Sabtu, 25 Julai 2009

Dinar Dan Dirham

Apakah Dinar dan Dirham.

Dinar adalah wang syiling emas yang mempunyai berat 4.25gram dengan berkadar 22K atau 91.70% (emas 916) dengan ukurlilit 23mm, sedangkan Dirham adalah wang syiling perak tulen yang mempunyai berat 3.0gram.

Dinar dan Dirham pada masa RasulAllah dan kegemilangan Islam dijadikan sebagai mata wang atau alat tukar dengan kegunaan- kegunaan seperti berikut :

1.Dinar dapat disimpan sebagai tabungan kerana ianya sendiri ialah harta.
2.Nilai jual belinya tidak terlalu banyak selisih .
3.Dapat digunakan untuk membayar kewajipan zakat, mahar mas kahwin yang di dalam ijabnya selalu dilaksanakan secara tunai (bukan satu janji atau hutang) .
4.Dapat dilakukan sesama kaum muslimin sebagai alat untuk tukar ganti kerana hakikat wang adalah ‘material, atau benda dan ‘in material’ (sesuai zat, berat dan kadarnya).

Zakat dan Mahar tidak dapat dibayar dengan janji pembayaran.

Zakat hanya boleh dibayar dengan benda niaga yang nyata (dalam bahasa Arab disebut ‘ayn). Zakat dan Mahar mas kahwin tidak boleh dibayar dengan janji pembayaran atau hutang [ a promise to pay] ( dalam bahasa Arab disebut dayn). Semenjak dari zaman RasulAllah saw dan Pemerintahan Kerajaan Islam, zakat tidak dibolehkan dibayar tunai dengan ‘janji hutang’ / wang kertas sehinggalah kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah (Ottomon).

Zakat perintahnya wajib, dengan mempertimbangkan zatnya sebagai benda niaga, maka nisabnya bukan berdasarkan kepada nilai nombor-nombor, tetapi kepada zat dan jumlah beratnya sebagaimana perak, emas, bijirin atau buah-buahan.

Zatnya kertas (wang kertas) tidak bererti (dalam nilainya) untuk dirujuk sebagai tunai, tidak terlaksana erti tunai kerana nilai flectuate (nilai mata wang) (Ringgit sebagai contohnya) sentiasa berubah-ubah (devalueated) sebab nilai zatnya (kertas) sebagai zat (berat dan mutu) kertas tidak sesuai dengan ketentuan zakat.

Sejarah Dinar dan Dirham

Dinar dan Dirham telah digunakan oleh manusia sejak zaman berzaman, sebagaimana Allah telah memberitahu kepada kita menerusi Al Quran dalam Surah Yusof [QA 12:20] ketika Yusof dibuang kedalam perigi dan kemudiannya Allah memuliakannya dengan menjadikannya sebagai wazir dengan membantu Mesir.

Kejayaan Dinar dan Dirham telah menjadi satu sejarah para Anbiya sehinggalah kepada zaman RasulAllah. Pada zaman RasulAllah terdapat dua kekuasaan superpower iaitu Kerajaan Rom dan Parsi. Kedua-dua superpower ini menggunakan mata wang Dinar dan Dirham. Kerajaan Rom menggunakan Dinar dengan emas sebagai dasarnya dan Kerajaan Parsi menggunakan Dirham dengan perak sebagai dasarnya.

Kedua-dua mata wang ini pada zaman Umar AlKhattab telah ditetapkan sebagai satu media untuk alat tukar ganti dengan diletakkan piwaian yang diterima pakai sehingga kejatuhan Bani Uthmaniah.

Pada Zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan Dinar dan Dirham telah mengalami perubahan dengan diletakkan untuk pertama kalinya dengan kalimah syahadah sehinggalah pada zaman sekarang.

Perkembagan Dinar dan Dirham pada saat ini adalah amat memberangsangkan sejak dari kajian terhadap system kewangan setelah sekian lama memudar.Ini adalah hasil daripada permainan konspirasi – sebenarnya bukan satu konspirasi Yahudi dalam menegakkan system Kapitalis Kuffar yang menafikan pengunaan Dinar dan Dirham kerana alasannya emas dan perak itu hanya barangan komoditi perdagangan.

Wang kertas pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1661 M dengan nota janji untuk membayar ( wang kertas ini disandarkan dengan emas sebagai tebusan).Setiap cetakan wang kertas mestilah bersandarkan jumlah emas yang tertentu.Dengan demikian wang kertas yang kita gunakan sebenarnya ialah resit untuk kita tuntut emas dari pihak berkenaan. Kertas ini dijamin oleh kerajaan biasanya dengan tulisan “sah diperlakukan” sebanyak mana yang tercatit di atasnya. Resit ini sebenarnya jarang kita guna untuk menuntut emas tersebut.Sebagai contoh pada muka hadapan wang kertas 10 dollar Amerika siri 1928 ada tercatit “Redeemable in gold on demand at The United States Tresury…..” (Peter Kershaw 1994).

Keadaan ini berlanjutan dari tahun 1717 sehingga tahun 1971 apabila Presiden Nixon dari Amerika mengumumkan bahawa Wang kertas tidak lagi bersandarkan kepada emas akibat daripada kekalahan Amerika dalam perang Vietnam. Ketika itu Amerika memerlukan belanja yang banyak untuk membiayai perang di Vietnam.Keputusan ini dibuat kerana tuntutan dari negara-negara yang menyimpan Dollar untuk mendapatkan emas sudah melebihi emas yang ada di dalam simpananya. Semestinya ini berlaku kerana lebihan cetak wang kertas. Keadaan ini menyebabkan Amerika tergugat kerana peras ugut melalui tuntutan emas (Adam Smith 1982, Kurtzman 1993).

Peristiwa ini adalah awal kemenangan kapitalisme yang dikuasai oleh Yahudi dengan mudahnya mempermainkan nilai tukar mata wang kertas di seluruh dunia. Dengan teori inflasi (Inflasi mengikut takrifan Adam Smith memberi makna cukai tersirat disebabkan lebihan cetak wang kertas manakala Alan greenspan dari Federal Reserve Board mengatakan inflasi ialah rampasan nilai). Dan keutamaan wang kertas kelompok kepitalisme Yahudi ini mendapat keuntungan kapital yang luar biasa.Inflasi berkembang dengan kadar yang menakutkan bagai toyol yang kebal dengan doa-doa bahkan merekalah yang paling berani dan nekad, sedang kita beribadah mereka datang mencuri wang kita beberapa keping dan pada akhir bulan Kerajaan banyak negara mengumumkan angka inflasi yang lebih besar daripada tawaran faedah bank.

Dan ini belum lagi kita membicarakan tentang Wang E atau wang elektronik.Wang E ini berkait dengan supercomputers di Morgan Stanley & Company dan komputer peribadi pelabur persendirian yang menggunakan contohnya program equalizer untuk membeli saham melalui Charles, Schwab & Company.

Menurut Kurtzman dalam bukunya The Death of Money – wang bukan lagi satu barangan atau benda yang boleh ditemui di tepi pantai atau di belakang sofa tetapi ia telah menjadi satu sistem. Wang ialah satu rangkaian yang terdiri daripada berjuta-juta komputer yang bertaut dengan saham, bon, kadar faedah, wang kertas, pasaran hadapan, opsyen, kad kredit, kad untuk fotokopi dan sebagainya.

Tiada ulasan: