رضيت با لله ربا وبا لإسلام دينا وبمحمد نبيا وبا لقرأن إيماما وبا لكعبة القبلة وبسيدى الشيخى شيخا ومربيا ودليلا وبالفقراء التابعين اخوانا لى مالهم وعلى ما عليهم الطاعة تجمعنا والمعصية تفرقنا
Jumaat, 22 Mei 2009
Qiamullail...bangunlah buat seketika..
Barangsiapa mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
[Ali Imran:85]
Islam agama yang cukup mudah. Islam adalah satu cara hidup. Ia mengajar manusia dari seawal-awal celik bijik mata di pagi hari sampailah ke menguap ngantuk terakhir hingga bawa ke lena sedap. Aturan-aturannya kalau kita sanggup mengikuti tidaklah susah mana. Semua orang faham dan mengetahuinya. Tapi adakah kita termasuk di kalangan insan yang melaksanakannya. Ketentuan siang dan malam diatur oleh Allah swt sejak dulu lagi tanpa ada sedikitpun perubahan. Begitu juga syariaat yang telah ditentukan Allah tidak berganjak sedikit pun waima berlakunya perkembangan dari sudut teknologi, topograpi dan sosiologi manusia. Syariat tetap syariaat.
Pembahagian siang dan malam cukup sekata. Di siang hari manusia keluar bekerja di selang seli dengan waktu rehat di dini hari dan petangnya. Malam pula untuk beristirehat di samping beribadah setelah bertungkus lumus menjari rezeki di siang tadi. Banyak ayat-ayat Quran menganjurkan peribadatan di malam hari. Amalan Qiamullail contohnya bukan ciptaan mana-mana tarekat ataupun mana-mana alim ulama. Qiamullail adalah amalan mulia yang dilakukan oleh para-para Nabi dan Rasul terdahulu. Rasulullah menjadikan malam harinya bertaqarrub kepada Allah dari awal hingga ke akhir hayatnya.
Baginda berpesan pada umatnya supaya melakukan Qiamullail seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh AT-Termizi.
Daripada Abu Umamah r.a Rasullullah bersabda: "Jadikanlah Qiamullail itu amalanmu, kerana yang demikian itu adalah amalan orang2 yang soleh sebelum kamu, dan ia boleh mendekatkan dirimu dengan TuhanMu, dan membersihkan dosa2mu dan menghindarkan kamu darinya".
Dalil yang mengatakan Qiamullail amalan para nabi terdahulu. "Sebaik-baik solat ialah solat Nabi Daud, sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud, beliau tidur separuh dari malam dan kemudian bangun untuk sehari dan berbuka sehari" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Qiamullail boleh dilakukan sepanjang malam atau sebahagian daripadanya. Ibadah2nya adalah seperti solat sunat, berzikir, bertahlil, bertasbih, beristifar, bersolawat, membaca AlQuran dan lain2 amalan rohani yang dianjurkan oleh Islam. Secara langsung ia adalah amalan rohani dan jasmani dalam membantu memperkuatkan akal dan jasad insan muslim itu sendiri.
Kelebihan dan kemuliaan Qimullail telah diabadikan oleh Allah swt dalam AlQuran di Juzuk 29 Surah AlMuzammil.
1- Hai orang yang berselimut (Muhammad),
2- Sembahyanglah pada malam hari, kecuali sedikit (dari padanya),
3- (Yaitu) separuh malam atau kurangkanlah sedikit dari padanya,
4- Atau lebih dari padanya dan bacalah Quran dengan perlahan-lahan (terang huruf2nya),
5-Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepada engkau perkataan yang hebat (Quran),
6- Sesungguhnya beribadat pada malam, lebih tetap dalam hati dan lebih lurus bacaannya,
7- Sesungguhnya bagi engkau pada siang hari ada pekerjaan (urusan) yang banyak.
8- Sebutlah nama TuhanMu dan berbaktilah kepadaNya sebenar2 berbakti.
dan di akhiri dengan ayat 20 " Sesungguhnya TuhanMu mengetahui, bahawa engkau sembahyang malam hari, kurang dari dua pertiga malam dan ada yang seperduanya dan ada pula yang sepertiganya, bersama-sama orang2 yang bersama engkau. Allah menentukan kadar(waktu) malam dan siang. Dia mengetahui, bahawa kamu tidak dapat menghinggakannya(menentukan kadar malam itu), maka Allah menerima taubatmu, sebab itu bacalah apa-apa yang mudah di antara AlQuran. Dia mengetahui, bahawa akan ada di antara kamu orang2 yang sakit dan yang lain berjalan di muka bumi, mencari kurnia (rezeki) Allah dan yang lain berperang di jalan Allah. Sebab itu bacalah apa-apa yang mudah diantaranya (Quran) dan dirikanah sembahyang dan berikanlah zakat dan piutangilah Allah dengan piutang yang baik (berderma). Apa-apa kebaikan yang kamu usahakan untuk dirimu, akan kamu peroleh disisi Allah kebaikan pula dan pahala yang terbesar. Minta ampunlah kamu kepada Allah, sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang."
Cuba renungi pada ayat 6-8. Kedinginan dan kesunyian malam adalah waktu yang tepat sang hamba bermunajat dengan Tuhannya. Dikala ramai manusia diulit mimpi, haiwan dan unggas memasuki sarang, malam menyingkapkan tabir keindahan dan keheningannya, bintang serta cakerawala bertaburan di angkasa dan angin malam berhembus menghilangkan udara panas di siang tadi akan bangun insan kerdil bermunajat beriringan sesejuk airmata yang tumpah mengalir menyerahkan dirinya sebulat2 dihadapan Allah, mengadu, memohon, menginsafi ketidakmampuan dirinya yang hina yang dibandingkan dengan kekuatan, kekuasan Alah dan kerajaanNya. Allahu Akbar!!
Dan banyak lagi ayat-ayat AlQuran semuanya menganjurkan Qiamullail.
Surah Ath-Thuur ayat 49: "Dan bertasbihlah kepadaNya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenamnya bintang-bintang (di waktu fajar)".
Surah Al-Furqan ayat 63-64: " Dan hamba2 (Allah) Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang2 yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata2 selamat. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka".
Surah al-Insan ayat 26: "Dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari".
Surah Adz-Dzariyat ayat 15-18: " Sesungguhnya orang2 yang bertakwa berada di dalam taman2 (syurga) dan di mata2 air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang2 yang berbuat kebaikan; Mereka tidur sedikt di waktu malam; Dan di akhir2 malam mereka memohon ampun kepada Allah."
Surah al-Israa' ayat 78-79: " Dirikanlah solat selepas tergelicir matahari sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah2han TuhanMu mengangkat kamu ke maqam yang terpuji."
Kemudian kita tengok pula hadith2 Nabi yang menganjurkan Qiamullail.
Dari Abu Hurairah r.a Baginda bersabda: " Sebaik2 puasa selepas puasa Ramadhan ialah di awal Muharram. Dan sebaik2 solat selepas solat fardhu ialah solat malam."
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a Baginda bersabda: " Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada larut malam". (Diriwayatkan oleh Ahmad)
Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah pernah bersabda: "Solat di Masjidku ini sebanding dengan 10 ribu solat, solat di Masjidil Haram sebanding dengan 100 ribu solat, solat di medan perang sebanding dengan 2 juta solat. Dan yang paling banyak nilainya dari semua itu ialah 2 rakaat yang dikerjakan oleh seorang hamba Allah pada tengah malam".
Abu Said AlKhudri r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah pernah bersabda: "Allah amat mengasihi 3 orang: seorang yang bangun pada malam hari lalu mendirikan solat, seorang yang membetulkan barisan untuk solat (berjemaah), dan seorang yang membetulkan barisan untuk berperang."
Dan Salman AlFarisi berkata Nabi saw pernah bersabda: "Hendaklah engkau mengerjakan Qiamullail kerana pekerjaan itu merupakan kebiasaan orang2 soleh sebelum kamu, menghampirkan kepada Tuhan kamu, menghapuskan kejahatan dan mencegah berbuat dosa dan mengusir penyakit2 dari tubuh badan."
Di zaman peperangan dahulu musuh2 Islam begitu gentar bila berhadapan dengan tentera Islam sehingga mereka dikenali dengan gelaran "They were horsemen by day and ascetics by nights." atau "Mereka itu (tentera Islam)adalah bagai singa di siang hari dan rahib di malam hari." Fikir2kan apa maksud itu.
Banyak lagi kelebihan2 Qiamullail yang tidak sempat dituliskan. Bagaimanapun cubalah kita, walaupun sibuk mana kita untuk melaksanakan perintah Allah itu semampu mungkin. Tidak mampu setiap malam kita lakukan sekali seminggu. Jika tidak upaya juga cubalahlah sebulan sekali. Boleh tengok bagaimana bercucurannya airmata tanpa disedari...Allahu Akbar. Lakulah, InsyaAllah akan digerakkan hati kita untuk bermunajat padaNya dengan penuh perasaan. Hati kita akan meruntun sayu dan pada ketika itu tahulah betapa kerdil dan hinanya diri kita di sisi Tuhan Yang Agung. Lakulah..bila asyik itu tiba dan diri sudah sebati, geraklah isteri kita bersama untuk berqiamullail. Jumpa lagi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan