Orang2 beriman bila menghadapi saat kematian tidak sama dengan orang2 kafir ataupun orang yang berdosa besar. Pun kedudukan orang2 yang beriman bila dia berada di alam kubor atau alam barzakh, tidak akan sama dengan keadaan orang 2 kufur atau orang2 yang berdosa besar.
Sebenarnya ada kenikmatan dalam kubor atau dalam alam barzakh yang diperolehi oleh roh2 simati dari kalangan orang yang beriman.
Allah berfirman dalam surah Al-Fajr ayat 27: 30..."Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang tenang dengan keredhoanNya. Masuklah kamu dalam golongan hamba2Ku dan masuklah kamu dalam SyurgaKu".
Demikianlah panggilan Allah swt terhadap roh2 orang2 yang beriman, kedatangannya dinanti2kan oleh Allah dan disambut oleh para malaikatNya dengan penoh kehormatan dan kemuliaan.
Kenikmatan di alam barzakh sebenarnya telah mulai dirasakan tatkala ia menghadapi sakaratul maut. Malaikat yang datang menjemputnya mencabut nyawanya dengan penuh kasih sayang. Rohnya dengan mudah berpisah dari jasadnya. Bau harum roh yang keluar dari jasadnya tersebar dimerata2, cuma baunya hanya dapat dirasakan oleh para malaikat dan roh2 yang suci.
Malaikat menghantarkan roh yang suci ini dari satu langit ke satu langit lainnya. Setiap bertemu dengan para malaikat dilangit2 tersebut, disanjung dengan ucapan kegembiraan. Setelah itu sampailah roh itu ke hadrat TuhanNya dan Allah mengucapkan "Marhaban" dan seluroh malaikat juga ikut mengucapnya. Lalu Allah berfirman: "Tunjukkanlah hambaKu ini Syurga dengan bermacam2 kemuliaan dan kenikmatannya yang bakal dinikmatinya nanti".
Dari Aisyah bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada Jabir;"Wahai Jabir! Aku akan memberitakan khabar gembira kepadamu". (sedang ayah Jabir telah syahid semasa peperangan Uhud)
Jabir menjawab:"Semoga Allah memberikan khabar gembira kepadamu wahai Rasulullah".
Rasulullah bersabda lagi:"Sesungguhnya Allah swt telah menghidupkan ayahmu dan menempatkannya kepadamu apa yang engakau inginkan". Ayahmu menjawab:"Wahai Tuhanku, aku tidak beribadah kepadaMu dengan sesungguhnya, aku berharap agar Engkau mengembalikan aku kedunia, aku akan berperang bersama Nabimu lalu aku terbunuh di sisiMu sekali lagi".
Allah berfirman kepadanya:"Sudah berlaku ketetapan dariKu, bahawa engkau tidak akan kembali lagi".
Demikianlah kenikmatan yang dilalui oleh orang beriman di alam barzakh dan menyaksikan sebahagian dari kebesaran Allah dan janji2Nya. Kebahagian yang didapati di alam Barzakh itu jika dibandingkan dengan alam dunia ini, tak ubahnya seperti seorang banduan dalam sebuah penjara yang sangat gelap lalu dibukakan kepadanya pintu menuju kebun yang sangat luas yang tiada penghujungnya. Di sana terdapat buah2an yang bermacam jenis, bunga2an yang harum baunya dan burung2 yang berterbangan dan tentu tidak ingin lagi ia kembali ke penjara yang gelap itu.
Diringkaskan bicara, Rasulullah saw bersabda:"Umatku adalah umat yang dirahmati. Mereka masuk ke dalam kubor dengan dosa2 setinggi gunung, dan keluar dari sana dalam keadaan yang telah diampuni segala dosanya, iaitu dengan adanya istiqfar, sedekah, doa dan bacaan Al-Quran yang dilakukan orang2 yang hidup untuk mereka."
Para malaikat membawa semua itu dalam pinggan besar dibuat dari cahaya yang ditutup dengan kain sutera sambil berkata kepada mereka yang menerimanya:" Inilah hadiah yang dikirimkan s fulan untuk mu" maka menerimalah mereka dengan merasa senang dan gembira.
"Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama2 dengan orang2 yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu Nabi2, Shiddiqin, Shuhada dan Sholihin dan mereka itulah teman yang sebaik2nya." Al-Nisa' : 69.
Ulasan yang dapat dibuat dari kesah diatas:
1. Syurga dan Neraka itu benar
2. Seseorang diadili dan dibalasi mengikut tahap amalan semasa didunia.
3. Hubungan dunia dan akhirat (alam barzakh) tidak terputus. Roh2 si mati mengambil dan mendapat manafaat dari amalan orang2 yang hidup yang ditujukan kepadanya.
4. Banyakkanlah kita bersedekah dan membuat amalan2 untuk ditujukan kepada roh2 si mati samada untuk ibubapa, kaum keluarga, para guru2 hatta para wali2, para anbiya, para sahabat, kaum keluarga juga junjungan besar Rasulullah saw.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan