Dalam bahasa Arab riba bermaksud – tambahan atau lebihan yang tidak adil.
Kadi Abu Bakar Ibn Al Arabi dalam Kitabnya Ahkamul Quran mendefinasikan sebagai :
Riba apa sahaja tambahan atau lebihan yang tidak adil atau nilai barangan yang diberi berbanding dengan barangan yang diterima.
Tarek Al Diwani di dalam bukunya The Problem With Interest berkata terdapat dua bentuk riba yang utama :
Riba al qarud – yang berkaitan dengan kegiatan memberi pinjaman atau hutang yang kini diistilahkan sebagai kredit. Riba al qarud melibatkan caj yang dikenakan pada pinjaman ekoran temph masa atau dalam lain perkataan pinjaman yang dikenakan faedah atau bunga dan ia biasanya dirujuk sebagai riba an-nasia yakni, riba kerana menunggu dan merupakan amalan bank.
Riba al buyu yang berkaitan dengan kegiatan melibatkan urusniaga.
Dalam melaksanakan urusniaga dan berjual beli Islam melindungi kedua-dua pembeli dan penjual daripada ketidakadilan, tipu daya, penipuan, penyelewengan, muslihat dan salah laku kerana apa sahaja urus niaga yang terlahir daripada unsure-unsur itu boleh menjadi riba.
Dua prinsip penting riba ialah faedah (lebih dikenali masyarakat kita sebagai interest / bunga) dan wang ciptaan. Buku Usury The Root Cause of Injustices Of Our Time merupakan himpunan kertaskerja Seminar mengenai riba anjuran People Against Interest Debt (PAID) pada tahun 1987 telah merumuskan riba seperti berikut :
Adalah riba untuk menukar jumlah yang ditetapkan bagi sesuatu barangan dengan jumlah yang lebih atau kurang bagi barangan yang sama jenisnya sama ada berlaku penangguhan atau tidak.
Adalah riba untuk memperoleh keuntungan daripada penggunaan sesuatu barangan yang tidak memberi hasil tanpa adanya penglibatan buruh, perbelanjaan dan risiko dipihak orang yang mengeluarkan pinjaman.
Adalah riba untuk mengambil lebihan daripada pinjaman pokok.
Adalah riba untuk membuat duit daripada duit.
Adalah satu sifat riba apabila perolehan atau keuntungan daripadanya tetap dan automatik.
Semua ini boleh disimpulkan bahawa riba ialah apa sahaja yang diperoleh tanpa usaha iaitu dalam bahasa mudah “membuat sesuatu atas angin” seperti seorang silap mata matematik.
1 + 1 = 3
Bertitik tolak daripada prinsip itu, buku tersebut menggariskan sebelas teknik dan alat sistem kewangan moden yang tergolong dalam riba iaitu :
Mengenakan faedah atau bunga pada pinjaman wang tulen yakni emas.
Penciptaan wang kertas yakni nota janji sebagai mata wang walaupun ia disokong atau disandarkan kepada emas.
Mengenakan faedah atau bunga pada pinjaman wang kertas (wang ciptaan).
Mencipta wang kertas yakni yang tidak disokong atau disandarkan pada emas.
Memusatkan perbankan.
Wang plastik.
Wang elektronik.
Pasaran saham.
Kontrak hadapan.
Eurobond dan lain lain.
Spekulasi komoditi.
Penubuhan institusi bank itu sendiri amat meragukan seperti kata bekas Gabenor Bank England, Sir Josiah Stamp :”Banking was conceived in iniquity and born in sin…”(Bank dikandung dalam kezaliman dan dilahirkan dalam dosa…sebagai anak haram – Tidak Islamnya Bank Islam oleh Abdul Razzak Lubis).
Berikut ialah ulasan Sir Josiah Stamp mengenai penciptaan wang : “Sistem perbankan moden menjana wang dari angin. Proses ini mungkin merupakan silap mata yang paling hebat pernah dicipta…” (Discredit Interest debt! The Instrument of World Enslavement oleh Abdul Razzak Lubis)
Mungkin tidak keterlaluan untuk menyimpulkan di sini bahawa oleh kerana wang kertas bersamaan dengan lebihan maka ia riba dan oleh kerana sistem perbankan masa kini berteraskan kepada pengambilan dan pemberian faedah atau bunga, maka ia juga menjadi sebuah institusi riba.Bertitik tolak daripada itu, maka semua urus niaga dan jual beli dalam sistem ekonomi yang kita dukung ini sekarang,riba sifatnya.
Disebabkan sifat sistem perbankan meminta lebih daripada yang diberi dibantu pula oleh sifat wang kertas yang tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah nilainya, maka ekonomi global merupakan satu ekonomi yang sentiasa bergolak dan mencetuskan suasana orak arik dan mudah dimanipulasi.
Satu contoh yang paling jelas ialah keruntuhan ekonomi Rusia apabila mata wangnya, ruble jatuh nilai akibat hutang riba.
Dalam sistem demokrasi Barat ini, manusia bebas yang dimegahkan sebagai anak hasilan Revolusi Peranchis di atas Prinsip liberty, fraternity and equity sebenarnya adalah seorang hamba.
Individu moden sekarang boleh ditakrifkan sebagai seorang hamba hutang. Hutang persendirian dan hutang syarikat sememangnya suatu kelaziman.
Nixon sejak tahun 1971 lagi sudah memutuskan kaitan emas dengan dollar kerana kekalahan Amerika dalam Perang Vietnam memerlukan penciptaan dollar tanpa terbatas dengan simpanan emas. Mereka perlu “mencetak” wang dan bukannya “mencari” wang untuk menampung kos peperangan tersebut. Sekarang mereka mencetak wang untuk Amerikanisme berterusan dalam New World Order tajaan mereka.
Maka terhasillah sistem penjajahan dan pemerintahan sejagat berdasarkan sistem riba atau ribakrasi (usurocracy). Demokrasi Barat hanyalah topeng untuk ribakrasi berleluasa. Ribakrasi tidak memerlukan peti undi.
Dalam posting sebelum ini saya sudah quotekan apa ucapan Saidina Umar Al-Khattab.
“‘Umar ibn al-Khattab said, ‘A dinar for a dinar, and a dirham for a dirham, and a sa' for a sa'. Something to be collected later is not to be sold for something at hand.’”
Sila rujuk kepada Khutbah Terakhir Rasulullah saw. Allahu Akhbar!
"Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang".
Dimanakah terletaknya ayat ini sekarang? Mana pakar-pakar ekonomi Islam? Mana alim-ulamak Islam? Mana umara' Islam dan mana satu contoh negara Islam itu? Amerikanism telah berjaya meletakkan sistemnya dan masyarakat Islam tanpa sedari diperkudakan untuk merealisasikannya. Salah Amerikanismkah? Salah Sekularism? Salah Globalisasikah? Salah Nasionalismkah? Atau salah apa-apa lagikah..tiori / dominan / doktrin / falsafah / ekonomi / politik ..apa-apalah yang bukan dari kacamata Islam? Islam sekarang telah di beripakai pakaian seperti di atas. Mahu tidak mahu acuannya diubah untuk melengkapkan sistem di atas. Acuan oarng lain tapi namanya masih lagi berbunyi islami. Jadilah Bank Islam, bubuh dan kenakan apa-apa yang nampak sedikit keislaman. Canang dan berbangga seperti syok sendiri! Betulkah yang islamnya di dipundak organisasi itu? Betul kah tiada sedikit pun tercalit riba? Tak maulah hanya catnya bercolor islami…berkubah dsbnya tapi ciri-ciri macam konventional aja.. Adoih…sakitnya..! Nampak macam lebih membebankan. Tiada tolak ansur pun ada.
"Hai, orang2 beriman, takutlah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa2 riba itu, jika kamu orang beriman" Al-Baqarah : 278
“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah oleh kamu akan peperangan daripada Allah dan Rasulnya terhadapmu dan jika kamu bertaubat, maka untukmu pokok2 hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula teraniaya.”Al -Baqarah : 279
" Jika orang yang berutang dalam kesempitan, tunggulah hingga waktu kelapangan dan kalau kamu sedekahkan, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui". Al -Baqarah : 280
Tiada ulasan:
Catat Ulasan