.......sambungan dari Paper Money: A Legal Judgment
Mata wang sekarang hanyalah mata wang kertas yang sah di perlakukan apabila kerajaan membuat periystiharaan tentang nilainya. Ia tiada nilai sebenar seperti mana wang syiling Dinar Emas dan Dirham Perak dalam zaman kecermerlangan Islam. Jika wang sekarang tiada nilai intrinsik maka kenapa ia masih menjadi suatu komoditi?
Mata wang tidak boleh dijual beli kerana ianya tiada nilai intrinsik. Wang kertas telah menjadi semacam sistem kepercayaan saikologi terhadap nilai yang tertera di atasnya dan nilai yang dipaksa oleh kuasa pasaran.
Wang kertas itu masih lagi suatu nota janji untuk pembayaran tetapi pembayaran apa dan kepada siapa?(It is still a promise to pay,but to pay what to whom?)
Mata wang kertas bukan sahaja nilainya mengikut sentimen dan boleh diberi indeks bandingan lalu diperjudikan bahkan boleh dipaksa menyatakan nilai yang palsu tanpa menurut apa yang dipanggil fundamental.
Wang kertas memang sudah jelas merupakan suatu sistem wang paksaan. Nilainya sekarang bukan sahaja boleh dipaksa tetapi mempunyai nilai spekulasi dan manipulasi. Nilai wang emas dan perak tidak boleh dipaksa kerana nilainya hanya menurut berat.
Apa yang menghairankan ialah kita boleh menerima 1000 keping syiling satu sen Amerika Syarikat untuk ditukarkan dengan hampir 4000 keping syiling satu sen Malaysia. Adakah syiling mereka dibuat daripada emas atau ketumpatan logam syiling Amerika Syarikat sangat tinggi? Jika tidak apakah yang menyebabkan syiling Amerika Syarikat lebih berat walaupun bilangannya sedikit. Kenapa kita menerima berat bayangan dan khayalan ini?
Imam Malik r.a telah menjelaskan kepada kita bahawa wang ialah apa-apa barangan yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan tukaran.tiada barangan yang boleh dipaksa menjadi wang kertas kerana manusia bebas menggunakan apa sahaja barangan sebagai tukaran. Jika kertas dianggap sebagai barangan pun nilainya hanyalah mengikut nilai berat kertas dan bukan menurut nilai nombor yang tertera diatasnya.
Wang kertas mungkin hanya boleh dianggap sebagai ‘dyan’ kerana ia bukan barangan ketara atau sebagai resit hutang untuk pemilikan emas atau perak (itu pun jika ada sandaran antara kertas dengan emas). Tetapi hukum Islam tidak membenarkan hutang dijadikan suatu bahan tukaran.
Wang kertas bukan barangan. Jika hendak dizakat pun mestilah diukur menurut berat bukan menurut nilai tertulis yang boleh pula berubah nilai tukarannya dengan wang ketas ini.
Shaykh Muhammad ‘Illish(1802-1881), seorang pakar pengajian fekah di Universiti Al-Azhar telah menyebut di dalam fatwa beliau, bahawa wang kertas tidak dizakatkan sebagaimana wang emas dan wang perak kerana ia dianggap sebagai fulus(wang syiling tembaga)atau loose change.Ia hanya mewakili wang dan tiada nilai barangan.(lihat fatwa beliau dalam terjemahan Al-fath Al-Ali Al-Maliki ms 164-165).
Shaykh Muhammad Abduh (1845-1905)menfatwakan halalnya feadah dari wang simpanan pos. Kemudian muridnya Rashid Redha telah meneruskan tesis seperti tulisan-tulisannya dalam Al-Manar jilid VII ms 28. Muhammad Abduh bermula dengan menghalalkan (Islamisasi?) faedah wang simpanan pos dan lanjutan dari itu sekarang ramai pula beranggapan Islamisasi bank dan bursa saham sudah memadai dalam menghadapi riba.
‘Pengaruh kefahaman’ tentang riba yang bermula dari Abduh menghalalkan faedah dan seterusnya dari pemahaman ini segolongan para korporat baru Islam merasakan sudah cukup dengan melabelkan bank dengan yang bermoral. Bursa-bursa saham Islam pun timbul beserta dengan penggunaan instrumen kewangan lain tanpa menyedari hakikat wang dan sistemnya. Dr.Mahathir semasa menjadi PM, pernah komen bahawa bursa-bursa saham pun sudah mula menampakkan tabiat judi. Yang ini kita setuju benar dengan saranannya.
Persoalan pokok bukannya tentang faedah. Persoalan faedah hanyalah suatu decoy atau umpan untuk memerangkap kita dari zaman Muhammad Abduh sehingga zaman sekarang. Wang simpanan kita mungkin berbunga (atau untung?) sehingga 100 peratus tetapi sebenarnya faedah atau bunga itu tidak berfaedah langsung jika wang boleh disusut nilai oleh ahli riba. Di negara jiran, wang disusut nilai sehingga lebih dari 600 peratus lalu memiskinkan rakyat.(Utusan Malaysia 1998-Rupiah bermula dengan 2500 setiap dolar dan menjadi 16000 setiap dolar selepas menerima bantuan IMF)
Jadi wang itu sendiri tiada nilai hakiki. Jelasnya umpan faedah tadi menyebabkan kita akan terus berdebat tentang faedah dan tidak akan mempertikaikan tentang sistem wang yang sudah tiada sandaran emas lagi. Adakah Ringgit Malaysia betul-betul bersandarkan emas? Mana perginya sarjana-sarjana ekonomi Islam? Ulama pula macamana? Adakah kerana kita terikat dengan sistem kewangan acuan barat kita sudah melupakan tuntutan Islam? Adakah nilai Dolar, Euro,Yen dan sebagainya bersandarkan nilai emas semasa? Atau kita ambillah yang apa-apa saja yang tidak memeningkan kepala? Sebenarnya kita sudah jauh terjebak dalam perangkap...RIBA itu sendiri.
Wallahu 'Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan