Jumaat, 26 Mac 2010

Untuk dapat Redho Allah..

ذاق طعم الأيمان, من رضيت بالله ربا, وبالأسلا م دينا, وبمحمد نبيا

“Telah merasai keenakan iman, siapa yang meredhoi  Allah sebagai Tuhan, meredhoi Islam sebagai agama, dan meredhoi  Muhammad saw sebagai Nabi”.

Keenakan rasa yang muncul dari keredhoan ini adalah disebabkan makrifat (pengenalan) kepada Allah Taala dan itulah cahaya yang Allah letakkan ke dalam hati siapa yang dicintaiNya diantara hamba2Nya , dan tiadalah yang lebih mulia dan lebih bernilai selain dari cahaya itu. Hakikat pengenalan yang dikatakan makrifat itu ialah hidupnya hati itu dengan Muhyi, yakni yang menghidupkannya tidak lain dan tiada bukan hanya Allah swt. Cahaya itulah yang akan memimpin manusia mukmin itu ke jalan yang diredhoi Allah dengan menerima dan mengamalkan segala ajaran Rasul2Nya dengan sebaik mungkin. Disinilah sifat perhambaan (ubudiyah) kena hamba biasanya akan turut segala perintah Tuannya. Kepatuhan itu adalah untuk kebaikan dirinya dan sebab kepatuhan itulah akan dibalas Tuhan (tuannya) samada di dunia apatah lagi di akhirat. Engkar pada Tuan itu derhaka namanya! Apatah lagi pada Tuhan.

Makrifat itu adalah bila manusia mukmin tidak lagi memandang kepada banyaknya amalan dan kuatnya ibadat yang dilakukannya, malah memandang dan menghargai Tuhan yang kepadaNya dipersembahkan ibadat kerana telah faham “hamba dan segala yang dimilikinya adalah kepunyaan Tuannya.” Barulah dapat merasakan kelazatan Iman kerana telah redho Allah itu sebagai Tuhannya.

Ibnus Sammak pernah ditanya: Bilakah seorang hamba itu sedar bahwa dirinya benar2 berada di dalam hakikat pengenalan?

Maka dijawab Ibnus Sammak: Jika dia meyaksikan Al-Haq (Tuhan) dengan mata penyedarannya, apabila dia berkeadaan fana daripada segala sesuatu selain Allah.

Sesiapa yang sampai kepada kemuncak pandangannya itu Allah, dia tidak lagi menoleh pada dunia, kerana dunia itu negeri yang fana (binasa); demikian pula dia tidak mengharapkan syurga dan kenikmatannya kerana haqqul yakinnya kerana seutama-tama kenikmatan bagi penghuni syurga ialah nikmat memandang wajah (Dzat) Allah itu sendiri.

 وجو ه يومئذ نا ضرة, ألى ربها نا ظرة

“Beberapa muka pada hati itu bercahaya. Melihat pada Tuhannya”. (Al-Qiyamah:23-23)

Sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahih Bukhari :Antara dailog Allah s.w.t kelak bersama dengan ahli syurga :

Allah berfirman : Wahai Ahli Syurga.

Ahli syurga menjawab : Ya! Wahai Tuhan kami, kami junjung segala titah seruMu dan segala kebaikan berada ditanganMu.

Allah berfirman : Adakah kamu redho? (Adakah kamu berasa cukup dengan hidangan syurga ini?).

Jawab mereka : Adakah tidak kami redho, sedangkan apa yang Engkau berikan ini tidak diberikan pada orang lain selain kami.

Allah berfirman lagi : Sudikah kamu Aku berikan yang lebih baik daripada itu?

Mereka menjawab : Ya Tuhan kami!, masih ada lagikah yag lebih baik selain daripada syurga ini?

Allah berfirman : (iaitulah) Aku akan berikan pada kamu redhoKu. Dan selepas itu tidak ada kemurkaan Aku terhadap kamu selama-lamanya.

Nah! Redho Allah adalah setingg-tinggi nikmat yang dikurniakan kepada manusia mukmin samada di peringkat Dunia mahupun Akhirat.

Di dunia : Allah berfirman : Wain ta'uddu nikmatallaha latuhsuuha...
Bermaksud : Jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, maka kamu takkan dapat menghitung banyaknya nikmat itu.

Dan ketahuilah antara banyak- banyak nikmat Allah itu ialah Redho Allah pada kita. Bagaimana ndak mendapatkannya?

Di akhirat : Di Akhirat Allah kurniakan syurga bagi orang yang senantiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan sentiasa mematuhi perintahNya . Jadi, memasuki Syurga adalah ganjarannya. Ertinya Allah telah redho dengannya. Sesiapa yang mendapat redho Allah, semestinya mendapat syurga Allah.

Layakkan diri kita mendapat redho Allah? Apakah ciri-ciri untuk mendapat redho Allah itu?.Jawapannya mesti ada pada diri kita dahulu. Ya..Kita kena redho dulu atas apa yang Allah tetapkan pada kita. Jadilah redho meredhoi. Kita redho padaNya maka redholah Allah pada kita.  Cuba kita kembali ayat yang seringkali kita membacanya: Radhiallahu 'anhum wa radhu 'anhu.

Dan Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: Tiga perkara barangsiapa yang menyebutnya (dengan ikhlas, rasa rendah diri, penuh keimanan) maka selayaknya memasuki syurga iaitu ;

رضيت بالله ربا, وبالأسلا م دينا, وبمحمد نبيا

Jadikanlah amalan dalam wirid kita, pagi dan petang.Tapi pastikan jangan kita hanya mengambil wirid itu saja tapi amalan kita, perlakuan kita perangai kita tidak mencirikan apa yang kita niatkan. Ingat! Jangan membuat kerja-kerja yang mengundang kemurkaan Allah.

Bila hati kita telah redho Allah itu Tuhan kita dan kita melaksana tugas kita selaku hambaNya semata-mata keranaNya tiada lain dariNya jua maka kita juga telah mengaku (redho) Islam itu agama kita. Iaitu perlaksanaan akan syariat Allah! Dan Redho kita pada Nabi Muhammad saw ialah bersunguh-sungguh memperjuangkan agama yang dibawa oleh baginda. Nabi Muhammad saw adalah utusanNya yang membawa Islam sebagai diinul hayahh. Tanda sayang, cinta kita pada Nabi ialah mengamalkan sunnahnya, kerana sebesar-besar cinta kita pada Rasul ialah mengamalkan segala sunnahnya! Jangan hanya pandai membidaah orang. 


ان أمتي لاتجتمع على ضلالة

Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat atas satu kesesatan. (Riwayat dari Ibnu Majah)

Semua amalan ulama2 terdahulu pun keempat-empat ulama Feqh (empat mazhab) tidak lari dari landasan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Apabila seseorang itu ingin mempelajari hukum-hakam, dia perlu merujuk kitab-kitab Feqh dan bukan kitab hadis Rasulullah s.a.w.. Ini kerana para ulama feqh telahpun mengkaji nas Al-Quran, hadis Rasulullah dan dalil-dalil yang lain sebelum mereka berhukum. Oleh itu tindakan mana-mana individu pengacau yang mendakwa bahawa apabila seseorang itu ingin mempelajari hukum-hakam, ia perlu mengikut sunnah Rasulullah dengan cara merujuk terus hadis-hadis Rasulullah, adalah salah kerana kitab hadis bukanlah kitab untuk mencari hukum bagi kita yang tidak bergelar pun mujtahid. Tahi adalah! Berlapang dadalah dan ikutilah ulama-ulama mujtahid terdahulu tadi. Janganlah kita pandai-pandai mengundang padah! Dan mengundang kemurkaan Allah!

Para sahabat merupakan orang yang Allah Redho. Ikutilah langkah para sahabat dan sayangilah ahli bait baginda. Mereka redho segala ujian yang mereka terima. Kena siksa, kena berperang, berkorban jiwa (ramai yang terkorban) dan harta-benda. Allah puji mereka dalam Al-Quran.  Maka layaklah mereka  mendapat  redho Allah.  

Allah berfirman dalam surah Al-Baiyinah sebahagian ayat 8 : Radhiallahu 'anhum wa radhu 'anhu. (Allah meredhoi mereka dan mereka juga meredhoi Allah)

Islam dahulu ditegakkan dengan seribu macam kesukaran. Kita hari ini menerima nikmat yang telah direntiskan oleh generasi terdahulu.  Adakah kita kena siksa kerana Islamnya kita seperti generasi awal dahulu? Kena berperangkah kita seperti mereka dahulu bersama Rasulullah saw semata-mata menegakkan agama ini? Mereka terseksa dan berseksa semata-mata kerana menyahut seruan Dinul Islam, supaya generasi mendatang dapat menjalani perintah Allah. Nabi saw telah menunjuki segala jalan-jalannya. Jadi kita generasi terbelakang ini hanya menurut sahaja perintah dan suruhan Allah sepertimana yang generasi terdahulu lakukan dan sunnah Nabi yang mereka amalkan dahulu. Perbuatan yang tidak melanggari syariat adalah tidak dilarang. Terbukti nyata melanggari syariat dan sunnah itulah bidaah!

Para sahabat telah pun mendapat redho Allah kerana redhonya mereka pada Rasulullah. Jadi apa salahnya kita mengikuti jejak mereka yang telah mendapat redho Allah itu? Mereka redho ketiga-tiganya. Jadi ikutlah mereka moga kita juga akan mendapat redho Allah. Mengapa mencari jemaah yang lain dari jemaah yang nyata kebenarannya.

Allahumma inna nas aluka Redhoka Wal Jannah, wa na'uzubika minal sakhatika wannar.

Wassalam. Kekurangan dan kelemahan adalah dari aku sendiri dari segi pemahaman dan pembacaan. 

Tiada ulasan: