang memerlukan beberapa jam atau beberapa hari pada alam biasa. Ia tidak menyebabkan kematian (yang sebenar) tapi tidor itu adalah kematian sementara baginya. Roh ini akan tetap kekal bersama manusia selepas kematian (manusia itu) dan dengannya akan berlaku hisab dan azab di alam kubor. Jadi roh inilah yang akan mendapat nikmat dan azab.

Roh ini jenis berkata2, melihat, mendengar,memukul, menerjang, berlari, mendapat nikmat, menerima azab dsbgainya bukan mellalui perantaraan anggota lahir. Anggotanya tetap diam tanpa bergerak (bukan yang tu..bergerak dalam diam).

Dalam surah Az-Zumar ayat 42 Allah berfirman yang bermaksud:

"Allah memegang jiwa(roh) ketika matinya dan memegang jiwa(roh) yang belum mati di waktu tidornya. Maka Diallah yang menahan jiwa (roh) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai ke waktu yang ditentukan."

Sambung kembali...

Orang yang mati mengenali seseorang

Adapun orang mati mengenali seseorang yang menziarahi kubornya. Kalau simati tu boleh mendengar, boleh berkata2 jadi sudah pasti ia mengenal. Mengenal suara si pulan dan pasti mengenali si pulan jua.

Ibn Taimiyyah dalam kitab Fatawa menyebut:"Berhubung masalah oarng yang mati mengenali seorang hidup yang menziarahinya dan mengucapkan salam ke atasnya, maka disebut di dlm sebuah hadith drp Ibnu Abbas ra katanya:"Rasulallah saw bersabda yang bermaksud:

"Tidak seorang pun yang melintasi kubor saudaranya semuslim yang dikenalinya di dunia, lalu diucapkan salam ke atasnya (si mati), melainkan si mati tersebut mengenalinya dan menjawab salam kepadanya."

(Rujukan: Fathul Bari 3/234, Al-Fatawa: 24/317, Al-Mughni: 2/567, Syarah sahih Muslim: 2/139)

Banyak lagi dalil2 berkaitan tajuk ini. Cukup setakat ini dulu.

Selasa, 2 Jun 2009

NDAK BERIJTIHAD?.....Silakan.

Aku berterima kasih pada saudara Anwar Al-Johory bersanad dari Saudara Ustaz Ahmad Mukhlis yang mendahului aku menerbitkan artikel ini. Jadi tertangguhlah niat aku untuk bersama ramai rakan2 lain di luar sana yang cukup terasa untuk sekurang2nya membahaskan tajuk seperti ini. Sekarang seolah-olah seperti ada satu metode baru yang giat mewarwar "Seruan untuk Kembali kepada Sunnah Rasulullah saw" yang pada aku akan membawa implikasi yang kurang baik pada masyarakat. Tajuknya cantik tapi..seolah2 menidakkan fahaman ulama2 terdahulu yang digunapakai sehingga ke hari ini.

Betullah dunia ini sering berputar bak roda. Begitu juga dengan sejarah..sejarah lama golongan tua menidakkan golongan muda! Kekangan kuat golongan tua melemahkan golongan muda yang baru hendak bertapak di bumi nusantara ketika itu. Perdebatan terbuka berlaku di sana sini menyebabkan golongan muda "angkat kaki". Masyarakat dibersihkan oleh ulama2 yang berani dan tegas dan jadilah nusantara ini pusat pengembangan islamiyyah terkemuka ketika itu. Sebak hati aku bila mengenangkan satu persatu ulama2 terkemuka itu. Sekarang ni .....boleh tengok sendiri lar!!

Dewasa ini seperti yang aku tuliskan dalam posting terbaru aku ....masyarakat islam kini dalam "mood" yang cukup lemah dan kelam kabut. Kesempatan ini diambil oleh golongan yang 'kalah dulu' dan kembali mensasarkan masyarakat muda, terutamanya para pelajar institusi pendidikan tinggi termasuk juga masyarakat muda yang kurang tarbiyyah islami.

Kumpulan ini bergerak secara professional bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia melabelkan diri mereka berfahaman Salafi. Ia juga dibantu oleh beberapa organisasi penerbitan (tak maulah aku nyatakan disini..) yang mempromosikan individu2 tertentu. Beraya sakanlah depa ni. Pihak2 berkenaan pun sunyi sepi macam tarak apa-apa. Jadi siapa2 yang terasa masih ada lagi semangat sayangi agama silalah ikuti kupasan yang dibuat oleh pengarang asal artikel ini.

Assalamualaikum,

Empunya blog ingin berkongsi article ini dengan sahabat-sahabat. Baca dan ambil i’tibar buat peringatan untuk diri sendiri. Mutakhir ini, ramai di antara kita yang teguh mendabik dada mengeluarkan fatwa sesuka hati hanya bersandarkan kepada satu nas hadith atau ayat al-quran semata-mata tanpa ilmu. Moga diri kita selalu berdampingan dengan ulama’ yang mu’tabar dan benar dan tidak digolongkan dalam golongan yang sesat lagi menyesatkan..

Baca, berlapang dada dan ambil i’tibar…

(Bagi mereka yang rasa ndak berijtihad) ..... Mahir Ilmu Hadith Semata-mata Tidak Cukup Untuk Berfatwa (tajuk awal aku tambah sikit yang berwarna hijau).

Keinginan umat Islam kini untuk kembali kepada Islam di setiap tempat merupakan suatu khabar gembira buat kita. Ianya suatu yang jelas di setiap tempat walaupun kebanyakan daripada mereka mendapat tentangan yang hebat.

Kebangkitan Islam dapat dilihat dari pelbagai sudut terutamanya, dalam sudut penggurusan negara Islam). harta, penubuhan syarikat-syarikat Islam, pertubuhan-pertubuhan Islam, penerbitan buku-buku yang membincangkan tentang pengharaman sistem riba dan sebagainya, di kebanyakan tempat (terutamanya di negara-negara Islam).

Suatu khabar gembira yang lebih bernilai ialah, kebangkitan Islam dari sudut ilmiah, iaitu, perbincangan mengenai "Seruan untuk Kembali kepada Sunnah Rasulullah (sallallahu’alaihi wasallam)". Begitu banyak sekali buku-buku yang diterbitkan mengenai Hadis-hadis Rasulullah (sallallahu’alaihi wasallam) yang terkenal mahupun yang tidak terkenal.

Kebanyakan daripada buku-buku mengenai Hadis-hadis Rasulullah (sallallahu’alaihi wasallam) tersebut, tidak disyarah dan jelaskan oleh ulama’-ulama’ ahli fiqh, secara terperinci mengenainya. Oleh yang demikian, hal ini menyebabkan sebahagian pembaca yang tidak mempunyai bekalan ilmu fiqh yang mantap, ataupun yang tidak belajar dari ulama’-ulama’ terlebih dahulu, akan terkeliru dan seterusnya. pemahamannya akan bercanggah dengan maksud sebenar Hadis-hadis yang dibacanya. Kemungkinan besar juga, si pembaca tersebut akan terdorong untuk mengamalkan seluruh Hadis-hadis yang dinilai sebagai Hadis-hadis Sahih oleh segolongan ahli Hadis (tanpa menilai adakah hadis-hadis itu digunakan atau tidak oleh ulama’-ulama’).

Kemungkinan juga, si pembaca yang cetek ilmu tersebut, akan berkata kepada dirinya: "kami beramal dengan hadis ini untuk satu ketika, dan satu ketika yang lain, ditinggalkan hadis ini (tidak beramal dengan Hadis tersebut)". Si pembaca yang kurang ilmunya itu tidak bertanya terlebih dahulu kepada ulama’-ulama’ yang khusus dalam bidang syariah yang masih hidup, mahupun membaca ulasan-ulasan pada buku-buku karangan ulama’-ulama’ Muktabar yang telah tiada, mengenai Hadis-hadis yang dibacanya. seperti Fathul Bari karangan Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, Syar Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi, dan sebagainya.

Dia juga tidak mempelajari tentang ilmu Al-Arjah (Hadis-hadis yang paling kuat untuk digunakan dalam berhujah pada masalah syariat), tidak mengetahui yang mana hadis yang diriwayatkan terlebih dahulu dan yang mana yang diriwayatkan kemudian, yang mana hadis yang khusus dan yang mana hadis yang diriwayatkan khas untuk keadaaan tertentu, yang mana ilmu-ilmu tersebut amat penting dalam memahami dan mengkaji maksud sesuatu hadis.

Kadang-kadang pembaca buku-buku Hadis, yang kurang ilmunya, apabila telah jelas sesuatu hadis, dia menyangka bahawa Rasulullah (sallallahu’alaihi wasallam) kadang-kadang terlupa apa yang pernah Baginda (sallallahu’alaihi wasallam) pernah sabdakan, kemudian menukar perkataan Baginda (sallallahu’alaihi wasallam) yang berlainan dengan kata-kata Baginda (sallallahu’alaihi wasallam) sebelum itu, walaupun pada hakikatnya, Baginda (sallallahu’alaihi wasallam) seorang yang Ma’shum (tidak berdosa dan melakukan kesalahan). Allah s.w.t. juga pernah berfirman: (( Kami akan bacakan (beri wahyu) kepadaMu (Hai Muhammad), maka janganlah Kamu melupainya ).

Maka, para penuntut ilmu yang ingin mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. melalui hadis-hadis Baginda s.a.w. yang diriwatkan oleh para ulama’ hadis dalam kitab-kitabnya, perlu juga merujuk kepada kitab-kitab fiqh yang dikarang oleh ulama’-ulama’ fiqh. Ini kerana, didalamnya terdapat adunan adunan daripada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dalam bentuk praktikal yang dikenali sebagai ilmu fiqh.

Seperti yang dapat dilihat dari kaca mata sejarah, sebahagian ulama’-ulama’ hadis yang agung di zaman salaf yang soleh juga, amat menghormati dan memuliakan ulama’-ulama’ Fiqh yang mahir dalam bidang Hadis juga, yang Allah pelihara mereka daripada bercanggah dengan Hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam). Bahkan, mereka turut mempelajari makna-makna hadis yang mereka riwayatkan daripada ulama-ulama fiqh yang muktabar.

Abdullah bin Mubarak (seorang ulama’ Hadis dari Khurasan) r.h.l. pernah berkata:
"Jika Allah s.w.t. tidak membantu saya dengan perantaraan Abu Hanifah dan Sufian (dua ulama’ Fiqh), nescaya aku sama sahaja seperti orang awam (yang tidak memahami Hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam) ".[1]


Sufian bin ‘Uyainah r.h.l. pernah berkata:
"Orang yang pertama membantu saya dalam memahami hadis dan menjadikan saya seorang ahli Hadis ialah Imam Abu Hanifah (seorang ulama’ fiqh)"[2]


Abdulla bin Wahab r.h.l. (seorang ahli hadis juga sahabat Imam Malik r.h.l.) juga pernah berkata:

"Saya telah berjumpa dengan tiga ratus enam puluh ulama’, (bagi saya) tanpa Imam Malik dan Imam Laith r.h.l (ulama’-ulama’ Fiqh), nescaya saya akan sesat dalam ilmu."[3]

Beliau juga diriwayatkan pernah berkata:
"Kami mengikuti empat orang ini dalam ilmu, duanya di Mesir dan dua orang lagi di Madinah. Imam Al-Laith bin Sa’ad dan Amr bin Al-Harith di Mesir, dan dua orang lagi di Madinah ialah Imam Malik dan Al-Majishun. Jika tidak kerana mereka, nescaya kami akan sesat."


Imam Al-Kauthari r.h.l. berkata di dalam kitab Al-Intiqa’ karangan Ibn Abdil Bar, telah berkata Abdullah bin Wahab (dari sanad Ibn ‘Asakir):
"Jika tiada Imam Malik bin Anas dan Imam Al-Laith Sa’ad, nescaya saya akan binasa. Dulu, saya menyangka setiap yang datang dari Rasulullah (sallallahu’alaihi wasallam) (As-Sunnah dan Al-Hadis), perlu diamalkan".


Maksud kesesatan dalam perkataan beliau ialah: percanggahan dengan maksud Hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam). Kemudian, Imam Al-Kauthari mengulas:
"Kesesatan yang dimaksudkan sepertimana berlaku pada kebanyakan manusia yang jauh dari ilmu Fiqh dan tidak dapat membezakan tentang hadis yang diamalkan dan selainnya. [4]


Al-Qodhi ‘Iyadh r.h.l. meriwayatkan, Ibn Wahab r.h.l. juga pernah berkata:
"Andai Allah s.w.t. tidak menyelamatkan saya dari kesesatan melalui Imam Malik dan Al-Laith r.h.l., nescaya saya akan sesat."


Beliau ditanya: "Mengapa begitu?" Beliau menjawab: " Saya telah menghafal banyak hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam), sehingga timbul pelbagai persoalan. Kemudian, saya pergi ke Imam Malik dan Al-Laith untuk bertanya mengenainya, maka mereka berkata kepada saya: "Hadis ini kamu amalkan dan ambil ia sebagai hujah, dan hadis yang ini pula kamu tinggalkan (tidak perlu menggunakannya)."[5]

Sufian bin ‘Uyainah pernah berkata:
"Hadis itu menyesatkan kecuali kepada Al-Fuqoha’ (ulama’ ahli Fiqh). Kadangkala, suatu hadis itu tidak boleh dipegang secara zahir sahaja, malah ada ta’wilannya. Kadangkala, sesuatu Hadis itu pula ada maksud yang tersembunyi. Ada juga Hadis yang perlu ditinggalkan dengan sebab-sebab tertentu, yang mana, semua itu hanya diketahui oleh orang yang mahir dan berilmu luas khususnya dalam Fiqh (kefahaman)."[6]


Ibn Rusyd r.h.l. pernah ditanya tentang kata-kata: "
Hadis itu menyesatkan kecuali bagi ahli Fiqh". Beliau ditanya lagi: "Bukankah seorang ahli Fiqh itu juga perlu tahu mengenai Hadis terlebih dahulu.?!" Beliau menjawab: "Kata-kata itu bukanlah dari Rasulullah (sallallahu’alaihi wasallam), ia merupakan kata-kata Ibn ‘Uyainah r.h.l. dan ahli-ahli Fiqh yang lain. Maksud kata-kata itu tepat, kerana kadangkala, sesuatu hadis itu diriwayatkan dalam sesuatu keadaaan yang khusus, tetapi maknanya umum, begitu juga sebaliknya. Ada juga Hadis yang Nasikh dan Hadis yang Mansukh (tidak digunakan lagi). Kadangkala pula, ada hadis yang secara zahirnya seolah-olah menyerupakan Allah dengan makhluk (Tasybih). Ada juga hadis yang maksudnya hanya diketahui oleh para ahli Fiqh sahaja. Barangsiapa yang hanya mengumpul hadis tetapi tidak memahaminya tidak dapat membezakan antara hadis yang maksudnya umum atau khusus. Oleh kerana itu, ahli Fiqh (Faqih) itu bukanlah orang yang sekadar mengetahui tentang Hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam) sahaja, bahkan memahaminya secara mendalam. Jika seseorang itu tdak mampu memahami secara mendalam dalam masalah hadis mahupun Fiqh, maka dia bukanlah seorang ahli Fiqh (Faqih), walaupun dia mengumpul banyak Hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam). Inilah sebenarnya maksud kata-kata Sufian bin ‘Uyainah.[7]


Abdullah bin Mubarak r.h.l. pernah berkata mengenai fiqh Imam Abu Hanifah r.h.l.:
"Jangan kamu katakan fiqh ini (mazhab Imam Abu Hanifah) merupakan pendapat beliau, tetapi katakanlah, ia (mazhab Abu Hanifah) merupakan tafsiran bagi hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam).[8]


Sebahagian orang, hanya membaca matan-matan hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam) sahaja, tanpa menghiraukan ulasan-ulasan ahli-ahli Fiqh yang bergiat secara khusus dalam mengkaji hadis-hadis tersebut, mengenai hadis-hadis tersebut.. Mereka berfatwa dan mengemukakan hadis-hadis yang diragui kesahihannya disisi Imam-imam terdahulu yang ‘Alim, dalam masalah hukum dan percakapan mereka.

Kadangkala, mereka menolak ulasan-ulasan ulama’-ulama’ yang ‘Alim, mengenai kedudukan hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam), dan bersangka buruk pula kepada ulama’-ulama’ tersebut. Ada dikalangan mereka pula, yang melemparkan tohmahan yang buruk keatas ulama’-ulama’ muktabar tersebut serta pengikut-pengikut mereka dan mengatakan bahawa mereka (ulama’-ulama’ terdahulu dan pengikut-pengikutnya) jahil tentang hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam). Amat buruklah tohmahan mereka itu!

Imam Ahmad bin Hanbal r.h.l. pernah bekata (seperti yang diriwayatkan oleh anaknya Soleh r.h.l.):
"Seseorang yang ingin memberi fatwa perlulah terlebih dahulu memahami keseluruhan Al-Qur’an, mengetahui sanad-sanad hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam) dan mengetahui Sunnah-sunnah.[9]


Abdullah bin Ahmad bin Hanbal r.h.l. berkata,
"saya pernah bertanya kepada ayah saya (Ahmad bin Hanbal r.h.l.), tentang seorang pemuda yang memiliki banyak kitab-kitab mengenai hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam) dan himpunan kata-kata paa sahabat r.a. dan para tabi’in r.h.l., tetapi tidak mengetahui tentang kedudukan sesuatu hadis tersebut samada sahih atau sebaliknya, adakah dia boleh beramal sesuka hatinya? Ataupun, adakah dia layak memilih hadis mana yang dia mahu gunakan, dan memberi fatwa atau beramal dengannya? Imam Ahmad bin Hanbal menjawab: "Tidak! Sehinggalah dia bertanya kepada ulama’ mengenai hadis mana yang boleh digunakan. Kemudian, barulah dia boleh beramal dengannya (hadis yang disahkan kesahihannya oleh ulama’ yang ditanya mengenainya)."[10]


Imam As-Syafi’e r.h.l. pernah menegaskan:
"Seseorang tidak boleh memberi fatwa dalam agama Allah kecuali dia mengetahui keseluruhan Al-Qur’an dan ilmu-ilmunya seperti nasikh dan mansukh, ayat muhkam dan mutasyabih, ta’wil dan tanzil, ayat makkiyah atau madaniyyah. Dia juga perlu mengetahui tentang hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam), serta ilmu-limunya (’ulumul hadis) seperti nasikh dan mansukh, dan lain-lain. Setelah itu, dia juga pelu menguasai Bahasa Arab, Sya’ir-sya’ir Arab, dan sastea-sasteranya (kerana Al-Qur’an dan Hadis dalam Bahasa Arab dan mengandungi kesasteraannya. Setelah itu, dia juga pelu mengetahui perbezaan Bahasa Arab di kalagan setiap ahli masyarakat Arab. Jika dia sudah menguasai keseluruhan pekara-perkara tersebut, barulah dia layak memberi fatwa mengenai halal dan haram. Jika tidak, dia tidak layak untuk memberi fatwa."[11]


Khalaf bin Umar r.h.l. telah berkata:
"Saya mendengar Malik bin Anas (r.h.l.) berkata: "Saya tidak pernah duduk untuk memberi fatwa sehinggalah saya bertanya terlebih dahulu kepada orang yang lebih ‘alim dari saya tentang kelayakan saya untuk berfatwa. Saya pernah bertanya terlebih dahulu kepada Rabi’ah (r.h.l.) dan Yahya bin Sa’id, sedangkan mereka menyuruh saya untuk berfatwa. Maka, saya menegaskan: "Wahai Aba Adullah, adakah tidak mengapa untuk saya berfatwa sedangkan kamu ada di sini?" Beliau menjawab: "Saya tidak layak berfatwa. Tidak layak bagi seseorang itu, menganggap dirinya layak untuk sesuatu perkara, sehinggalah dia bertanya kepada seseorang yang lebih mengetahui darinya."[12]


Maka, jelaslah berdasarkan kata-kata ulama’-ulama’ salaf yang dinukilkan oleh Sheikh Habib Al-Kairanawi r.h.l., telah menolak pendapat orang-orang mewajibkan setiap orang untuk berijtihad. Kemungkinan, mereka tersalah faham terhadap perkataan-perkataan sesetengah ulama’ dalam karangan-karangan mereka, padahal kefahaman yang salah itu, amat bercanggah dengan kefahaman jumhur ulama’. Kemudian, golongan tersebut memperjuangkan kefahaman yang salah ini, dan mengajak seluruh umat Islam mengikuti pendapat tersebut (walaupun pada hakikatnya amat bercanggah dengan kefahaman yang sebanar). Akhirnya, tejadilah kekacauan dan pertelingkahan dikalangan umat Islam, disebabkan oleh perjuangan terhadap fahaman yang salah ini (yang mewajibkan setiap orang berijtihad). Na’uzubillah min zalik.

Salah faham ini sebenarnya membawa kepada pepecahan dikalangan penuntut-penuntut ilmu dan akhirnya membawa kepada permusuhan dan saling jauh menjauhi antara satu sama lain. Hal ini akan menyebabkan terputusnya tali persaudaraan yang Allah s.w.t. menyuruh umat Islam menyambungkannya (tali persaudaraan Islam).

Kita perlulah mempelajari ilmu dari ahli ilmu yang muktabar dari sudut ilmunya, bukan sekadar membaca buku-buku imiah tanpa dibimbingi oleh seseorang guru yang alim. Ini kerana, barangsiapa yang tiada guru yang membimbingnya dalam mendalami samudera ilmu Islam dalam kitab-kitab, maka syaitanlah yang akan menjadi pembimbingnya. Bahkan, para ulama’ muktabar turut menyeru agar ilmu agama dipelajari oleh kaedah isnad, di mana kefahaman tentang agama Islam diambil dari para ulama’ yang jelas sanad ilmunya bersambung kepada Rasulullah s.a.w.

Nas-nas di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah bagaikan bahan mentah bagi Syariat Islam. Ia perlulah diadun dengan acuan-acuan ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu Asbabun Nuzul, Asbabul wurud, ilmu rijal, ulumul Qur’an, ulumul Hadis, usul Fiqh dan sebagainya. Sheikhuna As-Syarif, Al-Habib Yusuf Al-Hasani h.f.l. pernah menyebut bahawa "sesiapa yang tidak menguasai ilmu-ilmu tersebut, namun cuba mengamalkan hadis-hadis yang dibacanya tanpa bimbingan guru-guru yang alim, bagaikan mengambil daging mentah dari peti sejuk dan memakannya begitu sahaja. Bukankah ianya memudaratkan diri sendiri"

Jika kita dikalangan orang awam, bukan ahli ilmu, maka bertanyalah kepada orang yang ‘alim, dan janganlah berijtihad sendiri terhadap nash-nash. Allah telah berfirman:
( فسئلوا أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون)
Maksudnya: Bertanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui (akan sesuatu perkara).

Wallahu’alam
[1] Kitab "Tibyiidh As-Shohafiyyah" m/s 16
[2] Kitab "Jawahir Al-Mudhiyah" jilid 1 m/s 31
[3] Ibn Hibban, muqoddimah Kitab "Al-Majruhin"
[4] Ktab "Al-Intiqa’ fi Fadhail Al-A’immah Ath-Thalathah Al-Fuqoha’" m/s 27-28
[5] Kitab "Tartib Al-Madarik" jilid 2 m/s 427
[6] Imam ibn Abi Zaid Al-Qairawani, "Al-Jami’" m/s 118
[7] Abu ‘Abbas Al-Wansyarishi "Al-Mi’yar Al-Mu’rab" jilid 12 m/s 314
[8] Kitab "Manaqib Al-Muaffaq Al-Makki" m/s 234
[9] Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah, "I’lamul Muaqi’iin", jilid 2 m/s 252
[10] Al-Faqih Shiekh Habib Ahmad Al-Kairanawi m/s 5, dipetik dari "I’lamul Muaqi’iin"
[11] Ibid m/s 6 dipetik dari kitab "Al-Faqih wal Mutafaqqih" karangan Al-Khatib Al-Baghdadi.
[12] Ibid m/s 6, dipetik dari kitab "Tazyiin Al-Mamalik" karangan Imam As-Suyuti m/s 7-8

http://mukhlis101.blogspot.com/2008/08/mahir-ilmu-hadith-semata-mata-tidak.html

Anwar al-johory:-
Saya tertarik dgn kata-kata imam Syafiee,
"Seseorang tidak boleh memberi fatwa dalam agama Allah kecuali dia mengetahui keseluruhan Al-Qur’an dan ilmu-ilmunya seperti nasikh dan mansukh, ayat muhkam dan mutasyabih, ta’wil dan tanzil, ayat makkiyah atau madaniyyah. Dia juga perlu mengetahui tentang hadis-hadis Nabi (sallallahu’alaihi wasallam), serta ilmu-limunya (’ulumul hadis) seperti nasikh dan mansukh, dan lain-lain. Setelah itu, dia juga pelu menguasai Bahasa Arab, Sya’ir-sya’ir Arab, dan sastera-sasteranya (kerana Al-Qur’an dan Hadis dalam Bahasa Arab dan mengandungi kesasteraannya. Setelah itu, dia juga pelu mengetahui perbezaan Bahasa Arab di kalagan setiap ahli masyarakat Arab. Jika dia sudah menguasai keseluruhan pekara-perkara tersebut, barulah dia layak memberi fatwa mengenai halal dan haram. Jika tidak, dia tidak layak untuk memberi fatwa."
Ibid m/s 6 dipetik dari kitab "Al-Faqih wal Mutafaqqih" karangan Al-Khatib Al-Baghdadi.
Allahu Allah… betapa kerdilnya diri ini berbanding gagasan ilmu para ulama’ ini. Inikan pula ingin berijtihad mengeluarkan fatwa sendiri hanya dengan mengetahui beberapa kerat hadith. Cukuplah diri ini yang awam dan tidak mampu berijtihad mengikuti jejak atur susun cara ulama-ulama fiqh. Gagasan ilmu ulama’ 4 mazhab yang mu’tabar…


ingat..
Kita perlulah mempelajari ilmu dari ahli ilmu yang muktabar dari sudut ilmunya, bukan sekadar membaca buku-buku imiah tanpa dibimbingi oleh seseorang guru yang alim.
Nas-nas di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah bagaikan bahan mentah bagi Syariat Islam. Ia perlulah diadun dengan acuan-acuan ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu Asbabun Nuzul, Asbabul wurud, ilmu rijal, ulumul Qur’an, ulumul Hadis, usul Fiqh dan sebagainya.
Barangsiapa yang tiada guru yang membimbingnya dalam mendalami samudera ilmu Islam dalam kitab-kitab, maka syaitanlah yang akan menjadi pembimbingnya.
Ilmu agama hendaklah dipelajari melalui kaedah isnad, di mana kefahaman tentang agama Islam diambil dari para ulama’ yang jelas sanad ilmunya bersambung kepada Rasulullah s.a.w.
Moga diri kita diberi perlindungan oleh Allah daripada kesesatan dan diberi kekuatan untuk sentiasa melakukan ketaatan dan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah…


wallahua’alam..

Yang aku kutip dari laman www.anwaraljohory.com/