Isnin, 31 Mei 2010

Siapakah Ahlussunnah Wal Jamaah?

Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim


Dalam kesempatan ini, saya hanya mahu menjelaskan siapakan Ahlussunnah menurut penulisan Imam al-Baghdadi yang telah menjadi rujukan definisi ASWJ supaya pembaca dapat memahaminya secara jelas. Bagi pembaca-pembaca yang berupaya membaca bahasa Arab, boleh merujuk terus kepada kitab Imam ini. Imam al-Baghdadi Rahimahullah menyatakan (hal.19):



"Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan ahl al-ra'y (Abu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahlu al-hadis; bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis; dan ulama fekah mereka, penghafal al-Quran mereka, perawi hadis dari mereka, dan ulama hadis di kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan pencipta, keesaan sifat-sifatNya, keadilanNya, hikmahNya, dan nama-namaNya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum hudud, dan pada perkara usuluddin."

Seterusnya, Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan LAPAN (8) golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):

Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar gembira) dan wa'id (ancaman siksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas dari fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT)), dan bebas dari bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.

Golongan kedua ialah imam-imam fiqh samada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadith. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas dari fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah).

Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza'i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa dari ahli bidaah dan hawa nafsu.

Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadith dan sunnnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab 'al-jarh wa al-ta'dil' (kredibiliti seorang rawi), dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa dari ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.

Golongan ke empat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala` (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu samada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu dari bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij. Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia dari golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.

• Golongan ke lima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran, dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.

Golongan ke enam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka redha dengan hidup yang ringkas, mereka mengatahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik perisapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan 'pentasybihan' (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakkal kepadanya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.

Golongan ke tujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka, dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.

Golongan ke lapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi (wafat429H).Rupanya ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengekslusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh-temeh seperti qunut, talqin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya. Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19):

"Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan pencipta dan qidamNya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihatNya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitabNya dan rasulNya, dan mengikut segala syariat islam, dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh Al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh Al-Quran, serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan".

Semoga masyarakat Islam tidak terbelenggu dengan perpecahan yang lebih parah lantaran perkara-perkara tersebut. Banyak masa yang perlu digunakan untuk memperbetulkan generasi muda yang menyongsang arus dengan pelbagai gejala sosial. Wallahu a'lam.

Sumber : Http://DrAsmadinet.Blogspot.Com/

Selasa, 11 Mei 2010

Antara kandungan dari kitab Berzanji...Sheikh Jaafar al-Barzanji

الجنة ونعيمها سعد لمن يصلى ويسلم ويبا رك عليه



Syurga dan segala kenikmatanya adalah kebahagiaan bagi orang-orang yang mendoakan solawat dan salam serta memohon berkat kepadanya (Muhammad saw).

Alangkah indahnya Nasab yang terhimpun oleh Para Peri Agung dan yang menjadi kebanggaan. Engkaulah termasuk didalamnya sebagai berlian yang tiada tara yang sangat terpelihara adanya.

Alangkah mulianya menjadi suatu nasab yang tlah disucikan oleh Allah Taala dari kedurjanaan zaman Jahiliyyah.

Begitulah keterangan yang disampaikan oleh Syeikh Zein Al-Iraqi dalam madahnya yang baik dan indah. Telah dinukilkannya.

Tuhan telah memelihara demi kemuliaan Nabi Muhammad. Kepada bapa-bapanya yang mulia untuk menjaga nama baiknya.

Mereka meninggalkan perbuatan yang tidak baik, maka mereka tidak terkena keburukannya. Begitulah keadaan datuk-datuknya dari Nabi Adam sampai kepada ayahnya dan juga ibunya.

Semua kemuliaan itu berlaku bagi Nur Kenabian yang selalu beredar pada garis-garis dahi para leluhurnya yang indah cemerlang.

Dan bersinarlah cahayanya itu di kening datuknya Abdul Mutalib dan anak datuknya Abdullah.



عطراللهم قبره الكريم بعرف شذ ى من صلاة وتسليم

ولما ارادالله تعالى



Tatkla Allah SWT sudah bermaksud menzahirkan hakikat Nabi Muhammad saw.

Dan menzahirkannya kedunia ini yang berbentuk jisim dan roh dengan rupanya sifat maknawinya.

Maka Allah SWT memindahkan Nur Muhammad ke dalam rahim Aminah Al-Zuhriah.

Allah SWT yang Maha Dekat dan memperkenankan doa hambaNya telah menentukan Aminah sebagai ibu Nabi pilihanNya.

Telah diumumkan kepada penduduk langit dan bumi bahawa cahaya-cahaya kenabian telah berada dalam kandungannya.

Setiap orang merasakan keadaan itu selalu merindukan lahirnya Nabi yang menggembirakan.

Bumi yang telah gersang telah tersenyum dengan tumbuh-tumbuhan yang subur bagaikan hamparan kain sutera.

Buah-buah menjadi masak dan pohon itu mendekati bagi orang yang akan memetiknya.

Segala binatang peliharaan kaum Quraisy sibuk memperkatakan kehamilan (Aminah) dengan bahasa Arab yang fasih (kiasan).

Berhala-berhala dan istana raja jatuh tersungkur yang menyebabkan muka dan mulutnya hancur.

Binatang-binatang dari Masyriq sampai Maghrib merasa gembira, termasuk binatang laut.

Tegasnya seluroh alam merasa gembira.

Makhluk jin telah diberi khabar gembira akan dekatnya zaman kelahiran Nabi Muhammad itu. Tukang-tukang tenung telah berantakan dan pendeta sudah ketakutan.

Orang-orang bijak pandai sibuk membicarakan kelahirannya dan tentang sifat kebaikannya mereka sangat kagum.

Ibunya sedang tidor didatangi (malaikat) lalu dikatakan kepadanya: “Engkau telah mengandungkan Penghulu Sekelian Alam dan sebaik-baik makhluk”.

(Kata yang datang itu lagi): ‘Jika engkau telah melahirkannya nanti, berilah namanya Muhammad kerana ia akan dipuji orang”.



عطراللهم قبره الكريم بعرف شذ ى من صلاة وتسليم

Inilah sebahgian dari terjemahan Kitab Berzanji karangan Syeikh Jaafar Al-Barzanji….yang dibacakan sejak berkurun lagi khususnya dalam acara memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw. (Maulidur Rasul).

Membacanya mendapat pahala (bukan seperti pahala membaca Quran dari setiap hurufnya) dari amalannya membaca riwayat Sayyidil Annam atau memujinya. Dan mudah-mudahan memperoleh berkat darinya. Bacalah…fahamilah…dan jangan berburuk sangka…..lebih-lebih lagi tercelupar mulut!

Orang yang mengarang berzanji ini tidak sesat …takut kita di akhir zaman yang pandai berlebih-lebihan..lah yang sesat. Cerminkan diri kita sendiri….

Sabtu, 1 Mei 2010

Hidayah hanya datang dari Allah

Kita selalu berfikir mengapa seseorang itu tidak mahu kepada Islam atau menjauhi Islam. Kalau dia seorang Islam pulak…tiada tergambar ciri2 Islam dalam peribadinya hatta peribadatannya. Bagaimana untuk menarik mereka sukakan Islam ataupun sekurang2nya sedar betapa Islam itulah agama yang sebenar2nya. Pun terdetik dihati kita bagaimana untuk menyedarkan seseorang yang kita cintai atau sayangi seperti anak2 kita, isteri kita, orang tua kita hatta kaum-kelurga dan sahabat handai, untuk bersama2 menghayati roh Islam itu dalam kehidupan. Sebab..? Kerana sayangnya kita kepada mereka…dan tuntutan Islam agar saling tegur-menegur dan nasihat-menasihati hal2 agama. Akan tetapi, segala cara dan upaya kita, ternyata tidak mampu untuk merubahnya menjadi seseorang seperti yang kita hendaki. Sebaliknya adakah diri kita pun sempurna seperti yang diperlukan sebagai umat bergelar Islam…?

Jawapan yang mudah…hidayah atau petunjuk hanyalah milik mutlak Allah, bagaimana pun daya upaya kita untuk merubah seseorang, untuk menyedarkan seseorang, maka tidak ada makna jika Allah tidak memberi hidayah kepadanya. Allah berfirman:“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allahlah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang2 yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

Dikesahkan bahawa turunnya ayat ini berkenaan dengan cintanya Rasulullah saw kepada bapa sauadaranya Abu Tholib yang menjaganya sejak kecil dan sentiasa mempertahankan baginda dari puak kafir Mekah tapi meninggal dunia tanpa beriman kepada Allah. Jawapannya kerana hidayat itu semata2 milik Allah….tiada siapa yang boleh melainkanNya saja…walhal baginda hebat dan diiktiraf sebagai kekasihNya.

Kita lihat pulak perjuangan Nabi Nuh yang mencapai masa 950 tahun, pun tidak dapat menjadikan umatnya mentauhidkan Allah….hatta keturunannya sendiri pun ia tidak dapat menyelamatkannya dari azab. Allah ceritakan dalam al-Quran:“Dan Nuh memanggil anaknya yang berada di tempat yang jauh, ‘Wahai anakku! Naiklah bahtera ini bersama kami dan janganlah kamu bersama orang-orang kafir’. Dia berkata, ‘Aku akan berlindung ke gunung yang akan menghindarkanku dari air bah. Nuh berkata, ‘Hari ini tidak ada lagi yang dapat melindungi dari azab Allah kecuali Dzat Yang Maha Penyayang.’ Dan gelombang pun menghalangi mereka berdua, maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.” (Surah Hud: 42-43)

Melihat anaknya yang tenggelam, Nabi Nuh berdoa,“Dan Nuh pun menyeru Rabbnya, ‘Wahai Rabbku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji-Mu adalah janji yang benar, dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.” Allah berfirman, ‘Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukan termasuk keluargamu (yang diselamatkan), sesungguhnya amalannya bukanlah amalan yang soleh. Maka janganlah engkau meminta kepada-Ku sesuatu yang tidak engkau ketahui. Sesungguhnya Aku peringatkan engkau agar jangan termasuk orang-orang yang jahil.” (Surah Hud: 45-46).

Jadi jelaslah kepada kita yang menganugerah hidayat itu adalah Allah semata dan kita mestilah berlepas tangan dan berlapang dada. Tidak guna kita bertegang urat berhujah untuk memahamkan seseorang hingga naik penumbok dan sepak terajang, memaki hamun, kecewa dan sebagainya. Malah perbuatan itu hanya kerja orang2 yang tidak berakal dan “mangkark”. Merugikan masa adaa..lar!

Allah berfirman: Maksudnya “Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus.” (Surah Al-Baqarah: 213) dan lagi firmanNya yang bermaksud: “Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pemberi petunjuk.” (Surah Az-Zumar:23).

Kesimpulan dari dua ayat diatas….Barangsiapa yang Allah beri hidayah, tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang telah Allah sesatkan, tidak ada seorang pun yang dapat memberi hidayah kepadanya.

Mengaku sebagai Muslim, kita mestilah berbaik sangka kepada Tuhan. Segala perintahnya dijunjung dan segala larangannya dijauhi. Allah amat suka orang yang berbuat kebaikan dan disediakan ganjaran pahala di kemudian hari. Moga-moga kita termasuk dalam golongan yang digambarkan Allah dengan firmannya dalam surah An-Nahl, ayat 97 :

Maksudnya : “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya suatu kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”.

Dan berpegang teguhlah dengan Islam kerana Allah berfirman yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka tidak akan pernah diterima darinya, dan di akhirat nanti pasti tergolong orang2 yang merugi.”  (Surah Ali Imran: 85).

Lantas bagaimana upaya kita untuk mendapatkan hidayah Allah itu dan orang2 disekitar kita pun beroleh hidayah sama? Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 125 :
“Barang siapa yang Allah kehendaki untuk diberiNya petunjuk, maka dilapangkan hatinya untuk menerima Islam”  


Sebagai seorang Islam yang mukmin, seseorang itu hendaklah menjaga dirinya dari terjerumus ke lembah yang dimurlai Allah dengan memberatkan amalan yang menyebabkan hidayat Allah sampai kepadanya. Diterangkan dibawah ini antara sebab-sebab hidayah itu sampai:

1. Tauhid yang sebenar: Maka ia wajib menjauhi kesyirikan, karena Allah tidaklah memberi hidayah kepada orang yang melakukan syirik. Dalil, dari firman Allah:“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kesyirikan, mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-An’am: 82).

2. Sentiasa bertaubat kepada Allah: Kalau hidup dalam kemaksiatan dan pendurhakaan mana mungkin Allah memandangnya. Apatah lagi jauh dari mahu kembali bertaubat kepada Allah. Takut ditambahkan lagi akan kesesatannya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada-Nya”. (Surah Ar-Ra’d: 27).

3. Mendirikan sholat: Perlakuan zahir dan bathin ini adalah tunggak peribadatan. Orang yang menjaga sholatnya, selalunya terhindar dari melakukan perbuatan munkar, dimurahkan rezekinya dan termasuk dalam golongan ahli ibadat. Firman Allah bermaksud: “Aliif laam miim, Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya dan merupakan petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (yaitu) mereka yang beriman kepada hal yang ghoib, mendirikan sholat dan menafkahkah sebagian rizki yang diberikan kepadanya” (Surah Al-Baqaroh: 1-3).

اهدناالصراط المستقيم

'Tunjukilah kami ke jalan yang lurus". (Al-Fatihah : 6)

Ayat yang sentiasa kita membacanya berulang2 dalam sholat..merupakan doa agar kita ditunjuki (hati) ke jalan yang lurus.

4. Mengerjakan segala perintah dan menjauhi hal yang terlarang: Lihat firman Allah: “……Kalau mereka memperbuat apa2 yang diajarkan kepada mereka, adalah demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih sangat menetapkan (kepercayaannya). Dan ketika itu Kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami. Dan Kami tunjuki mereka jalan yang lurus.” (An-Nisa: 66-68).

5. Bertekun belajar agama: Tanpa ilmu (agama), seseorang tidak mungkin akan mendapatkan hidayah Allah. Rasulullah saw bersabda: “Jika Allah menginginkan kebaikan (petunjuk) kepada seorang hamba, maka Allah akan memahamkannya agama”. (HR Bukhori)

6.Membiasakan membaca Al-qur’an, memahami, mentadabur,  mengamalkan serta mendapat ganjaran pahala. Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus”. (Surah Al-Isra: 9).

Dan banyak lagi kaedah2 yang mendorong kepada hidayat dan petunjuk Allah seperti selalu berserta dengan para alimin, menghadirkan diri di majlis2 ilmu serta beristiqamah melawan hawa nafsu. Siapa yang memerangi hawa nafsu, pasti Allah akan tunjukkan satu jalan hingga diberi kemenangan, diberi bantuan dan terarah ke jalan yang sebenarnya. Inilah rahsia untuk mendapatkan pembelaan dan hidayah dari Allah. Dan insyaAllah hidup dalam pimpinan Allah.

Firman Allah :“Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu karena hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu beserta dengan orang yang buat baik.”  ((Surah Al-Ankabut : 69)

Semoga Allah senantiasa memberikan kita hidayah juga kepada orang2 yang disayangi dan dicintai disekeliling kita, Amin....Allahumma yassir wa a’inWashollallahu‘ala saidiyna Muhammad wa ‘ala alihi washahbihi ajma’in.

Khamis, 29 April 2010

KEPENTINGAN ULAMA DAN ILMU PENGETAHUAN

Oleh : Ustaz Rashidi

Assamualaikum Warahmatullah.
Semenjak kebelakangan ini kedengaran suara-suara sumbang dari pelbagai pihak yang cuba untuk menidakkan keilmuan dan keagungan para ulama Islam. Ada di antara mereka ini berkata para ulama bukannya maksum seperti Rasulullah S.A.W. Jadi tidak perlulah untuk mengikut tunjuk ajar dari para ulama ini untuk memahami dan menjalani urusan agama Islam. Boleh sahaja untuk mengambil terus dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan kefahaman sendiri. Adakah tindakan dan pendapat seperti ini bertepatan dengan Islam itu sendiri?

Firman Allah Taala bermaksud:


Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.


(Surah al-Nahl: ayat 43).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.


(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim iaitu seseorang yang sangat berilmu pengetahuan. Secara umunya ulama Islam adalah orang yang menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu Allah Taala secara mendalam serta ikhlas dan mereka memiliki akhlak yang amat terpuji. Mereka mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil dari al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Sedangkan jika hendak dibandingkan kefahaman masyarakat awam untuk memahami dalil-dalil sudah tentulah mereka tidak berupaya sama sekali seperti keupayaan para ulama ini dalam memahami dalil-dalil. Kita juga tidak menafikan kadang-kala para ulama tetap tersalah di dalam ijtihad mereka tetapi amatlah sedikit kesalahan mereka itu. Para ulama yang sebenar tidak akan mengeluarkan sesuatu hukum agama mengikut hawa nafsu mereka semata-mata kerana mereka adalah golongan yang paling takut kepada kepada Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.


(Surah Faathir: Ayat 28).

Adalah sangat perlu dibezakan di antara mereka yang disebutkan sebagai ulama dan di antara mereka yang digolongkan sebagai penuntut-penuntut ilmu serta orang awam. Perbuatan bermudah-mudah dalam mengeluarkan sesuatu hukum-hakam agama berdasarkan dalil-dalil mengikut kefahaman akal fikiran sendiri oleh sebahagian masyarakat awam pada masa kini amatlah membimbangkan. Jika perkara seperti ini berterusan dari semasa ke semasa dan tidak dibendung dari sekarang ini maka sudah pastilah kesucian dan kemurnian syariat Islam itu akan tercemar. Memperkatakan sesuatu hukum tanpa ilmu pengetahuan yang cukup amatlah ditegah oleh Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak ketahui.


(Surah al-Aaraf: Ayat 33).

Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dan bertanya sejak dari buaian hingga ke liang lahad. Bertanyakan hukum-hakam Islam dari para ulama bukanlah bermakna Islam melarang umatnya untuk terus berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun perihal agama mestilah diserahkan kepada ahlinya (para ulama) di atas kelayakkan yang mereka perolehi itu. Kita juga disarankan agar terus belajar dan menuntut ilmu supaya suatu hari nanti kita bakal menjadi alim dan dapat membantu masyarakat Islam dalam menyelesaikan sebarang persoalan yang timbul. Kesimpulan kecil yang boleh kita katakan di sini ialah: Masyarakat awam yang tidak mempunyai ilmu yang cukup tidaklah dibenarkan sama sekali untuk mengeluarkan sesuatu hukum-hakam Islam sebelum dirujuk terlebih dahulu kepada para ulama yang boleh dipercayaai keilmuanya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.

(Riwayat Ahmad).

Para ulama berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala. Mereka juga berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa mentaati perintah Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi).

Masyarakat hendaklah sentiasa mendampingi para ulama untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu dari mereka. Sekiranya timbul sebarang persoalan dan masalah yang berkaitan dengan Islam maka hendaklah terus untuk bertemu dan bertanya para ulama. Pihak pemerintah pula hendaklah memberikan kebebasan kepada para ulama untuk menyampaikan nasihat dan teguran membina berkaitan ajaran agama Islam. Pemerintah juga perlu meminta pandangan dari para ulama sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah hukum-hakam yang tidak dapat diselesaikan. Insitusi ulama mestilah diletakkan di tempat yang sepatutnya bersesuaian dengan taraf mereka sebagai pewaris para nabi. Ulama juga mestilah bersedia untuk mendepani isu-isu globalisasi selaras dengan tuntutan semasa. Perkara ini amatlah perlu di ambil perhatian agar kehadiran dan kepentingan ulama tidak tertumpu kepada mengeluarkan hukum-hakam Islam semata-mata bahkan peranan ulama perlu diperluaskan lagi.

Bagi para pelajar dan mahasiswa/wi yang digolongkan sebagai penuntut ilmu maka janganlah sesekali membuang masa walaupun sedikit untuk terus menuntut ilmu pengetahuan sehingga ke akhir hayat. Ilmu pengetahuan berperanan untuk membantu mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya kebenaran. Manfaatkanlah ruang dan masa yang ada untuk mendampingi para ilmuan samada di universiti-universiti mahupun di sekolah-sekolah. Kedudukan orang berilmu adalah lebih tinggi darjatnya dari orang yang tidak berilmu. Menuntut ilmu juga adalah salah satu jihad yang dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.

(Surah al-Mujadilah: Ayat 11).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah.

(Riwayat Tarmizi).

Daripada:

MUHAMMAD RASHIDI BIN HAJI WAHAB.

Universiti Al-Azhar, Mesir.

Email: shidi_buluh@yahoo.com.

Blog: http://buluh.iluvislam.com.

Rabu, 21 April 2010

Masih hidupkah Nabi Khidir as....?

Dikatakan ada empat orang Nabi yang masih hidup dan tetap diberi rezeki dari khazanah Allah swt. Mereka adalah golongan yang dikhususkan oleh Allah yang mana Dia Yang Maha Mengetahui. Dua orang dari mereka berada dibumi yaitu Nabi Khidir dan Nabi Ilyas a.s. manakala dua lagi dilangit yaitu Nabi Isa dan Nabi Idris a.s. Posting ini hanya akan berkisar pada Nabi Khidir as.

Kisahnya terdapat dalam Al-Quran dan persoalannya adakah beliau seorang Nabi atau Rasul ataupun Wali Allah? Terdapat banyak riwayat yang diakui kesahihannya bahawa nama sebenarnya adalah “Balya” Mengikut Abu Al-Abbas “Khidir” adalah gelarannya. Digelarnya sedemikaian kerana tempat dimana beliau pernah duduk di satu tempat yang terdapat rumput yang putih atau kering, lalu tempat itu bergegar dan bertukar menjadi hujau. Dikatakan juga apabila beliau bersolat di satu2 tempat, kawasan dikelilingnya akan menjadi hijau.

Nabi Musa as pernah belajar darinya. Nabi Musa adalah seorang nabi. Pelajar adalah pengikut pada gurunya. Jadi, Musa tidaka akan mengikut seseorang yang lebih rendah daripadanya dan memgakui kehebatan yang ada pada Nabi Khidir as.


Bediuzzaman Said Nursi di dalam Maktubat, al-Maktub al-Awwal, dari koleksi Rasail al-Nur. Nursi menjawab satu soalan…adakah Sayyidina Khidir masih hidup?
Nursi menjawab ya…kerana ‘hayyah’ itu 5 peringkat. Nabi Khidir  di peringkat kedua.

Lima Peringkat itu ialah:
1. Kehidupan kita sekarang yang banyak terikat pada masa dan tempat.
2. Kehidupan Sayyidina Khidr dan Sayyidina Ilyas. Mereka mempunyai sedikit kebebasan dari ikatan seperti kita. Mereka boleh berada di byak tempat dalam satu masa. boleh makan dan minum bila mereka mahu. Para Awliya’dan ahli kasyaf telah meriwayatkan secara mutawatir akan wujudnya ‘hayah’ di peringkat ini. Sehingga di dalam maqam ‘walayah’ ada dinamakan maqam Khidr.
3.Peringkat ketiga ini seperti kehidupan Nabi Idris dan Nabi Isa. Nursi kata, peringkat ini kehidupan nurani yang menghampiri hayah malaikat.
4.Peringkat ini pula…ialah kehidupan para syuhada’. Mereka tidak mati, tetapi mereka hidup seperti disebut dalam al-Qur’an. Ustaz Nursi sendiri pernah musyahadah peringkat kehidupan ini.
5.Dan yang tingkat Hayah ini atau kehidupan rohani sekalian ahli kubur yang meninggal.


Wallahhua’lam. Subhanaka la ‘ilma lana innaka antal ‘alimul hakim.

Berikut ini dinukilkan kisahnya :
1. Perihal Nabi Khidir  ‘alaihi salam.
Bukhari, Ibn al-Mandah, Abu Bakar al-Arabi, Abu Ya’la, Ibn al-Farra’, Ibrahim al-Harbi dan lain-lain berpendapat, Nabi Khidir a.s. tidak lagi hidup dengan jasadnya, ia telah wafat. Yang masih tetap hidup adalah ruhnya saja, iaitu sebagaimana firman Allah:
وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ


Kami tidak menjadikan seorang pun sebelum engkau (Hai Nabi), hidup kekal abadi.” (al-Anbiya’: 34).

Hadith marfu’ dari Ibn Umar dan Jabir (r.a.) menyatakan:
Setelah lewat seratus tahun, tidak seorang pun yang sekarang masih hidup di muka bumi.”

Ibn al-Šalah, al-Tsa’labi, Imam al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan kaum Sufi pada umumnya; demikian juga jumhurul-‘ulama’ dan ahl al-šalah (orang-orang saleh), semua berpendapat, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya, ia akan meninggal dunia sebagai manusia pada akhir zaman. 


Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menyanggah pendapat orang-orang yang menganggap Nabi Khidir a.s. telah wafat, dan mengungkapkan makna hadith yang tersebut di atas, iaitu huraian yang menekankan, bahawa Nabi Khidir a.s. masih hidup sebagai manusia. Ia manusia makhsus (dikhususkan Allah), tidak termasuk dalam pengertian hadith di atas.

Sebahgaian yang berpendapat::
1. Kekal bererti tidak terkena kematian. Kalau Nabi Khidir a.s. dinyatakan masih hidup, pada suatu saat ia pasti akan wafat. Dalam hal itu, ia tidak termasuk dalam pengertian ayat al-Qur’an yang tersebut di atas selagi ia akan wafat pada suatu saat.
2. Kalimat ‘di muka bumi’ yang terdapat dalam hadith tersebut, bermaksud adalah menurut ukuran yang dikenal orang Arab pada masa itu (dahulu kala) mengenai hidupnya seorang manusia di dunia. Dengan demikian maka Nabi Khidir a.s. dan bumi tempat hidupnya tidak termasuk ‘bumi’ yang disebut dalam hadith di atas, kerana ‘bumi’ tempat hidupnya tidak dikenal orang-orang Arab.
3. Yang dimaksud dalam hal itu ialah generasi Rasulullah s.a.w. terpisah sangat jauh dari masa hidupnya Nabi Khidir a.s. Demikian menurut pendapat Ibn Umar, iaitu tidak akan ada seorang pun yang mendengar bahawa Nabi Khidir a.s. wafat setelah usianya lewat seratus tahun. Hal itu terbukti dari wafatnya seorang bernama Abu al-Thifl Amir, satu-satunya orang yang masih hidup setelah seratus tahun sejak adanya kisah tentang Nabi Khidir a.s.
4. Apa yang dimaksud ‘yang masih hidup’ dalam hadith tersebut ialah: tidak ada seorang pun dari kalian yang pernah melihatnya atau mengenalnya. Itu memang benar juga.
5. Ada pula yang mengatakan, bahawa yang dimaksud kalimat tersebut (yang masih hidup) ialah menurut keumuman (ghalib) yang berlaku sebagai kebiasaaan. Menurut kebiasaan amat sedikit jumlah orang yang masih hidup mencapai usia seratus tahun. Jika ada, jumlah mereka sangat sedikit dan menyimpang dari kaedah kebiasaaan; seperti yang ada di kalangan orang-orang Kurdistan, orang-orang Afghanistan, orang-orang India dan orang-orang dari penduduk Eropah Timur.
Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya atau dengan jasad yang baru.

Dari semua pendapat tersebut, dapat disimpulkan: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasad dan ruhnya, itu tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Tegasnya, Nabi Khidir a.s masih hidup; atau, ia masih hidup hanya dengan ruhnya, mengingat kekhususan sifatnya.

Ruhnya lepas meninggalkan Alam Barzakh berkeliling di alam dunia dengan jasadnya yang baru (mutajassidah). Itupun tidak terlalu jauh dari kemungkinan sebenarnya. Dengan demikian maka pendapat yang menganggap Nabi Khidir a.s. masih hidup atau telah wafat, berkesimpulan sama; iaitu: Nabi Khidir a.s. masih hidup dengan jasadnya sebagai manusia, atau, hidup dengan jasad ruhi (ruhani). Jadi, soal kemungkinan bertemu dengan Nabi Khidir a.s. atau melihatnya adalah benar sebenar-benarnya. Semua riwayat mengenai Nabi Khidir a.s. yang menjadi pembicaraan ahlullah (orang-orang bertaqwa dan dekat dengan Allah S.W.T.) adalah kenyataan yang benar terjadi.

Silakan lihat kitab Ušul al-Wušul karya Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim, Jilid I, Bab: Kisah Khidir Bainas-Šufiyah Wa al-‘Ulama’. Dipetik dengan sedikit perubahan dari al-Hamid al-Husaini, al-Bayan al-Syafi Fi Mafahimil Khilafiyah; Liku-liku Bid‘ah dan Masalah Khilafiyah (Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1998, m.s. 488).

Banyak sekali riwayat-riwayat tentang Nabi Khidir dalam kitab-kitab yang mu’tabar. Ada riwayat yang mengatakan bahwa Nabi khidir masih hidup dan mati ditangan Dajjal.

Dajjal akan menangkap seorang pemuda beriman. Kemudian dajjal menyuruhnya untuk menyembahnya, tapi pemuda itun menolak dan tetap beriman pada Allah. Lalu Dajjal membunuhnya dan membelah nya menjadi Dua. satu Bagian Dilempar sejauh mata memandang dan satu bagian dilempar sejauh mata memandang kesebelah lainnya. Kemudian Dajjal menghidupkan kembali pemuda itu. dajjal menyuruhnya agar beriman kepadanya karena ia telah mematikannya lalu menghidupkannya. Maka pemuda itu tidak mau dan tetap beriman kepada Allah. Pemuda itu bahkan mengatakan “Kamu benar-benar Dajjal!!”. Lalu Dajjal mewafatkannya lagi.

Ada riwayat yang mengatakan pemuda beriman ini adalah Nabi Khidir  a.s. (wallahua’lam)

Antara Doa Nabi Khidir as


Syaikh Muhammad Amin Kurdi dalam “Tanwirul Qulub” pada halaman 422 menulis satu faedah seperti berikut:-
Imam as-Sayuthi telah menyebut dalam “Luqtul Marjaan” daripada Sayyidina Ibnu ‘Abbas r.`anhuma sebagai berkata:-
  • “Nabi al-Khidhr dan Nabi Ilyas bertemu pada setiap tahun di musim haji dan mereka berdua berpisah atas kalimah-kalimah ini: “Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap keni’matan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah”. Ibnu ‘Abbas berkata: “Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali, maka Allah akan mengamankan (yakni menyelamatkan) dia dari tenggelam (lemas), kebakaran, kecurian, dari (kejahatan) syaitan, penguasa, ular dan kala jengking.”
Maka sewajarnya bagi seseorang murid untuk mengamalkan doa ini, kerana ianya akan menjadi sebab yang membawa kepada tawakkal.

Doa ini juga dinukil oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dalam “Ihya` ‘Ulumiddin” jilid 1 halaman 374 dengan sedikit perbezaan lafaz.

Tawakkal itu amatlah penting dalam kehidupan seseorang muslim. Walau bagaimana hebatnya kita, selaku hamba kita hendaklah sentiasa bertawakkal kepada Allah, sejak permulaan setiap sesuatu pekerjaan berkekalan sehingga mencapai tujuan atau sebaliknya. Allah pula menyukai orang-orang yang bertawakkal sebagaimana difirmankanNya dalam surah Ali ‘Imraan ayat 159 yang kira-kira bererti: Bahawasanya Allah ta`ala itu kasih akan orang-orang yang bertawakkal.” Manakala dalam surah ath-Tholaaq ayat 3, Allah berfirman yang kira-kira bererti: Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah itu mencukupi baginya.

Dalam sebuah buku karangan Allamah Syaikh Muhammad al-Jazri dengan jodol “al-Hisnul Hasin” ( الحصن الحصين ) yang diterjemah oleh Maulana Muhammad Rafeeq ibni Maulana Ahmed Hathurani dan diberi kata pengantar oleh Maulana Muhammad Taqi Usmani. Disebut pengarangnya pada halaman 228 di mana dinyatakan bahawa pada hari kewafatan Junjungan Nabi s.a.w., Nabi Khidhir a.s. telah menziarahi jenazah baginda yang mulia serta mengucapkan kata-kata takziah dan nasihat kepada para sahabat. Untuk lebih jelas, sila rujuk kepada apa yang disebut dalam buku itu, di bawah subtitle Condolence of Sayyidona Khidr a.s.

“:-According to the Hadeeth, the day Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) passed away, a powerful-looking, beautiful and handsome man with a white beard came leaping across the necks of people till he reached where the sacred body of Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) lay. He wept bitterly and turned towards the Sahabah (RA) and said the undermentioned words. Aboo Bakr (RA) and Ali (RA) said that he was Khidr (AS). The words are as follows:- Surely, Allah alone grants patience in every misfortune and compensation for anything lost and substitute for anything destroyed. Return to Allah alone and flee towards Him only. In times of difficulty, His gaze is set on you (and He does not forsake you). Understand this because a genuinely unfortunate and miserable person is one who is not given any compensation for his misfortune.”

Isu mengatakan Nabi Allah itu masih hidup ataupun sudah wafat akan berterusan dan ini adalah masalah khilafiyyah ulama. Jika ada ulama yang menafikan hayatnya sekarang, maka ada ulama lain yang mensabitkannya. Jadi tidak perlulah isu ini dijadikan punca perbalahan yang tidak berkesudahan, dan yang lebih parah lagi perbalahan yang membawa kepada kutuk-mengutuk dan keji-mengeji.


Ikhwah Fadhilatul Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim dalam bukunya “Usul al-Wushul” mukasurat 165 – 166 menyatakan:-
  • Berkata Ibnul Jawzi, Ibnu Abi Ziyad, Abul Hasan ar-Rumaani, Muhammad bin Ishaq dan lainnya bahawasanya Nabi al-Khidhir adalah Nabi dan Rasul.
  • Dan dinaqal al-Qurthubi, Abu Hayyan, al-Baghawi, Ibnu ‘Athiyyah dan ats-Tsa’labi dalam kitab-kitab tafsir mereka bahawasanya dia Nabi sahaja, dan mereka berkata bahawa inilah pegangan kebanyakan ahli ilmu dan inilah pandangan Sayyidina Ibnu ‘Abbas dan sebahagian sahabat.
  • Adapun Abul Qaasim al-Qusyairi, Abu Bakar bin al-Anbaari, Abu ‘Ali bin Abi Musa dan jumhur ahli sufi atas pendapat bahawa dia adalah Wali iaitu seorang hamba yang sholeh, sebagaimana dinash dalam al-Quran.
  • Dan dinaqalkan al-Maawardi bahawa dia adalah malaikat (yang berjasad dalam rupa bentuk manusia), akan tetapi al-Hafiz bin Abi Dihyah menyerahkan sahaja perkara ini dengan katanya: “Kami tidak mengetahui adakah baginda malaikat atau nabi atau hamba yang sholeh (yakni wali). Dan inilah pendapat jumhur ahli sufi.
  • Dan yang ashah ialah bahawasanya baginda adalah nabi, Wa Allahu a’laam.
Dari tulisan Syaikh Badi`uz-Zaman Sa`id an-Nursi yang diterjemah dalam bahasa omputih di bawah jodol “The Letters“, jilid 1, mukasurat 1 – 2.

First question:- Is Khadr (peace be upon him) still alive ? If so, why do some serious scholars reject his being alive ?
  • Answer:- He is still alive. But there are five degrees of life, of which Khadr has the second. It is because of this that those scholars have doubted his being alive.
  • ….The second degree of life is manifested in the lives of Khadr and Elijah. This second degree is to some certain extent free in that those who have it can be present in different places at the same time, and their life is not bound by the necessities that bind ordinary human life. Like us, they may eat and drink at times but, unlike us, they do not have to. The experiences that some godly persons who are able to discern the hidden truths have had with Khadr are enough to illuminate and prove this degree of life. Further, one of the spiritual degrees or stations which saints reach in their spiritual journeys is called the ’station of Khadr’. A saint who has attained this degree may meet Khadr and be directly instructed by him. Indeed, it sometimes even happens that one who holds this station is mistaken for Khadr himself.
Begitulah, ikhwah pandangan Syaikh Badi’uz-Zaman an-Nursi. Terpulanglah kepada pembaca kalian, nak terima sila, nak tolak pun tidak jadi masalah, silakan. Jangan gaduh cukup!

Jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan hanya golongan minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Imam an-Nawawi dalam “Syarah Muslim” juzuk ke – 15, mukasurat 135 – 136 pada Bab min Fadhail al-Khidhir s.a.w., beliau menyatakan:-
  • JUMHUR ULAMA berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma’rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma’rifah).
  • Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup.
  •  Dan telah berkata asy-Syaikh Abu ‘Umar bin ash-Sholah: “Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka dalam pegangan ini”. Dia juga berkata: “Bahawasanya adalah satu pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir masih hidup).
Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari. Dan kata as-Sajjad Imam Ali Zainal ‘Abidin di mana dia berpesan : “Anggaplah setiap orang yang engkau temui itu Nabi Khidhir”. Sebenarnya hikmah dari kata ini bertujuan untuk membaikkan budipekerti serta baik mu’amalah dan mujammalah sesama anak Adam. 


Allahu ‘alam.


Rujukan:
1. Aku cedok dan edit dari http://salafytobat.wordpress.com 
2. Salah Faham Terhadap Bida'ah - Dr Abd. Malik Abd. Rahman As-Saadi

Jumaat, 9 April 2010

Sampainya Pahala kepada orang mati...

Hadis yang cukup popular. Kalau ditanya ramai yang tahu dan masing2 pandai menerangkan satu persatu maksud dari hadis itu. Inilah hadis yang diperkatakan dari  Sabda Nabi saw: “Jika seseorang hamba mati, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,  Shadaqoh Jariyah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang (selepas kematiannya), dan Anaknya yang soleh (yang mendoakannya)".

Betullah dengan menempuhnya kematian, maka luputlah amalan yang disyariatkan kepada seseorang muslim itu. Syariat hanya dianjurkan semasa seseorang itu hidup di dunia. Jadi segala amalannya dikira selagi hidupnya di dunia dan apabila mati maka tidak lagi disyariatkan. Sebab dah mati!

Walau bagaimanapun terputus amalannya berbeza dari terputus manafaatnya.  Sedangkan amal orang lain hanya dimiliki oleh si pelaku. Kalaulah si pelaku tadi memberikan amalannya kepada seseorang maka akan sampailah amalannya itu kepada orang yang ditujukan. Maksudnya si mati walaupun amalannya sudah terputus (luput) tapi dia boleh mendapat manafaat (pahala) dari sedekah (amalan) orang lain yang ditujukan kepadanya.

Jadi inilah yang dikatakan sampai itu…bila kita berdoa :”Ya Allah! Ampunilah orang2 hidup dan yang mati di antara kami”. 


Kita memohon kepada Allah agar dengan KurniaNya diampunNya dosa2 kita dan dosa2 orang mati. Kalaulah dengan doa itu tidak menfaatkan pada orang mati tidaklah disyariatkan berdoa untuk yang mati itu.

Dianjurkan berdoa untuk kedua ibubapa samada hidup maupun sudah mati;

 وقل رب ارحمهما كما ربيا نى صغيرا

“…..dan doalah (untuk mereka, dengan berkata); “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ibubapa) sebagaimana mereka  telah mencurahkan kasih sayangnya memlihara dan mendidekku semasa kecil”. (Al-Isra:24)

Dan doa para malaikat terhadap makhluk bumi dalam surah Asy-Syura : 5 :

“…..dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk2 yang ada di bumi”.

Dalil dari Al-Quran dan telah disepakati secara ijma’ bahawa doa bermanafaat bagi si mati:

“Dan orang2 (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa) berkata:”Wahai Tuhan Kami! Ampunilah dosa kami dan dosa saudara2 kami yang mendahului kami dalam iman……..”. (Al-Hasyr: 10)

Ini semua menunjukkan berhasilnya  manafaat dari amal perbuatan orang lain. Pahala yang berikan Alah swt kepada seseorang bukan kerana layaknya dia menerima tapi atas adanya KurniaNya. Dia yang layak mengurniakan apa2 kurniaan kepada siapa2 yang dikehendakiNya. Apabila Allah telah menetapkan KehendakNya, maka tiada siapa yang boleh menolaknya.  Dialah yang mempertikaikan sesuatu dan bukan yang dipertikaikan. Sila rujuk surah Al-Anbiya ayat 23 seperti maksud dibawah:

“Ia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak”.

Adapun firman Allah swt yang berbunyi:

وأن ليس للإنسن إلا ما سعى

Maksud:”……Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (An-Najm :39)

Menurut Imam As-Syaukani di dalam kitab Nailul Authar: “Keumuman ayat tersebut dikhususkan dengan sedekah, solat, haji, puasa, bacaan Al-Quran dan doa daripada selain anak kandung”.

Manakala setengah ulama berkata maksud dari ayat di atas berlaku apabila pahala amalan yang dilakukan tidak ditujukan (hadiahkan) kepada si mati.

Manakala Ibnu Al-Fadhl berkata ayat tersebut diertikan secara adil. Allah boleh menambah apa yang disukaiNya dan dikehendakiNya. Sesungguhnya Kurnia Allah lebih luas dari pintu keadilan dan amalan.

Maka firman Allah:”Dan biasanya seorang manusia tiada memperolehi selain dari apa yang diusahakannya” bukan bererti menolak menafaatkan pahala daripada usaha orang lain. Usahanya tetap usahanya dan memperolehi pahala dari usahanya itu. Sedangkan hasil yang diusahakan oleh orang lain hanya dimiliki oleh yang mengusahakannya. Lainlah kalau dia ingin memberikan hasil usahanya kepada orang lain. Oleh itu Allah juga memberikan pahala kepada si pelaku amal, sebab dialah yang menyebabkan orang lain menerima pahala tanpa melakukan sesuatu. Ibarat  kita berdoa kepada orang lainlah…….dibolehkan!

Dikatakan dalam kitab Al-Bahr Ar-Raiq karangan Zainuddin bin Ibrahim:”Yang jelas tidak ada bezanya antara berniat berbuat baik kepada orang lain atau berbuat baik bagi diri sendiri kemudian menjadikan pahalanya untuk orang lain”.

Maka diperbolehkan orang menunaikan solat, berpuasa, bersedeqah atau bertaqarrub lalu memberikan pahalanya kepada orang lain. Dengan itu tidak ada bezanya antara taqarrub dengan ibadah maal(harta) atau ibadah badaniah atau gabungan keduanya.

Telah disebut berturut2 dalam hadis Sunnah Nabawiyah yang sahih, dan berulang2 berita yang sangat dipercayai tentang kebenaran sampainya pahala bacaan, doa , istiqfar kepada si mati. Kenapa disembahyangkan jenazah dan didoakan selepas itu….kemudian diulang2 pandangan fuqaha dan ulama dari generasi dahulu hingga sekarang akan kebenaran hal ini.

Ibnu Taimiyah pun bersetuju…tengok dalam fatwa2nya:Adalah benar apabila orang mati itu memanfaatkan semua ibadah badaniah seperti solat, puasa dan bacaan Al-Quran. Ini semua telah disepakati oleh umat, sebagaimana seandainya seseorang berdoa dan beristiqfar untuk si mati”.

Kalau sesiapa yang mengingkari akan sampainya pahala haji kepada si mati mari tengok hadis Nabi saw yang bermaksud:Bayarlah kepada Allah sebab hutang kepada Allah lebih utama dibayar dan dipenuhi”. Diriwayatkan oleh Bukhari dan An-Nasai daripada Ibnu Abbas ra katanya:

“Datanglah seorang wanita dari Juhainah menemui Nabi saw dan berkata: Wahai Rasulullah, ibuku telah bernazar untuk berhaji, tatapi ia belum sempat melakukannya sehingga meninggal dunia. Bolehkah daku melakukannya untuknya?”.

Rasulullah menjawab:”Ya, tunaikan haji atas namanya. Bagaimana pendapatmu jika ibumu berhutang, apakah engkau mahu membayarnya? Bayarlah kepada Allah sebab hutang kepada Allah utama untuk dibayar”.

Berdasarkan kata2 Rasulullah itu telah dijadikan dalil membolehkan seseorang anak atau orang lain berhaji atas nama orang yang mati dalam konteks ini ia sebelumnya telah bernazar.

Manakala kata2 apakah engkau mahu membayarnya? merupakan dalil bahawa hutang simati wajib dibayar oleh walinya dan terlepaslah tanggungan hutangnya bila waris atau wali melunaskan hutang tersebut. Maka ia mendapat pahala ketikamana tuntutan keatasnya (hutang tadi) selesai.

Adapun dibolehkan seseorang anak berhaji atas ayahnya yang mati walaupun tiada wasiat atau nazar si mati. Manakala berhaji untuk orang yang mati yang dilakukan oleh selain anaknya dibolehkan. Ini disebut dalam hadis Syibrimah yang diriwayatkan dalam Sunnah dan Sahih Ibn Khuzaimah daripada ibnu Abbas ra.:”……………………….Baginda bertanya: “Siapakah Syibrimah?” Orang itu menjawab:’Dia adalah adikku atau kerabatku”. Baginda bertanya lagi:”Apakah sudah engkau berhaji untuk dirimu sendiri?” Beliau menjawab:”Berhajilah untuk dirimu terlebih dahulu kemudian berhajilah untuk Syibrimah”.

Al-Baihaqi berkata hadis ini sahih bahkan tiada yang lebih sahih dripada riwayat tersebut dari  riwayat yang bermaksud:”Ini adalah daripada engkau untuk dirimu kemudian berhajilah untuk Syibrimah”.

Kesimpulannya, dipetik secara ijma’ dibolehkan orang2 hidup mewakili orang2 mati untuk berzakat, bersedeqah, puasa, haji dan lain2 wasiat dan tathauwu’. Banyak hadis2 sahih membicarakannya dan disepakati kesahihannya tanpa diingkari seorang jua. Suffian bin Uyainah ra berkata:”Orang2 mati menginginkan doa sebagaimana orang2 hidup memerlukan makanan dan minuman”. Janganlah kita lokek mendoakan untuk si mati samada mereka ibubapa kita, ahli  keluarga kita hatta umat Islam umumnya kerana mereka sentiasa mengharapkan doa2 dari kita yang hidup. Ini adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah saw melalui dalil2 yang telah dikemukakan.

Wallahu ‘alam.

Rabu, 7 April 2010

Orang yang mati mendengar, mengenali dan mengetahui amalan orang yang hidup.

Rasulullah saw telah mensyariatkan umatnya agar memberi salam kepada ahli kubor sepertimana salam yang biasa kita amalkan.

السلام على اهل الديارمن الموء منين ان شاءالله بكم لا حقون

Bahkan Rasulullah saw sendiri pergi berziarah ke kuburan Al-Baqi setiap akhir malam dan memberi salam. Sekiranya mereka tidak mendengar sudah tentu salam yang ditujukan kepada mereka sia-sia belaka. Di sanalah syahidnya para sahabat Rasulullah dalam peperangan Uhud. Apatah lagi kita jika menziarahi kuboran ibubapa, suami-isteri atau anak2 yang tercinta.

الميت انس ما يكون في قبره ا ذا زاره من كا ن يحبه

Maksud: “Orang2 mati merasa senang apabila ada orang yang menziarahi kubornya, apalagi kalau yang datang adalah orang yang dicintainya” .

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Rasulullah pernah menuju ke tempat ahli Qalib nama sebuah telaga di Badar (perkuboran kaum musrykin yang terbunoh dalam peperangan Badar), lalu menyeru: "Adakah kamu mendapati apa yang اdijanjikan oleh Tuhan kamu itu benar?" Baginda ditanyai para sahabat:"Adakah kamu menyeru orang2 yang yang telah mati?" Baginda menjawab: "Kamu tidaklah lebih mendengar daripada mereka, cuma mereka tidak dapat menyahutnya."
 Riwayat oleh Imam Al-Bukhari.

Sia-sia dan tidak masuk akallah perbuatan Nabi saw kalau sekiranya baginda tahu pertanyaan pada ahli kubor tadi tak memberi kesan manafaatnya pada  mereka . Maksudnya bahawa ahli kubor tadi mendengar soalan dari Nabi itu dan itu adalah dalil yang mereka yang mati boleh mendengar percakapan orang yang hidup cuma manusia hidup tidak mampu mendengar jawapan dari mereka.

Hadis dari Rasulullah saw : (Maksud)”Tidak ada orang yang berjalan di sisi kubor saudaranya yang dikenalinya ketika di dunia dan memberi salam kepadanya kecuali ia mengetahui dan menjawab salamnya”

Maksudnya mayat di dalam kubor mengenali si penziarah dan menjawab salam si penziarah itu. Bahkan Ibnu Qaiyim berkata bahawa si mati benar2 tahu dan menjawab salam yang ditujukan kepadanya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Dunya dalam kitabnya Al-Qubur, daripada Muhammad bin Wasi ra katanya: “Telah sampai kepadaku berita bahwa orang yang mati dapat melihat orang yang berziarah kepadanya pada hari Jumaat, hari sebelumnya dan hari sesudahnya”.

Dalam posting yang lepas telah diterangkan orang2 mati mengetahui perbuatan orang hidup. Mereka gembira melihat kebaikan orang yang masih hidup dan bersedih menyaksikan keburukkannya. Macamana mereka mengetahui? Adakalanya mereka melihat secara langsung dan adakalanya dari perkhabaran Allah melalui para malaikat dan juga dari orang2 yang mati selepas mereka.

Kita juga dilarang memaki hamun para ahli kubor kerana mereka rasa terganggu dengan perkataan orang. Cakaplah yang elok2, yang baik2 mengenai mereka. Ada hadis yang menyatakan sedemikian. “Mayat terganggu di kubornya dengan apa yang mengganggunya di rumah”.

Rasulullah saw pernah memacakkan dua pelepah korma pada dua kuburan yang kedua mayatnya disiksa dalam kubor. Dan menyatakan siksa mereka diringankan selama pelepah korma itu belum kering. Maknaya baginda hendak memaklumkan bahawa daun yang segar bertasbih pada tuhanNya. Hatta apatah lagi doa2 dan membaca Al-Quran dikuboran pasti lebih utama. Ulama2 berkata daun korma yang dijadikan sebab itu merupakan benda, maka bolehlah ia dimisalkan dengan bacan Al-Quran, doa2 dan lain2 bentuk taqarrub.

“Apabila kalian masuk ke kawasan perkuboran, maka bacalah pembukaan Al-Kitab, Qul huwallahu ahad dan Al-Muawwizatain. Tujulah ia pada ahli kubor, nescaya sampai kepada mereka”. (Imam Ahmad bin Hambal)

Imam Nawawi mensyaratkan membaca sesuatu dari Al-Quran kemudian mendoakan mereka. Imam As-Syafie menjadikan itu sebagai hukum dan para ulama bersepakat tentang itu.

Akhir sekali lihat sebuah hadis dari Anas ra: Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa masuk ke kubor lalu membaca surah Yasin, maka Allah meringankan siksa ke atas mereka dengan kebaikan sejumlah hurufnya”.

Ringkasnya orang2 yang sudah mati mengetahui hatta mengenali orang2 yang menziarahi mereka, mendengar panggilan kepada mereka, menjawab salam pada pemberi salam, tahu amalan manusia hidup (kaum kerabat) , merasa senang dan terganggu dengan hal2 yang terjadi dirumahnya di dunia dan mendapat manafaat dari amal baik dari orang hidup yang ditujukan kepadanya.

Wallahu ‘alam.