Khamis, 30 Julai 2009

Siapa itu Yahudi dan peranan jahat mereka dalam masyarakat moden

Jika anda menjawab Yahudi adalah satu bangsa dari Bani Semitik Umat Israel, atau dalam lain perkataan keturunan Nabi Yaakob anak Nabi Ishak anak Nabi Ibrahim alaihissalam. Betul lah itu. Tapi??.. Bolehlah dikatakan bahawa majoroti daripada golongan yang menggelarkan diri mereka Yahudi di zaman ini sebenarnya bukan Yahudi. Yahudi yang bukan Yahudi! Mengapa? Kerana kebanyakan mereka ini adalah keturunan Bani Khazar Turki dari Eropah Tengah yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke 8 era Kristian atas sebab-sebab politik!

Kenyataan ini menggariskan satu penipuan terbesar dalam zaman kita ini – Kita diberitahu bahawa perbuatan menyokong Arab Pelestin yang memang SAH berketurunan Semitik adalah satu perbuatan yang 'anti-semitik'. Manakala jika kita menentang Israel yang bukan semitik, maka kita anti-semitik. Jadi kesimpulannya (yang menjadi Yahudi) itu tidak kena mengena dengan satu bangsa tertentu. (sebagaiman juga Islam tidak melambangkan satu bangsa khusus).

Jadi apakah erti keyahudian ini? Anda mungkin akan mengatakan pula sekarang bahawa keyahudian itu adalah satu isu agama. Kalau ini benar, bagaimana pula dengan sebahagian besar 'Yahudi' yang secara terbuka mengakui diri mereka sebagai agnostic dan ada juga atheist, tetapi terus lancang menggelarkan diri mereka Yahudi?.

Oleh itu, sekiranya keyahudian atau menjadi Yahudi itu tidak ada kena mengena dengan bangsa ataupun agama, dimana letaknya keyahudian ini?

Jawapannya sudah pasti boleh kita rujuk dalam kitab Allah, Al-Quranul Karim. Allah swt menjelaskan dengan sejelas-jelasnya dal Quran bahawa keyahudian itu ialah satu cara hidup, satu cara berfikir yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi. Sebagaimana Islam itu adalah satu cara hidup (ad-deen) dan satu cara berfikir, begitulah juga Yahudi itu. Si Muslimin boleh dikenali dengan sifat-sifat mulianya, dan si Yahudi pula boleh kita kenal dengan sifat-sifat kejinya. Sesiapa yang arif dengan kitab suci Al-Quran akan mengetahui sifat-sifat jelek Yahudi yang dimaksudkan. Allah swt telah menyebutnya satu persatu kejelekan mereka itu. Dan yang paling utama dan paling penting untuk kita fahami mereka adalah:

1. Perasaan lebih baik, lebih mulia atau lebih tinggi daripada orang lain tanpa sebarang asas atau sebab-musabab.

2. Ketamakan terhadap harta dan kuasa yang tiada penghujungnya.

3. Sifat pengecut yang amat sangat berserta ketakutan eksterim terhadap maut. (cukup fobia dengan perkataan jihad).

4. Tiada keupayaan untuk mematuhi sebarang autoriti, yang selalunya membawa kepada perbuatan memberontak dan ingkar.

5. Tiada keupayaan kronik untuk mempercayai orang lain, sentiasa berburuk sangka, busuk perut.

6. Sentiasa bersifat ragu-ragu dan skeptikal yang tiada ubat penawarnya.

Allah menyebut sifat-sifat ini dalam banyak ayat dalam AlQuran dan sifat-siafat inilah yang mendatangkan kemurkaan Allah swt ke atas umat Yahudi. Mereka memiliki sifat-sifat yang berlawanan dengan sifat-sifat yang dimiliki oeh orang-orang yang beriman kepada Allah dan mematuhi para Nabi.

Perancangan yang cukup hebat oleh Yahudi laknatullah ini telah mengubah keseluruhan kehidupan manusia dalam tempoh empat ratus tahun yang lalu. Dalam tempoh itu seluroh kuasa politik dan ekonomi telah dipindahkan secara sistematik daripada asas-asas tradisi mereka.. Hasilnya , dunia telah menyaksikan suatu kontrol politik dan ekonomi yang tidak pernah dilihat sebelumya dalam persejarahan manusia. Kefahaman mereka hanya merangkumi aspek-aspek keujudan fizikal semata-mata dan ini telah menyempitkan laluan manusia kearah memahami dimensi spiritual keujudan. Manusia telah terpisah jauh daripada keimanan mutlak kepada Tuhan maha Pencipta.

Kekuatan mereka (yahudi) muncul pada era Kristian di kurun 15. Dari situ sejarah hitam bermula. Peristiwa Renaissance, Reformasi, Perang saudara Inggeris, Revolusi Perancis, Revolusi Rusia, Perang Dunia Pertama, Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah dan disambung dengan Perang Dunia Kedua. Tempuh empat ratus tahun itu mempersembahkan tompok-tompk keujudan satu leitmotif, satu tema asas yang berkesinambungan.

Kita mulakan dengan Renaissance. Pada asasnya dari situ bermula pemindaan cara manusia memandang dunia kediaman mereka. Sebelum Renaissance, manusia dengan terbuka dan secara natural menerima pandangan hidup berasaskan wahyu ketuhanan. Tanpa banyak soal, mereka menerima bahawa manusia semuanya ciptaan Tuhan, begitu jua alam semesta. Semua di bawah kekuasaan tuhan. Selepas kedatangan Renaissance pandangan manusia telah berubah. Manusia melihat diri mereka ujud bebas dari sebarang usul ketuhanan, mula mengukur, menilai alam semesta menggunakan daya fikiran mereka sendiri dan mengenepikan wahyu-wahyu ilahi. Poin dari sini ialah sebaik tamatnya Era Renaissance ini, manusia telah rata-rata mempunyai pandangan hidup bahawa mereka adalah Tuan kepada alam semesta dan penentu masa depan mereka sendiri.

Sekarang kita lihat pula era Reformasi. Di era ini lojik akal digunakan secara meluas. Martin Luther telah memaku 95 thesisnya di pintu Gereja Wittenburg pada 31 October 1517 dan mengistiharkan pemisahan beliau dari Gereja Rome. Dia membuka laluan kepada orangramai untuk menolak fahaman tradisi tentang apa yang betul dan apa yang salah, walhal faham tradisi ini adalah yang terasas atas saki baki ajaran nabawi yang asli. Dengan penolakan ini manusia boleh menentukan mana betul dan mana salah berlandaskan kefahaman sendiri dan ini sudah tentu akan berubah-ubah menurut situasi. Ketibaan Reformasi ini telah menolak undang-undang Canon iaitu undang-undang yang berasaskan ajaran-ajaran moral Gereja Traditional. Dari sini timbul cara menghalalkan peminjaman wang berfaedah (berbunga) yang diperkenalkan oleh John Calvin berketurunan Perancis. Dari sinilah bermulanya satu struktor kuasa baru kepada kekayaan financial dan bukan lagi pemilikan tanah-tanah. Di era ini jugalah Raja England, Henry VIII telah memutuskan hubungan dengan Gereja Rome dan menubuhkan Gereja England dan beliau sendiri sebagai kepalanya. Inilah pukulan berdasarkan Luthernisma. Kalau berdasarkan Calvinisma, Henry sendiri menabur jumlah hutang yang besar pada kadar 10%dan membolehkan dia memuaskan nafsu dan hawa rakusnya yang akhirnya membawa kepada kejatuhan pemerintahan beraja yang kononnya dia sendiri ingin pertahankan.

Bermula dari tindakan Henry keluar dari Gereja Rome meletakkan kerajaan-kerajaan kecil bawah taklukannya mula berpecah. Kejatuhan Dinasti Todor yang menyokong Raja England pada Dinasti Stuart yang menyokong Raja Perancis dan Gereja Rome menampakkkan perpecahan berakhir dengan Perang Saudara Inggeris dengan penangkapan dan pembunuhan Raja. Ketika dibunoh Raja itu berkata, "Aku mati sebagai syahid untuk rakyatku." Tetapi dia juga dibunoh atas nama rakyat!

Dalam keadaan ini Oliver Cromvell naik memerintah sebagai Pemelihara Alam Maya (Protector of the Realm) dan memerintah England atas nama Parlimen. Dia sebenarnya berada dibawah tunjuk kreditor-kreditornya semasa meminjam sebegitu besar wang dalam berperang menentang Raja dalam Perang Saudara Inggeris. Masa pemerintahan Cromwell lah bermulanya sistem pemerintahan Sekularisme.

Selepas kematian Cromwell, pemerintahan beraja kembali tapi atas nama sahaja. Raja dibayar gaji oleh Parlimen. Dia hanyalah satu lambang – kononnya dipanggil payung mahkota. Pada masa pemerintah Willam kita dapat saksikan penubuhan Bank Of England, iaitu bank negara yang pertama di dunia. Yang peleknya bank ini bukannya bank nasional dalam ertikata yang sebenarnya kerana ia bukan dimiliki oleh negara tapi milikan peribadi. Dipanggil bank negara kerana ia mempunyai monopoli ke atas matawang dan hanya ia sahaja yang dibenarkan memberi hutang kepada kerajaan. Dan Kerajaan England memang berhutang dengan banyaknya pada bank ini. Oleh itu Bank ini juga 'nasional' dalam konteks seluroh negara itu terhutang kepadanya! Bunga faedah dikenakan pada peminjam atas nama 'pembangunan' untuk rakyat, dibayar semula oleh rakyat dalam bentuk cukai. Inilah titik mula kepada apa yang dipanggil "Jumlah Hutang Negara' atau 'National Debt".

Dari saat inilah Kerajaan secara terang-terangan dan terbuka berada dalam genggaman individu-individu yang memiliki bank itu. Ahli-ahli Riba telah dalam sekelip mata bertukar wajah, dari kedudukan mereka sebagai penyangak atau penjenayah (lintah darat) yang dibenci kepada kedudukan sebagai orang yang memegang kuasa sebenar. Dan ahli-ahli politik terus menerus hingga ke hari ini adalah 'Pak Yet' (boneka) mereka.

Kita beraleh pula pada Revolusi Perancis. Secara terang-terangan dan tidak syak lagi matlamat revolusi Perancis ialah penghapusan orde lama atau 'anciet regime', dan pembasmian apa jua yang didokonginya termasuk ugama. Sekali lagi Raja disembelih atas nama rakyat.! Dari sini ahli-ahli perniagaan Riba berjaya menegakkan satu network bank antarabangsa meliputi segenap pelusok Eropah. Berlaku juga dalam sejarah dunia fahaman atheism dibolehkan. Dan melalu revolusi Perancis inilah KAUM MUSLIMIN buat kali pertama didedahkan dengan fitnah ini. Sebelum itu, integriti dan kesucian as-Syariah dalam Darul Islam berada dalam keadaan terpelihara. Apabila Napolean Bonaparte memasuki Mesir, satu retakan mula dilihat dan melaluinya racun yang memusnahkan Eropah mula merebak ke Darul Islam dan bermulalah kerja-kerja korupnya. Dalam tempoh yang singkat saja, alkohol mula dijual di Mesir, bank yang pertama ditubuhkan disitu dan para pelajar mula ke Paris untuk menimba 'ilmu'.

Kubu terakhir Kristianiti di Eropah ialah Empayar Rusia. Kerana ia adalah Orthodok Timur, untuk sementara waktu ia terlepas dari serangan awalan yang tertumpu pada Gereja Rome. Bila berlakunya Revolusi Rusia ia telah melebihi tahap mana-mana revolusi sebelumnya. Kali ini kesemua keluarga diRaja termasuk kanak-kanak di bunuh dan disembelih dan sekaligus meranapkan pemerintahan beraja. Dan kali ini Atheisma bukan saja dibolehkan malah diwajibkan ke atas setiap individu. Sistem keagamaan dihapuskan!

Masuk pada Perang dunia Pertama, saki baki orde lama Eropah dimusnahkan dengan penghapusan Empayar Austro-Hungarian dan penghinaan ke atas Empayar Jerman. Dan bermula pula serangan ke atas orang-orang Islam seperti nasib kristian Eropah dahulu. Inggeris menyokong satu gerakan nationalis Arab yang ber-revolusi menentang Khalifah Uthmaniyyah dan pada tahun 1924 gerakan ini berjaya menumbangkan kerajaan Islam terakhir itu ditangan anak didik Yahudi berketurunan Yahudi bernama Kamal Ataturk. Inggeris telah mengambil Iraq, Jordan dan Palestin dan menghadiahkan Syria dan Lebanon pada Perancis. Jadi bermulalah sekularisma Islam. Buat pertma kalinya 'Hutang Antarabangsa' muncul selepas Perang Dunia Pertama.

Masuk Perang Dunia Kedua seterusnya hingga kini orde lama telah terhapus yang tinggal adalah Penguasaan Mutlak. Saki baki orde lama telah terkubor, dari sudut politik, ugama sekarang hanyalah satu anakronisma yang tidak lagi relevan, moraliti tradisi terhakis dari mana-mana sistem perundangan. Melalui amalan Riba, ahli-ahli Riba telah memerangkap seluroh dunia dalam perangkap 'Hutang Antarabangsa' dan 'Hutang Domestik'. Satu dunia bernyanyi lagu demokrasi berparlimen sedang kuasa politik sebenar kekal tersembunyi dari pandangan umum. Arena politik dijadikan satu pementasan, satu teater, manakala penulis skripnya tiada siapa yang tahu. Politik dijadikan candu orang kebanyakan.

Proses empat ratus tahun ini merupakan ulangan putaran sejarah yang telah diungkap dalam Al-Quranul Karim. Ia adalah kisah tentang sebuah masyarakat yang terpesong dari ajaran asal Nabi mereka dan akhirnya kembali kufor.Walaupun pada mulanya proses ini ditumpukan pada Eropah dan Amerika Utara tapi satu dunia telah terperangkap dalam arus kekufuran ini .Orang-orang Islam sebagai penerima dan pemelihara Wahyu Terakhir dijadikan sasaran istemewa.

Siapa sebenarnya dalang disebalik keselurohan proses ini? Jangan kita lupa bangsa Yahudi yang banyak disentuh dalam kitab suci Al-Quran dan berulang-ulang kali diceritakan tentang umat lampau sedangkan Al-Quran sendiri adalah kitab terakhir. Betullah Al-Quran itu petunjuk untuk akhir dunia! Jawabnya betul bangsa Yahudilah yang mengemudi perancangan yang hebat ini dan mereka bermatlamat.

Sejarah menunjukan puak Yahudi di Eropah adalah golongan minority yang dihina, ditindas dan masyarakat tanpa negara . Mereka menggunakan Riba sebagai senjata melemahkan Nasrani juga Islam bahkan dalam ugama Yahudi pun riba itu tetap haram.Tetapi si Yahudi mengatakan " Riba itu haram, tetapi golongan mereka (Yahudi) dibenarkan oleh Tuhan untuk mengenakannya ke atas golongan yang bukan Yahudi". Dari situ membuka laluan pada mereka menghimpun harta kekayaan dan kuasa. Mereka berdendam pada peristiwa 1290 bila terusir dari England dan dengan kepercayaan yang utuh mereka adalah 'Umat Terpilih' telah menjadikan moto ini kesungguhan untuk kembali bangkit membalas dendam terhadap golongan kristian.

Oliver Cromwell meminjam wang yang banyak dari ahli-ahli kewangan Yahudi di Amsterdam (Belanda) untuk membiayai Perang Saudara Inggerisnya dan juga memerangi Raja Belanda. Tengok sikap Yahudi bangsat ini yang bertalam dua muka..mereka tidak menunjukkan kesetiaan pada negara. Pergi lingkup Belanda. Oliver kemudian membenarkan Yahudi bermastautin di England selepas mereka dihalau dahulu. Yahudi-Yahudi ini telah menubuhkan Bank Of England menggantikan Bank Of Amsterdam. Bermulalah peranan mereka.

Semasa Revolusi Perancis deklarasi pembebasan semua Yahudi disambut baik oleh kerana banyaknya berhutang. Pengasas Bank Of Rothschild berketurunan Yahudi ini mengaut keuntungan berlipat dan menubuhkan House Of Rothschild. Keluarga ini berpihak pada SEMUA pihak dalam apa jua konflik dan mula merangkakan penubuhan network bank-bank antarabangsa mereka.

Pada ketika Yahudi menyerapi masyarakat Eropah melalui kuasa wang dan politik mereka bertumpa pada Revolusi Rusia pula. Sembilan puluh peratus (90%) dari Komisar-komisar awal revolusi Rusia adalah Yahudi, begitu juga pengawal-pengawal peribadi Keluarga Czar adalah Yahudi. Dengan mudah mereka melenyapkan keturunan Czar ini dan jangan lupa Lenin yang dipuja ramai itu adalah Yahudi.

Begitulah seterusnya penguasaan kaum Yahudi ini di Amerika selepas kejayaan di benua Eropah. Jarum halus Yahudi memetikan masyarakat moden dan terpaksa mengikut rentak tari Yahudi ini. Di Amerika puak Yahudi ini hampir berkuasa sepenuhnya dalam menentukan calun yang boleh dan calun yang tidak boleh menduduki Kongres atau Senate Amerika. Dan oleh itu termasuklah juga SIAPA yang boleh menjawat tampok 'Presiden Amerika Syarikat'. Tengok betapa hebatnya golongan Yahudi ini.

Melalui Deklari Belfour mereka dianugerah dengan tanah yang diidam-idamkan iaitu Palestin. Kejayaan meleburkan morality kristian diarahkan pada Islam pula. Kuasa politik dan kewangan dalam genggaman mereka dan matlamat seterusnya adalah mencorakkan masyarakat moden. Mediamassa dikuasai mereka dengan mempamerkan seks luar nikah, seks rambang dan akhirnya homoseks. Ini ditunjukan dalam masyarakat melalui dunia Hollywood yang telah mereka kuasai. Dari situlah mereka berjaya mewujudkan satu masyarakat moden yang tenggelam dalam kefanaan pada kebendaan, kemewahan dan apa-apa lagi yang boleh difikirkan sekarang yang semuanya menutup ruang pada keagamaan.


Rujukan: Keruntuhan dan Kejatuhan Umat Manusia oleh Hajj Abdal Haqq Bewley

Sabtu, 25 Julai 2009

Dinar Dan Dirham

Apakah Dinar dan Dirham.

Dinar adalah wang syiling emas yang mempunyai berat 4.25gram dengan berkadar 22K atau 91.70% (emas 916) dengan ukurlilit 23mm, sedangkan Dirham adalah wang syiling perak tulen yang mempunyai berat 3.0gram.

Dinar dan Dirham pada masa RasulAllah dan kegemilangan Islam dijadikan sebagai mata wang atau alat tukar dengan kegunaan- kegunaan seperti berikut :

1.Dinar dapat disimpan sebagai tabungan kerana ianya sendiri ialah harta.
2.Nilai jual belinya tidak terlalu banyak selisih .
3.Dapat digunakan untuk membayar kewajipan zakat, mahar mas kahwin yang di dalam ijabnya selalu dilaksanakan secara tunai (bukan satu janji atau hutang) .
4.Dapat dilakukan sesama kaum muslimin sebagai alat untuk tukar ganti kerana hakikat wang adalah ‘material, atau benda dan ‘in material’ (sesuai zat, berat dan kadarnya).

Zakat dan Mahar tidak dapat dibayar dengan janji pembayaran.

Zakat hanya boleh dibayar dengan benda niaga yang nyata (dalam bahasa Arab disebut ‘ayn). Zakat dan Mahar mas kahwin tidak boleh dibayar dengan janji pembayaran atau hutang [ a promise to pay] ( dalam bahasa Arab disebut dayn). Semenjak dari zaman RasulAllah saw dan Pemerintahan Kerajaan Islam, zakat tidak dibolehkan dibayar tunai dengan ‘janji hutang’ / wang kertas sehinggalah kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah (Ottomon).

Zakat perintahnya wajib, dengan mempertimbangkan zatnya sebagai benda niaga, maka nisabnya bukan berdasarkan kepada nilai nombor-nombor, tetapi kepada zat dan jumlah beratnya sebagaimana perak, emas, bijirin atau buah-buahan.

Zatnya kertas (wang kertas) tidak bererti (dalam nilainya) untuk dirujuk sebagai tunai, tidak terlaksana erti tunai kerana nilai flectuate (nilai mata wang) (Ringgit sebagai contohnya) sentiasa berubah-ubah (devalueated) sebab nilai zatnya (kertas) sebagai zat (berat dan mutu) kertas tidak sesuai dengan ketentuan zakat.

Sejarah Dinar dan Dirham

Dinar dan Dirham telah digunakan oleh manusia sejak zaman berzaman, sebagaimana Allah telah memberitahu kepada kita menerusi Al Quran dalam Surah Yusof [QA 12:20] ketika Yusof dibuang kedalam perigi dan kemudiannya Allah memuliakannya dengan menjadikannya sebagai wazir dengan membantu Mesir.

Kejayaan Dinar dan Dirham telah menjadi satu sejarah para Anbiya sehinggalah kepada zaman RasulAllah. Pada zaman RasulAllah terdapat dua kekuasaan superpower iaitu Kerajaan Rom dan Parsi. Kedua-dua superpower ini menggunakan mata wang Dinar dan Dirham. Kerajaan Rom menggunakan Dinar dengan emas sebagai dasarnya dan Kerajaan Parsi menggunakan Dirham dengan perak sebagai dasarnya.

Kedua-dua mata wang ini pada zaman Umar AlKhattab telah ditetapkan sebagai satu media untuk alat tukar ganti dengan diletakkan piwaian yang diterima pakai sehingga kejatuhan Bani Uthmaniah.

Pada Zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan Dinar dan Dirham telah mengalami perubahan dengan diletakkan untuk pertama kalinya dengan kalimah syahadah sehinggalah pada zaman sekarang.

Perkembagan Dinar dan Dirham pada saat ini adalah amat memberangsangkan sejak dari kajian terhadap system kewangan setelah sekian lama memudar.Ini adalah hasil daripada permainan konspirasi – sebenarnya bukan satu konspirasi Yahudi dalam menegakkan system Kapitalis Kuffar yang menafikan pengunaan Dinar dan Dirham kerana alasannya emas dan perak itu hanya barangan komoditi perdagangan.

Wang kertas pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1661 M dengan nota janji untuk membayar ( wang kertas ini disandarkan dengan emas sebagai tebusan).Setiap cetakan wang kertas mestilah bersandarkan jumlah emas yang tertentu.Dengan demikian wang kertas yang kita gunakan sebenarnya ialah resit untuk kita tuntut emas dari pihak berkenaan. Kertas ini dijamin oleh kerajaan biasanya dengan tulisan “sah diperlakukan” sebanyak mana yang tercatit di atasnya. Resit ini sebenarnya jarang kita guna untuk menuntut emas tersebut.Sebagai contoh pada muka hadapan wang kertas 10 dollar Amerika siri 1928 ada tercatit “Redeemable in gold on demand at The United States Tresury…..” (Peter Kershaw 1994).

Keadaan ini berlanjutan dari tahun 1717 sehingga tahun 1971 apabila Presiden Nixon dari Amerika mengumumkan bahawa Wang kertas tidak lagi bersandarkan kepada emas akibat daripada kekalahan Amerika dalam perang Vietnam. Ketika itu Amerika memerlukan belanja yang banyak untuk membiayai perang di Vietnam.Keputusan ini dibuat kerana tuntutan dari negara-negara yang menyimpan Dollar untuk mendapatkan emas sudah melebihi emas yang ada di dalam simpananya. Semestinya ini berlaku kerana lebihan cetak wang kertas. Keadaan ini menyebabkan Amerika tergugat kerana peras ugut melalui tuntutan emas (Adam Smith 1982, Kurtzman 1993).

Peristiwa ini adalah awal kemenangan kapitalisme yang dikuasai oleh Yahudi dengan mudahnya mempermainkan nilai tukar mata wang kertas di seluruh dunia. Dengan teori inflasi (Inflasi mengikut takrifan Adam Smith memberi makna cukai tersirat disebabkan lebihan cetak wang kertas manakala Alan greenspan dari Federal Reserve Board mengatakan inflasi ialah rampasan nilai). Dan keutamaan wang kertas kelompok kepitalisme Yahudi ini mendapat keuntungan kapital yang luar biasa.Inflasi berkembang dengan kadar yang menakutkan bagai toyol yang kebal dengan doa-doa bahkan merekalah yang paling berani dan nekad, sedang kita beribadah mereka datang mencuri wang kita beberapa keping dan pada akhir bulan Kerajaan banyak negara mengumumkan angka inflasi yang lebih besar daripada tawaran faedah bank.

Dan ini belum lagi kita membicarakan tentang Wang E atau wang elektronik.Wang E ini berkait dengan supercomputers di Morgan Stanley & Company dan komputer peribadi pelabur persendirian yang menggunakan contohnya program equalizer untuk membeli saham melalui Charles, Schwab & Company.

Menurut Kurtzman dalam bukunya The Death of Money – wang bukan lagi satu barangan atau benda yang boleh ditemui di tepi pantai atau di belakang sofa tetapi ia telah menjadi satu sistem. Wang ialah satu rangkaian yang terdiri daripada berjuta-juta komputer yang bertaut dengan saham, bon, kadar faedah, wang kertas, pasaran hadapan, opsyen, kad kredit, kad untuk fotokopi dan sebagainya.

Sabtu, 18 Julai 2009

Definasi WANG. (Part II)

.......sambungan dari Paper Money: A Legal Judgment

Mata wang sekarang hanyalah mata wang kertas yang sah di perlakukan apabila kerajaan membuat periystiharaan tentang nilainya. Ia tiada nilai sebenar seperti mana wang syiling Dinar Emas dan Dirham Perak dalam zaman kecermerlangan Islam. Jika wang sekarang tiada nilai intrinsik maka kenapa ia masih menjadi suatu komoditi?

Mata wang tidak boleh dijual beli kerana ianya tiada nilai intrinsik. Wang kertas telah menjadi semacam sistem kepercayaan saikologi terhadap nilai yang tertera di atasnya dan nilai yang dipaksa oleh kuasa pasaran.

Wang kertas itu masih lagi suatu nota janji untuk pembayaran tetapi pembayaran apa dan kepada siapa?(It is still a promise to pay,but to pay what to whom?)

Mata wang kertas bukan sahaja nilainya mengikut sentimen dan boleh diberi indeks bandingan lalu diperjudikan bahkan boleh dipaksa menyatakan nilai yang palsu tanpa menurut apa yang dipanggil fundamental.

Wang kertas memang sudah jelas merupakan suatu sistem wang paksaan. Nilainya sekarang bukan sahaja boleh dipaksa tetapi mempunyai nilai spekulasi dan manipulasi. Nilai wang emas dan perak tidak boleh dipaksa kerana nilainya hanya menurut berat.

Apa yang menghairankan ialah kita boleh menerima 1000 keping syiling satu sen Amerika Syarikat untuk ditukarkan dengan hampir 4000 keping syiling satu sen Malaysia. Adakah syiling mereka dibuat daripada emas atau ketumpatan logam syiling Amerika Syarikat sangat tinggi? Jika tidak apakah yang menyebabkan syiling Amerika Syarikat lebih berat walaupun bilangannya sedikit. Kenapa kita menerima berat bayangan dan khayalan ini?

Imam Malik r.a telah menjelaskan kepada kita bahawa wang ialah apa-apa barangan yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan tukaran.tiada barangan yang boleh dipaksa menjadi wang kertas kerana manusia bebas menggunakan apa sahaja barangan sebagai tukaran. Jika kertas dianggap sebagai barangan pun nilainya hanyalah mengikut nilai berat kertas dan bukan menurut nilai nombor yang tertera diatasnya.

Wang kertas mungkin hanya boleh dianggap sebagai ‘dyan’ kerana ia bukan barangan ketara atau sebagai resit hutang untuk pemilikan emas atau perak (itu pun jika ada sandaran antara kertas dengan emas). Tetapi hukum Islam tidak membenarkan hutang dijadikan suatu bahan tukaran.

Wang kertas bukan barangan. Jika hendak dizakat pun mestilah diukur menurut berat bukan menurut nilai tertulis yang boleh pula berubah nilai tukarannya dengan wang ketas ini.

Shaykh Muhammad ‘Illish(1802-1881), seorang pakar pengajian fekah di Universiti Al-Azhar telah menyebut di dalam fatwa beliau, bahawa wang kertas tidak dizakatkan sebagaimana wang emas dan wang perak kerana ia dianggap sebagai fulus(wang syiling tembaga)atau loose change.Ia hanya mewakili wang dan tiada nilai barangan.(lihat fatwa beliau dalam terjemahan Al-fath Al-Ali Al-Maliki ms 164-165).

Shaykh Muhammad Abduh (1845-1905)menfatwakan halalnya feadah dari wang simpanan pos. Kemudian muridnya Rashid Redha telah meneruskan tesis seperti tulisan-tulisannya dalam Al-Manar jilid VII ms 28. Muhammad Abduh bermula dengan menghalalkan (Islamisasi?) faedah wang simpanan pos dan lanjutan dari itu sekarang ramai pula beranggapan Islamisasi bank dan bursa saham sudah memadai dalam menghadapi riba.

‘Pengaruh kefahaman’ tentang riba yang bermula dari Abduh menghalalkan faedah dan seterusnya dari pemahaman ini segolongan para korporat baru Islam merasakan sudah cukup dengan melabelkan bank dengan yang bermoral. Bursa-bursa saham Islam pun timbul beserta dengan penggunaan instrumen kewangan lain tanpa menyedari hakikat wang dan sistemnya. Dr.Mahathir semasa menjadi PM, pernah komen bahawa bursa-bursa saham pun sudah mula menampakkan tabiat judi. Yang ini kita setuju benar dengan saranannya.

Persoalan pokok bukannya tentang faedah. Persoalan faedah hanyalah suatu decoy atau umpan untuk memerangkap kita dari zaman Muhammad Abduh sehingga zaman sekarang. Wang simpanan kita mungkin berbunga (atau untung?) sehingga 100 peratus tetapi sebenarnya faedah atau bunga itu tidak berfaedah langsung jika wang boleh disusut nilai oleh ahli riba. Di negara jiran, wang disusut nilai sehingga lebih dari 600 peratus lalu memiskinkan rakyat.(Utusan Malaysia 1998-Rupiah bermula dengan 2500 setiap dolar dan menjadi 16000 setiap dolar selepas menerima bantuan IMF)

Jadi wang itu sendiri tiada nilai hakiki. Jelasnya umpan faedah tadi menyebabkan kita akan terus berdebat tentang faedah dan tidak akan mempertikaikan tentang sistem wang yang sudah tiada sandaran emas lagi. Adakah Ringgit Malaysia betul-betul bersandarkan emas? Mana perginya sarjana-sarjana ekonomi Islam? Ulama pula macamana? Adakah kerana kita terikat dengan sistem kewangan acuan barat kita sudah melupakan tuntutan Islam? Adakah nilai Dolar, Euro,Yen dan sebagainya bersandarkan nilai emas semasa? Atau kita ambillah yang apa-apa saja yang tidak memeningkan kepala? Sebenarnya kita sudah jauh terjebak dalam perangkap...RIBA itu sendiri.

Wallahu 'Alam.

Selasa, 14 Julai 2009

Siapa mereka? Sufism yang ditarbiahkan sendiri oleh Rasulullah

Terkadang kita melihat seperti ada perbezaan di antara dua faham aliran ini iaitu ahli-ahli Fiqh dan ahli-ahli tasawuf. Ahli-ahli Fiqh biasanya berjalan di atas jalannya sendiri, manakala ahli-ahli tasawwuf berjalan menurut keyakinan sendiri sehingga akhirnya terjadi jurang yang semakin lama semakin jauh terpisah satu sama lain. Lantaran itu berlaku tuduh-menuduh antara golongan yang menamakan dirinya ahli Syariat dengan golongan yang ingin dinamakan ahli Hakikat. Sesungguhnya, jika satu sama lain dekat-mendekati dan kenal mengenali dalam mempertahankan pendirian dalam garis-garis Islam maka biasanya perselisihan itu ibarat asap ditiup angin.

Perselisihan ini berlaku terus-menerus dari dulu hingga sekarang. Dr. Zaki Mubarak memetik dari kitab "Nafkhut Tib" berkata setengah orang Sufi ketika memberi keterangan kepada muridnya " Jika kamu menghendaki syurga, sebaiknya kamu pergi belajar kepada ahli Fiqh Ibn Madiyan, tetapi jika kamu menghendaki Tuhan yang empunya syurga itu, marilah belajar kepadaku".

Ucapan Sufi ini seolah-olah menunjukkan kepada kita bahawa jalan ke syurga itu ialah ajaran syariaat, sedangkan jalan kepada Allah dicapai dengan tasawwuf.

Pada suatu ketika orang bertanya kepada ulama Sufi, berapa banyak zakat yang harus dikeluarkan untuk dua ratus dirham. Ulama Sufi itu menjawab:"Untuk orang awam menurut hukum syara' diwajibkan lima dirham. Tetapi kami menganggap wajib atas diri kami mengeluarkan semuanya".

Jadi, jelaslah ahli Tasawwuf berhukum dengan berpandukan syariat juga tanpa membelakanginya jua. Bagi mereka ilmu fiqh hanyalah pengajaran umum untuk manusia biasa.Tetapi pokok pertentangan pendapat itu, iaitu ahli syariat (dikenali juga sebagai ahli lahir) menganggap syariat itu peraturan2 yang sudah tetap, terbatas dan disusun rapi yang memudahkan untuk menyelesaikan perselisihan2 antara manusia dengan manusia. Sebaliknya ahli hakikat (juga dikenali ahli ilmu batin) menganggap tasawwuf itu satu2nya alat mengemudikan didikan jiwa dan memberi tuntunan kepada hati, tidak usah tersusun rapi, tetapi barangsiapa yang tidak mengetahuinya tidak pula dapat menyempurnakan ilmu syariat itu.

Mana orang Sufi yang tidak terlepas dari serangan2 hebat kalangan orang Salaf.? Ibnu Taimiyyah contohnya menyerang Al-Ghazali, Muhyiddin Ibn Arabi , Umar Ibnu Al-Faridh dan umumnyalah orang-orang Sufi yang menurutnya membuat bida'ah baru dalam Islam. Habis kitab Al-Ghazali seperti kitab Ihya Ulumuddin dan kitab Al-Munqiz Minaz Zalal diganyang oleh Syeikul Islam tersebut.

Dari sudut filsafat, Ibn Taimiyyah menyerang Ibn Sina dan Ibn Sab'in yang pada pendapatnya memasukkan filsafat Yunani ke dalam ajaran Islam. Tentangan2 Ibnu Taimiyyah mengakibatkannya terpelosok ke penjara. Dan meninggal dunia ketika sedang membaca al-Quran. Dikatakan pada satu ketika sewaktu naza' terpancul dari mulutnya "Ana Al-Haq" kerana kesufiannya dan telah fana dalam ketuhanan, sehingga hanya Tuhanlah yang ada, hanya Tuhanlah yang benar, yang lain bayangan semata-mata.

Ini tidak termasuk lagi serangan2 oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya Talbis Iblis. Beliau mengejek pendapat orang Sufi yang membezakan antara syariat dan hakikat. Ini tulisan beliau dalam kitabnya Talbis Iblis:"Ini sangat hina, kerana syariat itu diadakan oleh kebenaran untuk memperbaiki kelakuan manusia, maka oleh kerana itu, apa yang disebut hakikat sesudah syariat itu, yang dianggap terdapat di dalam jiwa manusia, tidak lain daripada ciptaan iblis dan syaitan….".

Demikian juga dengan Ibn Qayyim sewaktu mempertahankan ahli fiqh dan ahli Hadis tetap menyerang orang-orang Sufi. Akhirnya beliau sendiri menulis kitab tasawwuf berjudul "Madarijus Salikin", syarah Al-Marawi.

Orang-orang Sufi berkeyakianan bahawa mereka dijalan warasatul anbiya, meneruskan usaha Nabi-Nabi dan menamakan dirinya ikhwanus safa, keluarga yang suci, wali2 Allah dan hambaNya yang salih. Tentangan2 terhadap mereka adalah tidak benar. Mereka beryakinan baik dalam pertemuan maupun dalam khalwatnya, tidak mengingat dan menyebut selain daripada Allah, tidak berfikir melainkan tentang penciptaanNya, mereka tidak melihat dalam segala kejadian, melainkan perbaikan Tuhan, kebesaran nikmatNya dan keindahan pimpinanNya, mereka tidak beramal kecuali untuk Allah, tidak menyembah selain kecuali Dia, tidak mengingini kecuali Tuhan, dan tidak menempatkan sesuatu harapan pun kecuali pada Tuhan itu. yang demikian itu mereka melihat yang hak dalam segala ciptaan Tuhan, menyaksikan dalam segala halnya, tidak mendengar kecuali yang datang daripadaNya, tidak melihat kecuali kepadaNya, pendeknya pada hakikatnya tidak kelihatan selain daripadaNya.

Dan oleh kerana itu mereka memutuskan perhubungannya dengan segala makhluk dan menuju seluruh kesempurnaannya kepada pencipta atau khalik dari makhluk itu, kepada Tuhan yang dipertuhankan oleh segala yang ada.

Kepada orang2 yang semacam itu hidupnya, Rasulullah pernah memujinya:"Selalu berada ditengah2 umat ini 40 orang lelaki yang soleh, yang menganut agama Nabi Ibrahim." Merekalah yang disebut dalam Al-Qura Ulil Albab, Ulin Nahyi dan Ulil Absar', para pemikir, ahli pencegah kejahatan dan kemaksiatan, ahli penimbang yang bijaksana, merekalah itu walai-wali Allah dan kecintaanNya. Terhadap mereka itu Nabi memberi peringatan kepada Iblis:"Kamu tidak dapat mengalahkan hamba-hambaku itu". Dan orang-orang seperti itu Nabi pernah membangkitkan kepada Abu Hurairah: "Wahai ,Abu Hurairah!Ikutilah jalan, tarikat satu golongan, yang tidak pernah gentar ditengah2 manusia yang berteriak-teriak minta dilepaskan dari api neraka". Tanya Abu Hurairah:"Siapakah gerangan orang-orang itu, ya Rasulullah?" Terangkanlah padaku sifat-sifatnya agar dapat kukenali! Jawab Rasulullah:"Itulah golongan daripada Umatku yang pada hari kemudian berkumpul pada tempat Nabi-Nabi, sehingga setiap mata yang melihat kepadanya menyangka mereka itu Nabi-Nabi sehingga akulah yang menerangkannya dan memperkenalkannya. Maka kuserukan:Umatku!Umatku! Dengan panggilanku itu semua makhluk pun tahulah, bahawa mereka itu bukan Nabi, tapi umat-umatku yang biasa. Mereka berjalan cepat laksana kilat dan angin, silau mata yang melihatnya oleh cahaya mereka".

Maka berkatalah Abu Hurairah:"Ya, Rasulullah! Suruhlah aku berbuat amal yang sama dengan mereka, agar dapat aku bersatu dengan mereka itu". Ujar Rasulullah:"Wahai, Abu Hurairah! Orang-orang itu telah menempuh jalan, tarekat, yang sukar, oleh kerana itu dapatlah mereka mencapai darjat Nabi-Nabi, mereka itu telah dapat menderita lapar sesudah Tuhan mengenyangkannya, mereka itu telah mengalami bertelanjang sesudah Tuhan memberikan pakaian penutup badannya, demikian itu kerana pengharapannya yang kuat kepada balasan Tuhan, mereka itu telah pernah meninggalkan segala yang halal kerana takut kepada perhitungan Tuhan, mereka itu hanya berhubungan dengan dunia kerana untuk keperluan badannya yang kasar, tetapi hatinya tidak sedikit pun terletak kepada dunia itu. Wahai! Semua Nabi-nabi dan Malaikat hairan melihat mereka itu dalam ketaatannya kepada Tuhannya. Maka berbahgialah mereka itu! Aku pun mengingini,agar Allah dapat mengumpulkan daku dengan mereka itu…." Maka menangislah Rasululah kerena kecintaannya hendak melihat orang-orang yang salih itu. (Risalah Ikhwanus Safa 1 : 299)

Bermacam cemuhan dan sindiran dilontarkan kepada orang-orang Sufi samada dari segi berpakaian, amalan dan kehidupan yang berunsurkan faham Sufi Masehi, Yunani kuno, Yahudi, Nasrani dan juga Hindu. Peranan mereka dalam kehidupan Islam seringkali tidak difahami dan tidak diakui oleh sebahagian umat Islam sendiri. Bahkan ada yang memperlecehkan orang-orang Sufi melalui ajaran Tasauf, dengan menuduhnya sebagai ajaran yang kaya dengan mistik, dan menganggapnya sebagai penyebab pengangguran, kemalasan dan kejumudan, serta dikatakan tasauf sebagai suatu tindakan melarikan diri dari kenyataan hidup yang sebenar.

Bagaimana pula dengan penghidupan Rasulullah sendiri? Bagaimana dengan sahabat-sahabat baginda yang empat itu? Adakah kezuhudan mereka itu juga diambil dari kehidupan yang berunsurkan faham Sufi Masehi, Yunani kuno, Yahudi, Nasrani dan juga Hindu.?

Sebenarnya kehidupan Nabi saw adalah menempuh jalan kesufiyah. Baginda hidup zahid, hidup dalam serba sederhana, tidak serkah dengan kekayaan dan kesenangan duniawi.B iasa kita mendengar baginda berpuasa dengan tidak bersahur kerana tiada apa untuk dijamah. Sedangkan kepada para pengikutnya yang belum setingkat dengan kesufiananya, baginda menganjurkan sunat segera berbuka dan sunat melewatkan bersahur. Tatkala ditanyai para sahabat mengapa baginda kadang tidak berbuka dan tidak bersahur, Nabi menjawab bahawa ia selalu diberi Tuhan makan dan minum baik dalam jaga atau tidurnya. Makan baginya sekadar untuk hidup kerana hidup itu baginya bukan untuk makan. Sabda baginda:" Kami ini satu golongan yang tidak makan kalau tidak lapar, dan apabila kami makan, kami jaga jagan sampai kekenyangan". Apa maksud kami satu golongan itu? Siapa itu?.

Hari-hari puasa baginda habiskan dengan bersembahyang, berzikir, istighfar dan doa dan kekadang dikerjakan sepanjang malam tanpa tidur. Kalau bersendirian dipanjangkan bacaannya begitu ketika rukuk dan bersujud tapi bila menyedari ada makmun mengikutinya di ringkaskan sahaja kerana yang dibelakangnya tidak setingkat dengan baginda dalam ketaatan dan kesufiannya.

Meskipun kata Sufi dan tasawwuf belum dikenal orang lagi tapi apa yang dikerjakan Nabi dan apa yang disebut dalam Al-Quran mengenai tasawwuf itu sudah lama dikenal dan dipraktikkan.Kehidupan Nabi dicontohi para sahabat seperti Saidina Abu Bakar. Sebelum Islamnya beliau adalah saudagar yang kaya raya tapi tengoklah sesudah Islamnya habis kekayaannya digunakan ke jalan Allah sehingga seekor unta pun beliau tiada. Setiap keperluan jihad Nabi bertanya siapa yang akan memberikan sumbangan, jarang ada tangan lain yang cepat menghulurkan bantuan kecuali Saidina Abu Bakar sendiri.

Tatkala Saidina Umar ingin menyanginya pada satu hari dengan berkata:"Saya ya Rasulullah." Rasulullah bertanya:"Hai,Umar! Berapa banyak hartamu yang sudah engkau sedekahkan untuk jalan Allah?' Umar menjawab:"Seperdua dari hartaku". Kemudian Nabi bertanya Saidina Abu Bakar yang semacam itu, beliau menjawab bahawa seluruh untanya telah dibiayai semuanya, tidak seekor pun yang tinggal padanya lagi. Maka Nabi berkata:"Apa yang tinggal lagi padamu?" Jawab Saidina Abu Bakar dengan pendek dan puas "Allah dan RasulNya!". Bukankah itu gambaran Sufi yang ada pada Saidina Abu Bakar As-Siddiq?

Bagaimana orang sekejam Saidina Umar Al-Khattab sebelum Islam menjadi seorang yang berhemah-tinggi dan bertawadduk pada agamanya. Katanya:" Sudah berpuluh2 tahun aku menjadi jagoan, orang yang ditakuti di seluruh Mekah, sudah berpuluh2 manusia mati dalam tanganku, sebagai seorang yang paling keras dan berani, tetapi pada ketika itu sekujur badanku mengeletar, seluruh tubuhku lemah, seakan2 tidak berdaya aku berdiri lagi. Apa yang kusangka2kan dan apa yang menjadi waswas dalam hatiku, semuanya dijawab oleh ayat-ayat Quran yang ada pada tanganku yang demikian bunyinya:
"Hai, Muhamad! Tidaklah Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu untuk menyusahkan dan memecahbelahkan umat. Hanya Kami turunkan dia untuk jadi nasihat dan peringatan bagi mereka yang takut. Quran diturunkan dari Tuhan yang menjadikan bumi dan petala langit yang tinggi, iaitu Tuhan yang bersifat pengasih, yang bersemayan diatas Arasy, Tuhan yang memiliki apa2 yang terdapat dalam petala langit dan apa yang di dalam lapisan bumi, yang memiliki apa yang terdapat di antara keduanya dan juga di dalam liang bumi yang tersembunyi. Baik engkau berkata keras dan tegang, Dia mengetahui seluruhnya, sampai kepada rahsia2 yang tersembunyi dalam hatimu. Tuhan itu ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, dan bagiNya kembali dipersembahkan segala nama2 yang baik". (Quran XX :1-8)

Tentang Saidina Ali Bin Abi Talib semua orang ketahui kerana dialah salah satu tokoh besar daripada sahabat2 yang menjadi tiang penggerak bagi ajaran Sufi itu. Dengan kata-katanya yang tajam, bersifat Sufi, terhadap Tuhan, terhadap dunia dan terhadap manusia. Dia pernah hendak hidup dengan tiga buah khurma sehari, sehingga hampir merosakkan kesihatannya. Dalam satu peperangan Khaybar diriwayatkan pernah beliau diludahi seorang musuh selepas terlepasnya pedang dari tangannya (musuh tadi). Tidak dibunuhnya musuh itu tapi disarungkan pedangnya dan berlalu pergi meninggalkan musuh itu terpinga2 dan tersentuh hatinya lalu memeluk Islam. Kalau kita, habis dicincang-lumat mamat musuh itu. Bacalah riwayat hidupnya yang paling sederhana.

Begitu dengan dengan Saidatina Siti Fatimah pada satu ketika mengeluh tentang pekerjaannya yang berat dan ingin mengambil seorang khadam membantunya. Niatnya diketahui Rasulullah dan berkata Nabi:"Aku tidak akan memperkenankan dikau berbujang, sedang ahli suffah menderita kelaparan pagi dan petang". Baginda menyuruh anaknya bekerja sendiri dan meminta tolong kepada Tuhan dengan mengucapkan tasih, takbir dan tahmid.

BIARA dan SUFFAH

Banyak orang mengatakan kehidupan orang2 Sufi yang memencilkan diri untuk beribadah itu diambil dari orang2 Nasrani yang mendidik pendita2nya dalam sebuah asrama khas untuk untuk menghasilkan pendita2 lelaki dan wanita. Kita panggilnya sebagai biara. Sebenarnya pendidikan sebegini sudah ada di zaman Nabi lagi dan dikenali sebagai Suffah. Suffah merupakan satu ruang yang kecil yang didirikan disamping masjidnya di Madinah dan ditempatkan sahabat2 baginda untuk dididik dengan ilmu2 agama. Mereka yang keluar dari rumah pendidikan ini dipanggil ahli Suffah dan lahirlah sahabat2 yang istimewa dan pemuka2 islam yang berpengaruh.

Sebahgian besar ahli Suffah ini adalah dari kalangan mereka yang miskin dan mengikuti Nabi ke Madinah. Mereka menerima pelajaran lansung dari Rasulllah, mempelajari Al-Quran, berpuasa dan keluar mengikuti Nabi dalam peperangan. Kekadang nabi mengajak mereka makan malam dirumahnya. Contohnya seperti Abu Dzar Al-Ghiffari dan Abu Hurairah ra. Abu Hurairah menjadi penghubung antara Nabi dan ahli Suffah itu. Setiapkali Nabi menyerahkan sedekah kepada Abu Hurairah, beliau akan membahagikan sedekah itu pada teman2 asramanya.

Ibn Abbas menerangkan bahawa Nabi satu ketika berdiri dihadapan sahabat2 dari Suffah itu, melihat kemiskinannya, tetapi melihat juga kegiatan mereka dan kebaikan mereka lalu bekata:"Gembiralah kamu semua, wahai ahli Suffah! Barangsiapa dikalangan umatku yang meniru perilakumu dengan sukarela, maka orang itu mejadi sahabatku pula".Dalam hadith lain Nabi bersabda:" Ahli-ahli Suffah itu adalah tetamu2 orang Islam, mereka tidak mempunyai keluarga, tidak mencintai harta benda dan tidak terikat pada seorang manusia pun hatinya kecuali kepada Allah dan Rasul".

Selepas zaman Nabi tempat sedemikan dinamakan Zawiyah dan Ribat dimana calao2 Sufi ditempatkan di satu tempat khas untuk latihan2 tarekatnya, dilengkapi dengan mihrabnya untuk berolat jemaah, tempat membaca Quran dan mempelejarai ilmu lain sehingga Zawiyah itu merupakan sebuah asrama dan madrasah.

Di daerah Maghribi, ribat digunakan untuk mendidik orang-orang Sufi dalam ketenteraan. H.A.R Gibb dalam Shorter Encycopedia of Islam (Leiden, 1955) di Morocco pengaruh Zawiyah sangat besar dalam mengeluarkana pejuang-pejuang perang Kerajaan Sa'adian. Di Granada terdapat Zawiyah untuk pendidikan budipekerti. Di Mesir banyak Zawiyah2 didirikan yang diceritakan oleh Khalifani dalam majalah Al-Muslim, sebuah majalah Sufi terbitan 1381H.

Contoh...Zawiyah Al-Khudairi terbina dibelakang Masjid Ibnu Tulun (965H). Madrasah Jalaluddin Al-Bakri (996H) dibina dekat Masjid Al-Azhar, Zawiyah Al-Haluji (688H) dekat kubor seorang alim Al-Baqini dan lain2 lagi Zawiyah yang boleh diikuti dari majalah tersebut.

Pada waktu itu terkenal tarekat2 yang besar di Mesir yang dengan sendirinya melahirkan Zawiyah-zawiyah baru pula. Diantaranya terekat Qadiriyah yang berasal dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani (561H), tarekat Rifa'iyah dari Syeikh Ahmad Rifa'I (meninggal 576H), tarekat Syaziliyah dari Asy-Syazili (meninggal 606H), tarekat Ahmadiyah dari Syeikh Ahmad Al-Badawi (meninggal 675H), tarekat Naksyabandiah dari Syeikh Muhammad An-Naksyabandi (meninggal 971H) dan tarekat Maulawiyah berasal dari Jalaluddin Ar-Rumi yang meninggal pada 673H.

Ketahuilah, bahawa segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada golongan Sufi adalah satu kebohongan belaka. Ahli-ahli Fiqh serang-menyerang sampai ke tahap kafir-mengafirkan antara satu sama lainnya, manakala dalam dunia Sufi orang berlumba-lumba puji-memuji sesama ulama-ulamanya. Ramai dikalangan ulama-ulama muktabar seperti Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Al-Ghazali terlibat dengan dunia tasawwuf itu. Ini adalah kerana ilmu tasawwuf itu adalah tuntutan dalam Islam. Memang Quran menjadi sumber pokok , Sunnah adalah merupakan penjelasan yang penting manakala Tasawwuf adalah urat nadi daripada perlaksanaan ajaran-ajaran itu.

Orang Sufi melihat kerusakan yang berlaku didunia ini disebabkan oleh dua keadaan. Pertama, kerana manusia sudah tidak lagi percaya kepada Tuhan. Inilah hakikatnya. Kalau sudah tidak mengenal Tuhan, akibatnya sudah tidak takut dan patuh segala laranganNya. Peraturan yang diadakan Tuhan adalah untuk mengadakan perdamaian sesama manusia di atas muka bumi ini.
Sebab yang kedua adalah kerana manusia itu terlalu mencintai dirinya sendiri. Akibat dari itu timbulah kecintaan pada hartabenda dan kekayaan, cinta pada makanan dan minuman yang berlebihan, cintai anak isteri secara berlebihan, mencintai rumahtangga yang besar dan megah, mencintai kedudukan dan pengaruh, mencintai nama yang harum dan masyhur, yang akhirnya membawa kepada kecintaan yang sangat pada dunia dan ingin hidup kekal di atas bumi ini.

Orang-orang yang menuju jalan ketuhanan sebegini mementingkan kebersihan hidup batin, faham tujuan dijadikan dan matlamat dituju. Orang-orang beginilah dinamakan orang-orang Sufi dan nama ilmunya disebut tasawwuf. Mereka berpegang pada Iman, Islam dan Ehsan.

Wallahu 'Alam.

Rujukan:

Pengantar ilmu Tarekat dan Tasawwuf oleh Prof. Dr. Hj. Aboebakar Atjeh (Pustaka Aman Press S/B), Cetakan Kedua 1985.

Jumaat, 10 Julai 2009

APA itu RIBA

Dalam bahasa Arab riba bermaksud – tambahan atau lebihan yang tidak adil.

Kadi Abu Bakar Ibn Al Arabi dalam Kitabnya Ahkamul Quran mendefinasikan sebagai :
Riba apa sahaja tambahan atau lebihan yang tidak adil atau nilai barangan yang diberi berbanding dengan barangan yang diterima.

Tarek Al Diwani di dalam bukunya The Problem With Interest berkata terdapat dua bentuk riba yang utama :

Riba al qarud – yang berkaitan dengan kegiatan memberi pinjaman atau hutang yang kini diistilahkan sebagai kredit. Riba al qarud melibatkan caj yang dikenakan pada pinjaman ekoran temph masa atau dalam lain perkataan pinjaman yang dikenakan faedah atau bunga dan ia biasanya dirujuk sebagai riba an-nasia yakni, riba kerana menunggu dan merupakan amalan bank.

Riba al buyu yang berkaitan dengan kegiatan melibatkan urusniaga.

Dalam melaksanakan urusniaga dan berjual beli Islam melindungi kedua-dua pembeli dan penjual daripada ketidakadilan, tipu daya, penipuan, penyelewengan, muslihat dan salah laku kerana apa sahaja urus niaga yang terlahir daripada unsure-unsur itu boleh menjadi riba.

Dua prinsip penting riba ialah faedah (lebih dikenali masyarakat kita sebagai interest / bunga) dan wang ciptaan. Buku Usury The Root Cause of Injustices Of Our Time merupakan himpunan kertaskerja Seminar mengenai riba anjuran People Against Interest Debt (PAID) pada tahun 1987 telah merumuskan riba seperti berikut :

Adalah riba untuk menukar jumlah yang ditetapkan bagi sesuatu barangan dengan jumlah yang lebih atau kurang bagi barangan yang sama jenisnya sama ada berlaku penangguhan atau tidak.

Adalah riba untuk memperoleh keuntungan daripada penggunaan sesuatu barangan yang tidak memberi hasil tanpa adanya penglibatan buruh, perbelanjaan dan risiko dipihak orang yang mengeluarkan pinjaman.

Adalah riba untuk mengambil lebihan daripada pinjaman pokok.

Adalah riba untuk membuat duit daripada duit.

Adalah satu sifat riba apabila perolehan atau keuntungan daripadanya tetap dan automatik.

Semua ini boleh disimpulkan bahawa riba ialah apa sahaja yang diperoleh tanpa usaha iaitu dalam bahasa mudah “membuat sesuatu atas angin” seperti seorang silap mata matematik.

1 + 1 = 3

Bertitik tolak daripada prinsip itu, buku tersebut menggariskan sebelas teknik dan alat sistem kewangan moden yang tergolong dalam riba iaitu :

Mengenakan faedah atau bunga pada pinjaman wang tulen yakni emas.
Penciptaan wang kertas yakni nota janji sebagai mata wang walaupun ia disokong atau disandarkan kepada emas.
Mengenakan faedah atau bunga pada pinjaman wang kertas (wang ciptaan).
Mencipta wang kertas yakni yang tidak disokong atau disandarkan pada emas.
Memusatkan perbankan.
Wang plastik.
Wang elektronik.
Pasaran saham.
Kontrak hadapan.
Eurobond dan lain lain.
Spekulasi komoditi.

Penubuhan institusi bank itu sendiri amat meragukan seperti kata bekas Gabenor Bank England, Sir Josiah Stamp :”Banking was conceived in iniquity and born in sin…”(Bank dikandung dalam kezaliman dan dilahirkan dalam dosa…sebagai anak haram – Tidak Islamnya Bank Islam oleh Abdul Razzak Lubis).

Berikut ialah ulasan Sir Josiah Stamp mengenai penciptaan wang : “Sistem perbankan moden menjana wang dari angin. Proses ini mungkin merupakan silap mata yang paling hebat pernah dicipta…” (Discredit Interest debt! The Instrument of World Enslavement oleh Abdul Razzak Lubis)

Mungkin tidak keterlaluan untuk menyimpulkan di sini bahawa oleh kerana wang kertas bersamaan dengan lebihan maka ia riba dan oleh kerana sistem perbankan masa kini berteraskan kepada pengambilan dan pemberian faedah atau bunga, maka ia juga menjadi sebuah institusi riba.Bertitik tolak daripada itu, maka semua urus niaga dan jual beli dalam sistem ekonomi yang kita dukung ini sekarang,riba sifatnya.

Disebabkan sifat sistem perbankan meminta lebih daripada yang diberi dibantu pula oleh sifat wang kertas yang tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah nilainya, maka ekonomi global merupakan satu ekonomi yang sentiasa bergolak dan mencetuskan suasana orak arik dan mudah dimanipulasi.

Satu contoh yang paling jelas ialah keruntuhan ekonomi Rusia apabila mata wangnya, ruble jatuh nilai akibat hutang riba.

Dalam sistem demokrasi Barat ini, manusia bebas yang dimegahkan sebagai anak hasilan Revolusi Peranchis di atas Prinsip liberty, fraternity and equity sebenarnya adalah seorang hamba.

Individu moden sekarang boleh ditakrifkan sebagai seorang hamba hutang. Hutang persendirian dan hutang syarikat sememangnya suatu kelaziman.

Nixon sejak tahun 1971 lagi sudah memutuskan kaitan emas dengan dollar kerana kekalahan Amerika dalam Perang Vietnam memerlukan penciptaan dollar tanpa terbatas dengan simpanan emas. Mereka perlu “mencetak” wang dan bukannya “mencari” wang untuk menampung kos peperangan tersebut. Sekarang mereka mencetak wang untuk Amerikanisme berterusan dalam New World Order tajaan mereka.

Maka terhasillah sistem penjajahan dan pemerintahan sejagat berdasarkan sistem riba atau ribakrasi (usurocracy). Demokrasi Barat hanyalah topeng untuk ribakrasi berleluasa. Ribakrasi tidak memerlukan peti undi.

Dalam posting sebelum ini saya sudah quotekan apa ucapan Saidina Umar Al-Khattab.

“‘Umar ibn al-Khattab said, ‘A dinar for a dinar, and a dirham for a dirham, and a sa' for a sa'. Something to be collected later is not to be sold for something at hand.’”

Sila rujuk kepada Khutbah Terakhir Rasulullah saw. Allahu Akhbar!

"Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang".

Dimanakah terletaknya ayat ini sekarang? Mana pakar-pakar ekonomi Islam? Mana alim-ulamak Islam? Mana umara' Islam dan mana satu contoh negara Islam itu? Amerikanism telah berjaya meletakkan sistemnya dan masyarakat Islam tanpa sedari diperkudakan untuk merealisasikannya. Salah Amerikanismkah? Salah Sekularism? Salah Globalisasikah? Salah Nasionalismkah? Atau salah apa-apa lagikah..tiori / dominan / doktrin / falsafah / ekonomi / politik ..apa-apalah yang bukan dari kacamata Islam? Islam sekarang telah di beripakai pakaian seperti di atas. Mahu tidak mahu acuannya diubah untuk melengkapkan sistem di atas. Acuan oarng lain tapi namanya masih lagi berbunyi islami. Jadilah Bank Islam, bubuh dan kenakan apa-apa yang nampak sedikit keislaman. Canang dan berbangga seperti syok sendiri! Betulkah yang islamnya di dipundak organisasi itu? Betul kah tiada sedikit pun tercalit riba? Tak maulah hanya catnya bercolor islami…berkubah dsbnya tapi ciri-ciri macam konventional aja.. Adoih…sakitnya..! Nampak macam lebih membebankan. Tiada tolak ansur pun ada.

"Hai, orang2 beriman, takutlah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa2 riba itu, jika kamu orang beriman" Al-Baqarah : 278

“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah oleh kamu akan peperangan daripada Allah dan Rasulnya terhadapmu dan jika kamu bertaubat, maka untukmu pokok2 hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula teraniaya.”Al -Baqarah : 279

" Jika orang yang berutang dalam kesempitan, tunggulah hingga waktu kelapangan dan kalau kamu sedekahkan, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui". Al -Baqarah : 280

Selasa, 7 Julai 2009

Paper Money : A Legal Judgment

Ditulis oleh Prof. Umar Ibrahim Vadillo

The first aspect of arriving at a judgment is to understand the subject matter, in this case what paper money is. After that we can look at the Qur'an and the fiqh.
Paper money has evolved in nature through history. What we know today as paper money is not what it used to be. This evolution has passed through basically three stages:

1] A promissory note backed by gold or silver.
2] A process of unilateral devaluation leading to a complete revocation of the contractual agreement.
3] A piece of paper not backed by any specie, whose legal value is determined by the compulsion of the State Law.

Let us examine these three stages one by one.

1. Firstly, paper money was issued by banks and it represented a certain amount of gold or silver, known as the ‘specie’. Even though it never was 100% backed by the specie, the issuing bank was obliged to pay the amount on demand. In this sense it represented a kind of debt.
When paper money was a debt, was it acceptable? What issues concerning Islamic Law are relevant?

At this stage a certain amount of gold was held by typically a banking institution and it issued a paper certificate giving the owner the right to withdraw the specie on demand. (We will ignore the fact that this was a banking institution and it would have been dealing with Riba. We will pretend that they did not deal with interest in order to concentrate on the issue of paper money itself.)

A) The first issue that arises is the one of amana (trust): Your gold is in trust with a treasurer. What does Islamic Law have to say on this issue? Allah ta’ala says in the Qur'an in Surat al 'Imran (3, 74):

Among the People of the Book there are some who,
if you trust them with a pile of gold, will return it to you.
But there are others among them who,
if you trust them with a single dinar, will not return it to you,
unless you stay standing over them.
That is because they say,
“We are under no obligation where the gentiles are concerned.”
They tell a lie against Allah and they know it.

The hukum (legal judgment or command) of this ayat, according to Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi in his ‘Ahkamul Qur'an’, is as follows:

“It is forbidden for Muslims to have amana with the kuffar outside Dar al-Islam,” that is, “without standing over them” under the power of a Muslim authority. And the explanation for this is found in the ayat itself: “That is because they say ‘we are under no obligation,’ that is to say, because they can/will repudiate the agreement. Since this has been proven to be historically the case, we may conclude that this is of vital importance.

What this means is that it is not acceptable for Muslims to have money deposited with kuffar anywhere since we do not have a Dar al-Islam in which to exercise ‘standing over them’. A lighter interpretation would suggest that it would be acceptable to have amana with a kafir if the deposits are under the power of a Muslim authority. We accept the latter version. But what it categorically denies is the possibility of having amana with the kuffar when the wealth is stored under kafir authority.

We can conclude that when paper currencies—dollars, pounds, francs, etc.—were a debt, because the specie they represented was stored in trust away from our control, they could not be accepted by us, since we would fear that they would repudiate the agreement—as in fact later happened.

B) Now, assuming that the amana is under a Muslim authority, the second issue that arises is whether the promissory note can in itself be treated as money. In other words, whether the note can be used as a medium of exchange according to Islamic Law.

In this case the law of ‘transfer of debts’ becomes relevant. According to the School of the Amal of Madinah we find the following judgment and explanation in the Muwatta of Imam Malik:
Malik said,
“One should not buy a debt owned by a man whether present or absent, without the confirmation of the one who owes the debt, nor should one buy a debt owed by a dead person even if one knows what the deceased man has left. That is because to buy it is an uncertain transaction and one does not know whether the transaction will be completed or not.”

He also said, “The explanation of what is disapproved of in buying a debt owed by someone absent or dead is that it is not known which unknown debtors may have claims on the dead person. If the dead person is liable for another debt, the price which the buyer gives on strength of the debt may become worthless.”

Malik said, “There is another fault in that as well. He is buying something which is not guaranteed for him, and so if the deal is not completed, what he has paid becomes worthless. This is an uncertain transaction and it is not good.”

The general idea is that in order to transfer a debt the original issuer of the debt (the person who has the obligation) must guarantee the value of the debt to the transferee (the person receiving the note). Thus, the first contract is liquidated and a new private contract is created. Debt is always kept as a private contract between the parties. It does not circulate without the creation of a new private guarantee (a new contract). The reason is that the person who has issued the debt may have more obligations than he can fulfil.

How would this injunction have applied when paper money was issued by the banks as a debt? Since every bank—and this is the whole idea of credit money—issued more obligations than the amount that they held in specie, it would not be acceptable to use any of its notes for trading.

The reason is, that the person would be accepting a debt that is not guaranteed for him, especially when it is known that it cannot be guaranteed for him since the issuer (the bank) has more obligations than what it can fulfil. If every depositor in the bank were to demand the value of their notes, as is the case in a ‘run on the bank’, the bank would be unable to fulfill its obligations.

Conclusion. When money was a debt, in Islamic Law you would not have been allowed to use it. You would not be allowed to use a dollar, or a pound, or any note, whether it came from a kafir bank or a Muslim-owned bank, whether the specie was stored in a kafir country or in a Muslim country. Banking notes are not permitted to circulate.

But if the note is issued not by a bank, but instead by a person, and that person is present and can privately guarantee the physical possession of the goods, can in this case the note be transferred, sold or circulate in general? What aspects of the Law are relevant to the analysis of this case?

Again we have to go to the transfer of debts. What is relevant here is: what is the specie that is held as guarantee for the obligation? In other words, what is the specie of the note? If the obligation is in gold (money) then another set of restrictions come into place. If it is food then, again, another set of restrictions come into place. This is because gold, silver and food have a particular significance to trading—they are commonly used as a medium of exchange. The case is the following:

In the chapter called Money-Changing of the Muwatta of Imam Malik we read:

"Yahya related to me from Malik from Ibn Shihab from Malik ibn Aws ibn al‑Hadathan an-Nasri that he once asked to exchange 100 dinars. He said, ‘Talha ibn ‘Ubaydullah called me over and we made a mutual agreement that he would make the exchange with me. He took the gold and turned it about in his hand and then said, “I cannot do it until my treasurer brings the money to me from al-Ghaba.” ‘Umar ibn al-Khattab was listening and ‘Umar said, “By Allah! Do not leave him until you have taken it from him!” Then he said, “The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, ‘Gold for silver is usury except hand to hand. Wheat for wheat is usury except hand to hand. Dates for dates is usury except hand to hand. Barley for barley is usury except hand to hand.’””

The first restriction is that you cannot use the gold or food in an exchange (sarf) unless the specie is physically present there. You cannot use the claim of gold or food stored with a treasurer. The items exchanged have to be present.

This matter rules out any possibility of using paper notes representing gold or silver to buy physical gold or silver. In addition, the exchange of paper notes with other paper notes is prohibited because it is Debt-for-Debt.

This prohibition of using promissory notes in an exchange is further reinforced by the following words:

Yahya related to me from Malik that he had heard that al-Qasim ibn Muhammad said, “‘Umar ibn al-Khattab said, ‘A dinar for a dinar, and a dirham for a dirham, and a sa' for a sa'. Something to be collected later is not to be sold for something at hand.’”

Yahya related to me from Malik that Abu'z-Zinad heard Sa'id al Musayyab say, “There is usury only in gold or silver or what is weighed and measured of what is eaten and drunk.”

All this clearly indicates that not only gold and silver but also any food that could be used as payment is included in the prohibition, that is to say, the prohibition extends to any form of ‘common money’. Any note that represents any form of ‘common money’ cannot be used in an exchange. With that restriction in mind, it means that a banking note cannot really be used as money, but only as a private contract—which is the basis of our argument.

But what about a note held by a Muslim treasurer and guaranteed: can it be used in a transaction other than an exchange? Can it be used, for example, to buy other goods in the market?

“Yahya related to me from Malik that he had heard that receipts (sukukun) were given to people in the time of Marwan ibn al-Hakam for the produce of the market of al-Jar. People bought and sold the receipts among themselves before they took delivery of the goods. Zayd ibn Thabit and one of the Companions of the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, went to Marwan ibn Hakam and said, “Marwan! Do you make usury halal?” He said, “I seek refuge with Allah! What is that?” He said, “These receipts which people buy and sell before they take delivery of the goods.” Marwan therefore sent guards to follow them and take them from people’s hands and return them to their owners.”

This means that you cannot use a promissory note and use it for trading as if it were money. The purpose of the promissory note is not to be money, but to be a private contract that must remain private and not public.

So, what is the use of the promissory note? What is the halal usage of it? It is halal to have a contract or a debt, and it is also halal to transfer that debt, provided that the person who issued it is accessible and can guarantee the payment of the debt by signing a new contract (promissory note) with the new recipient. If the guarantor is not a Muslim, then in addition to what we have said, he also has to have his amana within Muslim territory and under the overall supervision of an enforcing Muslim authority.

2. The second stage refers to the process of those years in which paper money was constantly devalued from its initial obligation (they paid less than they had promised), up until the debt was finally completely revoked (they withdrew their obligation). This final elimination of the obligation took place with the dollar in 1973, when Nixon unilaterally revoked the obligation of paying one ounce of gold for every 35 dollars.

What is the Islamic position regarding a promissory note when one of the parties unilaterally revokes its obligation, whether it is complete or partial? That is to say, what is the Islamic ruling when a debt is unilaterally revoked or devalued?

It is not acceptable. It is a violation of the contract. If this is done with premeditation and no responsibility is accepted, it amounts to pure theft. Theft is punishable in Islam.

To use the note to transfer it to other people, falls under all the restrictions that we have expressed before, with an added element. You are dealing with the promissory note of a known thief who does not admit his guilt or past obligations.

3. Finally we arrive at the money which we have today. There is no promise of payment in specie of any kind. It only has a legal value based on the obligation of the citizens of the country to accept the national currency as a means to redeem debts. This is the ‘Law of Legal Tender’. It gives the State the unique ability to confiscate anyone’s wealth within the nation and to pay for it in compensation with its own legal note.

Is this an acceptable means of payment in Islam?

Imam Malik said money is “any merchandise commonly accepted as a medium of exchange.” This implies two things:

A) Money has to be a merchandise. Therefore it could be paper. But paper only for the value of the paper itself, not for what is written on it. Money must be something tangible (‘ayn). Money cannot be a liability of any kind.

B) Money must be commonly accepted. Therefore it cannot be imposed. No-one can say it is obligatory on you. No-one can even make the Gold Dinar obligatory on the people. The Gold Dinar and the Silver Dirham become a currency out of free choice, not as the result of decree. Paper money is imposed on people. This obligation is not accepted in Islam for two further reasons:

—The fraudulent nature of the offer: they oblige you to accept something above its value (its real value is zero).
—The obligation of the offer: you are obliged to accept it whether you like it or not.

This unlawful behaviour is further reinforced by the application of State laws that restrict the use of any other merchandise as a means of payment, thus enforcing the State monopoly on the currency, particularly in regard to gold and silver. Gold and silver are either taxed, or their use is regulated and sometimes disallowed. In some extreme cases we have seen gold confiscated by law from the private citizens, as has been the case in the USA.

Final conclusion

Paper money is not valid money in Islamic Law, whether in its present form or in any of the forms in which it has existed in the past. The Shari‘ah money is the Gold Dinar and the Silver Dirham. Any merchandise commonly accepted as a medium of exchange is also accepted as a valid money in Islam.


Siapa Umar Ibrahim Vadillo sebenarnya?

Ramai tidak mengenali beliau. Professor Umar Ibrahim Vadillo dikenali sebagai “The Man Behind The Dinar”. Sila amati namanya dilaman-laman blog antarabangsa. Ini sedikit latar belakang beliau.

Umar Ibrahim Vadillo was born in 1964. After attending the Augustinian College in Navarre he went to study agronomy at the University of Madrid. While still at university he embraced Islam. There followed a long period of study applying the commercial parameters defined in Islam’s founding legal document Imam Malik’s Al Muwatta, to modern financial practice. This led to his studies on Zakat, which implied the necessary use of the Islamic Gold Dinar and Silver Dirham. He has lectured extensively in various universities, notably in Morocco, Malaysia and Indonesia.

His promotion of an Islamic real wealth currency was adopted by Dr. Erbakan, Turkish Prime Minister until deposed, as well as the late King Hassan II of Morocco who undertook to restore Zakat to its correct legal position, just before his death. Umar Ibrahim Vadillo’s study of Dinar-based finance was used as a working paper by Dr. Mahathir, the former Prime Minister of Malaysia. He is currently engaged in promoting the issue in Indonesia . He resides in Cape Town, South Africa.


Khutbah Terakhir Rasulullah saw

Baginda saw ada meninggalkan wasiat kepada kita umat Islam melalui khtubah terakhir Nabi Muhammad saw yang disampaikan pada 9hb.Zulhijjah 10H, di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Gunung Arafah atau juga dikenali sebagai Bukit Arafah adalah satu tempat menyaksikan pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa setelah dicampakkan ke bumi. Semestinya pada musim Haji ramailah orang disini kerana Wukuf di Arafah merupakan satu daripada Rukun Haji.
Simpanlah wasiat ini untuk tatapan diri sendiri juga untuk anak-anak cucu kita. Perhatikan amanat-amanat yang telah ditutorkan sendiri oleh junjungan besar Rasulullah saw moga-moga menjadi peringatan untuk kita. Bersaksilah bahawa kalimat-kalimat terakhir Nabi juga Rasul Allah yang terakhir ini cukup menghibakan dan menitiskan airmata. Hayatilah dengan mata hati!


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Wahai Manusia
Dengar baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai Manusia
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci ,maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia
Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikan solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikan zakat dari kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali taqwa dan beramal saleh.

Ingatlaاbahawa kamu akan mengadap Allah pada satu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanKu.

Wahai Manusia
Tidak ada Nabi atau Rasul yang akan datang selepasKu dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataKu yang telah Aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan SunnahKu.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanKu menyampaikan pula kepada orang lain. Semuga yang terakhir lebih memahami kata-kataKu dari yang terus mendengar dariKu. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah Aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.....

[khutbah di atas adalah khutbah perpisahan / terakhir Rasulullah saw yang disampaikan semasa baginda RasulAllah saw mengerjakan Haji Wida’.]


Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)

Sengaja aku lampirkan semoga aku termasuk dalam:"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanKu menyampaikan pula kepada orang lain".walaupun kalian dah tengok, dah baca berulang kali hatta dah hafal pun!

Jumaat, 3 Julai 2009

Hadith : Peraturan-Peraturan Penerimaan dan Periwayatan

Sesebuah hadith itu mesti cukup lima ciri untuk membolehkan diterima dalam berhukum atau diterima dalam perundangan Islam sebagai sumber yang sah. Berikut adalah criteria bagi sesebuah hadith itu.

1. Kesinambungan Rantaian Sanad
Rantaian sanad mesti tidak terputus. Ertinya semestinya tidak ada seorang perawi pun yang hilang dari rantaian para perawi. Lebih jauh lagi setiap perawi itu mendengar langsung sesebuah hadith tersebut daripada perawi sebelumnya.

2. Keadilan para Perawi
Keadilan atau kejujuran para perawi diperkukuhkan kepada ketaatan mereka secara luaran tehadap tuntutan Islam. Dipastikan mereka melaksanakan tuntutan Islam dan mereka pula dikenali sebagai orang yang tidak terlibat dalam perkara yang dilarang agama Islam.

3. Kesahehan ingatan para Perawi
Setiap perawi mesti memiliki ingatan yang baik atau catatan yang dibuat oleh perawi itu adalah tepat dan dia sendiri yang memindahkan atau meriwayatkan sesuatu hadith itu secara langsung dari catatan yang dibuat.

4. Mesti ada keselarasan atau Persamaan Hadith
Hadith yang diriwayatkan itu selaras dan tidak bercanggah dengan hadith lain yang serupa, yang memperkatakan tajuk yang sama tapi tarafnya lebih kuat. Maksudnya keselarasan atau persamaan itu terjadi didalam kedua-dua aspek berhubung dengan rantaian sanad dan teks hadith. Disini ditekankan pada keselarasan atau persamaan pada rantaian sanad dan teks hadith itu, mana yang lebih kuat tarafnya.

5. Ketiadaan cacat (illah) dalam Hadith.
Kecacatan (illah) dalam hadith ditakrikan sebagai suatu kecacatan tersembunyi di dalam hadith yang mencabut kesahehan hadith tersebut. Contoh ada hadith yang pada mulanya nampak bebas dari kecacatan tapi selepas diselidiki jelas terdapat kecacatannya. Kecacatan disini berlaku samada dalam rantaian sanad atau dalam teks hadith atau pun dalam kedua-duanya sekali.

Penjenisan Hadith

Terdapat dua jenis hadith;-

1. Hadith Mutawatir – hadith ini adalah tetap dalam kepastiannya. Tidak terdapat sebarang keraguannya datang dari Rasulullah saw. Ada empat syarat sesebuah itu digelar hadith mutawatir.

a) Sekurang-kurang ada empat orang yang berlainan yang meriwayatkan hadith tersebut.

b) Mestilah menjadi mustahil keempat-empat orang perawi hadith itu atau lebih bersepakat melakukan pendustaan.

c) Perawi hadith itu telah meriwayatkan dari orang yang sama dari awal rantaian sanad hingga ke akhirnya.

d) Periwayatan para perawi terhadap hadith berkenaan mestilah bergantung pada fikiran dan deria tidak fikiran semata-mata kerana fikiran mungkin bercelaru atau terkeliru (seumpama mengkhayalkan sesuatu sebagai telah berlaku).

2. Hadith Ahad – mana hadith yang tidak termasuk dalam hadith mutawatir adalah hadith ahad. Hadith ini terbahagi kepada tiga kumpulan kecil iaitu menurut bilangan para perawi sesebuah hadith itu.

a) Hadith Masyur – diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih dalam rantaian sanad tapi tidak sampai ke taraf hadith mutawatir.

b) Hadith Aziz – Terdapat tidak kurang daripada dua orang perawi dalam setiap bahagian rantaian para perawinya.

c) Hadith Gharib – hadith ini diriwayatakan oleh seorang perawi pada suatu peringkat dalam rantaian para perawi.

Hadith Ahad ini dibahagikan lagi kepada tiga bahagian yang lebih kecil berasaskan permulaan rantaian para perawi:

1) Hadith Marfu' – Ini adalah jenis hadith di mana para perawinya bermula dengan Nabi Muhammad saw.

2) Hadith Mawquf – jenis hadith ini adalah di mana rantaian para perawinya tidak dapat sulurgalur hingga kepada Rasulullah saw tetapi ia cuma dapat disusurgalur pada salah seorang sahabat Rasulullah saw sahaja.

3) Hadith Maqtu' – Di mana rantaian para perawinya cuma dapat disusurgalur sehingga kepada salah seorang daripada para Tabi'in sahaja.

Lagi, Hadith Ahad ini dipecahkan pula kepada tiga pecahan berdasarkan kepada tahap penerimaannya sebagai sumber Perundangan Islam.

a) Hadith Sahih – Jenis hadith in mencukupi atau menepati lima criteria yang ditetapkan (telah disebut tadi) untuk membolehkan sesebuah hadith itu diterima.

b) Hadith Hasan – hadith ini juga seperti hadith Sahih kecuali criteria ketiga berhubung dengan kesahihan ingatan para perawi adalah kurang menyakinkan.

c) Hadith Dhaif – hadith ini tidak mencukupi atau menepati semua yang lima criteria tadi untuk membolehkan sesebuah hadith itu diterima. Hadith ini dijeniskan kedalam jenis yang berbeza berdasarkan kepada lima criteria berikut pula;

1) Kelemahannya kerana tidak ada kesinambungan dalam rantaian sanad.
Kalau kesinambungan hilang di bahagian akhir rantaian sanad maka ia digelar hadith mu'allaq. Kalau hilang di bahagian tengah rantaian sanad ia digelar hadith munqati dan sekiranya secara berturut-turut dua perawi atau lebih hilang di tengah rantaian sanad maka ia dipangil hadith mudil. Dan yang akhir, sekiranya perawi pertama iaitu seorang sahabat Rasulullah saw hilang dari rantaian sanad maka hadith ini digelar hadith mursal.

2) Kelemahan atau kedhaifan hadith disebabkan ketiadaan keadilan dikalangan perawi.
Sebuah atau sepotong hadith yang dipalsukan dinamakan hadith mawdu. Ataupun teks (matan) dari sebuah hadith diturunkan melalui satu saluran sanad sahaja dan perawi itu pula tidak menepati keadilan atau ingatan perawi itu tidak baik maka hadith ini dikatakan munkar. Sekiranya hadith itu diriwayatkan oleh seorang yang dituduh melakukan pendustaan dan hadith itu cuma diketahui dari sumber atau riwayat itu saja hadith itu digelar matruk. Lain-lain hadith dibawah ketegori ini adalah:

Hadith mudallas iaitu dari rantaian sanad yang dipalsukan. Perawi mendapatkannya dari perawi lain tapi tidak berguru kepadanya namun dia meriwayatkannya seolah-olah dia mendengar hadith tersebut dari perawi tesebut.

Pemalsuan tentang guru dimana perawi menamakan gurunya dari nama timangan lain dari yang biasa dikenali.

Lain-lain dibawah ketegori ini adalah hadith mubham (nama perawi tidak dinyatakan), mudraj (sesuatu telah ditambahpada hadith).

3) Kelemahan disebabkan ketidaktepatan ingatan perawi.
Ada tiga ketegori dibawah ini.

Hadith mudtarib – diriwayatkan dari saluran yang lemah yang berlainan sumber dan masing-masing tidak satu pun kuat dari yang lain.

Hadith musahhaf – berlaku perubahan berhubung perkataan di dalamsesebuah hadith itu.

Hadith maqlub – berlaku pembalikan dalam perkataan-perkataan daripada rantaian sanad atau teks sesebuah hadith itu.

4) Kelemahan atau kedhaifan disebabkan ketidakselaran atau ketidaksamaan sebuah hadith. (ada hadith lain yang lebih kuat daripadanya).
Hadith ini hadith shadhdh.

5) Kelemahan atau kedhaifan disebabkan suatu illah
Hadith ini dipanggil mual.

Disebabkan hadith dhaif tidak diterima dalam penghasilan pelbagai perundangan Islam maka aku tidak menekankan dengan lebih mendalam. Adapun hanya hadith-hadith shahih dan hasan digunapakai dalam perlaksanaan ordinan atau perundangan Islam.

Wallahu a'alam.

Aku ringkaskan dari teks Seminar Persatuan Pelajar-Pelajar Muslim USA and Canada (MSA) tulisan Prof. Mustafa Azami di Illinois, USA pada 11-13 Julai 1975, sempena memperingati ulang tahun 1200 Imam Al-Bukhari.

Khamis, 2 Julai 2009

Karamah Para Wali Berterusan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Dikatakan karamah para wali boleh terjadi selepas wafatnya dan tidak khusus sewaktu hidupnya sahaja. Dalilnya adalah karamah setelah mati adalah hal yang mungkn terjadi dan kerana semua hal yang mungkin itu boleh terjadi, maka karamah setelah mati boleh terjadi.

Al-Hafizh Al-Munziri menceritakan dari Ibnu Abbas ra bahawa seorang sahabat dengan tanpa sedari telah mendirikan khemah di atas satu kuboran. Tiba-tiba dia terdengar dari kuboran itu ada bacaan surah Al Mulk dari awal hingga akhir. Peristiwa itu dimaklumkan kepada Rasulullah saw dan dipendekkan ceita Rasulullah menjawab: :"Itulah adalah perisai dan itu adalah pengaman dari siksa kubor". Hadith ini diriwayatkan oleh Imam At-Termitzi.

Inilah dalil atas terjadinya karamah selepas mati dan diakui sendiri oleh junjungan besar baginda saw. dari perkataan: " Itulah adalah perisai dan itu adalah pengaman dari siksa kubor".

Tidak ada nas yang mengatakan terputus karamah itu dengan kematian dan hanya dikhususkan pada yang hidup sahaja. Dunia bagi makhluk berkata setengah ulama adalah sebelum daarul akhirat. Dalam kitab Al-Mawahibul Laduniyyah terdapat hadith bersanad shahih tentang 'Ikrimah maula Ibnu Abbas, Sesungguhnya dia bertanya tentang hari kiamat, apakah termasuk dunia atau akhirat, maka dijawab:"Setengahnya yang pertama termasuk dunia, iaitu yang terjadi atasnya putusan dan hisab dari dunia dan setengahnya yang kedua adalah akhirat iaitu jatuhnya keputusan untuk dikembalikan ke neraka atau syurga".

Jadi berhukum pada menyatakan karamah para wali harus terjadi walaupun setelah wafatnya sebab mereka masih berada di dunia.

As-Syeikh As-Samhudi berkata:" Seharusnya muncul karamah bagi mereka yang telah mati, lebih utama daripada munculnya karamah pada masa hidupnya, sebab nafsu tetap lebih bersih dari noda, cubaan dan lain-lain. Hal ini banyak terjadi kepada mereka selepas wafatnya. Maka jelaslah mereka yang berhujah tentang putusnya karamah oleh kematian sampai dinisbahkan kepada Al-Imam Abu Hanifah merupakan alasan yang bathil".

Bahkan Al-imam Abu Hanifah memiliki karamah selepas wafatnya sebagaimana diriwayatkan oleh para imam: "Ketika jenazah beliau diletakkan di dalam keranda, maka terdengar satu panggilan:"Wahai orang yang bangun malam, yang suka beribadat, memperbanyakkan tahajud, suka berpuasa, engkau dipersilakan oleh Allah menuju Darus Salam." Apabila jenazah diletakkan di liang lahad terdengar suara yang berkata"

فروح وريحا ن وجنت نعيم

Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran serta syurga kenikmatan. (Al-Waaqiah : 89)

Inilah sebahgian dari dalil tidak terputusnya karamah selepas kematian dan apa yang berkaitan dengan perbuatan semasa di dunia. Hakikatnya, karamah para wali semasa hidup maupun selepas matinya hanya boleh terjadi dengan izin Allah swt dan iradahNya. Tidak ada sekutu bagiNya dalam iradahNya sewaktu menciptakan atau mengadakan sesuatu.

Allah telah menberi kurnia pada para walinya sehingga mereka mampu berbuat dan berkata-kata diluar kebiasaan. Dihantar kepada mereka melalui ilham, ada melalui mimpi , ada juga melalui doa mereka padaNya, ada ketikanya melalui perbuatan dan ikhtiar mereka hatta ada kalanya tanpa ikhtiar tanpa tujuan dan tanpa senjata tanpa perasaan tetapi muncul cuih…….karamah itu. Ada juga ketikanya mereka bertawasul kepada Allah dengan perantaraan mereka, baik pada masa hidup maupun setelah wafatnya. Itu semua termasuk kemampuan Ilahiyyah yang dikurniakan kepada mereka.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:"Dengan membaca kitab Shafwatush Shafwah, kita mendapat ilmu tentang terjadinya karamah secara dharuri. Kita juga telah melihat karamah para wali yang masih hidup dan yang sudah wafat. Maka tidak ada yang mengengkarinya kecuali orang2 yang hina yang rosak kepercayaannya ke atas wali Allah dan hamba2Nya yang istimewa. Semoga Allah SWT mengizinkan kita mengambil manafaat dari mereka".

Dalam kitab Syarhul Maqashid karangan Saadduddin At-Taftazani katanya:"Menurut perhitungan, tampak bahawa karamah para wali hampir sama mukjizat para Nabi. Tidak hairanlah bila para ahli bidaah mengingkari hal tersebut sebab mereka tidak melihat hal itu terjadi pada diri mereka dan tidak pula mendengar dari para pemimpin mereka beserta ijtihadnya di dalam ibadah dan menjauhi keburukan padahal para wali Allah SWT berhak memiliki karamah. Maka orang2 seperti itu perlu diberi tunjuk ajar supaya terbina kebersihan akhlaknya, kesucian jiwanya dan mengikuti tarikat."

Dalam Syarah Muslim, Imam Nawawi menukilkan "Karamah itu terkeluar dari adap kebiasaan tetapi hati manusia mampu membenarkannya".

Lain bagi mukjizat itu yang hanya dikurniakan pada para Nabi yang diperlihatkan ketika ada perlawanan dari orang2 yang menentangnya. Kalau keluarbiasaan yang muncul selepas wafatnya para Nabi itu adalah karamah dan bukannya mukjizat lagi. Karamah bukan merupakan hasil perbuatan dan ikhtiar hamba melainkan hasil perbuatan Allah SWT jua. Dan wali adalah perantara untuk menampilkan karamah tersebut. Dalam hal ini tidak ada bezanya apakah wali tersebut masih hidup ataupun sudah wafat. Diri peribadi wali itu (ada orang sebut tok syeikh) tidak berperanan dalam hal ini. Allahlah yang menetapkan hajat melalui dirinya. Dalam Kitab Al-Hilyah disebut:"Sesungguhnya Allah berfirman:'Wahai Jibrail, penuhi keperluan hambaku".

قل لآ يعلم من فى السموت والأرض الغيب ألآالله

Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah. (An-Naml:65)

Betul! Tiada sesiapa pun tahu mengenai apa jua yang berbentuk ghaib. Kalaupun para wali tadi berpengetahuan tentangnya itu kerana diberitahu oleh Allah melalui cara2 yang disebut di atas tadi ataupun melalui perantara malaikatnya Jibrail. Kita tidak boleh mengatakan mereka mengetahui perkara ghaib sebab mereka memang tiada memiliki sifat itu dalam ilmunya.

Dari dulu hingga kini ada yang menolak dan menghalangi permohonan terhadap para wali atau tok syeikh ini. Pada mereka syirik berbuat demikian. Mereka berdalil dengan hadith sabdaan Rasulullah saw :"Apabila meminta, maka mintalah kepada Allah".

Bagi yang faham akan maksud serta tujuan hadith diatas, ia adalah agar seseorang yang bodoh bertanya pada yang pandai. Seseorang yang terkena musibah pi minta tolong pada orang yang padanya boleh menolonginya, berpinjam pada orang yang boleh memberi pinjaman atau meminta nasihat pada yang boleh menasihati. Pemahaman yang salah pada hadith di atas menyebabkan semua yang disebut tadi (meminta tu) tidak benarlah?. Padahal didalamnya terdapat permintaan sedekah orang papa pada si kaya, permintaan rakyat marhaen pada kerajaan supaya masalah2 mereka dipenuhi. Jadi hendak diletak kemana permohonan tadi?.


Kekadang berlaku kesalahan meletakkan hadith, lainlah pada hal2 yang jelas menampakkan keburukannya. Seseorang memang tidak dibenarkan meminta kepada selain Allah. Meminta yang bagaimana? Adapun hadith diatas digambarkan ancaman pada orang yang suka meminta-minta harta orang lain walaupun tiada hajat. Ia memujuk supaya bersikap qana'ah terhadap apa yang dipermudahkan Allah SWT dari kebaikan walaupun sedikt dan menahan diri dari kepeluan terhadap sesuatu yang ada ditangan orang lain.

Disinilah hadith ini bersesuaia seperti diatas.

واذااستعنت فا ستعن با لله

Apabila kamu (ingin) meminta pertolongan, maka mintalah kepada Allah.

Jadi meminta bantuan pada para wali yang anda yakini bahawa mereka itu hidup dan hanya bertindak dengan kekuasaan Allah Taala bukanlah berbentuk syirik sebab syirik itu beryakinan bahawa di dalam diri para wali atau tok syeikh itu terdapat sifat ketuhanan (rububiyyah). Meminta pada mereka adalah atas dasar bahawa mereka menjadi sebab terkabulnya sesuatu permohonan dan tiada terdapat larangan di dalamnya dan tidak menolak hadith itu secara mutlak.

Maksud hadith itu juga adalah melarang untuk melupakan bahawa kebaikan itu bukan berasal dari para wali atau tok syeikh melainkan dari Allah SWT, juga memerintah agar kita menyedari bahawa bahawa kenikmatan yang diterima oleh makhluk itu semuanya berasal dari Allah jua. Apabila kita ingin meminta pertolongan dari makhluk jadikan Allah itu sebagai andaiannya. Dialah yang memudahkan kita dan memenuhi segala kehendak kita. Tapi awas! Jangan sampai terlajak dan terleka atau terpukau oleh orang yang menjadi wasilah sehingga melupakan sebab yang pokok iaitu Allah. Yang inilah ramai yang tergelincir dan jatuh jadi syirik itu. Tapi bagi yang beringat dan berkeperluan itu tidak menjadi satu masalah baginya. Lebih-lebih lagi bagi seseorang yang berilmu.

Dalam Sahihain dikatakan:

من كا ن في حا جة أخيه كا ن الله في حا جته

Barangsiapa berada di dalam (menunaikan) hajat saudaranya maka Allah akan berada di dalam (menunaikan) hajatnya.

Dalam Shahih Muslim:

والله في عون العبد ما دام العبد في عون أخيه

Allah akan menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya.

Maka orang2 yang menggunakan para Nabi dan wali atau tok syeikhnya sebagai wasilah kepada Allah untuk menarik manafaat atau menolak mudarat bererti dia memohon kepada Allah. Hal ini termasuk Sunnah Ilahiyyah di mana Allah memerintahkan hamba-hambaNya untuk melakukannya. Sunnah yang diletakkan oleh Allah ini boleh menurunkan rahmatNya dan menolak murkaNya.

Kata Syeikul Hujatul Islam Ibnu Taimiyyah:

Karamah para wali Allah hanya terjadi kerana berkat mengikut Rasulullah. Maka pada hakikatnya, karamah itu termasuk mukjizat Rasulullah.

Kalau kita ikuti satu persatu peristiwa2 karamah itu sendiri sejak dari zaman Nabi hingga ke zaman kita sekarang mana mungkin kita mengabaikan kesahehan kekaramahan para-para wali itu. Kekaramahan mereka disebut-sebut orang dan hanya mereka yang mempercayainya sahaja senang diajak berbicara.

Tak usah pergi jauh-jauh di negara kita sendiri pun terdapat banyak tempat yang berkaramah yang dihubungkaitkan dengan alim ulamak tempatan yang hanya perlu kita menggali dan mensabitkanya. Gitu juga di negara sahabat kita, Indonesia. Peristiwa tsunami 2004 yang dahsyat di bumi Aceh tapi bagaimana dengan izin Allah masjid itu (semua orang tahu) terselamat dan menjadi tempat teduhan masyarakat di masa kejadian itu. Selidikilah dengan mata hati sejarah masjid itu dan tokoh di belakangnya dan apa keistimewaan disudut syiar islami di masa lampaunya. Penghormatan oleh Allah Taala ke atasnya bersabit. Jangan cepat memuncungkan mulut dan menuduh itu dan ini tanpa dasar ilmu. Dan jangan cepat melupakannya tanpa memahami hakikat disebaliknya. Betul, semua berlaku dengan izin, ketentuan dan kekuasaan Allah jua.

Lihat peristiwa karamah selepas wafatnya Uwais Al-Qarni (beliau mempunyai karamah semasa hidup, merupakan seorang tabi'in yang hidup sezaman dengan Rasulullah tapi tak pernah mendatangi baginda tapi kewujudannya diketahui baginda saw). Ketika beliau wafat dijumpai di dalam bajunya kain kafan yang sebelumnya tiada ada. Ditemukan pula liang lahad yang sudah siap digali di dalam batu-batu. Maka jenazahnya dimasukkan ke situ dan dikafani dengan kain itu.

Wallahu A'lam.