رضيت با لله ربا وبا لإسلام دينا وبمحمد نبيا وبا لقرأن إيماما وبا لكعبة القبلة وبسيدى الشيخى شيخا ومربيا ودليلا وبالفقراء التابعين اخوانا لى مالهم وعلى ما عليهم الطاعة تجمعنا والمعصية تفرقنا
Isnin, 10 Ogos 2009
Meninggalnya Tuan Din Bota Kiri
Petang semalam (9 Ogos 2009) aku dimaklumkan oleh sahabatku Chegu Ahmad Nizam bahawa Tuan Guru Haji Kamaluddin (Tuan Din Bota Kiri) telah meninggal dunia. Genap 2 bulan selepas pertemuan aku dengan Allahyarham pada 6 Jun 2009! Lihat pada posting aku yang lepas berkenaan perjumpaan aku dan beberapa sahabat dengan Allahyarham lewat malam di rumah anaknya. Ketika itu beliau dalam keadaan sihat walafiat dan sempat berseloroh dengan kami. Semua itu tinggal kenangan buat selama-lamanya. Moga Allah SWT mencucuri akan rohnya dan ditempatkan dikalangan para alimin dan solehin. Sedekahkan al-Fatihah untuk roh Tuan Guru ini. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan