PERI MUSTAHAKNYA HADITH
by Hamza Rahman on Monday, December 27, 2010 at 3:22pm
Ini adalah salah satu kertas kerja yang telah dibentangkan bertajuk The Place of Hadith in Islam karya Dr Khalid Alvi dalam seminar mengenai hadith anjuran Persatuan pelajar-Pelajar Muslim USA dan Kanada (MSA) bagi memperingati ulang tahun ke 1200 tokoh hadith tersohor, Imam al-Bukhari.
Seminar ini telah berlangsung di Illinois, Amerika Syarikat pada 11-13 Julai 1975, di mana beberapa orang pakar dalam bidang hadith dan tokoh dakwah semasa turut hadir dengan kertas pembentangan masing-masing. Tema utama majlis 3 hari itu adalah Kedudukan Hadith Dalam Islam. Tokoh-tokoh tersebut adalah seperti Prof. M.M. Azami, Syed Abu Hasan Ali Nadwi dari benua kecil India, Dr. Mohammad Natsir, tokoh dari Indonesia, Dr. Khalid Alvi, Iqbal J. Junus, Zakaria Stapa (Jabt. Usuludin & Falsafah, UKM) dan yang menyokong tapi tidak sempat hadir adalah Abul A’la Maudoodi (uzur), Mohamad Nejatullah Sidiqqi (Jabt. Ekonomi, Universiti Muslim Aligarh, India) dan Ameer Jamaat-i-Islami, Pakistan, Mian Taufil Muhammad.
PERI MUSTAHAKNYA HADITH
oleh DR. Khalid Alvi (aku petik sebahgian saja dari kertas kerjanya The Place of Hadith in Islam)
Sunnah atau hadith merupakan sumber kepada ajaran Islam. Hadith secara harfiahnya bermaksud suatu ucapan yang disampaikan kepada seseorang, tetapi dalam istilah ahli hadith ia bermakna ucapan2 Rasulullah saw., tingkahlaku Baginda atau amalan Baginda mendiamkan diri sebagai tanda persetujuan terhadap sesuatu tingkahlaku atau amalan. Hadith dan Sunnah lazimnya digunakan secara yang boleh ditukarganti, tetapi kadangkala istilah2 tersebut digunakan untuk pengertian2 yang berbeza. Peri mustahaknya hadith bergantung kepada kedudukan Baginda Rasulullah saw sendiri.
Dengan menganalisis masalah ini, kita boleh menggambarkan tiga kemungkinan:
- Tugas Rasulullah saw adalah hanya untuk menyampaikan mesej dan tidak ada apa2 lagi yang lebih daripada itu yang diperlukan dari Baginda.
- Baginda tidak hanya mesti menyampaikan mesej, tetapi juga mesti bertindak malaksanakan mesej tersebut dan menjelaskannya. Semua itu untuk tempoh yang khusus sahaja dan selepas kewafatan Baginda, al-Quran adalah cukup berupaya untuk memandu manusia.
- Adalah tidak diragukan bahawa Baginda mesti menyampaikan Mesej Tuhan tetapi adalah tugas Baginda juga melaksanakannya dan menjelaskannya kepada manusia. Tindakan2 dan penjelasan2 Baginda tersebut merupakan satu sumber petunjuk buat selama2nya. Ucapan Baginda, tindakan2, amalan2 dan penjelasan2 Baginda itu merupakan sumber cahaya kepada setiap muslim pada setiap zaman.
Para sarjana Muslim berpendapat secara jumhur bahawa hanya perkara ketiga di atas sahaja merupakan penilaian yang tepat berhubung dengan kedudukan atau taraf rasulullah saw dalam Islam. Al-Quran banyak sekali menyebutnya mengenai kedudukan atau taraf Baginda saw seperti contoh ayat ini:
لقد كا ن لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجواالله واليوم الآخروذكرالله كثيرا
Sesungguhnya adalah Rasul Allah (Muhammad) itu menjadi ikutan yang baik bagi orang yang mengharapkan pahala Allah dan Hari Akhirat serta dia banyak memperingati Allah. (Q33:21)
Menurut ayat diatas Nabi Muhammad saw merupakan contoh tauladan yang ideal dalam kehidupan setiap muslim.
Perhati ayat dibawah:
فلا وربك لايؤمنون حتى يحكموك فيما شجربينهم ثم لايجدوافى أنفسهم حرجامما قضيت ويسلمواتسليما
Tidak! Demi Allah, mereka tiada juga beriman kepada engkau sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim, untuk mengurus perselisihan mereka, dan tiada mereka dapati dalam diri mereka rasa keberatan untuk menerima hukuman engkau itu, dan mereka menerimanya dengan sebenar2 penerimaan. (Q4:650)
Dari ayat di atas Baginda saw telah dijadikan Allah sebagai seorang ‘Hakim’kepada orang2 Islam. Tidaka ada seorang pun akan terus kekal menjadi Muslim sekiranya dia tidak menerima ketetapan2 dan hukuman2 yang dibuat oleh Rasulullah saw.
Dan ketika menjelaskan tentang kualiti orang2 Islam, al-Quran mengungkapkan:
إنما كان قول المؤمنين إذادعواإلى الله ورسوله ليحكم بينهم أن يقولوا سمعناوأطعنا وأولئك هم المفلحون
Sesungguhnya adalah perkataan orang2 yang beriman itu ketika diseru ke arah Allah dan RasulNya supaya dihukum di antara mereka, bahwa mereka mengatakan ‘Kami dengar dan kami taat’, mereka itu merupakan orang2 yang menang. (Q24:51)
Lagi Allah mengatakan dalam al-Quran dalam isu ini:
.....أطيعوالله وأطيعواالرسول.....
Taatlah akan Allah dan taatlah akan Rasul.. (Q4:59)
Dan ayat yang berikutnya:
...وماءاتكم الرسول فخذوه ومانهىكم عنه فانتهوا..
..dan apa2 yang diberikan Rasul kepada kamu, hendaklah kamu terima, dan apa2 yang dilarangnya, hendaklah kamu hentikan…(Q59:7)
Al-Quran adalah amat jelas dalam mengungkapkan pandangannya mengenai kedudukan atau taraf Rasulullah saw. Menurut al-Quran, Rasulullah saw mempunyai empat kedudukan dan Baginda mesti ditaati dalam setiap kedudukan tersebut. Baginda adalah mu’alim (guru) dan murabbi(pendidik). Baginda juga seorang shari (penggubal undang2) seorang yang menjelaskan tentang al-Quran. Baginda adalah pembentang undang2 dan hakim dan Baginda juga seorang pemerintah. Dalam semua kedudukan2 ini Baginda adalah suatu contoh ideal kepada orang2 Islam. Saya memetik di sini sejumlah kecil ayat2 al-Quran hanya untuk memberikan isyarat berhubong dengan topik ini.
لقد من الله على المؤمنين إذ بعث فيهم رسولا من أنفسهم يتلوا عليهم ءايته ويزكيهم ويعلمهم الكتب والحكمة وإن كانوامن قبل لفى ضلل مبين
Sesungguhnya Allah telah memberi nikmat kepada orang2 yang beriman ketika Dia telah mengutus seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat2 Nya (al-Quran) dan membersihkan mereka (dari syirik) serta mengajarkan mereka kitab dan hikmah, sekalipun dahulunya mereka dalam kesesatan yang nyata. (Q3:164)
....وأنزلنا إليك الذكرلتبين للنا س ما نزل إليهم
..dan Kami turunkan al-Quran kepada engkau supaya engkau terangkan kepada manusia apa2 yang diturunkan kepada mereka. (Q16:44)
يأ مرهم بالمعروف وينهىهم عن المنكر ويحل لهم الطيبت ويحرم عليهم الخبءث ويضع عنهم إصرهم والأغلل التى كا نت عليهم..
..dia menyuroh mereka berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada yang mungkar (haram), menghalalkan bagi mereka yang enak2 (lazat rasanya) dan dia mengharamkan keatas mereka perkara yang buruk2, lagi dia membuangkan keberatan dan belenggu yang ada pada mereka.. (Q7:157)
يأيها الذين ءامنواأطيعوالله وأطيعواالرسول وأولى الأمرمنكم فإن تنزعتم فى شىء فردوه إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر
Wahai orang2 beriman! Taatlah akan Allah dan taatilah akan Rasul, begitu juga orang yang memerintah kamu, yang mereka dari kalangan kamu. Jika kamu berselisih di antara kamu dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu kembali kepada Kitab Allah dan Rasul Nya, jika kamu beriman dengan Allah dan hari Akhirat.. (Q4:59)
وماكا ن لمؤمن ولامؤمنة إذاقضى الله ورسوله أمرا أيكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضللا مبينا
Apabila Allah dan Rasul Nya menghukum tentang sesuatu urusan, maka tidak boleh lagi bagi orang mukmin, lelaki dan perempuan berbuat menurut kemahuannya melainkan mesti tunduk di bawah hukuman Allah. Barangsiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul Nya, maka sesungguhnya telah sesat dalam kesesatan yang nyata. (Q33:36)
Dalam semua ayat di atas, al-Quran telah menjelaskan pelbagai aspek mengenai perwatakan Rasulullah saw. Dari ayat2 tersebut seseorang boleh menafsirkan tentang peri mustahaknya Rasulullah saw. Sebenarnya pada sesiapa yang tidak percaya hadith sebagai sumber undang2 yang shahih lihat ayat ini.
ومن يشاقق الرسول من بعدما تبين له الهدى ويتبع غير سبيل المؤمنين نوله ما تولى ونصله جهنم وساءت مصيرا
Barangsiapa yang melanggar peraturan Rasul, sesudah jelas olehnya kebenaran Rasul itu, serta diikutinya jalan yang bukan jalan orang2 beriman, nescaya Kami angkat dia menjadi pemimpin apa yang dipimpinnya dan Kami masukkannya ke dalam neraka Jahannam, dan itulah sejahat2 tempat kediaman. (Q4:115)
Al-Quran menekankan bahawa kerasulan Nabi Muhammad saw adalah mengatasi semua batasan waktu dan tempat. Baginda adalah Rasul terakhir dan merupakan Rasul Allah kepada semua manusia untuk seluroh masa akan datang.
Hadith adalah tidak lain suatu cerminan keperibadian Rasulullah saw yang merupakan peribadi yang mesti dipatuhi dalam apa jua keadaan, masa dan tempat.
Para pelajar al-Quran akan mendapati bahawa Kitab Suci ini pada umumnya membicarakan prinsip2 agama yang bersifat umum atau asasi, dan hanya membuat pembicaraan yang terperinci dalam kes2 yang amat sedikit sekali. Perincian2 dalam hal ini adalah disediakan dengan banyaknya oleh Rasulullah saw samada dengan mempamerkan dalam amalan Baginda tentang bagaimana suatu perintah seharusnya dilaksanakan atau memberikan penjelasan dalam bentuk perkataan. Hadith dan Sunnah Rasulullah saw adalah bukan, sebagaimana sangkaan umum, suatu perkara yang mana keperluannya mungkin dirasakan hanya selepas kewafatan Baginda, kerana ia telah begitu diperlukan semasa hidup Baginda. Dua institusi agama Islam yang paling penting ialah solat dan zakat; bagaimanapun bila perintah berkenaan kedua2 itu disampaikan, dan kedua2nya berkali2 diwahyukan dalam ayat2 Makkah dan Madinah, namun tiada perincian yang dibekalkan bersama.
Dirikanlah solat (أقيموالصلاة) adalah merupakan perintah al-Quran dan adalah Rasulullah saw sendiri menerusi perbuatan peribadinya memberikan perincian2 mengenai solat itu lalu mengatakan
(صلواكما رأيتموني أصلي) “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat.”
Begitu juga dengan bab zakat banyak disentuh dalam al-Quran. Namun demikan Rasulullah saw adalah orangnya yang memberikan undang2 dan peraturan2 untuk melakukan pembayaran dan pengumpulannya. Ini hanya dua contoh; tetapi oleh kerana Islam meliputi seluruh ruang aktiviti manusia, maka beratus2 perkara terpaksa dijelaskan oleh Baginda menerusi contoh2 dalam perbuatan peribadinya, dan juga dalam bentuk perkataan.
Para ulama telah membincangkan secara terperinci persoalan hadith sebagai suatu وحي خفي (wahyu yang tersembunyi) dan kebijaksanaan atau hikmah kerasulan. Terdapat dalam kes2 Rasulullah saw dalam keadaan tidak menerima wahyu, telah melakukan suatu usaha peribadi untuk merumuskan pandangan menerusi kebijaksanaan Baginda sendiri. Apa jua pandangan Rasulullah saw itu, kemudiannya dibetulkan atau diperakukan oleh wahyu. Kepentingan Sunnah malahan sebagai sumber kedua kepada Islam adalah merupakan suatu isu yang sudah tetap tidak berubah kepada para Sahabat Rasulullah. Saya memetik hanya satu daripada banyak contoh: iaitu daripada Muaz bin Jabal ra yang telah berkata kepada Rasulullah saw bahawa beliau akan membuat keputusan mengikut Sunnah sekiranya beliau tidak menemui penyelesaiannya terhadap sesuatu masalah di dalam al-Quran.
Memetik dalam hubungan ini pandangan Dr. Hamidullah:
Kepentingan hadith kepada orang Islam adalah bertambah disebabkan oleh fakta bahwa Nabi saw tidak hanya mengajar, tetapi juga mengambil peluang meletakkan pengajaran2 Baginda ke dalam amalan di dalam semua urusan kehidupan yang penting. Baginda telah hidup untuk tempoh selama dua puluh tiga tahun selepas penabalannya sebagai Rasul Allah. Baginda telah mengurniakan kepada umat Baginda satu agama, yang Baginda amalkan sendiri dengan cermat dan berhati2. Baginda mengasaskan sebuah Negara, yang Baginda laksanakan pentadbiran sebagai ketua agung, dengan mengekalkan ketenteraman dan keamanan dalam negeri, mengepalai angkatan tentera untuk pertahanan serangan luar, mengadili dan membuat keputusan terhadap dakwaan2 daripada rakyat Baginda, menghukum para penjenayah dan membentuk undang2 untuk semua peringkat kehidupan. Baginda berkahwin dan telah meninggalkan satu teladan dalam kehidupan berkeluarga. Amalan lain yang terpenting ialah Baginda tidak mengisyitiharkan diri Baginda sendiri menjadi berada di atas undang2 biasa yang Baginda laksanakan ke atas orang lain. Amalan Baginda adalah bukan hanya berupa kelakuan persendirian semata, tetapi merupakan suatu tafsiran dan penggunaan terperinci terhadap pengajaran2 baginda. (Hamidullah, Introduction to Islam, hlm. 23)
Oleh kerana itu, orang yang memeluk Islam adalah berada dalam keadaan memerlukan kepada kedua2nya, al-Quran dan Sunnah. Sebenarnya, hadith adalah begitu penting, yang mana tanpanya seseorang tidak boleh memahami sepenuh Kitab Suci al-Quran dan agama Islam, atau menjadi berupaya menggunakannya di dalam amalan dan kehidupan seseorang.
Demikianlah teks dalam kertas-kerja yang dibentangkan oleh Dr.Khalid Alvi dalam seminar di atas. Sebarang kesilapan adalah dari aku jua dalam memahami dan terjemahan teks yang berilmiah ini. Wassalam.