Semalam aku tertonton satu rancangan komentar di TV 1 yang menyentuh isu Persidangan Geneva bab ucapan Presiden Republik Islam Iran Dr Ahmadenejad. Responden dari penonton memang menggalakkan kalau tak silap aku setiap minit dibuka ada saja yang menalipon memberikan hujah. Responden bukan saja dari Malaysia bahkan ada dari Singapura dan Brunei.
Ahli panelnya dari Institut Kajian Sains, Dasar dan Strategik (namanya aku tak ingat tapi berpangkat DR ..) Semua ulasan responden beliau semua bersetuju dan sedikit sangat kalau datang dari buah fikirannya yang bernas..hanya menambah apa saja komen responden. Kira okay lah tu..Tapi yang aku heran sangat ngapa rancangan berbentuk atau menyentuh sensiviti dunia Islam ini dipengacarakan oleh seorang bukan Islam. Dah habeh sangatkah pengacara Islam di RTM tu..? Ngapa tak di panggil saudara Hashim Abu Hanifah....bersemangat semacam dia kalau di waktu pagi di RTM 1 dalam rancangan Ulasan Akhbar...memang aku meluat dengan gelagat sengeh toyanya!!!
Ucapan Dr Ahmadenejad tak payah aku ulas disini. Waktu beliau berucap wakil2 dari kuasa besar laknatullah seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis , Israel dan sekutu2 syaitan keluar dewan. Memang dasar "double standard" dan kurang ajar.
Ucapan yang cukup berani dari Presiden Iran itu aku puji. Pada aku pemimpin2 Islam lain hanya berani di negeri sendiri tapi menikus di arena antarabangasa. Pujian aku pun aku tau tak leh bawa ke mana. Camtulah ngan ucapan Dr Ahmadenejat tu..masuk telinga kanan berasap keluar telinga kiri. Sebab dunia Islam ngan pemimpin nya sekali pengecut. Sebab..masing2 ada ajenda tersendiri dan bagi aku semuanya berkiblatkan negara2 barat. Takut dari segi ekonomi dan politik. Sebab itu selagi berfikiran begitu dunia Islam takkan maju sehingga kiamat. Lebihkan harapan pada manusia...musuh Allah plak tu..bukan mengharap pada Maha Pencipta. Tunggulah janji-janji Allah..pasti datang sekiranya umat Islam bertuhankan musuh2 Allah.
Segala tuntutan dan suruhan Allah ditinggalkan. Inilah jawabnya bagi aku yang fakir dari segi ilmu ni. Berapa banyak ayat2 dalam kitab Al-Quranul Karim menganjurkan persediaan dalam segi kekuatan..leh fikirlah masing2 madsud aku tu.. Aku yang hina dina ni pun kekadang terfikir jugak awat lar umat islam jadi cam nih..Pengganas, miskin dsbnya dikaitkan dengan dunia Islam. Mesti ada sesuatu yang tak kena ni..
Bagi pandangan aku satu aje...sebab kita tinggalkan suruhan Allah S.W.T dan meringan2 sunnah Nabi. Aku nak sentuh yang kedua tadi iaitu sunnah Nabi. Tak usah banyak tapi aku nak sentuh satu aje..bab janggut! Nampak remeh dan mungkin ada akan kata ...dia buat dah....eiseyman...janggut ni apa kena mengena nih..
Pada aku kalau Islam itu sendiri tidak dipraktikkan dalam diri individu Islam sendiri maka inilah bahana nya. Walaupun kita bersolat hingga hitam kedahi, naik haji sepuluh kali dan umrah tak usah cakap lah berbelas-belas kali, bersedekah jariah kalau di hitung leh naik tiga buah mesjid tapi kalau sunnah rasulullah diringankan kita bukan dari golongan yang dituntut Islam.
Setiap ucapan dan perbuatan Rasulullah dari segi hakekatnya adalah dari Allah jua. Bukankah pekerti Rasulullah itu untuk dijadikan ikutan umatnya. Jadi sebagai umat yang mengaku Allah itu Rabbal A'lamiin, Islam itu agama dianuti dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai RasulNYA setiap tuntutan dan larangan wajiblah dihindari.
Banyak hadith-hadith Nabi melarang umatnya meniru perbuatan orang2 musyrik, orang Yahudi, orang Nasrani dan Majusi. Nabi sebagai utusan Allah sudah tentu mengetahui maslahat2 dan sebab2 yang semuanya dari Allah. Bukankah Islam yang dibawa baginda sesuai sepanjang zaman hingga ke hari kiamat. Pengetahuan dan ilmu Rasulallah melepasi zaman. Pokoknya di sini kita akan sembang bab menyimpan janggut. Jangan ada yang marah udah.
Keempat2 imam mazhab bersetuju bahawa janggut hendaklah dipanjangkan, dan bahawasanya pencukuran terhadapnya adalah haram. Sila lihat dalil2 berikut. Fikir-fikirlah sendiri.
1. Daripada Imam Ibn ArRifah dalam kitabnya "Al Ibaabi" merujuk pada pendapat Imam Syafie rahimallah telah menyatakan dalam pembahagiannya bahawa mencukuri janggutadalah haram.
2. Di dalam kitab Mazhab Hambali "Sharhul Muntahaa" dan "Sharhul Manzumatul Aadab" dinyatakan bahawa " Pendapat yang paling diterima bahawa ianya adalah haram untuk mencukur janggut".
3. Daripada mazhab Maliki dalam kitab "Kitabul Ib 'Daa", " Tanpa ragu-ragu lagi keempat-empat Mazhab bersetuju bahawa ianya adalah haram untuk mencukur janggut.
4. Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa"di sebut, Imam Malik berkata " Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan".
Imam Bukhari dan Imam Muslim juga mengaku keshohehan dalil wajibnya memelihara janggut. Sila lihat dalil-dalil dari kedua2 Imam tersebut.
"Dari Nafi’ dari Ibnu Umar ra. berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wassalam : " Bezakanlah kalian dengan orang-orang musyrik, iaitu banyakkanlah janggutmu dan nipiskanlah kumis atau misaimu".
Diriwayatkan pula oleh keduanya, dari Abdullah bin Umar ra.:"Nipiskanlah kumis kalian dan biarkan janggut kalian tumbuh", dalam suatu riwayatlain: Cukurlah kumis kalian dan biarkan tumbuh janggut kalian.
Adapun perintah untuk tidak meniru orang-orang musyrik, sebagaimana dijelaskan oleh hadits dari Abi Hurairah ra:"Sesungguhnya orang musyrik itu mereka membiarkan kumis tumbuh dan mencukur janggut mereka. Maka bezakanlah dengan mereka, iaitu biarkanlah janggut kalian tumbuh dan cukurlah kumis kalian".
Diriwayatkan oleh Al Bazzar dengan sanad yang hasan. Dari Abu Hurairah juga diriwayatkan oleh Muslim: Rasulullah shallalahu ‘alaihi wassalam bersabda: "Bezakanlah kalian dengan orang-orang majusi, karena sesungguhnya mereka memendekkanjanggut dan memanjangkan kumisnya".
Ibnu Hibban meriwayatkan dari Ibnu Umar ra , dia berkata :"Rasulullah shallalahu ‘alaihi wassalam telah menyebutkan tentang orang-orang majusi. Beliau bersabda: ‘Sesungguhnya mereka memanjangkan kumis dan mencukur janggut, maka bezakanlah kalian dengan mereka". Lalu beliau menampakkan pemotongan kumisnya kepadaku (Ibnu Umar).
Semua di atas menganjurkan supaya lelaki muslim memanjangkan janggut / memelihara janggut dan haram menyukurnya. So far tiada yang menyanggah..
Di dalam dalam Shohih Muslim dari Ibnu Umar ra dari Nabi saw "Kami diperintah untuk menipiskan kumis dan membiarkan tumbuh janggut".
Menurut Imam al-Nawawi, membuang janggut adalah makruh yang sangat buruk.
Imam al-Ghazali berkata ia adalah makruh dan bid’ah.
Ibn Taimiah juga berpendapat sedemikian, haram. Ibn Taimiyyah berkata:"Haram jika memotong janggut (mencukur janggut). Terdapat dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijmak mengenai larangan meniru gaya orang-orang kafir. Meniru gaya hidup dan akhlak mereka adalah satu perkara yang keji dan termasuk dalam akidah seseorang itu. "
Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:"Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa (yang mempunyai dua kemaluan) daripada lelaki."
Jadi jelaslah, menyimpan janggut adalah perkara yang dilakukan oleh para Nabi, Sahabat dan ulamak.
Walaupun terdapat ulama-ulama yang berpendapat bahawa hukum menyimpan janggut adalah sunat, dengan beralasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w. Hujah mereka tidak jelas kerana terdapat banyak dalil daripada hadith Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain. Mesti bersebab Rasulullah menganjurkan hal sedemikian. Hanya Allah S.w.t dan RasulNYA Muhamad Ibnu Abdillah mengetahuinya.
Yang pasti kita lihat sendiri kebanyakan sahabat dan alim ulamak terdahulu kebanyakannya mengatakan, ia adalah wajib. Yang banyak selalunya mengatasi yang sedikit...yang pasti itulah hakikatnya.
Jadi, kita dinasihatkan supaya mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w:"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka."- Hadis riwayat Ahmad.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi:"Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani."- Hadis riwayat al-Tirmizi.
Menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan orang-orang yang soleh. Paling mudah cuba anda menyimpan janggut...insya Allah dengan izin Allah secara otomatis kita berfikir dua kali kalau hendak melakukan kemaksiatan. Inilah antara hikmahnya berjanggut lebih2 lagi jika ianya panjaaaangg!!! Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu itu sia-sia kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.
Janggut dan misai adalah satu kemuliaan dan penghargaan kepada seseorang lelaki muslim. (Di sini kita bersembang bab janggut ajer) Seseorang yang mencukur janggut seolah-olah meniru gaya perempuan. Paling mudah inilah yang membezakan antara lelaki dan perempuan , juga khunsa. Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya. No double standard allowed! Take it as it is. No prejudice bang....
Teliti dan renungilah kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Tidak susah untuk kita praktikan dalam hidup. Tidak ada yang menyusahkan diri jika kita terima sesuatu yang disampaikan itu menetapi apa yang ALLAH dan Rasulullah s.a.w tetapkan.
Oleh itu, bertakwalah mengikut kemampuan kita. Kekadang peribadi mencerminkan ketaqwaan. Sematkan ciri-ciri keislaman yang dianjurkan Rasulullah dalam diri kita. Kekuatan dalam diri mudian dibawa-ajar kepada keluarga dan kaum kerabat kita. Sekiranya kekuatan dan keutuhan dalam diri dan keluarga sudah dapat diimplementasikan, insya Allah masyarakat dan mudian negara dapat menikmati kebesaran Islam itu sendiri sekiranya setiap individu dapat memainkan peranan masing2.
Allah berfirman yang lebih kurang bermaksud: Wahai orang2 beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka....
Takkala mengadap Rabbul Jalil setiap orang akan ditanya tentang amalan dan perbuatannya sendiri. Kita tidak boleh menolak daleh yang melibatkan orang lain. Jadi kita sendiri bertanggungjawab atas diri kita sendiri. Inilah soalan awal yang pasti ditanyai. Mudian baru ditanya hal-hal pertanggungjawapan kita..hal keluarga dan sebagainya. Jika semasa di dunia kita adalah seorang pemimpin maka soalannya pasti banyak dan berat...
Apa pun kesimpulannya menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang membawa kepada hukum yang wajib. Jangan pandang sebagai remeh-temeh sahaja. Ikutilah sunnah baginda, insya Allah kita akan bahagia di dunia dan akhirat.
Allahu Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan