Para ulama telah bersepakat atas ijma’ tentang dianjurkan kaum lelaki untuk menziarahi kubor. Diantara yang berkata demikian bahwa ijma’ kaum Muslimin tentang istibhab (disunatkan) berbuat demikian termasuklah Abu Zakariyya An-Nawawi ra.
Dalam Kitab Adab Zairatul Qubr karangan Al-hafiz Abu Musa Al-Asbahani beliau berkata:” Perintah ziarah kubor diperolehi dari hadis Buraidah, Anas, Ali, Ibnu Abbas, Ibnu Masud, Abu Hurairah, Aisyah, Ubai bin Kaab dan Abu Zar. Maka makam Rasulullah saw sebagai maqam yang paling mulia termasuk dalam keutamaan makam yang diperintahkan untuk diziarahi.” Dan tidak ada yang membantah lebih2 lagi para fuqaha dari pelbagai mazhab menziarahi makam Nabi saw setelah mengerjakan haji sebagai sebahgian dari keperluan perjalanan. Dan dianjurkan lelaki maupun wanita. Manakala ziarah kuboran selain dari kubor Nabi saw pun disyariatkan dalam Islam.
Umumnya kaum lelaki dianjurkan untuk menziarahi kubor. Tak jadi masalah. Manakala bagi kaum wanita ada empat perkara yang memerlukan perhatian.
Pertama Ini termasuk perkara yang makroh. Pandangan ini datang dari As-Syeikh Abdul Hamid, Al-Mahamali, Ibnu Sabbagh, Al-Jurjani, Nasir Al-Maqdisi dan lain2.
Kedua Dilarang sama sekali. Disebut pengarang kitab Al-Muhazzab dan Al-Bayan.
Ketiga Tidak dianjurkan tapi tidak pula dibenci. Dikatakan oleh Ar-Rubani.
Keempat Kalau ziarah itu menyebabkan wanita tidak dapat mengawal diri, meronta-ronta, keriyau meraung dan sebagainya maka diharamkan. Larangan dikecualikan bagi perempuan tua yang dah tidak ada daya tarikan, maka dibolehkan, seperti mana mereka dibolehkan hadir ke masjid.
Hujah yang menolak wanita menziarahi kubor.
لعن الله زوا را ت القبور
Allah swt mengutuk wanita yang menziarahi kubor.
(Riwayat oleh At-Termizi dari hadis Abu Hurairah ra sebagai hasan sahih, juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Hasan bin Tsabit)
Hujah yang membolehkan wanita menziarahi kubor.
كنت نهيتكم عن زيا رة القبور فزوروها
Hadis ini disabdakan oleh Rasulullah saw.
Bahkan ulama2 bersetuju bahawa sabda Rasulullah saw di atas bukan larangan untuk berziarah tetapi inilah dalil yang membenarkan kaum wanita menziarahi kubor.
Suatu hari Rasulullah saw telah melihat seorang wanita sedang menangis di kuburan lalu baginda berkata: ”Bertaqwalah kepada Allah swt dan bersabarlah”.
Kalau wanita tidak dibolehkan menziarahi kuboran sudah pasti baginda akan melarang wanita tersebut berbuat demikan.
Siti Aisyah pernah bertanya Rasulullah saw: Apa yang harus aku ucapkan (kepada ahli kubor) wahai Rasulullah? Baginda menjawab:
قولي السلام على اهل الديارمن الموء منين
“Katakanlah, semoga kesejahteraan terlimpah ke atas para penghuni kubor dari kaum muslimin.”.
Kalau wanita tidak boleh menziarahi kubor, sudah pasti Baginda awal2 lagi melarang Aisyah dan tidak mungkin beliau berpesan (mengajarkan akan Aisyah) seperti doa di atas.
Jadi bagi wanita juga dibolehkan untuk menziarahi kuboran tetapi adab2 sebagai wanita muslimat wajiblah dijaga terutama dari segi pakaian dan tingkah laku.
Menziarahi kubor terbahagi kepada dua iaitu ziarah khusus dan ziarah umum. Ziarah khusus itu ialah seperti menziarahi makam Rasulullah saw. Adalah berkewajipan seluroh umat islam mengagungkan Nabi saw dan meninggikan kedudukannya di atas seluroh makhluk lainnya. Manakala sanad yang paling kuat adalah seperti sabda Baginda saw.
زا رنى بعد موتي فكأنما زارنى في حياتي من
“Barangsiapa berziarah selepas wafatku, dia seperti berziarah di masa hidupku”.
(Riwayat oleh Ad-Daruquthni dan Ibnu Sakan dan ditashihkan)
Kesahihannnya disepakati dengan lafaz: “Barangsiapa datang kepadaku untuk berziarah, tidak diikuti keperluan lain kecuali untuk berziarah kepadaku, maka aku benar2 akan menjadi penolongnya pada hari kiamat”.
Jadi ziarah ke kubor Nabi saw merupakan taqarrub yang paling penting, meskipun tanpa disertai iktikaf atau solat di Masjidnya. Kalau bersolat lagi cantik..dapatlah pahala bersolat di Masjid Nabi!
Adapun bagi golongan Al-Hanafiyah hal itu (ziarah kubor Nabi) merupakan taqarrub pada tingkatan tinggi iaitu wajib. Pun begitu bagi sebahagian ulama Malikiyah berhukum wajib, manakala bagi ulama2 selain mereka seperti ulama As-Syafie memaksudkannya sebagai sunnah yang wajib, lelaki maupun wanita.
Ziarah kuboran selain dari kubor Nabi saw adalah termasuk dalam ziarah umum. Contoh seperti ziarah makam para wali, orang2 soleh, ibu-bapa, kaum kerabat dan para sahabat. Ziarah kubor boleh dibahagikan kepada beberapa tujuan:
Mengingatkan tentang kematian dan akhirat.
Sesiapa melihat kubor saja pasti akan teringat akan kematian. Si mati sudah pergi kealam lain. Apa yang sedang dilalui oleh si mati ketika ini dalam kubornya. Jadi tatkala melalui kubor, pasti berdetak di hati kita soal2 mati, soal-jawab dialam kubor, siksa kubor dan hal2 akhirat. Semua kuboran melakarkan kesan yang serupa sunyi, sepi hatta kubor Hindu, jerat Cina dan sebagainya. Nabi menganjurkan umatnya menziarahi kubor. Pasti ada hikmat yang tersembunyi disebalik anjuran baginda itu. Dan sudah pasti ada menafaat pada si pengunjung jugak pada si mati yang berada di dalam kubor itu. Nabi saw bersabda:” Ziarahilah kubor2 kerana ini semua mengingatkan kamu pada hari akhirat”.
Lagi sabda Nabi saw;
فزوروا القبور فأنها تذ كر الموت
‘Ziarahilah kubor kerana ia boleh mengingatkan kematian”.
(Hadis riwayat Muslim)
Untuk mendoakan ahli kubor
Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: “Tidaklah orang mati itu di dalam kuburnya melainkan seperti orang yang kelemasan memohon pertolongan. Dia menunggu datangnya doa-doa kepadanya daripada anaknya atau saudaranya atau temannya. Apabila diterimanya (doa-doa tersebut), maka ianya adalah sesuatu yang terlebih kasih baginya daripada dunia dan segala isinya (yakni menerima hadiah berupa doa adalah lebih disukai si mati daripada memperolehi dunia dan segala isinya).
Doa dari orang hidup kepada si mati adalah amat disukai dan merupakan hak setiap jenazah Muslimin.
Untuk mencari berkat dari alim kubor
Untuk mencari barakah lebih2 lagi kalau ahli kubor itu adalah orang alim lagi suka menyebarkan kebaikan. (Yang ini akan aku ulas dalam artikel akan datang, Insyaallah..kerana ramai beranggapan ada unsur2 syirik..wana’uzubillah)
Untuk melaksanakan hak2 si ahli kubor
Setiap manusia yang dijadikan Allah mempunyai hak2nya yang tertentu. Haknya sebagai seorang ayah, ibu, anak dan sebagainya. Jadi setiap orang mempunyai hak2 tertentu ke atas orang lain. Hak seorang anak pastilah membuat bakti kepada dua ibubapanya semasa hidup dan melanjutkan baktinya walaupun mereka sudah mati. Ini terkandung makna penghargaan. Keras sangat hati seorang anak yang tidak pernah berbuat ziarah pada kubor orang tuannya. Kalau dah terjegat di pusara apa lagi yang biasa orang buat..melainkan berdoalah untuk si mati itu. Yang tu pun tak mau buat!
Diriwayatkan oleh Abid Dunya dalam kitab Al-Manamat dengan sanad dari An-Nukman bin Basyir: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
الله, الله, في اخوانكم من أهل القبور, فان اعما لكم تعرض عليهم
‘Allah, Allah bersama saudara kamu dikalangan penghuni kubor. Sesungguhnya amalan kamu akan dibentangkan kepada mereka”.
Nah! Kalau dah anak2 hidup dalam kemaksiatan, maka akan ditunjukkan amalan jahat mereka itu kepada ibubapa mereka di alam kubor. Begitulah sebaliknya sekiranya mereka berbuat kebajikan. Itulah yang dikatakan hubungan kekeluargaan tidak terputus walaupun seseorang itu sudah mati.
Kesimpulannya, ziarah ke kubor Nabi saw tetap diutamakan dari lain2 kubor. Tetapi janganlah ambil ringan lain2 kuboran itu. Ziarah untuk tujuan seperti tersebut di atas tadi. Kerana ziarah itu sendiri adalah satu bentuk taqarrub. Ia telah disyariatkan. Yang menzirah dan yang diziarah akan beroleh pahala.
Wallahu ‘alam.
1 ulasan:
Saya baru-baru datang di blog Anda dan telah membaca bersama. Saya pikir saya akan meninggalkan komentar pertama saya. Aku nggak tahu apa yang harus kukatakan kecuali bahwa saya telah menikmati membaca. Nice blog.
Catat Ulasan