Ahad, 2 Ogos 2009

Bab Terakhir…..

RIBA dalam apa bentukpun, semuanya diharamkan oleh Allah dan RasulNya. Kepentingannya sebagai satu isu zaman ini dibuktikan dari kedahsyatan larangan Allah ke atas amalan keji ini. Larangan maha keras ini dapat dilihat dalam ktabNya dan juga melalui sabda-sabda Rasulullah saw. Kepentingan ini juga disingkap apabila Nabi saw menjadikannya (riba) sebagai tema asas baginda dalam Khutbat-ul-Wada', juga kalau dikaji didapati ayat Riba adalah ayat terakhir yang diturunkan oleh Allah swt kepada Rasulullah saw.

Dalam posting yang lepas diterangkan peranan Riba itu dalam proses keruntuntuhan sejarah masyarakat yang menghasilkan satu cara hidup yang memusnahkan keimanan kepada Allah dan semakin memupuskan amalan-amalan Deen Allah dimukabumi ini. Penberantasan Riba adalah satu JIHAD!. Kita mesti mengkaji tentangnya, bentuk-bentuknya dan bagaimana ia menzahirkan dirinya. Kemudian dihebahkan pada orangramai. Kita ajarkan pada semua, Islam dan bukan Islam perihal kecelakaan Riba itu. Dengan cara itu kita boleh melemahkan cengkaman Riba ke atas manusia dan bersedia menghapuskannya sama sekali. Orang Muslim wajib mempelajari kembali amalan muamalat al-maliyyah dan detail-detail urusniaga Madinah supaya selepas kehancuran Riba kita boleh bertapak diruang kosong itu menegakkan kembali batas-batas Allah dalam pasaran domestic dan antarabangsa. Ini termasuk pengenalan semula matawang dwimetalik, emas dan perak, sebagai alat tukaran utama. Sekali lagi kita sebagai pengikut Nabi Muhammad saw adalah satu-satunya golongan yang berkedudukan untuk mengubah keadaan ini. Demi kesinambungan hidup manusia, tirani Riba mesti dihumban keluar. Kita orang Islam sendiri mesti melakukannya.

Elemen berikut proses dominasi keyahudian ini ialah penolakan pemerintahan terbuka (open leadership). Petunjuk yang ditingglkan Nabi jelas, tidak kompleks dan berbelit-beli seperti pemerintahan kafir yang kita gunapakai pulak di hari ini. Siapa yang salah? Prinsipnya ialah Amirah seperti yang jelas disebutkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Ia melibatkan autoriti politik yang dipertanggungjawabkan ke atas seorang individu dan Bai'at orangramai kepada beliau. Inilah open leadership itu. Ia terasas pada ketaatan dan kesetiaan kepada amir Muslimin dibawah batas-batas Syari'at. Dan ini merupakan kunci kepada pintu persaudaran sesama Islam demi Allah.I nilah lambang Islam yang sebenar. Tanpa amirah mana mungkin Islam dapat ditegakkan. Marilah kita buangkan dan lontar jauh-jauh segala kommitee, sub-kommitee, Secretari, Sekretari-General, Presiden dan sebagainya. Ini adalah sampah sarap semata-mata. Semua ini adalah buah-buah beracun dari pohon yang beracun. Dari sinilah bermulanya dua keadaan:

1.Kerajaan melalui manipulasi
2.RIBA dalam sistem kemodenanan.

Semuanya ni tidak ada kena mengena dengan Islam. Dan kaum muslimin mesti tidak ada kena-mengena dengannya.

Demikian juga dengan mitos demokrasi, satu fantasi dongengan Yunani. Shurah itu bukan demokrasi dan demokrasi itu bukan Shurah. Jangan salah fahaman. Dalam Syurah meminta dan bertukar pendapat dan pandangan. Dalam Amirah, Amir semestinya mendengar pendapat orang lain dan meminta panduan – tetapi walau apapun, keputusan akhir terletak di tangan Amir secara mutlak. Dalam Islam tidak ada konsep Pemerintahan Majoriti. Ini ajaran Socrates dan bukan ajaran Islam.

Wahai Muslimin, tolaklah apa yang meracuni dirimu. Terimalah Amirah. Ia adalah jalan Rasulullah saw, para sahabat, para tabien at-tabien. Kibarkan panji-panji Islam dan kaum Muslimin akan kembali ke posisi asal mereka antara manusia iaitu di takhta mereka. Bila umat Islam memegang erat buhul Allah swt maka mereka telah berpegang kepada Dia Yang Tiada LawanNya. Sesungguhnya Kitab Allah itu dipenuhi petunjuk.

"Kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu beriman" (Surah Ali-Imran:39)

Tatapilah Kitab Allah. Kamu tidak akan menjumpai dalamnya melainkan pengesahan demi pengesahan tentang kedudukan para mukminin dan janji-janji Allah kepada mereka iaitu Janji Kemenangan dan Kejayaan Dunia Akhirat. Dan Allah tidak memungkiri janji.

Melihat Islam dari zaman kita ini, iaitu era sesudah letupan maha hebat yang membawa Islam ke jajahan takluk Empayar Roman, ke seluruh empayar Parsi Lama dan ke seluruh Afrika Utara dalam tempoh tak sampai 20 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw – semua ini kita anggap sebagai peristiwa yang sudah berlaku, satu sejarah silam Islam. Tapi cuba anda letakkan diri anda diwaktu sebelum semua ini berlaku – bersama Rasulullah saw di Makkah bersama sekumpulan kecil manusia yang kemudiannya berhijrah ke Madinah; dan dengan sebuah masyarakat kecil di Madinah, terletak di tengah-tengah padang pasir disudut dunia.

Jika kita lihat Islam dari waktu itu, kita akan lihat rintangan-rintangan yang hampir mustahil untuk diatasi. Dan apa yang berlaku berikutnya adalah fenomena menakjubkan yang tidak boleh diterima oleh logik 'akli. Dan apa yang lebih hebat lagi ialah para sahabat sendiri tidak merasakan kejayaan-kejayaan ini menakjubkan atau menghairankan. Kerana apa?. Kerana mereka sudah mengetahui ia akan berlaku!! Kerana Allah telah menjanjikan kejayaan ini dalam kitabNya – dan mereka menyakini bahawa Allah swt tidak sekali-kali memungkari akan janjiNya.

Apa yang didepan kita hari ini tidak berbeza daripada apa yang dihadapan mereka pada masa itu. KUFUR. Mereka mempunyai kitab Allah dan kita juga mempunyai kitab Allah. Janji Allah itu benar.

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". (Al-Baqarah ayat 214)


Rujukan :Keruntuhan dan Kejatuhan Umat Manusia oleh Hajj Abdal Haqq Bewley

Tiada ulasan: