Rabu, 22 April 2009

Jati dirikah bangsa Melayu...? atau dikianati bangsa sendiri...

Ini merupakan ulasan dari tajuk sebelumnya.....lahir zaman papa, mati zaman kaya..

Samada Awang Selamat ka, Ku Seman Ku Hussein ker atau siapa pun yang berada di tempat lebih baik dari kami marhaein yang tiada kena-mengena dengan bidang penyiaran lebih mengetahui dilema sejarah akhbar bertulisan jawi. Kalau tuan-tuan yang di bidang berkenaan berkeluh-kesah sekalipun (atau bersengaja berlakon) apalagi kami yang tiada apa-apa kepentingan.

Awang Selamat tersentuh hati bila Saudara Tajuddin Saman menulis : Kalau begitu jadinya, di mana maruah kita sebagai suatu bangsa? Kalau begitu jadinya, di mana letak duduknya Islam di tanah tumpah darah kita ini? Kalau begitu jadinya, pupuslah kata-kata Hang Tuah ``Takkan Melayu hilang di dunia.''


Kata-kata yang memang seperti bersemangat waja...tapi...dah jadi macam menang bersabung kampong tergadai!! . Cuba rujuk tajuk sebelum ni..hampeeh.. rencana yang dikeluarkan pada 2003 dulu mungkin dah jadi tahi ataupun dah hilang jadi tanah. Kalau kau orang yang hebat-hebat di sana pun gagal nak perjuangkan jangan marah pula kat kami yang mahu menzahirkan kekecewaan kami di sini. Orang-orang di kementerian berkaitan tidak kami salahkan sebab mereka orang cukup sibuk ngan kerja-kerja sehingga tidak sempat meluangkan masa memikirkan bab-bab sebegini. Jadi tuan-tuan seperti Si Awang Selamat yang selayaknya mengingatkan mereka tapi tidak berbuat demikian. Sudah jadi Si Awang Tak Selamat gayanya. Usah salahkan kami kalau tuan-tuan kami teguri dan sehingga kini selayaknya dikecam.

Masyarkat Tamil masih boleh berbangga kerana sehingga hari ini mereka boleh lagi menatap akahbar harian berbahasa ibunda mereka. Mereka ada Tamil Nesan, Makkal Osai dan Malaysia Nanban. Kami tabik kat pengarang-pengarang akhabar mereka dan insan-insan Tamil yang masih sayang dengan tulisan ibunda mereka. Mereka ada jati diri. Mereka ada maruah diri demi bangsa mereka. Inilah hakikat setiap bangsa patut ada.

Masyarakat Cina boleh berbangga kerana di Malaysia akhbar tulisan mereka mendominasi dari segi jumlah akhbar berbahasa ibunda. Mudah cakap...akhbar berbahasa Cina kalau dicampur antara akhbar Tamil dan akhbar Melayu bilangan akhbar mereka lebih banyak. Syabas!! Mereka ada jati diri. Mereka ada maruah diri demi bangsa mereka. Inilah hakikat setiap bangsa patut ada.

Antara akhbar berbahasa Cina di Malaysia adalah The China Press, Kwong Wah Yik Poh, Nanyang Siang Pau, Oreintal Daily, Sin Chew Daily, Guang Ming Daily, Morning Post, Merdeka Daily, See Hua Daily dan beberapa lagi kalau nak dikira akhbar mereka di Sabah dan Sarawak. Tak percaya boleh check tengok..Tak hairan lah di Malaysia mereka mendominasi apa-apa saja baik ekonomi, teknologi, pelajaran dan apa-apa yang boleh kita fikirkan berkaitan mereka. Mereka kehadapan dan memang siapa pun tidak boleh menafikan hakikat sebenarnya. Jati diri mereka cukup kuat dan inilah sepatutnya kita pelajari dari mereka.

Siapa dan mengapa jati diri mereka cukup tinggi? Jawapannya.. masing-masing boleh membuat andaian. Dan sekiranya bukan andaian berbagai tapi itulah hakikatnya yang mesti diterima.

Awang Selamat sedih lagi bila Saudara Tajuddin menambah: Kini, apabila Utusan Melayu terpaksa dijadikan akhbar mingguan dan menghadapi kemungkinan ditutup terus, terdengarlah suara-suara yang bertanya kenapa dan mengapa.

Ahad lalu, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menulis tentang nasib Utusan Melayu di bawah tajuk Melayu Matikan Utusan Melayu. ``Ironiknya, ketika akhbar harian jawi yang sinonim dengan Melayu diketepikan oleh orang Melayu, masyarakat Cina dengan bangga dan gembira menyambut kelahiran sebuah lagi akhbar harian Cina, Oriental Daily News. Akhbar ini bernasib baik kerana mendapat sokongan orang-orang Cina.''

Mengapa Saudara yang dah lama di UM baru sedar....selama ini apa sumbangan saudara dalam usaha mengekalkan akhbar harian jawi itu. Sekurang-kurangnya saudara yang berada di kelompok akhbar UM mungkin boleh bersuara. Jadi jangan buat-buat terkejut dengan kemerehnya sambutan masyarakat Melayu dalam kejatuhan sambutan masyarakat pada akhbar berkenaan. Punca utama semua orang tahu dari peranan pihak kerajaan sendiri dan seterusnya kelemahan semangat penulis, pengarang dan empunya akhbar itu. Hinggakan Utusan Melayu sampai ke satu tahap diberi gelaran Utusan Meloya oleh pihak yang merasakan mereka ditekan dan teraniaya.

Di perenggan terakhir, Awang Selamat dengan bersemangat bertanya : sanggupkah orang Melayu tampil menghidupkan semula Utusan Melayu dengan menyokongnya sebagaimana orang Cina menyokong akhbar Cina?

Untuk Awang Selamat dan sesiapa yang sewaktu dengannya inilah jawapan kami yang marhaen, yang tidak mampu berada ditempat anda semua berada......dulu, kini dan selamanya...kerana lemahnya jati diri andalah perkara demikian terjadi. Anda yang selayaknya memperjuangkan akhbar jawi telah lemah longlai, lupa diri dan kekadang syok sendiri ngan kemewahan sedkit . Kelekaan ngan kemewahan yang dihidangkan membuatkan anda semua lupa perjuangan orang terdahulu yang anda banggakan dan coretkan sebelum ini. Usah anda cakap tentang perjuangan orang terdahulu kalau anda yang berada di tempat mereka sekarang bacul dan kaki mengampu dalam bahasa kasarnya. Anda dan kumpulan anda sepatutnya lebih arif sebab sudah bersama Utusan Melayu selama 25 tahun. Ini adalah kerana anda berada di tempat yang Saudara Tajudin sebutkan :

Kita bersyukur kepada Allah swt kerana menganugerahkan kepada kita para pejuang bangsa sekitar 1946 dan sebelumnya. Mereka amat gigih dan sama-sama berjuang untuk melahirkan Utusan Melayu yang menjadi pencetus semangat perjuangan bangsa.

Berkat semangat yang dibakar melalui tulisan jawi yang dicetak pada kertas akhbar yang bernama Utusan Melayu itu maka tumbanglah Malayan Union - gagasan yang akan melenyapkan hak serta kedaulatan Melayu di tanah air mereka sendiri. Dan berkat perjuangan itu maka lahirlah UMNO yang secara langsung berjuang mengangkat martabat Melayu serta Islam ke atas singgahsana kemerdekaan sejati.


Siapakah mereka yang Saudara Tajudin maksudkan itu.?? Jawapannya sudah pasti sebahgian dari penulis-penulis dahulu yang mempunyai jati diri dan berani . Tidak seperti penulis-penulis akhbar perdana sekarang termasuk Awang Selamat sendiri yang menulis secara "terencana" dan bersifat mengampu pemerintah. Adakah Awang Selamat dan rakan-rakan seangkatan dengannya seperti apa yang Saudara Tajudin coretkan ini.? ..:Mereka amat gigih dan sama-sama berjuang untuk melahirkan Utusan Melayu yang menjadi pencetus semangat perjuangan bangsa.

Akhiran....bezakah perjuangan Melayu ini..dengan perjuangan India dan Cina Malaysia yang sayangkan bahasa ibunda mereka sendiri. Siapakah yang mempunyai dan empunya jati diri..?

Tiada ulasan: