Hari ini sudah masuk 4 hari kami penduduk di BB, Sg. Petani keputusan bekalan air gara-gara ketidakcekapan JBA Kedah. Apa sudah jadi...notis pemberhentian pun tidak terima. Dengar kata pengumuman sudah disiarkan awal diruang udara Radio FM Kedah...(ehh..betui kan nama tu..) Kalau ramai yang mengetahui tak akan terjadi masalah cam ni. Sekurang-kurangnya ramai yang udah bersedia. Tapi ramai dan lagi lagi nun di sana yang tak tau apa-apa. Apa ke halnye ni.. Maksud..memang ramai tak tau.. dan kalau tau pun tak jangka sampe berhari-hari.
Kalau sebut siaran radio ni ..maaflah aku cukup menyampah ngan celoteh-celoteh pengacara veteran di sana tu. Erti kata lain..tak main lah radio Kedah ni..Baik aku dengar Sinar ka, Era ka maupun Klasik Nasional...taklah sakitnya ngadoi telinga aku.
Kalau hebahan melalui radio sudah dibuat ngapa masih ramai yang tidak mengetahui?. Kemungkinan mereka juga berfikiran macam aku jugak. Pengarah Penyiaran harap buat sesuatu...zaman sudah berubah..kerajaan pun berubah dah... Rancangan stereotaip cam dulu dah usang..berubah lah sikit. Ni banyak rancangan untuk pakngah, paklang, toknek dan tokwan nak pi ajak menyembang tanya habar. Adoi....juai tilam pun ada.
Yang sepatutnya pihak berkenaan menghantar notis dari rumah ke rumah. Notis pemberitahuan awal pun sudah cukup..bolehlah kami pengguna bersedia. Ada ka....dulu ada juga notis cam ni...aku biasa terima gak.
Masalah bekalan ini bukan melibatkan orang persendirian tapi semua pihak. Sekolah, hospital, klinik, jabatan kerajaan juga swasta, kilang, komplek perniagaan dan macam-macam lagi yang semuanya memerlukan air. Makan,minum..oklah sikit tapi amacam mandi..dan nak uuk...uuk tu...beratur habis dengan masing-masing muka merah padam dan bila keluar bilik kecik tu...bau satu hal tapi selambak semangkuk tu sapa nak buang atau sambung masuk...huuwa..huuwaa.
Apa jua alasan JBA kami berharap pihak atasan perlu panggil pengawai terlibat mengadap...aku kira ramai penduduk sekitar Sg. Petani marah-marah...sampai ada yang menyalahkan pihak kerajaan negeri..Pulak!
Semasa aku menulis ni...aku dapat berita bahawa masalah ni akan mengambil masa 3 hingga 4 hari lagi...(aku belum dapat mengesahnya lagi) .....Masya Allah!! Apa ni..semua ni menaikkan darah aku aje.. Dan ditambah pulak pada 21 April bersamaan hari Selasa depan TNB memberitahu ada gangguan elekrik dari 9 pagi hingga 7 petang. Aduhai...satu ke satu ...masalah lagi .. udahlah masalah air belum selesai ni nak datang pulak bab bekalan elektrik..Macam mana lu orang buat kerja.....ADA-ADA AJE.....cammana hempa buat khoja ni..
Dua berita terbaru ni..membuat aku pun malas nak nulih lagi..Aku nak pi minum teh halia kat Haris Corner dulu. Dan tapai pulutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan