Selasa, 1 Disember 2009

Peribadi itulah akhlak (Moral)

Insan muslim yang menggunakan akal fikiran yang waras ada satu detik ketikanya, akan kembali pada panutan agama. Dia akan dapat membezakan ciptaan Tuhan antara dirinya sebagai manusia, haiwan dan juga apa itu syaitan. Dari situ dia dapat mengetahui peribadi seseorang itu samada bersyahsiah manusia, binatang maupun syaitan. Peribadi itulah nilai harta, budi, ilmu, amal, ibadat  seseorang hamba yang bernama manusia di sisi Allah swt.  Maka peribadi seseorang itulah jadi lakunya, moralnya atau akhlaknya.

Adat resam…perkataan yang biasa dalam masyarakat! Peribadi sesuatu keluarga itu menjadi resam, manakala peribadi sesuatu bangsa (Melayu, China, India, Siam, Sakai ,Arab, Negro dll) itu menjadi adat. Maka peribadi seseorang itu adalah nilai Tuhan kepada hambaNya, oleh kerana itu tiap2 manusia ada mempunyai peribadi, maka Tuhan turunkan beberapa utusanNya dengan nama Rasul dan Nabi, Wali Allah dan Ulama supya peribadi seseorang itu mengikut ajaran Tuhan melalui hukum yang tertentu didalam perlembagaan yang bernama Al-Quran, dan ajaran Al-Quran itu dikenali dengan nama Agama yang dinamakan Islam. Kerana peribadi manusia itulah maka dijadikan Allah swt akan syurga dan neraka di akhirat kelak, kerana peribadi itu terbahagi kepada:-

1.       Peribadi zahir iaitu batang tubuh
2.       Peribadi bathin iaitu laku hatinya
3.       Peribadi yang ghaib iaitu laku rohnya

Lantaran dari peribadi seseorang itu jadilah lakunya, fielnya, ibadatnya, iktiqatnya dan tauhidnya. Sejarah itu telah diungkaikan sebahagiannya di dalam kitab suci Al-Quran dimana musnahnya bangsa Tsamud, bangsa Ad, bangsa Rom  dan bangsa Yunani Purba. Bangsa2 tersebut adalah bangsa yang cukup hebat, mashyur dalam lipatan sejarah tapi berperibadikan bukan maknusiawi maka bangsa itu hilang dalam dunia menjadi catitan sejarah. Umat Nabi Luth yang berperibadi kotor dengan “homoseksual”nya dibalikkan Allah bumi hingga hancur punah. Umat Nabi Salleh yang mempunyai peribadi yang tidak taat dan tidak memegang pada janji dihancur-leburkan,  begitu juga umat Nabi Nuh yang berperibadi jelek engkar ditenggelamkan oleh air banjir.

Sejarah bangsa yang runtuh dan hilang itu punah samada bangsa, tanah airnya dan hilang watannya sehingga ke hari ini kerana tidak lain dan tidak bukan adalah peribadi mereka yang bermaharajalela berhawa nafsukan binatang dan syaitan. Mereka tidak patuh kepada agama dan ajaran Nabi-Nabinya. Hingga ke hari ini kita jangan leka dan lalai, janganlah menganggap sejarah dahulu tidak akan berulang kembali. Lihatlah saban tahun, saban bulan dan hari, di pelusok dunia banyak tempat, negeri dan negara didatangi musibah dengan perantaraan ribut, banjir, gempa bumi, kemarau dan kebakaran. Manusia masih lagi tidak mahu berfikir! Kerana penghuni2 ditempat tersebut bermaharajalela dengan nafsu kehaiwanan dan kesyaitanan, ugama hanya jadi topeng semata-mata.

Kemajuan sains dan teknologi dengan pakar2 terhebat pun tidak mampu berbuat apa2 untuk mencegahnya melainkan hanya member keputusan bahawa itu adalah malang dari malapetaka dunia. Maka diciptalah akan nama2 malapetaka itu…tsunami contohnya. Akibat kejadian yang melenyapkan ribuan nyawa itu maka segala kekayaan, kebendaan, ekonomi akan luput. Kejadian sebaliknya seperti tingkah laku dan peribadi masyarakat terlibat tidak diselidiki. Jawapan jelas dan nyata…bermaharajalelanya nafsu dan serakah syahwat seperti sejarah lama yang diceritakan dalam Al-Quran. Bukankah sebabnya sama?

Islam mendidik peribadi zahir dengan nama Syariat, mendidik peribadi bathin dengan nama Tashawuf, mendidk peribadi ghaib dengan nama Ruhani. Peribadi  menjadi nilai Tuhan pada hamba2Nya. Peribadi manusia dinilai pada cara pakaiannya, cara makan-minumnya, cara kesukaan dan keseronokannya, cara pemikirannya, cara pergaulannya dan cara sikap dirinya. Dan semuanya diatur Tuhan di dalam Agama Islam kerana demikian itu maka ada Fekahnya, Usulluddin, Tauhid, Tashawuf, Hakikat, Tarekat dan adanya Makrifat. Supaya peribadi manusia itu benar2 menjadi sempurna di sisi Tuhan yang dinamakan Kamil Mukamil menurut hukum, cara pakaian mesti bersih dan menutup aurat, bersih cara basuhan menurut hukum Fekah. Cara makanan mesti bersih dan suci samada cara sembelihan yang halal dan ramuan rencah yang halal. Kalau dalam agama kita wajib mengetahui asal usul sesuatu, mengapa tidak pada pakaian, makanan, minuman, kesukaan, keseronokan, pergaulan dan pemikiran?

Apakah erti alim? Adakah sahaja mengetahui halal haram yang zahir tetapi jahil, bodoh dalam bathin dan ghaib. Adakah kita pernah berfikir atau kenal  dimana kita berada sekarang? Sebenarnya kita berada di dalam zaman yang dinamakan Fitnah Zaman dan Dajjal Al-Masih. Dua perkara yang tersebut adalah berkait dengan manusia sendiri yang terlalu mengejar kemajuan, harta dunia berlebih2han.

Maka untuk mengenal Fitnah Zaman dan Dajjal Al-Masih, itulah gunanya Ilmu Makrifat, gunanya ilmu Roh untuk menjaga diri yang menjadi peribadi kita sendiri. Malangnya, manusia hari ini yang bijak pandai hanya pandai menyalahi orang2 yang belajar tashawuf, tarekat, hakikat dan makrifat. Alasan ilmu tersebut tidak diajari oleh Rasulullah…hanya direka2 oleh puak2 yang sesat. Jadi  sesatlah ulama2 yang mengajari, yang mempelajari ilmu sedemikian sejak berkurun kala lagi itu. Lupakah kita bahawa umat Islam di zaman sahabat dan di zaman tabiin, zaman tabiin tabiut dan di zaman salaf  memerintah dunia kerana pemimpin2 mereka mempunyai ilmu makrifat. Melaluinya mereka memimpin dunia dengan adil, aman dan makmor.

Ulamak Islam akan muncul gagah sekiranya mereka menerima pusaka daripada Nabi saw., apabila mereka mempunyai ilmu makrifat. Ulamak Islam akan jatuh mertabat mereka tanpa mempunyai ilmu makrifat. Serendah2 ilmu makrifat ialah makrifat Kalbun. Alangkah malangnya ulamak yang anti makrifat, yang anti kasyaf, anti-tashawuf. Lihat bagaimana kasyafnya Khalifah Umar ra yang memerintah di Madinah tapi ilmu yang dianugerahkan Allah padanya dapat melihat tenteranya yang berperang di Parsi dan mengingatkan seorang jeneralnya berhati2 keadaan musuh disebalik gunung.

Firman Allah:” Hari yang tiada berguna harta dan anak2 melainkan barangsiapa yang Allah beri hati mereka yang salim (sejahtera).”

Bagaimanakah yang dikatakan hati yang salim? Sedangkan Ilmu Hati yang dinamakan makrifat kalbun tidak diketahui. Tanyalah diri dan hukumlah diri, mengapa aku ini adalah seorang ulamak tetapi sifat bengis dan marah masih ada, padahal sifat bengis dan marah itu adalah sifat syaitan.

Tanyalah diri dan hukumlah diri, mengapa aku ini adalah seorang ulamak waris Nabi-Nabi tetapi masih takut pada manusia dan jin, pada hal siapa yang lebih besar darjatnya di sisi Allah, selain daripada Ulamak Pewaris Nabi! Tetapi mengapa aku masih lagi bacul, pengampu dan masih takut?

Hukumlah diri sendiri sebelum ajal, Tuhan mengetahui apa yang tersembunyi dan tersemat di dalam Zat dada masing2. Jangan lekas menyalahi itu dan ini, jangan sesal di hari nyawa ditarik Malaikat Maut.

Hanya dengan ilmu makrifat sahajalah yang menyelamatkan jiwa raga, nyawa dan diri, tubuh dan badan, ilmu Syariat dengan penuh tawaduk dan jadi seorang Muslim yang baik. Seseorang Muslim boleh jadi baik dan jahat kecuali ia ada mempunyai ilmu makrifat, maka jadilah ia seorang muslim yang baik. Tanpa ilmu makrifat seseorang manusia akan jadi jahat kerana ia malu pada manusia, ia takut pada manusia, dengan kerana malu dan takut pada manusia itu ia berani menentang Allah dan RasulNya. Arak diteguk kerana ia menghormati manusia dan malu pada manusia, sedang arak dilarang oleh Allah. Semua orang tahu tapi ramai yang melakukannya.

Seorang Muslim yang baik tidak akan minum arak di majlis2 kerana taatnya pada Allah dan RasulNya. Orang yang meminum arak di majlis2 kerana menghormati manusia, maka ia adalah suatu gejala fitnah zaman yang tidak diawasi oleh seseorang Muslim. Seteguk arak menjadikan hatinya kotor, jiwanya cemar, nyawanya  bodoh, amalanya jadi pura2 di sisi Tuhan. Maka semua perasaan takut, malu akan lenyap bila mengetahui ilmu makrifat.

Dimanakah yang Hak itu akan tiba jika waris2 Nabi yang memperkatakan segala yang Hak itu takut dan bacul, kerana tidak  berani dilahirkan oleh waris Nabi2 maka Allah memberi hidayah pada manusia lain supaya memperkatakan yang Hak, kerana waris Nabi2 itu hanya pada nama tetapi tidak ada pada praktikal. Lihat Firman Allah swt berbunyi: “ ‘ALAMAL INSANA MA LAM YA’LAM”.
Maksudnya: Allah ajari (ilmu) pada manusia apa2 yang ia tidak tahu.

Sebuah hadith berbunyi: Barangsiapa Allah kehendaki kebajikan adalah difahamkan Allah pada dia ilmu Agama.


Dimanakah agama Islam:

1.       Jika ada berkelas2 dalam masyarakat
2.       Jika ada arak di dalam majlis
3.       Jika zina dilakukan
4.       Jika rasuah dan sogok dilakukan
5.       Jika penipuan dilakukan
6.       Jika bohong dan nista diamalkan
7.       Jika janji tidak ditunaikan
8.       Orang2 intelek tidak mahu berpuasa
9.       Orang2 kaya tidak menunaikan zakat
10.   Orang2 yang berkuasa tidak punyai hati yang halim
11.   Orang2 pandai agama takut pada menyatakan kebenaran
12.   Orang2 Islam berguru dan bertakliq dengan tauhid Yahudi dan Nasrani

Maka semuanya adalah peribadi masing2. Maka peribadi masing2 itulah yang termaktub sebilang hari dan malam, bila bergerak dan diam, maka tertulislah diidalam kitab amalan masing2 yang dipegang dua malaikat Rakib dan Akib. Itulah biograpi seseorang berkenaan dengan peribadi masing2 semasa hidup di dunia. Maka peribadi masing2lah yang akan dihisab, ditanya, disoal di akhirat hadapan Rabbul Jalil kemudian masing2 ditempatkan sesuai dengan kehidupan peribadinya di dunia samada di syurga kekal atau mereka  kekal dalam neraka. Syurga pada mereka yang mempunyai peribadi menurut ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Neraka pada mereka yang berperibadi menentang ajaran Al-Quran dan Sunnah. Demikianlah nilai peribadi manusia di sisi Tuhan. Ramai mengaku kami sembahyang lima waktu, kami berpuasa, kami berzakat, kami mengerjakan haji berkali2 dan tunai umrah beberapa kali dan kamu buat ini dan itu. Alhamdulillah…pelaksanaan syariat sempurna sudah tapi bagaimana pulak dengan tashawufnya, tarekat,hakekat dan makrifatnya. Adakah keikhlasan semata2 kerana Allah, untuk Allah semata2 bukan sebab musabab lain. Kayanya kita bagaimana pulak dengan jiran tetanggga, masyarakat yang kurang mampu..pernahkan kita berfikir tentang mereka. Pernahkan kita berziarah mereka dan memberi sumbangan akal fikiran, tenaga dan wang ringgit dalam membantu meringankan beban kesukaran mereka. Kekayaan kita hanyalah pinjaman dari Tuhan dan sebenarnya kita tidak memiliki apa jua pun. Rugikah benda yang bukan milik kita dikongsikandengan orang lain. Rugikah kita? Sebenarnya itulah peribadi muslim yang diajari oleh Rasulullah pada sahabat2nya sehingga peribadi mereka cukup zuhud dan senantiasa ingin membantu saudarnya yang lain. Lihat dan renungkan kembali keakraban golongan Muhajirin dan Ansar.

Peribadi yang dimaksudkan adalah peribadi Muslim, bukan peribadi Melayu, Cina, India, Arab, Jakun, Amerika dan bukan peribadi bangsa2. Peribadi itu di atas:-

1.       Hidup dan mati di dalam kalimah LA ILA HA ILLALLAH
2.       Hidup bekerja dan berusaha dengan kalimah BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM
3.       Berkata dan bercakap dengan kalimah ALLAHU AKBAR
4.      Bertemu sesama Muslim dengan kalimah ASSALAMUALAIKUM dan berjawab dengan  kalimah WAALAIKUMUSSALAM
5.      Menerima nikmat denga ucapan ALHAMDULILLAH  WASYUKURULLAH dan mendengar musibat dengan INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN
6.       DAN lain2 lagi yang diajari Islam.

Bukan seperti peribadi berpeluk bebas antara lelaki dan wanita bila bertemu, bukan selamat pagi, selamat malam, good afternoon, hello dan sebagai yang bukan warisan Islam tapi nyata dari Yahudi dan Nasrani.

Apakah bukan dinamakan fitnah zaman jika tidak boleh diteguri atau dinasihati menurut kehendak agama Islam?

Apakah bukan dinamakan fitnah zaman jika peribadi berhawa nafsukan binatang dan syaitan jauh dari kehendak agama Islam?

Apakah bukan dinamakan fitnah zaman jika penuntut agama diperlekeh dan penuntut ilmu duniawi di agung2kan, ulama2 dipinggirkan dan dituduh sesat manakala mereka yang berperibadi jahat nyata diangkat menjadi pemimpin dan bercakap pandai ehwal agam melewati ulama?

Adapun sifat moral yang keji yang wajib dijauhi oleh ahli2 makrifat walaupun ia alim melangit di dalam ilmu makrifat iaitu:

1.      Marah (suka marah2 dan menyangka ia alim, semua tahu, tetapi dengan marah yang ada padanya, dia dengan sendirinya bersifat syaitan).

2.      Hasad sesama manusia.

      Bersangka2 jahat kepada manusia.

4.       Menyakiti hati manusia.

5.       Penyakit hati seperti besar diri, besar kepala, samsing, riak, sombong, suka menunjuk2.

6.       Dan lain2 lagi.

Sifat2 diatas adalah jubah syaitan, sifat dan peribadi syaitan, walupun seseorang itu alim ulamak sekalipun kerana asas ilmu mengenal diri itu adalah mengusir syaitan dan menghancurkan sifat iblis. Jika perkara tersebut masih ada pada peribadi seseorang maka ia adalah syaitan2 besar dan ilmunya jadi sia2 di sisi Tuhan. Ingatlah:

1.       Untuk mengetahui seseorang yang tidak mempunyai akal itu ialah marah.
2.       Untuk mengetahui seseorang itu abdi syaitan ialah marah.
3.       Untuk mengetahui seseorang yang tidak sabar itu ialah marah.
4.       Untuk mengetahui seseorang yang lalai pada ilmunya ialah marah.
5.       Untuk mengetahui seseorang yang sandaranya itu jin adalah marah.

Lihatlah peribadi Sultan Salahuddin Al Ayubi yang mengubati Raja Eropah yang digelar Richard The Lion Heart yang sakit ketika berlakunya peperangan Crusade antara tentera Islam dan tentera Salib Kristian. Pada hal Raja Richard pada masa itu adalah musuhnya. Tetapi Raja Salahuddin membuktikan yang sebenar2 orang Islam itu tidak ada menaruhi sifat marah walaupun pada musuhnya. Peperangan berlaku maka tiap2 diri Muslim itu adalah melakukan tugasnya menurut perintah Allah.

Contoh yang kedua berkenaan dengan marah yang dikatakan Iblis, yang sebelum itu ia bernama Azazil. Azazil telah beribadat selama 5,000 tahun di dunia dan diangkat ke langit yang pertama dan beribadat selama 1,000 tahun hingga dengan ibadatnya di angkat hingga ke langit ke tujuh. Jadi ibadatnya di langit adalah 7,000 tahun. Kerana hasad dengki kepada Adam yang menjadi Khalifah Allah yang mana diperintah Allah supaya tunduk dan sujud pada Adam maka keengkarannya dilaknat Allah menjadi Iblis. Jadi barangsiapa hasad dan marah maka ia adalah rakan Iblis dan berperibadi Iblis.  Dan peribadi yang dituntut Islam ada pada peribadi Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Sesungguhnya peribadi adalah melambangkan akhlak dan sebaik2 akhlak ikutilah akhlak junjungan besar Rasulullah saw.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ – وَاَللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

Tiada ulasan: