Ahad, 21 Mac 2010

SIFAT-SIFAT SEORANG WARIS NABI

Mengapakah tidak pergi dari tiap2 golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya. Supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.  (At-Taubah ayat 122).

Seseorang yang boleh dianggap Alim Rabbani merupakan waris nabi dan rasul2 . Mereka sentiasa menjaga beberapa perkara, antaranya:

1.Hendaklah ia sentiasa mengajar ilmu2 tafsir Al-Quran, Al-Hadis, mengajar ilmu fekah, ilmu suluk, ilmu akidah bersandakan Al-Quran dan Al-Hadis dan ilmu2 nahu dan saraf. 

Adalah tidak tepat seorang Alim Rabbani itu menganjurkan dirinya mengajari ilmu2 Al-Kalam, ilmu Mantiq dan Falsafah.  

Firman Allah Taala surah Al-Jumaat ayat 2 :

Maksud; Dia (Allah) yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang rasul di antara mereka, yang membacakan ayat2Nya kepada mereka, mensucikan, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hukum, sekalipun mereka sebelumnya benar2 berada di dalam kesesatan yang nyata.

Jadi dalam pengajarannya ialah memelihara dan menghuraikan perkara2 sulit dari segi bahasa, membentangkan apa yang tersembunyi dengan membawa contoh2 yang tepat dan jitu. Disamping itu menerangkan kesimpulannya, mendekatkan bukti2 supaya senang memperolehi natijahnya. Ini dapat dilakukan dengan selalu membuat penerangan awal dan saling hubung menghubungi antara satu sama lain, serta kaitan dengan pengertian dan kaedah2 umum yang dipelajari, menerangkan bentuk2 yang sulit dalam pembahagian, menghilang kekeliruan yang zahir kerana dua perkara yang berlainan yang mungkin dikatakan serupa dan dua perkara yang serupa mungkin dikatakan berlainan dan berbeza. Ini berhubungkait dengan pandangan mazhab2 atau penekanan pendapat2 tertentu dan juga ibadat2 yang menimbulkan keraguan.

Dalam pengajarannya seseorang Alim Rabbani ini kena menerangkan ayat2 atau pendapat2 seseorang ulama yang tertentu dengan jelas.  Kemudian  ia hendaklah selalu memberi  ingatan serta pesanan semasa ia mengajar.

2.Hendaklah ia berusaha mencari peluang mengajarkan ilmu ketenangan batin atau As-Sakinah.  Ertinya duduk bersama mereka, bersahabat dengan mereka dan menggalakkan mereka supaya sentiasa ingatkan Allah samada dengan perkataan dan juga perbuatan, menggalakkan hati mereka sentiasa berpaling  kepada Allah. Inilah yang disyaratkan oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi :

 ويزكيهم  dan membersihkan mereka.

3.Hendaklah  dia sentiasa menjaga mereka itu dengan memberi nasihat . Allah telah berfirman kepada RasulNya Nabi Muhammad saw.

فذ كران نفعت الذ كرى
Maksudnya: Oleh sebab itu berilah peringatan kerana peringatan itu bermunafaat. (Surah Al-A’la ayat 9).

Dalam memberi nasihat, jauhkan diri dari menceritakan kisah2. Dalam dasar agama bahawa Rasulullah saw., kaum keluarga dan sahabat2 selepas baginda sentiasa menjaga umat dengan nasihat dan peringatan. Dalam kitab Hadis Sunan Ibnu Majah dan lain2nya bahwa peringatan sambil bercerita tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah saw., pun waktu zaman Saidina Abu Bakar dan Umar ra.

Para sahabat pernah menghalau pencerita2 keluar dari masjid. Dari sini diketahuilah bahwa cerita2 itu bukanlah nasihat. Ada cerita yang tercela dan ada cerita yang terpuji. Siapakah yang dapat menghalangi dari pengumpat2…

Adapun yang dimaksudkan dengan cerita itu ialah menyebut kisah2 yang ganjil, yang pelek, mistik, yang tak pernah didengar orang, memberi gambaran yang melampaui dari sepatutunya tentang kelebihan2 amal atau lainnya yang tidak ada kebenaran sama sekali menurut dasar agama. Malahan cerita2 itu pulak tidak melatih atau mendidik pendengar atau murid untuk mendekati As-Sunnah, malah bertujuan untuk mengindahkan percakapan yang menimbulkan kehairanan dan untuk membezakan kelainan dan keistimewaan dirinya dari manusia lain.

4.Hendaklah sentiasa bersikap menyeru dan mengajak manusia kepada ma’ruf dan mencegah munkar. Misalnya dalam perkara wudu’ dan solat apabila menemui seseorang yang melakukan kesilapan atau ada ketidaksempurnaan maka hendaklah ditegurnya sebagaimana Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Alangkah malang bagi orang yang tidak sempurna membasuh aurat tumitnya, anggota itu akan dimakan api.
Atau ketika melihat orang yang tidak mempunyai tama’ninah ketika bersolat, hendaklah menegur seperti tegurnya Nabi saw yang bersabda:صل فا نك لم تصل  

Maksudnya: Solatlah (semula) kerana kamu belum solat.

Dan begitulah seterusnya dalam pertuturan, pergaulan, berpakaian dan sebagainya. Allah berfirman seperti terjemahan di bawah.

Maksudnya: Hendaklah ada dikalangan kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah yang munkar, merekalah orang 2 yang beruntung.

Dalam menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah yang munkar itu, hendaklah dengan adab sopan yang lemah lembut kerana sikap keras dan garang itu adalah gaya hidup para pembesar dan raja2. Surah Al-Nahl ayat 25, Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Ajaklah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat yang  baik dan bantahlah (berdebatlah) dengan mereka guna cara yang paling baik.

5. Hendaklah sentiasa bersikap timbang rasa kepada fakir miskin dan para penuntut ilmu sekadar yang mungkin. Sekiranya ia tidak berkuasa berbuat demikian, dia tentu mempunyai teman sahabat yang bersedia berbuat demikian. Berilah galakan kepada mereka berbuat demikian kepada dua golongan tadi.

Apabila anda menemui kelima-lima sifat ini berhimpun pada seseorang tokoh, maka pastilah dia waris para anbiya dan para rasul. Jangan ragu2 padanya atau sengaja mencari lain2 lagi! Tokoh seperti ini dimuliakan di alam malakut dan disanjungi oleh makhluk dilautan (ikan) seperti yang dilapurkan oleh hadis.

Merekalah Alim Rabbani dan jangan lepaskan peluang bersahabat dengan mereka kerana merekalah yang dianggap belerang merah atau pun sebagai intan permata yang kilau kemilau. Inilah maksud dalam Surah Al-Jumaat ayat 2:

هوالذيبعث فى الأميين رسولامنهم

Dia (Allah) yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka (dari kalangan mereka).

Ketahuilah setiap mereka yang memiliki kelima-lima perkara diatas, tidak akan mungkir akan peranan mereka berhubung dengan kerja2 mengajak manusia kepada Allah Taala dan sekiranya ada kecacatan dia mestilah membaikinya.

Syarat2 di atas dipetik dari dalam risalah 
القولالجميل فى بيا ن سواءالسبيل
Kata-kata indah nan kudus untuk menerangkan jalan yang lurus karangan Shah Waliyullah bin Abdul Rahim (Syah Waliyullah Ad-Dahlawi).

Kemudian pengarang menambahkan lagi; Kepada saudara2 para pencari dan pencinta kebenaran, saya suka memberi beberapa pesanan:

1.      Anda jangan sekali2 bersahabat dengan orang2 kaya melainkan menolak kezaliman daripada manusia. Ataupun untuk membawa manusia itu ke arah kebajikan. Pandangan ini adalah merupakan jalan tengah di antara pandangan Hadis2 yang menunjukkan atas celanya bersahabat dengan raja2 dan di antara apa yang dilakukan oleh kebanyakan ulama2 terkemuka yang bershabat dengan raja2.

2.      Jangan sekali2 bersahabat dengan ahli sufi yang jahil, juga ahli ibadat yang tidak mengerti. Janganlah menghampiri ahli2 fikah yang banyak melakukan bidaah – yang jahil tentang hakikat agama – serta ahli2 Hadis yang terlalu berpegang pada zahir Hadis. Jangan terikut2 dengan pelampau2 yang terdiri dari ahli2 falsafah dan golongan mutakallimin – malah hendaklah anda menjadi ulama sufi yang sentiasa zahid. Sentiasa menumpukan perhatian kepada Allah. Sentiasa sibghah (bercelup) dengan keadaan2 yang tinggi
حو ال العلية    الا, sentiasa cencerung kepada sunnah yang mengikuti Hadis2 Rasulullah dan athar para sahabat, sentiasa mencari penerangan dan penjelasan dari ulama2 yang benar2 faham tentang hakikat, yang cenderung menyelidiki Hadis2, juga penerangan dari ulama yang iktqadnya bersandarkan Hadis dan Sunnah disamping berpegang pada dalil akal. Mendengar penerangan drp. ulamak2 suluk yang berpegang kepada ilmu tasauf tanpa tambahan dari mereka, dan tidak terlalu menghalus, melebihi dari apa yang terdapat dalam sunnah.

Ertinya jangan bersahabat kecuali orang2 yang mempunyai sifat2 di atas.

3.      Janganlah anda sekali2 bercakap, memberi pendapat untuk membenar dan mentarjihkan satu mazhab ulama fiqah di atas satu mazhab yang lain. Letakkanlah kedudukan mazhab2 itu seadanya. Dan ikutlah mana2 pandangan yang anda fikir lebih mendekati As-Sunnah serta dikenali ramai. Kalau keduannya sama juga, maka pilihlah mana yang anda suka. Jadikanlah sekelian mazhab2 itu seperti mazhab yang satu tanpa taksub pada mana2 mazhab.

4.      Anda janganalah sekali2 terlanjur membicara, membuat komen untuk mentarjih mana2 tarikat keatas setengah tarikat yang lain. Janganlah anda mengingkari orang2 yang telah lama mengikuti mana2 satu tarikat dan jangan pula engkar terhadap orang2 yang sentiasa memberi ta’wil di atas apa yang didengarnya dan lain2 golongan lagi. Anda juga janganlah mengikuti mana2 pandangan kecuali yang benar2 tsabit di dalam As-Sunnah dan yang diikuti oleh para ilmuan yang benar2 tahqiq dan benar2 mahir di dalam lapangan ilmu.

Betul akan kata peribahasa lama, ambillah yang bersih dan buangkan apa yang keruh. Allah jua yang memberi Taufiq dan Pertolongan.

Tiada ulasan: