Sesebuah hadith itu mesti cukup lima ciri untuk membolehkan diterima dalam berhukum atau diterima dalam perundangan Islam sebagai sumber yang sah. Berikut adalah criteria bagi sesebuah hadith itu.
1. Kesinambungan Rantaian Sanad
Rantaian sanad mesti tidak terputus. Ertinya semestinya tidak ada seorang perawi pun yang hilang dari rantaian para perawi. Lebih jauh lagi setiap perawi itu mendengar langsung sesebuah hadith tersebut daripada perawi sebelumnya.
2. Keadilan para Perawi
Keadilan atau kejujuran para perawi diperkukuhkan kepada ketaatan mereka secara luaran tehadap tuntutan Islam. Dipastikan mereka melaksanakan tuntutan Islam dan mereka pula dikenali sebagai orang yang tidak terlibat dalam perkara yang dilarang agama Islam.
3. Kesahehan ingatan para Perawi
Setiap perawi mesti memiliki ingatan yang baik atau catatan yang dibuat oleh perawi itu adalah tepat dan dia sendiri yang memindahkan atau meriwayatkan sesuatu hadith itu secara langsung dari catatan yang dibuat.
4. Mesti ada keselarasan atau Persamaan Hadith
Hadith yang diriwayatkan itu selaras dan tidak bercanggah dengan hadith lain yang serupa, yang memperkatakan tajuk yang sama tapi tarafnya lebih kuat. Maksudnya keselarasan atau persamaan itu terjadi didalam kedua-dua aspek berhubung dengan rantaian sanad dan teks hadith. Disini ditekankan pada keselarasan atau persamaan pada rantaian sanad dan teks hadith itu, mana yang lebih kuat tarafnya.
5. Ketiadaan cacat (illah) dalam Hadith.
Kecacatan (illah) dalam hadith ditakrikan sebagai suatu kecacatan tersembunyi di dalam hadith yang mencabut kesahehan hadith tersebut. Contoh ada hadith yang pada mulanya nampak bebas dari kecacatan tapi selepas diselidiki jelas terdapat kecacatannya. Kecacatan disini berlaku samada dalam rantaian sanad atau dalam teks hadith atau pun dalam kedua-duanya sekali.
Penjenisan Hadith
Terdapat dua jenis hadith;-
1. Hadith Mutawatir – hadith ini adalah tetap dalam kepastiannya. Tidak terdapat sebarang keraguannya datang dari Rasulullah saw. Ada empat syarat sesebuah itu digelar hadith mutawatir.
a) Sekurang-kurang ada empat orang yang berlainan yang meriwayatkan hadith tersebut.
b) Mestilah menjadi mustahil keempat-empat orang perawi hadith itu atau lebih bersepakat melakukan pendustaan.
c) Perawi hadith itu telah meriwayatkan dari orang yang sama dari awal rantaian sanad hingga ke akhirnya.
d) Periwayatan para perawi terhadap hadith berkenaan mestilah bergantung pada fikiran dan deria tidak fikiran semata-mata kerana fikiran mungkin bercelaru atau terkeliru (seumpama mengkhayalkan sesuatu sebagai telah berlaku).
2. Hadith Ahad – mana hadith yang tidak termasuk dalam hadith mutawatir adalah hadith ahad. Hadith ini terbahagi kepada tiga kumpulan kecil iaitu menurut bilangan para perawi sesebuah hadith itu.
a) Hadith Masyur – diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih dalam rantaian sanad tapi tidak sampai ke taraf hadith mutawatir.
b) Hadith Aziz – Terdapat tidak kurang daripada dua orang perawi dalam setiap bahagian rantaian para perawinya.
c) Hadith Gharib – hadith ini diriwayatakan oleh seorang perawi pada suatu peringkat dalam rantaian para perawi.
Hadith Ahad ini dibahagikan lagi kepada tiga bahagian yang lebih kecil berasaskan permulaan rantaian para perawi:
1) Hadith Marfu' – Ini adalah jenis hadith di mana para perawinya bermula dengan Nabi Muhammad saw.
2) Hadith Mawquf – jenis hadith ini adalah di mana rantaian para perawinya tidak dapat sulurgalur hingga kepada Rasulullah saw tetapi ia cuma dapat disusurgalur pada salah seorang sahabat Rasulullah saw sahaja.
3) Hadith Maqtu' – Di mana rantaian para perawinya cuma dapat disusurgalur sehingga kepada salah seorang daripada para Tabi'in sahaja.
Lagi, Hadith Ahad ini dipecahkan pula kepada tiga pecahan berdasarkan kepada tahap penerimaannya sebagai sumber Perundangan Islam.
a) Hadith Sahih – Jenis hadith in mencukupi atau menepati lima criteria yang ditetapkan (telah disebut tadi) untuk membolehkan sesebuah hadith itu diterima.
b) Hadith Hasan – hadith ini juga seperti hadith Sahih kecuali criteria ketiga berhubung dengan kesahihan ingatan para perawi adalah kurang menyakinkan.
c) Hadith Dhaif – hadith ini tidak mencukupi atau menepati semua yang lima criteria tadi untuk membolehkan sesebuah hadith itu diterima. Hadith ini dijeniskan kedalam jenis yang berbeza berdasarkan kepada lima criteria berikut pula;
1) Kelemahannya kerana tidak ada kesinambungan dalam rantaian sanad.
Kalau kesinambungan hilang di bahagian akhir rantaian sanad maka ia digelar hadith mu'allaq. Kalau hilang di bahagian tengah rantaian sanad ia digelar hadith munqati dan sekiranya secara berturut-turut dua perawi atau lebih hilang di tengah rantaian sanad maka ia dipangil hadith mudil. Dan yang akhir, sekiranya perawi pertama iaitu seorang sahabat Rasulullah saw hilang dari rantaian sanad maka hadith ini digelar hadith mursal.
2) Kelemahan atau kedhaifan hadith disebabkan ketiadaan keadilan dikalangan perawi.
Sebuah atau sepotong hadith yang dipalsukan dinamakan hadith mawdu. Ataupun teks (matan) dari sebuah hadith diturunkan melalui satu saluran sanad sahaja dan perawi itu pula tidak menepati keadilan atau ingatan perawi itu tidak baik maka hadith ini dikatakan munkar. Sekiranya hadith itu diriwayatkan oleh seorang yang dituduh melakukan pendustaan dan hadith itu cuma diketahui dari sumber atau riwayat itu saja hadith itu digelar matruk. Lain-lain hadith dibawah ketegori ini adalah:
Hadith mudallas iaitu dari rantaian sanad yang dipalsukan. Perawi mendapatkannya dari perawi lain tapi tidak berguru kepadanya namun dia meriwayatkannya seolah-olah dia mendengar hadith tersebut dari perawi tesebut.
Pemalsuan tentang guru dimana perawi menamakan gurunya dari nama timangan lain dari yang biasa dikenali.
Lain-lain dibawah ketegori ini adalah hadith mubham (nama perawi tidak dinyatakan), mudraj (sesuatu telah ditambahpada hadith).
3) Kelemahan disebabkan ketidaktepatan ingatan perawi.
Ada tiga ketegori dibawah ini.
Hadith mudtarib – diriwayatkan dari saluran yang lemah yang berlainan sumber dan masing-masing tidak satu pun kuat dari yang lain.
Hadith musahhaf – berlaku perubahan berhubung perkataan di dalamsesebuah hadith itu.
Hadith maqlub – berlaku pembalikan dalam perkataan-perkataan daripada rantaian sanad atau teks sesebuah hadith itu.
4) Kelemahan atau kedhaifan disebabkan ketidakselaran atau ketidaksamaan sebuah hadith. (ada hadith lain yang lebih kuat daripadanya).
Hadith ini hadith shadhdh.
5) Kelemahan atau kedhaifan disebabkan suatu illah
Hadith ini dipanggil mual.
Disebabkan hadith dhaif tidak diterima dalam penghasilan pelbagai perundangan Islam maka aku tidak menekankan dengan lebih mendalam. Adapun hanya hadith-hadith shahih dan hasan digunapakai dalam perlaksanaan ordinan atau perundangan Islam.
Wallahu a'alam.
Aku ringkaskan dari teks Seminar Persatuan Pelajar-Pelajar Muslim USA and Canada (MSA) tulisan Prof. Mustafa Azami di Illinois, USA pada 11-13 Julai 1975, sempena memperingati ulang tahun 1200 Imam Al-Bukhari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan