Isnin, 29 Mac 2010

Cahaya Allah tidak sampai ke hati pencinta dunia

(Kepada sahabat lama aku Chegu Saidin di Pasir Gebu, Penaga, Seb. Perai Utara....salam hormat dari aku yang faqir ini..)

Syaikh Ibnu ‘Athaillah berkata: “Adakalanya datang kepadamu berbagai cahaya, maka cahaya2 itu menemukan hati yang bercampur penuh dengan gambaran2 keduniaan. Maka berangkatlah dia dari mana dia turun. Kosongkanlah hatimu daripada perubahan2, maka Allah akan memenuhinya dengan makrifat dan rasia2 ketuhanan.”

Kemewahan dan gemerlapnya dunia menyebabkan manusia tergoda oleh silau cahayanya. Lantas manusia berlumba2 untuk memperolehinya tanpa menghiraukan halal-haramnya, sah atau batalnya dari sudut agama. Kelekaan pada kemewahan duniawi bukan berlaku dahulu lagi bahkan lagi teruk dizaman moden ini! Bukan orang awam saja...yang cerdik ugama pun tumpang toi. Allah!.. Rasulullah saw telah menyindir ummatnya yang bersikap demikian dalam hadis bermaksud:

‘Akan datang kepada umatku suatu zaman, ketika mereka cinta kepada lima perkara dan lupa kepada lima perkara. Iaitu mereka cinta kepada dunia, lupa pada akhirat. Cinta pada harta lupa pada hisab. Cinta kepada makhluk, lupa pada Khalik. Cinta kepada dosa dan lupa pada taubat. Cinta pada mahligai, lupa pada kubur.’

1.       Cinta kepada dunia, lupa pada akhirat.

 بل تؤ ثرون الحيوة الد نيا. والأجرة خير وابقى.

Maksud: Tetapi mereka (orang2. Kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik daripada kehidupan dunia. (Al-A’laa:16:17)

Nabi Saw pernah umpamakan kehidupan  manusia di dunia macam seorang musafir yang sedang berjalan jauh, kemudian berteduh sat (sebentar) di bawah pokok yang rimbun untuk berehat. Selepas itu berjalan kembali meneruskan perjalanannya dan tinggallah pohon yang disinggahi itu untuk selama2nya. Tak kembali lagi. Dia sedar destinasinya.

Kalaupun yang singgah sebentar tapi terlena dan tertidor maka hilanglah tujuannya yang asal untuk berehat. Jadi tidaklah dapat dia meneruskan perjalananannya.

Sebahgian hukama berpendapat cinta pada dunia akan mendapat empat keburukkan.

  1. Ragu2 yang berpanjangan
  2. Sentiasa rasa tidak kecukupan
  3. Akan disibukkan oleh berbagai urusan
  4. Panjanglah angan2.

2.       Cinta pada harta, lupa pada hisab

Harta kemewahan yang dikurniakan Allah adalah pinjaman semata2. Jadi kenalah kita faham, harta adalah alat sahaja, bukan tujuan. Harta kemewahan yang didapati adalah alat untuk mendekatkan diri pada Allah semata2, bukan diperalatkan oleh harta yang dimiliki sehingga diperah segala tenaga dan fikiran untuk mendapatkan kemewahan dunia sebanyak2nya dan dah lupa hukum syarak. Halal dan  haram dibedal sama rata, janji dapat untungan. Untung dia saja dia kira. Islam tidak menghalang umatnya mencari kekayaan tapi mestilah berlandaskan ketentuan syarak;

Carilah selagi boleh tapi mestilah yang halal. Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani: Ambillah sedikit dari yang halal. Mengambil banyak dari yang halal membawa kepada mubah. Bila mubah dipermudahkan takut terkena kepada makruh, sedang makruh selalu menunggu yang syubhat. Bila berani mengambil yang syubhat tentu berani mengambil yang haram, manakala yang haram akan membawa manusia masuk neraka.

Jangan pulak berlebih2an dalam perbelanjaan. Ditakuti terjebak dalam pembaziran.

Berzakat jangan lupa. Apa-apa zakatlah selagi bergelar pemilik harta! Zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat ternakan maupun dari hasil tanaman.  Pun kena zakat untuk emas kalau dah berlambak dalam simpanan tu.

Semua kekayaan dan kemewahan yang didapati akan ditanyai dari mana dapat dan ke mana dibelanjakan.

3.       Cinta kepada makhluk, lupa pada Khalik (Allah)

Cintalah pada siapa pun..kekasih, isteri, anak-anak, ibu-bapa tapi cinta pada Khalik (Allah) dan RasulNya Muhammad saw mengatasi mereka yang tadi. Tapi sayang cinta pada makhluk dilebih2kan. Kereta besar dan canggih, rumah kalah istana, pakaian anak-bini hebat dan mahal sekali tapi pada Allah..sejadah lusoh yang tiga puluh tahun lepas masa berkahwin. Kopiah pakai sambar tak tengok bersih atau tidak. Kekadang bersolat bersinglet koyak pun tidak terperasan! Allah! Mana yang kata cinta pada Khalik tu.

4.       Cinta pada dosa, lupa kepada taubat.

Boleh tengoklah masyarakat kini. Dari anak muda, orang dewasa hingga ke tua bangka termasuk akulah dosa dan kesalahan sengaja atau tidak sengaja tidak upaya dielakkan. Setiap detik dan detak, gerak dan gerik ada2 saja. Inilah tabiat manusia tapi kalau perbuatan dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan takut-takut terjeremus ke lembah durjana dan kehinaan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meninggalkan kebiasaan buruk yang mengundang dosa itu. Nabi saw dah ajar sekurang2nya beristiqfar. Disuruhnya kita bertaubat kepada Allah dan semestinya taubat nasuha!  

Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Walaupun kamu sudah melakukan dosa sehingga banyaknya memenuhi bumi dan langit, kemudian kamu menyesali perbuatan kamu itu dan bertaubat, maka Allah akan menerima taubat kamu. (Hadis diriwayat oleh Ibnu Majah).

5.       Cinta pada mahligai, lupa pada kubur

Manusia ini selalu lupa yang dia akan mati satu hari nanti. Kalau dia orang yang sentiasa mengingati mati,  pasti dia akan memperbanyakkan amal ibadat sebagai bekalan di sana nanti. Mati hanya sekali dan bila maut menjemput tidak kira masa dan tempat. Malangnya kita lupa pada kubur.  Kita bangga dengan mahligai hinggap kita. Kita berlumba2 mencantikkan rumah kediaman dengan kemewahan. Berseronok dengan anak-bini, kawan-kawan yang diundang, berseronok dengan kolam mandi, kolam ikan, kucing, burung dan sebagai seolah2 kita tidak akan mati. Rumah bagai mahligai indah... lupa yang kita akan kembali pada kubur tempat yang sunyi sepi, gelap dan sempit yang memang setia menanti kita.

Jadi marilah kita berusaha brsungguh2 untuk menghilangkan kerisauan2 terhadap kepentingan duniawi, agar cahaya Allah yang berupa hidayah dan inayah boleh masuk ke dalam hati kita. Dunia hanyalah sementara manakala akhirat itu kekal abadi. Gunalah kesempatan di dunia untuk beribadat moga selamat di akhirat nanti.

“Dan orang2 yang berjihad untuk (mencari keredhoaan) Kami, nescaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sesungguhnya Allah benar2 bersama orang yang berbuat kebaikan.”
(An-Ankabut:69)



Jumaat, 26 Mac 2010

Untuk dapat Redho Allah..

ذاق طعم الأيمان, من رضيت بالله ربا, وبالأسلا م دينا, وبمحمد نبيا

“Telah merasai keenakan iman, siapa yang meredhoi  Allah sebagai Tuhan, meredhoi Islam sebagai agama, dan meredhoi  Muhammad saw sebagai Nabi”.

Keenakan rasa yang muncul dari keredhoan ini adalah disebabkan makrifat (pengenalan) kepada Allah Taala dan itulah cahaya yang Allah letakkan ke dalam hati siapa yang dicintaiNya diantara hamba2Nya , dan tiadalah yang lebih mulia dan lebih bernilai selain dari cahaya itu. Hakikat pengenalan yang dikatakan makrifat itu ialah hidupnya hati itu dengan Muhyi, yakni yang menghidupkannya tidak lain dan tiada bukan hanya Allah swt. Cahaya itulah yang akan memimpin manusia mukmin itu ke jalan yang diredhoi Allah dengan menerima dan mengamalkan segala ajaran Rasul2Nya dengan sebaik mungkin. Disinilah sifat perhambaan (ubudiyah) kena hamba biasanya akan turut segala perintah Tuannya. Kepatuhan itu adalah untuk kebaikan dirinya dan sebab kepatuhan itulah akan dibalas Tuhan (tuannya) samada di dunia apatah lagi di akhirat. Engkar pada Tuan itu derhaka namanya! Apatah lagi pada Tuhan.

Makrifat itu adalah bila manusia mukmin tidak lagi memandang kepada banyaknya amalan dan kuatnya ibadat yang dilakukannya, malah memandang dan menghargai Tuhan yang kepadaNya dipersembahkan ibadat kerana telah faham “hamba dan segala yang dimilikinya adalah kepunyaan Tuannya.” Barulah dapat merasakan kelazatan Iman kerana telah redho Allah itu sebagai Tuhannya.

Ibnus Sammak pernah ditanya: Bilakah seorang hamba itu sedar bahwa dirinya benar2 berada di dalam hakikat pengenalan?

Maka dijawab Ibnus Sammak: Jika dia meyaksikan Al-Haq (Tuhan) dengan mata penyedarannya, apabila dia berkeadaan fana daripada segala sesuatu selain Allah.

Sesiapa yang sampai kepada kemuncak pandangannya itu Allah, dia tidak lagi menoleh pada dunia, kerana dunia itu negeri yang fana (binasa); demikian pula dia tidak mengharapkan syurga dan kenikmatannya kerana haqqul yakinnya kerana seutama-tama kenikmatan bagi penghuni syurga ialah nikmat memandang wajah (Dzat) Allah itu sendiri.

 وجو ه يومئذ نا ضرة, ألى ربها نا ظرة

“Beberapa muka pada hati itu bercahaya. Melihat pada Tuhannya”. (Al-Qiyamah:23-23)

Sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahih Bukhari :Antara dailog Allah s.w.t kelak bersama dengan ahli syurga :

Allah berfirman : Wahai Ahli Syurga.

Ahli syurga menjawab : Ya! Wahai Tuhan kami, kami junjung segala titah seruMu dan segala kebaikan berada ditanganMu.

Allah berfirman : Adakah kamu redho? (Adakah kamu berasa cukup dengan hidangan syurga ini?).

Jawab mereka : Adakah tidak kami redho, sedangkan apa yang Engkau berikan ini tidak diberikan pada orang lain selain kami.

Allah berfirman lagi : Sudikah kamu Aku berikan yang lebih baik daripada itu?

Mereka menjawab : Ya Tuhan kami!, masih ada lagikah yag lebih baik selain daripada syurga ini?

Allah berfirman : (iaitulah) Aku akan berikan pada kamu redhoKu. Dan selepas itu tidak ada kemurkaan Aku terhadap kamu selama-lamanya.

Nah! Redho Allah adalah setingg-tinggi nikmat yang dikurniakan kepada manusia mukmin samada di peringkat Dunia mahupun Akhirat.

Di dunia : Allah berfirman : Wain ta'uddu nikmatallaha latuhsuuha...
Bermaksud : Jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, maka kamu takkan dapat menghitung banyaknya nikmat itu.

Dan ketahuilah antara banyak- banyak nikmat Allah itu ialah Redho Allah pada kita. Bagaimana ndak mendapatkannya?

Di akhirat : Di Akhirat Allah kurniakan syurga bagi orang yang senantiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan sentiasa mematuhi perintahNya . Jadi, memasuki Syurga adalah ganjarannya. Ertinya Allah telah redho dengannya. Sesiapa yang mendapat redho Allah, semestinya mendapat syurga Allah.

Layakkan diri kita mendapat redho Allah? Apakah ciri-ciri untuk mendapat redho Allah itu?.Jawapannya mesti ada pada diri kita dahulu. Ya..Kita kena redho dulu atas apa yang Allah tetapkan pada kita. Jadilah redho meredhoi. Kita redho padaNya maka redholah Allah pada kita.  Cuba kita kembali ayat yang seringkali kita membacanya: Radhiallahu 'anhum wa radhu 'anhu.

Dan Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: Tiga perkara barangsiapa yang menyebutnya (dengan ikhlas, rasa rendah diri, penuh keimanan) maka selayaknya memasuki syurga iaitu ;

رضيت بالله ربا, وبالأسلا م دينا, وبمحمد نبيا

Jadikanlah amalan dalam wirid kita, pagi dan petang.Tapi pastikan jangan kita hanya mengambil wirid itu saja tapi amalan kita, perlakuan kita perangai kita tidak mencirikan apa yang kita niatkan. Ingat! Jangan membuat kerja-kerja yang mengundang kemurkaan Allah.

Bila hati kita telah redho Allah itu Tuhan kita dan kita melaksana tugas kita selaku hambaNya semata-mata keranaNya tiada lain dariNya jua maka kita juga telah mengaku (redho) Islam itu agama kita. Iaitu perlaksanaan akan syariat Allah! Dan Redho kita pada Nabi Muhammad saw ialah bersunguh-sungguh memperjuangkan agama yang dibawa oleh baginda. Nabi Muhammad saw adalah utusanNya yang membawa Islam sebagai diinul hayahh. Tanda sayang, cinta kita pada Nabi ialah mengamalkan sunnahnya, kerana sebesar-besar cinta kita pada Rasul ialah mengamalkan segala sunnahnya! Jangan hanya pandai membidaah orang. 


ان أمتي لاتجتمع على ضلالة

Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat atas satu kesesatan. (Riwayat dari Ibnu Majah)

Semua amalan ulama2 terdahulu pun keempat-empat ulama Feqh (empat mazhab) tidak lari dari landasan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Apabila seseorang itu ingin mempelajari hukum-hakam, dia perlu merujuk kitab-kitab Feqh dan bukan kitab hadis Rasulullah s.a.w.. Ini kerana para ulama feqh telahpun mengkaji nas Al-Quran, hadis Rasulullah dan dalil-dalil yang lain sebelum mereka berhukum. Oleh itu tindakan mana-mana individu pengacau yang mendakwa bahawa apabila seseorang itu ingin mempelajari hukum-hakam, ia perlu mengikut sunnah Rasulullah dengan cara merujuk terus hadis-hadis Rasulullah, adalah salah kerana kitab hadis bukanlah kitab untuk mencari hukum bagi kita yang tidak bergelar pun mujtahid. Tahi adalah! Berlapang dadalah dan ikutilah ulama-ulama mujtahid terdahulu tadi. Janganlah kita pandai-pandai mengundang padah! Dan mengundang kemurkaan Allah!

Para sahabat merupakan orang yang Allah Redho. Ikutilah langkah para sahabat dan sayangilah ahli bait baginda. Mereka redho segala ujian yang mereka terima. Kena siksa, kena berperang, berkorban jiwa (ramai yang terkorban) dan harta-benda. Allah puji mereka dalam Al-Quran.  Maka layaklah mereka  mendapat  redho Allah.  

Allah berfirman dalam surah Al-Baiyinah sebahagian ayat 8 : Radhiallahu 'anhum wa radhu 'anhu. (Allah meredhoi mereka dan mereka juga meredhoi Allah)

Islam dahulu ditegakkan dengan seribu macam kesukaran. Kita hari ini menerima nikmat yang telah direntiskan oleh generasi terdahulu.  Adakah kita kena siksa kerana Islamnya kita seperti generasi awal dahulu? Kena berperangkah kita seperti mereka dahulu bersama Rasulullah saw semata-mata menegakkan agama ini? Mereka terseksa dan berseksa semata-mata kerana menyahut seruan Dinul Islam, supaya generasi mendatang dapat menjalani perintah Allah. Nabi saw telah menunjuki segala jalan-jalannya. Jadi kita generasi terbelakang ini hanya menurut sahaja perintah dan suruhan Allah sepertimana yang generasi terdahulu lakukan dan sunnah Nabi yang mereka amalkan dahulu. Perbuatan yang tidak melanggari syariat adalah tidak dilarang. Terbukti nyata melanggari syariat dan sunnah itulah bidaah!

Para sahabat telah pun mendapat redho Allah kerana redhonya mereka pada Rasulullah. Jadi apa salahnya kita mengikuti jejak mereka yang telah mendapat redho Allah itu? Mereka redho ketiga-tiganya. Jadi ikutlah mereka moga kita juga akan mendapat redho Allah. Mengapa mencari jemaah yang lain dari jemaah yang nyata kebenarannya.

Allahumma inna nas aluka Redhoka Wal Jannah, wa na'uzubika minal sakhatika wannar.

Wassalam. Kekurangan dan kelemahan adalah dari aku sendiri dari segi pemahaman dan pembacaan. 

Rabu, 24 Mac 2010

PESAKA RASULULLAH SAW

Seseorang hamba itu apabila dia sentiasa kekal melakukan ketaatan dengan jiwa yang ikhlas dan patuh kepada Allah, kemudian sentiasa berada di dalam kebersihan lahir batin – taharah – dan sentiasa  pula mengingati Allah nescaya akan tumbuh di dalam dirinya sifat kehambaan dan keagungan penciptanya Allah Rabbul Jalil. Kehidupannya dilingkari dengan amalan-amalan bertawajjuh dan amalan kerohanian. Para sahabat dan para tabien (pengikut-pengikut sahabat) menjalani amalan sedemikian yang menghasilkan sakinah (ketenangan rohani) dengan cara-cara yang tidak sedikitpun bertentangan dengan syariat. Kita boleh bahagikan amalan-amalan mereka sepertilah berikut:

1.         Sentiasa mereka memelihara solat lima waktu, sentiasa bertasbih, berkhalwat sambil memelihara hati sentiasa khusyuk padaNya dan tidak pula lupa mengingati Allah.

2.         Sentiasa berada dalah taharah dan meninggalkan kelazatan duniawi. Ingat akan nikmat2 dan azab2 seperti yang dijanjikan oleh Allah. Jadi akan hilanglah ikatan dihatinya untuk menikmati lazat duniawi yang sementara lagi kotor dan rendah itu.

3.         Sentiasa melazimi membaca Al-Quran, merenung, berfikir dan memerhatikan maksud ayat2 yang dibacanya. Selain itu mereka sukakan majlis2 ilmu, suka mendengar pengajaran dari hadis tentang Mahsyar, Syurga dan Neraka yang boleh melembutkan hati.

Rengkasnya para Sahabat dan Tabien sentiasa tekun melakukan perkara2 yang tersebut diatas dan beristiqamah dengannya dalam tempoh yang panjang. Maka lekatlah pada diri mereka suatu malakah yang baik dan rasa ketenangan diri-hening. Dan mereka menjaganya hingga ke akhir hayat mereka. Dan inilah yang dimaksudkan dengan ‘Pesaka Rasulullah saw”.

4.         Mereka lebih mengutamakan (memilih) untuk taat  dan patuh kepada Allah dari segala yang lain daripadaNya. Dalam Kitab Al-Muatta dari Imam Malik, diriwayatkan dari Abdullah Bin Abi Bakar bahawa Abu Talhah Al-Ansari (pada suatu hari) sedang melakukan solat dalam kebunnya maka terbanglah seekor burung, burung itu terbang ke sana kemari mencari lubang keluar. Ini menghairankan Abu Talhah. Kemudian dia teringat bahawa dia sedang bersolat. Tapi malang, seperti kitalah kekadangnya, tidak pasti lagi berapa rakaatkah solatnya itu?

Maka berkatalah Abu Talhah:”Sesungguhnya hartaku ini telah menyusahkan aku dan inilah yang dikatakan fitnah-cubaan”.

Lalu mengadaplah beliau pada Rasulullah saw dan menceritakan akan peristiwa yang dialaminya itu. Akhirnya beliau berkata: “Wahai Rasulullah! Kebun ini daku sedekahkan kerana Allah. Dan lakukanlah apa yang baik pada Tuan Hamba”.

Hadis yang lain pula mengenai Uthman ra yang berdiri di atas tanah kuburan lalu beliau menangis hingga basah janggutnya.

Manakala Rasulullah saw apabila baginda bersolat dikala malam hari, bunyi bacaannya mengelegak seperti bunyi gelegaknya periok kerana mengenangkan ayat Allah:

ام خلقوامن غيرشيىءام هم الخا لقون

Maksudnya: Apakah mereka diciptakan tanpa pencipta atau merekakah yang mencipta diri mereka sendiri?”.  (Surah At-Tur:35)

Ahad, 21 Mac 2010

SIFAT-SIFAT SEORANG WARIS NABI

Mengapakah tidak pergi dari tiap2 golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya. Supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.  (At-Taubah ayat 122).

Seseorang yang boleh dianggap Alim Rabbani merupakan waris nabi dan rasul2 . Mereka sentiasa menjaga beberapa perkara, antaranya:

1.Hendaklah ia sentiasa mengajar ilmu2 tafsir Al-Quran, Al-Hadis, mengajar ilmu fekah, ilmu suluk, ilmu akidah bersandakan Al-Quran dan Al-Hadis dan ilmu2 nahu dan saraf. 

Adalah tidak tepat seorang Alim Rabbani itu menganjurkan dirinya mengajari ilmu2 Al-Kalam, ilmu Mantiq dan Falsafah.  

Firman Allah Taala surah Al-Jumaat ayat 2 :

Maksud; Dia (Allah) yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang rasul di antara mereka, yang membacakan ayat2Nya kepada mereka, mensucikan, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hukum, sekalipun mereka sebelumnya benar2 berada di dalam kesesatan yang nyata.

Jadi dalam pengajarannya ialah memelihara dan menghuraikan perkara2 sulit dari segi bahasa, membentangkan apa yang tersembunyi dengan membawa contoh2 yang tepat dan jitu. Disamping itu menerangkan kesimpulannya, mendekatkan bukti2 supaya senang memperolehi natijahnya. Ini dapat dilakukan dengan selalu membuat penerangan awal dan saling hubung menghubungi antara satu sama lain, serta kaitan dengan pengertian dan kaedah2 umum yang dipelajari, menerangkan bentuk2 yang sulit dalam pembahagian, menghilang kekeliruan yang zahir kerana dua perkara yang berlainan yang mungkin dikatakan serupa dan dua perkara yang serupa mungkin dikatakan berlainan dan berbeza. Ini berhubungkait dengan pandangan mazhab2 atau penekanan pendapat2 tertentu dan juga ibadat2 yang menimbulkan keraguan.

Dalam pengajarannya seseorang Alim Rabbani ini kena menerangkan ayat2 atau pendapat2 seseorang ulama yang tertentu dengan jelas.  Kemudian  ia hendaklah selalu memberi  ingatan serta pesanan semasa ia mengajar.

2.Hendaklah ia berusaha mencari peluang mengajarkan ilmu ketenangan batin atau As-Sakinah.  Ertinya duduk bersama mereka, bersahabat dengan mereka dan menggalakkan mereka supaya sentiasa ingatkan Allah samada dengan perkataan dan juga perbuatan, menggalakkan hati mereka sentiasa berpaling  kepada Allah. Inilah yang disyaratkan oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi :

 ويزكيهم  dan membersihkan mereka.

3.Hendaklah  dia sentiasa menjaga mereka itu dengan memberi nasihat . Allah telah berfirman kepada RasulNya Nabi Muhammad saw.

فذ كران نفعت الذ كرى
Maksudnya: Oleh sebab itu berilah peringatan kerana peringatan itu bermunafaat. (Surah Al-A’la ayat 9).

Dalam memberi nasihat, jauhkan diri dari menceritakan kisah2. Dalam dasar agama bahawa Rasulullah saw., kaum keluarga dan sahabat2 selepas baginda sentiasa menjaga umat dengan nasihat dan peringatan. Dalam kitab Hadis Sunan Ibnu Majah dan lain2nya bahwa peringatan sambil bercerita tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah saw., pun waktu zaman Saidina Abu Bakar dan Umar ra.

Para sahabat pernah menghalau pencerita2 keluar dari masjid. Dari sini diketahuilah bahwa cerita2 itu bukanlah nasihat. Ada cerita yang tercela dan ada cerita yang terpuji. Siapakah yang dapat menghalangi dari pengumpat2…

Adapun yang dimaksudkan dengan cerita itu ialah menyebut kisah2 yang ganjil, yang pelek, mistik, yang tak pernah didengar orang, memberi gambaran yang melampaui dari sepatutunya tentang kelebihan2 amal atau lainnya yang tidak ada kebenaran sama sekali menurut dasar agama. Malahan cerita2 itu pulak tidak melatih atau mendidik pendengar atau murid untuk mendekati As-Sunnah, malah bertujuan untuk mengindahkan percakapan yang menimbulkan kehairanan dan untuk membezakan kelainan dan keistimewaan dirinya dari manusia lain.

4.Hendaklah sentiasa bersikap menyeru dan mengajak manusia kepada ma’ruf dan mencegah munkar. Misalnya dalam perkara wudu’ dan solat apabila menemui seseorang yang melakukan kesilapan atau ada ketidaksempurnaan maka hendaklah ditegurnya sebagaimana Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Alangkah malang bagi orang yang tidak sempurna membasuh aurat tumitnya, anggota itu akan dimakan api.
Atau ketika melihat orang yang tidak mempunyai tama’ninah ketika bersolat, hendaklah menegur seperti tegurnya Nabi saw yang bersabda:صل فا نك لم تصل  

Maksudnya: Solatlah (semula) kerana kamu belum solat.

Dan begitulah seterusnya dalam pertuturan, pergaulan, berpakaian dan sebagainya. Allah berfirman seperti terjemahan di bawah.

Maksudnya: Hendaklah ada dikalangan kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah yang munkar, merekalah orang 2 yang beruntung.

Dalam menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah yang munkar itu, hendaklah dengan adab sopan yang lemah lembut kerana sikap keras dan garang itu adalah gaya hidup para pembesar dan raja2. Surah Al-Nahl ayat 25, Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Ajaklah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat yang  baik dan bantahlah (berdebatlah) dengan mereka guna cara yang paling baik.

5. Hendaklah sentiasa bersikap timbang rasa kepada fakir miskin dan para penuntut ilmu sekadar yang mungkin. Sekiranya ia tidak berkuasa berbuat demikian, dia tentu mempunyai teman sahabat yang bersedia berbuat demikian. Berilah galakan kepada mereka berbuat demikian kepada dua golongan tadi.

Apabila anda menemui kelima-lima sifat ini berhimpun pada seseorang tokoh, maka pastilah dia waris para anbiya dan para rasul. Jangan ragu2 padanya atau sengaja mencari lain2 lagi! Tokoh seperti ini dimuliakan di alam malakut dan disanjungi oleh makhluk dilautan (ikan) seperti yang dilapurkan oleh hadis.

Merekalah Alim Rabbani dan jangan lepaskan peluang bersahabat dengan mereka kerana merekalah yang dianggap belerang merah atau pun sebagai intan permata yang kilau kemilau. Inilah maksud dalam Surah Al-Jumaat ayat 2:

هوالذيبعث فى الأميين رسولامنهم

Dia (Allah) yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka (dari kalangan mereka).

Ketahuilah setiap mereka yang memiliki kelima-lima perkara diatas, tidak akan mungkir akan peranan mereka berhubung dengan kerja2 mengajak manusia kepada Allah Taala dan sekiranya ada kecacatan dia mestilah membaikinya.

Syarat2 di atas dipetik dari dalam risalah 
القولالجميل فى بيا ن سواءالسبيل
Kata-kata indah nan kudus untuk menerangkan jalan yang lurus karangan Shah Waliyullah bin Abdul Rahim (Syah Waliyullah Ad-Dahlawi).

Kemudian pengarang menambahkan lagi; Kepada saudara2 para pencari dan pencinta kebenaran, saya suka memberi beberapa pesanan:

1.      Anda jangan sekali2 bersahabat dengan orang2 kaya melainkan menolak kezaliman daripada manusia. Ataupun untuk membawa manusia itu ke arah kebajikan. Pandangan ini adalah merupakan jalan tengah di antara pandangan Hadis2 yang menunjukkan atas celanya bersahabat dengan raja2 dan di antara apa yang dilakukan oleh kebanyakan ulama2 terkemuka yang bershabat dengan raja2.

2.      Jangan sekali2 bersahabat dengan ahli sufi yang jahil, juga ahli ibadat yang tidak mengerti. Janganlah menghampiri ahli2 fikah yang banyak melakukan bidaah – yang jahil tentang hakikat agama – serta ahli2 Hadis yang terlalu berpegang pada zahir Hadis. Jangan terikut2 dengan pelampau2 yang terdiri dari ahli2 falsafah dan golongan mutakallimin – malah hendaklah anda menjadi ulama sufi yang sentiasa zahid. Sentiasa menumpukan perhatian kepada Allah. Sentiasa sibghah (bercelup) dengan keadaan2 yang tinggi
حو ال العلية    الا, sentiasa cencerung kepada sunnah yang mengikuti Hadis2 Rasulullah dan athar para sahabat, sentiasa mencari penerangan dan penjelasan dari ulama2 yang benar2 faham tentang hakikat, yang cenderung menyelidiki Hadis2, juga penerangan dari ulama yang iktqadnya bersandarkan Hadis dan Sunnah disamping berpegang pada dalil akal. Mendengar penerangan drp. ulamak2 suluk yang berpegang kepada ilmu tasauf tanpa tambahan dari mereka, dan tidak terlalu menghalus, melebihi dari apa yang terdapat dalam sunnah.

Ertinya jangan bersahabat kecuali orang2 yang mempunyai sifat2 di atas.

3.      Janganlah anda sekali2 bercakap, memberi pendapat untuk membenar dan mentarjihkan satu mazhab ulama fiqah di atas satu mazhab yang lain. Letakkanlah kedudukan mazhab2 itu seadanya. Dan ikutlah mana2 pandangan yang anda fikir lebih mendekati As-Sunnah serta dikenali ramai. Kalau keduannya sama juga, maka pilihlah mana yang anda suka. Jadikanlah sekelian mazhab2 itu seperti mazhab yang satu tanpa taksub pada mana2 mazhab.

4.      Anda janganalah sekali2 terlanjur membicara, membuat komen untuk mentarjih mana2 tarikat keatas setengah tarikat yang lain. Janganlah anda mengingkari orang2 yang telah lama mengikuti mana2 satu tarikat dan jangan pula engkar terhadap orang2 yang sentiasa memberi ta’wil di atas apa yang didengarnya dan lain2 golongan lagi. Anda juga janganlah mengikuti mana2 pandangan kecuali yang benar2 tsabit di dalam As-Sunnah dan yang diikuti oleh para ilmuan yang benar2 tahqiq dan benar2 mahir di dalam lapangan ilmu.

Betul akan kata peribahasa lama, ambillah yang bersih dan buangkan apa yang keruh. Allah jua yang memberi Taufiq dan Pertolongan.

Rabu, 10 Mac 2010

Sungguh Allah Jua Yang Mengetahui.

Ajaib tetapi benar! Tapi tidak pelik!! Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda, benda dan sebagainya. Sebenarnya keseluruhan segala makhluk di dunia ini habis dikaji manusia. Hatta, ketul batu yang didarat maupun di laut! Ada unsur sains dan ada berunsur mistik. Ada yang terungkai, ada yang tidak. Kerana akal fikiran manusia terbatas! Hanya sanya Allah Jua Yang Mengetahui. Kerana Dia Maha Pencipta.


Berikut adalah sebahagian daripada hasil kajian cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran.


Di dalam Al Qur’an, diterangkan nama salah satu elemen kimia dalam tabel periodik, yaitu besi (Fe = ferrum) menjadi salah satu judul surah. Sehingga muncul pertanyaan apa yang menarik sehingga diberi nama pada surah itu..Al-Hadid bermaksud besi.  Lalu, mengapa besi dijadikan salah satu nama surah di dalam al-Qur’an? Bukankah emas,permata, misalnya, lebih berharga? Ataupun minyak atau pun gas asli buat pada masa sekarang? Mengapa besi pulak?


Berkali2 Tuhan memerintahkan manusia menggunakan ‘aqal dengan firman-Nya afala tatafakkaruun (tidakkah kamu mahu berfikir), afala ta’qiluun (tidakkah kamu menggunakan ‘aqal).


Tanpa mengenal sifat-­sifat besi, kita tidak akan mengetahui “keindahan” Surah Besi ini, yang diletakkan pada nombor 57.


Nilai kata atau al-jumal Al-Hadid adalah 57. Terdiri dari al (31) dan hadid (26). Iaitu:


Alif = 1, Lam = 30, Ha‘ = 8, Dal= 4, Ya’ = 10, Dal = 41 + 30 + 8 + 4 + 10 + 4 = 31 + 26 = 57.

Kalau kita mengenal karakteristik besi, kita mendapat gambaran banyak hal, misalnya:
  • Salah satu isotop besi yang stabil, Fe-57, mempunyai nombor simbol sama dengan nombor Surat al-Hadid, dan al-jumal dari al-hadid adalah 57 juga.
  • Besi mempunyai nombor atom 26, ditunjukkan oleh al-jumal kafa hadid.
  • Fe-57 mempunyi elektron 31 buah, ditunjukkan oleh al­jumal dari kata “al”.
  • Koefisien 3, dari (19 x 3), ditunjukkan dengan ionisasi ting­kat energi ke-3 yang dilepas sebesar 2957 jk/mol. Surat Al­-Hadid mempunyai 29 ayat atau kodetifikasi 2957.
  • Peneliti al-Qur’an dari kelompok Fakir 60 di Amerika Syari­kat menjelaskan bahwa banyaknya kata dalam surat ini seluruhnya adalah 574 kata, sedangkan banyaknya kata dari awal surat sampai dengan ayat ke-25 (kata pertama) adalah 451. Bilangan 574 menunjukkan “Fe-57 adalah salah satu isotop yang stabil dari 4 isotop yang ada” atau berarti juga “yang mempunyai 4 tingkatan energi”.
  • Bilangan 451, banyaknya kata, adalah jumlah bilangan no­mor simbol kedelapan isotop besi: Fe-52, Fe-54, Fe-55, Fe­56, Fe-57, Fe-58, Fe-58, sampai Fe-60; yaitu 52 + 54 + 55 + 56 + 57+ 58 + 59 + 60 = 451.
  • Enkripsi pada keempat isotop stabil, Fe-54, Fe-56, Fe-57, dan Fe-58 merupakan kelipatan 19 atau: 54565758 = 19 x 2871882. Demikian juga massa atom Fe-57, 56.9354 adalah: 569354 = 19 x 29966
  • Bukan suatu kebetulan, jika nomor surat dan nomor ayat besi (QS 57: 25) ditunjukkan dengan angka 19.
  • 5+7+2+5=19.
  • Dari sisi matematika, angka 57 clan 29 tergolong ajaib ka­rena angka-angka tersebut merupakan:
  • 57×29= 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 +…+ 57 atau (19 x 87)
Kata “besi” dalam al-Qur’an disebut 9 kali dalam 6 ayat yang berbeza.

Antaranya:
“Rahasia” Dzulkarnain pada Surat al-Kahfi (18:96), yang membina tembok besi. Ayat tersebut berkisah tentang “pin­tu besi” yang dibangun oleh Dzulkarnain “di antara kedua pun­cak gunung”.


Sumber dari Harun Yahya.
Dikutip dari http://wordpress.com/2009/10/19/besi-fe-menjadi-nama-surah-al-quran/

Bilangan tentang perkara lain yang disebutkan di dalam Al-Quran:




DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali

MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75 kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32 kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali


LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali
BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus



Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!


NOTA:
Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan. Dikutip dari http://ustazroslidhoby.blogspot.com/

Isnin, 8 Mac 2010

Who or what is a Salafi? Is their approach valid?

Their basic claim is that Islam has not been properly understood by anyone since the prophet Mohammed and the early Muslims--except themselves.

The word Salafi or "early Muslim" in traditional Islamic scholarship means someone who died within the first four hundred years after the prophet Mohammed , including scholars such as Abu Hanifa, Malik, Shafi'i, and Ahmad ibn Hanbal. Anyone who died after this is one of the khalaf or "latter-day Muslims".

The term "Salafi" was revived as a slogan and movement, among latter-day Muslims, by the followers of Muhammad Abduh (the student of Jamal al-Din al-Afghani) some thirteen centuries after the prophet Mohammed , approximately a hundred years ago. Like similar movements that have historically appeared in Islam, its basic claim was that the religion had not been properly understood by anyone since the prophet Mohammed and the early Muslims--and themselves.

In terms of ideals, the movement advocated a return to a Shari’a-minded orthodoxy that would purify Islam from unwarranted accretions, the criteria for judging which would be the Qur'an and Hadith. Now, these ideals are noble, and I don't think anyone would disagree with their importance. The only points of disagreement are how these objectives are to be defined, and how the program is to be carried out. It is difficult in a few words to properly deal with all the aspects of the movement and the issues involved, but I hope to publish a fuller treatment later this year, insha'Allah, in a collection of essays called "The Re-Formers of Islam".

As for its validity, one may note that the Salafi approach is an interpretation of the texts of the Qur'an and Sunna, or rather a body of interpretation, and as such, those who advance its claims are subject to the same rigorous criteria of the Islamic sciences as anyone else who makes interpretive claims about the Qur'an and Sunna; namely, they must show:

1. that their interpretations are acceptable in terms of Arabic language;
2. that they have exhaustive mastery of all the primary texts that relate to each question, and
3. that they have full familiarity of the methodology of usul al-fiqh or "fundamentals of jurisprudence" needed to comprehensively join between all the primary texts.

Only when one has these qualifications can one legitimately produce a valid interpretive claim about the texts, which is called ijtihad or "deduction of Shari’a" from the primary sources. Without these qualifications, the most one can legitimately claim is to reproduce such an interpretive claim from someone who definitely has these qualifications; namely, one of those unanimously recognized by the Umma as such since the times of the true Salaf, at their forefront the mujtahid Imams of the four madhhabs or "schools of jurisprudence".

As for scholars today who do not have the qualifications of a mujtahid, it is not clear to me why they should be considered mujtahids by default, such as when it is said that someone is "the greatest living scholar of the Sunna" any more than we could qualify a school-child on the playground as a physicist by saying, "He is the greatest physicist on the playground". Claims to Islamic knowledge do not come about by default. Slogans about "following the Qur'an and Sunna" sound good in theory, but in practice it comes down to a question of scholarship, and who will sort out for the Muslim the thousands of Shari’a questions that arise in his life. One eventually realizes that one has to choose between following the ijtihad of a real mujtahid, or the ijtihad of some or another "movement leader", whose qualifications may simply be a matter of reputation, something which is often made and circulated among people without a grasp of the issues.

What comes to many people's minds these days when one says "Salafis" is bearded young men arguing about deen. The basic hope of these youthful reformers seems to be that argument and conflict will eventually wear down any resistance or disagreement to their positions, which will thus result in purifying Islam. Here, I think education, on all sides, could do much to improve the situation.

The reality of the case is that the mujtahid Imams, those whose task it was to deduce the Islamic Shari’a from the Qur'an and hadith, were in agreement about most rulings; while those they disagreed about, they had good reason to, whether because the Arabic could be understood in more than one way, or because the particular Qur'an or hadith text admitted of qualifications given in other texts (some of them acceptable for reasons of legal methodology to one mujtahid but not another), and so forth.

Because of the lack of hard information in English, the legitimacy of scholarly difference on Shari’a rulings is often lost sight of among Muslims in the West. For example, the work Fiqh al-Sunna by the author Sayyid Sabiq, recently translated into English, presents hadith evidences for rulings corresponding to about 95 percent of those of the Shafi'i school. Which is a welcome contribution, but by no means a "final word" about these rulings, for each of the four schools has a large literature of hadith evidences, and not just the Shafi'i school reflected by Sabiq's work.

The Maliki school has the Mudawwana of Imam Malik, for example, and the Hanafi school has the Sharh ma'ani al-athar [Explanation of meanings of hadith] and Sharh mushkil al-athar [Explanation of problematic hadiths], both by the great hadith Imam Abu Jafar al-Tahawi, the latter work of which has recently been published in sixteen volumes by Mu'assasa al-Risala in Beirut. Whoever has not read these and does not know what is in them is condemned to be ignorant of the hadith evidence for a great many Hanafi positions.

What I am trying to say is that there is a large fictional element involved when someone comes to the Muslims and says, "No one has understood Islam properly except the prophet Mohammed and early Muslims, and our sheikh". This is not valid, for the enduring works of first-rank Imams of hadith, jurisprudence, Qur'anic exegesis, and other Shari’a disciplines impose upon Muslims the obligation to know and understand their work, in the same way that serious comprehension of any other scholarly field obliges one to have studied the works of its major scholars who have dealt with its issues and solved its questions. Without such study, one is doomed to repeat mistakes already made and rebutted in the past.

Most of us have acquaintances among this Umma who hardly acknowledge another scholar on the face of the earth besides the Imam of their madhhab, the Sheikh of their Islam, or some contemporary scholar or other. And this sort of enthusiasm is understandable, even acceptable (at a human level) in a non-scholar. But only to the degree that it does not become ta'assub or bigotry, meaning that one believes one may put down Muslims who follow other qualified scholars. At that point it isharam, because it is part of the sectarianism (tafarruq) among Muslims that Islam condemns.

When one gains Islamic knowledge and puts fiction aside, one sees that superlatives about particular scholars such as "the greatest" are untenable; that each of the four schools of classical Islamic jurisprudence has had many many luminaries. To imagine that all preceding scholarship should be evaluated in terms of this or that "Great Reformer" is to ready oneself for a big letdown, because intellectually it cannot be supported. I remember once hearing a law student at the University of Chicago say: "I'm not saying that Chicago has everything. Its just that no place else has anything." Nothing justifies transposing this kind of attitude onto our scholarly resources in Islam, whether it is called "Islamic Movement", "Salafism", or something else, and the sooner we leave it behind, the better it will be for our Islamic scholarship, our sense of reality, and for our deen.
________________________________________
By Nuh Ha Mim Keller 1995
SHAYKH NUH KELLER is an American-Muslim master of Islamic spirituality, specialist in Islamic Law, and translator. Born in 1954 in the north-western United States, he was educated in philosophy and Arabic at the University of Chicago and UCLA. He became Muslim in 1977 at al-Azhar in Cairo, and later studied the traditional Islamic Sciences of spirituality, hadith, Shafi'i and Hanafi jurisprudence, legal methodology (usul al-fiqh), and tenets of faith (`aqidah) in Syria and Jordan, where he has lived since 1980.

His English translation of `Umdat al-Salik, or The Reliance of the Traveler [Sunna Books, 1991] is the first Islamic legal work in a European language to receive the certification of al-Azhar, the Muslim world's oldest institution of higher learning. He also possesses ijazas or "certificates of authorization" in Islamic jurisprudence and spirituality from sheikhs in Syria and Jordan.

Shaykh Nuh's other translations and works include: Al-Maqasid: Imam Nawawi's Manual of Islam; The Sunni Path: A Handbook of Islamic Belief; and the Tariqa Notes, a handbook for those on the Shadhili path of tasawwuf. He is currently translating Imam Nawawi's Kitab al-Adhkar, or The Book of Remembrance of Allah, a compendium of some 1227 hadiths on prayers and dhikrs of the prophetic Sunna. He currently resides with his wife in Amman, Jordan.