Rasulullah saw telah mensyariatkan umatnya agar memberi salam kepada ahli kubor sepertimana salam yang biasa kita amalkan.
السلام على اهل الديارمن الموء منين ان شاءالله بكم لا حقون
Bahkan Rasulullah saw sendiri pergi berziarah ke kuburan Al-Baqi setiap akhir malam dan memberi salam. Sekiranya mereka tidak mendengar sudah tentu salam yang ditujukan kepada mereka sia-sia belaka. Di sanalah syahidnya para sahabat Rasulullah dalam peperangan Uhud. Apatah lagi kita jika menziarahi kuboran ibubapa, suami-isteri atau anak2 yang tercinta.
الميت انس ما يكون في قبره ا ذا زاره من كا ن يحبه
Maksud: “Orang2 mati merasa senang apabila ada orang yang menziarahi kubornya, apalagi kalau yang datang adalah orang yang dicintainya” .
Daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Rasulullah pernah menuju ke tempat ahli Qalib nama sebuah telaga di Badar (perkuboran kaum musrykin yang terbunoh dalam peperangan Badar), lalu menyeru: "Adakah kamu mendapati apa yang اdijanjikan oleh Tuhan kamu itu benar?" Baginda ditanyai para sahabat:"Adakah kamu menyeru orang2 yang yang telah mati?" Baginda menjawab: "Kamu tidaklah lebih mendengar daripada mereka, cuma mereka tidak dapat menyahutnya."
Riwayat oleh Imam Al-Bukhari.
Sia-sia dan tidak masuk akallah perbuatan Nabi saw kalau sekiranya baginda tahu pertanyaan pada ahli kubor tadi tak memberi kesan manafaatnya pada mereka . Maksudnya bahawa ahli kubor tadi mendengar soalan dari Nabi itu dan itu adalah dalil yang mereka yang mati boleh mendengar percakapan orang yang hidup cuma manusia hidup tidak mampu mendengar jawapan dari mereka.
Sia-sia dan tidak masuk akallah perbuatan Nabi saw kalau sekiranya baginda tahu pertanyaan pada ahli kubor tadi tak memberi kesan manafaatnya pada mereka . Maksudnya bahawa ahli kubor tadi mendengar soalan dari Nabi itu dan itu adalah dalil yang mereka yang mati boleh mendengar percakapan orang yang hidup cuma manusia hidup tidak mampu mendengar jawapan dari mereka.
Hadis dari Rasulullah saw : (Maksud)”Tidak ada orang yang berjalan di sisi kubor saudaranya yang dikenalinya ketika di dunia dan memberi salam kepadanya kecuali ia mengetahui dan menjawab salamnya”
Maksudnya mayat di dalam kubor mengenali si penziarah dan menjawab salam si penziarah itu. Bahkan Ibnu Qaiyim berkata bahawa si mati benar2 tahu dan menjawab salam yang ditujukan kepadanya.
Diriwayatkan oleh Ibnu Dunya dalam kitabnya Al-Qubur, daripada Muhammad bin Wasi ra katanya: “Telah sampai kepadaku berita bahwa orang yang mati dapat melihat orang yang berziarah kepadanya pada hari Jumaat, hari sebelumnya dan hari sesudahnya”.
Dalam posting yang lepas telah diterangkan orang2 mati mengetahui perbuatan orang hidup. Mereka gembira melihat kebaikan orang yang masih hidup dan bersedih menyaksikan keburukkannya. Macamana mereka mengetahui? Adakalanya mereka melihat secara langsung dan adakalanya dari perkhabaran Allah melalui para malaikat dan juga dari orang2 yang mati selepas mereka.
Kita juga dilarang memaki hamun para ahli kubor kerana mereka rasa terganggu dengan perkataan orang. Cakaplah yang elok2, yang baik2 mengenai mereka. Ada hadis yang menyatakan sedemikian. “Mayat terganggu di kubornya dengan apa yang mengganggunya di rumah”.
Rasulullah saw pernah memacakkan dua pelepah korma pada dua kuburan yang kedua mayatnya disiksa dalam kubor. Dan menyatakan siksa mereka diringankan selama pelepah korma itu belum kering. Maknaya baginda hendak memaklumkan bahawa daun yang segar bertasbih pada tuhanNya. Hatta apatah lagi doa2 dan membaca Al-Quran dikuboran pasti lebih utama. Ulama2 berkata daun korma yang dijadikan sebab itu merupakan benda, maka bolehlah ia dimisalkan dengan bacan Al-Quran, doa2 dan lain2 bentuk taqarrub.
“Apabila kalian masuk ke kawasan perkuboran, maka bacalah pembukaan Al-Kitab, Qul huwallahu ahad dan Al-Muawwizatain. Tujulah ia pada ahli kubor, nescaya sampai kepada mereka”. (Imam Ahmad bin Hambal)
Imam Nawawi mensyaratkan membaca sesuatu dari Al-Quran kemudian mendoakan mereka. Imam As-Syafie menjadikan itu sebagai hukum dan para ulama bersepakat tentang itu.
Akhir sekali lihat sebuah hadis dari Anas ra: Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa masuk ke kubor lalu membaca surah Yasin, maka Allah meringankan siksa ke atas mereka dengan kebaikan sejumlah hurufnya”.
Ringkasnya orang2 yang sudah mati mengetahui hatta mengenali orang2 yang menziarahi mereka, mendengar panggilan kepada mereka, menjawab salam pada pemberi salam, tahu amalan manusia hidup (kaum kerabat) , merasa senang dan terganggu dengan hal2 yang terjadi dirumahnya di dunia dan mendapat manafaat dari amal baik dari orang hidup yang ditujukan kepadanya.
Wallahu ‘alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan