Aku tujukan khas untuk Chegu Azizan di Telok Air Tawar, Butterworth, Chegu Nazir (Lunas), Pak Syeikh Faisal, Haji Zali, Ust. Amran dan sahabat-sahabat yang sewaktu dengan aku..Bacalah dan ambil pengertian. Maaf! Aku sentuh bangsa Melayu, bangsa kita, agama Islam. Melayu Islam, Bukan India Islam atau Arab Islam.
Bismillahirrahmanirahim.
Alif Lam Mim. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan berkata : “Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji ? Kami telah menguji mereka yang sebelumnya supaya Allah tahu mereka yang benar dan yang menipu. Atau mereka melakukan perbuatan jahat merasa mereka boleh terlepas dari Kami ? Betapa salahnya tanggapan mereka.
Al-Ankabut 1 – 3.
Keadaan pada hari ini sangat genting. Apakah sebabnya yang menjadikan keadaan begitu genting ? Kepada orang salih kegentingan itu ialah pada saat-saat bertemu dengan Allah swt. Dari itu,hanya sudut pandangan ini yang membolehkan kita bergerak dan menuju ke jalan yang betul pada zaman ini. Inilah zaman dimana kita umat Melayu Islam menjadi umat yang diam seribu bahasa. Kita berada di zaman kejatuhan dalam setiap gerakan dan doktrin Islam. Bermula dengan kejatuhan kerajaan Islam Moghul (pemberontakan India 1857) Sultan Bahadur Shah, Sultan Moghul yang terakhir mati dalam buangan dalam penjara di Rangoon, Burma pada tahun 1862 .Baginda dihina dengan dihidangkan di atas talam emas dua kepala anaknya yang dipenggal oleh Inggeris.
Diikuti pula dengan kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Nusantara dan akhirnya dengan kejatuhan Kerajaan Khalifah Othmaniah (1924). Jatuhnya kerajaan-kerajaan Islam ini bererti jatuhnya Syariat Islam iaitu Darul Islam. Naiknya bangsa Melayu kerana bangsa Melayu ada Darul Islam. Jatuhnya Darul Islam menyebabkan jatuhnya Darul Iman. Maka menjadi bingung habis bangsa Melayu dengan pelbagai hidangan selepas kejatuhan Darul Islam dan Darul Iman terutamanya selepas Perang Dunia II.
Orang Melayu mula dihidangkan dengan toleransi, sistem kapitalis, bank, sekolah dan pelbagai hidangan yang nampak menarik tetapi beracun. Apa yang berlaku selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Islam ialah usaha-usaha yang bukan bertujuan untuk menegakkan Islam yang sempurna tetapi sebaliknya telah mengambil projek kuffar iaitu menubuhkan sistem teknik yang diktatorial. Kesilapan besar ini yang paling ketara berlaku dikalangan orang Arab. Akhirnya kita sekali lagi dijajah, tetapi kali ini lebih teruk lagi, kerana kita dijadikan hamba.
Teknik – Satu Budaya Dominan
Wahai bangsa Melayu, Pejuang, Pendekar, Panglima dan Guru Tua untuk kita memahami perhambaan ke atas umat Melayu Islam adalah perlu untuk kita memahami kuasa-kuasa yang terlibat, kaedah-kaedah mereka, kesan dan kelemahannya. Hari ini satu jaringan maklumat palsu telah ditebarkan diseluruh dunia dan yang lebih dahsyat lagi model-model ciptaan mereka telah disarankan untuk menyelesaikan masaalah ‘negara mundur’ dan ‘negara membangun’. Dari kalangan kita juga, golongan cerdik pandai Islam yang telah melepaskan diri dari Istana dan disogok dengan dialektik palsu, menjadikan mereka tenggelam dan hanyut ditelan arus. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Pahlawan di barisan hadapan untuk mengenal dan membuka semula pintalan intelek ini daripada ikatannya yang kuat ini (para pahlawan sememangnya duduk di barisan hadapan diperbatasan dan semestinya mengenal musuh, para ulama dan cerdik pandai tidak berperang, mereka duduk di dalam Istana dan bertanggungjawab mengurai masaalah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Tokku Paloh dan Sheikh Abdul Jalil yang mana masing-masing mereka menguraikan permasaalahan yang dihadapi oleh sultan dan rakyat (Terengganu dan Kedah).
Sebelum kita memeriksa penguasaan kuffar ke atas dunia, mari kita lihat cara masyarakat kuffar ini. Pertamanya kita mesti sedar dan faham bahawa fahaman yang disebarkan pada seluruh dunia ialah sistem demokrasi moden (isme demokrasi). Demokrasi moden adalah sistem pemerintahan yang mesti diterima pakai dan satu-satunya sistem yang ‘sah’ pada hari ini. Sistem tradisional sudah lapuk dan tidak sesuai. Sistem khalifah dan kesultanan sudah lapuk, tidak lagi sesuai. Sistem yang digambarkan sebagai autokrasi, kejam dan zalim. Pemerintahnya digambarkan sebagai orang yang dungu, bebal dan tidak berpelajaran dan dari keturunan lanun ! MasyaAllah. Tahukah wahai para pahlawan, susur galur Raja-Raja Melayu ada diantaranya dari keturunan Rasulullah saw. Wahai para pahlawan, sebenarnya demokrasi adalah satu metos yang digunakan untuk mengaut dan mencekup ekonomi apa yang diistilahkan sebagai negara-negara mundur dan negara-negara membangun.
Wahai para pahlawan , kita tidak dapat menerima kenyataan-kenyataan media barat yang mengatakan peperangan yang berlaku di Afrika, Asia Barat, Amerika Selatan dan sebagainya adalah medan perang antara ideologi demokrasi dan komunis. Kenyataan media barat adalah pembohongan besar! sebenarnya kedua-dua ideologi ini bereksperimen dalam perang panas dan dingin semenjak dari Perang Dunia I lagi. Di awal abad ini juga menyaksikan Negeri-negeri Melayu dipisah-pisahkan dan dibahagi-bahagikan sesama mereka (keluarga perbankan yang menguasai England dan Belanda). Negeri Melayu di Utara Semenanjung kepada Siam, Semenanjung Tanah Melayu kepada Inggeris manakala dihujung Semenanjung kepada Belanda.
Sebenarnya orang putih yang membawa kedua-dua ideologi ini tidak terkorban dan kalau ada hanya sedikit bilangannya. Masing-masing mereka bereksprimen dengan senjata ‘high-tech’ dan selepas peperangan syarikat-syarikat blok masing-masing akan berebut-rebut mengambil peluang untuk “membangunkan semula” negara-negara yang diceroboh kerana perang tadi. Contohnya sebelum kejatuhan Russia, dalam ‘Perang Vietnam’ Russia berjaya mengalahkan Amerika mula melabur di Vietnam sementara Amerika “terpaksa” masuk ‘memodenkan’ China untuk menyelamatkannya.
Jadi akan sentiasa ada dua pihak yang bertentangan dari segi ideologi politik tetapi kedua-duanya berebut pasaran ekonomi. Jadi proses ‘pembangunan teknologi’ terhadap negara-negara mundur atau membangun ini adalah proses terus-terusan, sementara tentera blok-blok tertentu ‘terpaksa’ masuk campur demi menjaga ‘keamanan sejagat’. Lihat saja kepada apa yang berlaku di Iraq, Iran, Afghanistan, Nepal dan Timor Leste.
Wahai Bangsawan, ulama, cerdik pandai, para pendekar dan bangsaku.
Kerajaan teknokrat (demokrasi atau komunis) adalah struktualistik dan piramidik. Ianya jelas diceritakan dalam Quran pertentangan antara Islam (Nabi Musa) dengan kuffar (Firaun) yang ‘high-tech’ lagi piramidik. Firaun memerintah secara diktatorial sebuah empayar materialistik yang menganggap beliau sebagai tuhan. Seluruh sistemnya memastikan ‘pemimpin’ yang sama tabiinya terus-terusan mengawal dan memperhambakan rakyat jelata.’ Ahli sihir’ mereka adalah saintis yang berterusan membuat pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan mengeluarkan data dan statistik serta para arkitek mereka berebut-rebut membina pelbagai bentuk bangunan pencakar langit, walhal itulah lambang perhambaan satu-satu generasi dan ‘pembangunan’ adalah proses perhambaan yang berterusan.
Bangunlah wahai para Pahlawan ! Ilmu selain dari silat iaitu ilmu mengenal musuh perlu dipelajari dan diketahui. Jangan dibiarkan peristiwa kuda trojan berulang. Kenallah ‘si kitul’. Sekarang bukan masa untuk berpolimik perguruan siapa yang bagus atau cerita salasilah silat yang tak masuk akal, yang lebih utama sekarang ialah belajar, belajar untuk mengenali siapa kita, kenalilah Melayu.(Know our Malayness). Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, amat sinonim. Tidak ada istilah muaalaf yang ada masuk Melayu , tidak ada khinzir yang ada babi tidak ada bumiputera yang ada peribumi. Jangan seronok dengan berkembangnya silat keserata dunia,dengan kebingungan ‘mat salleh’ akan seni permainan keris, adat dan adabnya tetapi kenallah Melayu. Melayu. Semenanjung Tanah Melayu. Melayu Jawi. Orang Jawi, tulisan Jawi.
Kita tengoklah wayang Melayu..dulu sampai sekarang. "Mat salleh" dijulang sebagai Bos, Tuan dan yang besar-besar. Yang peleknya , filem kita tapi kita jadi 'Pak Yet". Tau apa tu Pak Yet?. Jadi kuli, jadi barua. Kita tengok pula wayang China (Hong Kong/ Taiwan) puak "Mat Salleh" ini didowngrade jadi tukang angkut briefcase,galas beg. Jadi kaki pukul yang jaga tuan. Kita tengok pulak wayang orang putih.. Bangsa China diupgrade jadi ketua bodyguard atau...jadi ketua pada segala ketua. Mentaliti orang Melayu setakat itu saja. Penakut pait! Kaki mengampu dari dulu sampai sekarang tak habis-habis. Mentaliti inilah yang memayahkan struktor sistem kuffar ditukar-ganti. Puak-puak inilah yang awal-awal lagi bangun menentang beralaskan kemodenanan, globalisasi dan sebagainya yang karut. Sebab utama ndak menjaga kuasa dan kepentingan.
Melayu karang dah hilang jati diri. Habis digadai dek arus kemajuan kononnya. Tapi apa yang Melayu dapat. Kuasa tapi tak de kuasa. Sila rujuk posting aku yang terdahulu. Sampai tulisan Jawi pun dah jadi mangsa. Akhbar bertulisan Cina dan India makin meningkat. Hak Melayu??Hingga nak bersembang yang ..tu-tu... pun tak boleh..pasai habis Cina dan India tau baca tulisan Rumi itu. Kita tau apa yang mereka menulis dalam bahasa ibunda mereka? Silap haribulan mereka memaki kita pun kita tidak sedar. Ada pemimpin mereka bercakap tentang perpaduan? Pemimpin kitalah yang selalu mencanang dan hulurkan tangan perpaduan itu. Adoih..sakit hati aku!
Pahlawan sekelian, asas sesebuah sistem ‘high-tech’ ialah perhambaan. Hari ini kita tidak dirantai kerana zaman telah berlalu. Sistem ‘high-tech’ tidak memerlukan leher atau kaki kita dirantai seperti mana yang berlaku di Amerika 200 tahun yang lalu. Perhambaan hari ini ‘merantai’ kita melalui media dan konsumerisme. Pergerakan atau kumpulan yang tidak seiring adalah salah disisi undang-undang atau dianggap sesat pada pandangan ‘agama rasmi’. Para pahlawan dan istana ditawan dengan ‘Liga Premier Inggeris (EPL)’ ‘Akademi Fantasia”(AF) ‘Jom Heboh’ ‘Kampong Hadhari’, Balik Kampong anjuran TV9 dan TV3 suku dan isu-isu semasa media (bergantung kepada ‘rantai’ mana pilihan anda – macam-macam ada). Hamba-hamba ini tidak dirantai secara fizikal. Mereka sudah terpenjara di dalam sistem yang dihiasi indah – Mega Mall, stadium dan dataran.
Masyarakat ‘high-tech’ bukannya ‘baru’ malah bukannya ‘moden’ pun. Ia nya kuno dari awal hingga akhir, ianya “zaman tok nadok”; lihat saja pada uniform polis pencegah rusuhan betul-betul macam tentera zaman feudal siap dengan perisai, topi keledar, cortar dan bom asap. Hang Tuah lima bersaudara pun tidak pernah berpakaian sebegini. Melayu tak takut mati ! Siapakah yang mereka (polis) jaga kepentingannya semenjak tertubuhnya pasukan polis pada 25hb.Mac 1807. Bukan kita para pahlawan bangsawan, istana atau rakyat tetapi mereka menjaga kepentingan “sistem”.
Apakah ini gambaran sebenar bagi sesebuah masyarakat yang mempunyai pemikiran intelektual yang tinggi ? Atau itu sekadar indoktrinasi dan program pemikiran yang dipaksa ke atas kita ? Lihat pula kepada dialektik pergerakan ‘womens lib’ sebenarnya bukan untuk membebaskan wanita (wanita Melayu Islam sememangnya sudah bebas) tetapi wanita-wanita ini diarah dan dihala tuju dengan meletakkkan wanita muslim ini sebagai alat mekanisma industri (Minah Kilang, GRO, Sisters in Islam). Tanpa wanita-wanita ini mereka tidak dapat meneruskan fasa-fasa hadapan. Retoriknya wanita-wanita ini merasakan diri mereka ‘bebas’ daripada perhambaan di rumah, tetapi sebenarnya telah berpindah menjadi ‘hamba’ kepada tuan yang baru iaitu “sistem demokrasi” dan “sistem kapitalis”. Di mana kau wahai pendekar terbilang, bangun ! Ketahuilah bahawa sanya demokrasi itu tidak releven dengan kita orang-orang Melayu, demokrasi sudah lama mati ! Ayuh kita bangun dan kembalikan semula Kesultanan Melayu.
Kembalikan semula sistem ekonomi dan mata wang kita. Kita punya maruah ! Fahamilah apa sebenarnya yang berlaku dan jangan terpedaya dengan media yang sengaja menenggelam dan melemaskan kita. Saban hari kita dihidangkan dengan berita-berita mengenai konflik di Asia Barat yang mana kita sendiri bingung dengan wartawan yang bengong. Apa yang berlaku sebenarnya ialah perancangan teratur. Jangan terkejut. Islam itu hanya satu dan tidak ada “sect” dalam Islam. Di Iraq setiap hari ada sahaja orang-orang yang membunuh dirinya dengan mengebom diri dan masyarakat awam. Tapi pemimpin merekalah yang berani lantang bersuara dalam dunia sekarang ini. Pemimpin-pemimpin negara Islam lain menikus macam kucing demam.
Palestine dikuasai oleh regim Hamas, mereka mengamalkan amalan ‘bunuh diri’ (suicide bombers) [bunuh diri, neraka tempatnya] yang aksi ini berasal dari golongan Syiah Ismaili dan menukar Palestine menjadi menjadi negara syiah. Para cendiakawan islam dipaksa untuk berdiam diri. Manakala Lebanon pula di duduki dan menjadi lumpuh akibat penguasaan puak “Franco-Christian”.
Osama Ben Laden dan kuncu-kuncunya pula sesuka hati mengeluarkan fatwa dan perintah ke serata dunia. Seorang yang tidak pernah menerima baiat daripada mana-mana muslim, yang tidak mengeluarkan zakat tidak juga memerintah agar zakat itu dipungut oleh mana-mana individu dari golongannya. Tidak ada seorang pun yang boleh memberitahu latarbelakang beliau, pendidikan beliau malahan aktiviti hariannya.
Jelasnya Islam tidak perlu direformasikan. Orang-orang Melayu, terutamanya para pahlawan dan golongan bangsawan tidak menderhaka, tidak pernah sama sekali menderhaka. Penjajah bawa budaya mereka. Reformasi dan Revolusi adalah budaya penjajah lebih tepat lagi itu budaya Yahudi. Mereka mahu kekalkan ketuanan mereka, mereka mahu kekal dipanggil ‘Tuan’ dan ‘Sir’. Kekallah kita memanggil sebarang orang puteh dengan panggilan ‘Sir’ dimana sahaja. Raja-raja Melayu dihilangkan kuasa (kita didoktrinkan dengan momokan – sistem beraja,sistem feudal itu zalim dan kejam, lalu mereka memperkenalkan dan memaksa raja-raja terima sistem demokrasi lapuk) bangsawan dan pembesar istana yang melawan diusir keluar, dikejar, dihalau dan ditempatkan ditempat ditempat yang asing (kepulauan Sychelis, Afrika Selatan dan Ceylon) dan dibunuh ! Manakala rakyat pula dijadikan pekerja ‘pembantu’ atau pekerja ‘kelas tiga’. Wanita Melayu dijadikan amah, anak gadis menjadi gundik (dijamah dan diratah). Melayu menjadi paria ditempat sendiri. Merempat. Akhirnya meraung-raung meminta hak kesamarataan ekonomi yang mustahil boleh dicapai. Satu Malaysia yang pasti jadi satu dongengan. Rakyat diutamakan, kita lihat siapa mangsa siapa.
Inilah satu-satunya fenomena yang menandai zaman, iaitu betapa setianya kerajaan-kerajaan di negara-negara Islam mempertahankan sistem kuffar. Ia menjadi petunjuk kepada sejauh mana kuffar telah menguasai jiwa kebanyakan orang Islam. Kita jugalah yang mempertahankan kesemuanya dari kuffar sekalipun kegagalan sistem demokrasi dan ekonominya telah terbukti pada tahun 1997 yang lalu.
Kesemua ini tidak berlaku dalam sekelip mata tetapi apa yang kita saksikan sekarang ini ialah betapa dahsyatnya kesan bencana yang menimpa manusia sejagat sehingga menjadi sesuatu yang biasa (tabiat) melupakan Tuhan dan ini satu perlakuan dan sifat yang agak unik dalam sejarah manusia. Kita lupa untuk mengingati Allah pada saban waktu dan kita juga lupa bahawa Iblis itu belum mati.
Allahu Akhbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan